Wednesday, October 22, 2008

Penubuhan majlis media tak kekang kebebasan media: Shabery

Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Cadangan menubuhkan majlis media kebangsaan tidak akan mengekang kebebasan media di negara ini, sebaliknya akan memastikan ia telus dan bertanggungjawab, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, hari ini.

Beliau berkata “banyak negara mempunyai majlis media masing-masing kerana itu cara yang lebih baik untuk mentadbir media.”

“Misalnya ada negara yang mempunyai 'press complaint commission' seperti di United Kingdom.

"Satu suruhanjaya untuk mereka yang rasa tak senang dengan press kerana mereka rasa difitnah, mereka rasa dianiaya dan sebagainya, ini hak orang ramai jadi mereka akan mengadu kepada suruhanjaya ini dan mereka akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Raya Kementerian Penerangan di Angkasapuri di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita sama ada majlis itu akan mengekang media di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada Isnin lepas berkata majlis itu akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengenal pasti kelemahan dalam media serta bagi menghasilkan berita atau laporan yang tepat.

Ahmad Shabery berkata penubuhan majlis itu juga akan dapat menangkis tanggapan sesetengah masyarakat selama ini bahawa jika terdapat aduan terhadap media kerajaan, maka tindakan terhadapnya lambat diambil.


Beliau berkata negara-negara maju yang mengamalkan kebebasan akhbar turut mempunyai suruhanjaya bagi mengawal selia media masing-masing.

Ahmad Shabery berkata penubuhan majlis itu dibuat, pihaknya akan mengadakan perbincangan untuk mengenalpasti kelemahan dalam media serta mencari jalan bagi menghasilkan pemberitaan tepat.

“Perkara itu adalah sesuatu yang serius iaitu bagaimana untuk mentadbir media di dalam negara ini supaya lebih telus dan bertanggungjawab.

“Kita tidak mahu melihat bila disebut lebih bertanggungjawab, ia hanya bertanggungjawab untuk tujuan golongan tertentu dan tidak secara keseluruhan,” katanya. - Bernama

2 comments:

LIMAUDONG said...

Salam JR

Syabas Menteri Penerangan Malaysia Datuk Ahmad Shabery Cheek atas cadangan menubuhkan Majlis Media Kebangsaan.
Tetapi berilah sikit kelongaran kepada bloger-bloger amatur.

rayliew said...

Cadangan tersebut adalah BERNAS dan TEPAT pada masanya untuk mengatasi insiden penyalahgunaan media untuk tujuan menjatuhkan seseorang atau kepimpinan negara. Saya juga sarankan supaya dilibatkan media elektronik termasuk BLOGGERS.