Tuesday, October 21, 2008

MP KALABAKAN TERTARIK DENGAN DATUK SHAH RUKH KHAN

Oleh : Pemikir
MP Kalabakan dalam ucapannya di parlimen pada 20 Oktober telah menimbulkan beberapa perkara. Beliau menyentuh tentang kebijaksanaan Melaka memberi bintang tertinggi datuk kepada Shah Rukh Khan. Beliau tidak senang dengan niat negeri Melaka kerana tiada nampak faedahnya.
Untuk makluman MP Kalabakan penganugerahan adalah hak negeri Melaka yang telah pun meneliti asas-asas dan implikasinya. Biasanya senarai nama-nama yang menerima bintang-bintang kebesaran negeri mengambil masa 6 bulan untuk dimuktamadkan. Justeru pertimbangan untuk memberi anugerah ini kepada Shah Rukh Khan telah dikaji kian lama.
Pemerhati berpendapat bahawa Datuk Shah Rukh Khan pasti dapat memartabatkan Melaka sebagai destinasi pelancongan secara langsung dan tidak langsung. peminat-peminat Shah Rukh Khan di Malaysia pasti bersetuju dengan pemberian Negeri Melaka ini. Pendekatan menggunakan ikon seperti Shah Rukh Khan sangat cost- effective dan sekaligus Melaka terus terkenal di luar Malaysia.

2 comments:

LIMAUDONG said...

Salam
Tahniah kepada peminat Bollywood Shah Rukh khan yang di anugerahkan ' Datuk' oleh Negeri Melaka. tetapi saya hairan kenapa seorang perjuang negara Sgt. Kanang ak Langkau dari Sarawak tidak beri pingat gelaran Datuk oleh Negeri. Sgt. kanang sudah menerima pingat keberanian tetapi tidak membawa gelaran.
Tolonglah ingat jasa bekas tentera yang mengorbankan nayawa untuk mempertahankan Negara.

rayliew said...

Apakah penghibur-penghibur tempatan tidak setaraf dengan SHAH RUKH KHAN..Apakah PEJUANG-PEJUANG KEMERDEKAAN terutama pasukan beruniform tidak setaraf dengan seorang penghibur, mereka ini telah mengadaikan nyawa mereka untuk tanahair dan keamanan negara....apakah sumbangan mereka ini telah dilupakan..