Tuesday, October 14, 2008

TIADA USUL UNDI TIDAK PERCAYA

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Menurutnya, beliau hanya mahu memberikan tumpuan pada perbahasan Bajet 2009.
"Buat masa ini fokus kita ialah terhadap bajet," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Mesyuarat ketiga bagi sesi pertama persidangan Parlimen kali ke-12 bermula hari ini selepas ditangguhkan lebih sebulan berikutan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Sebaik sahaja sesi soal jawab berakhir, Anwar mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan hingga pukul 5.30 petang apabila sidang Dewan Rakyat ditangguhkan, hanya beliau seorang yang membahaskan usul tersebut.
Terdahulu beliau cuba mendapatkan sokongan daripada Ahli Dewan untuk menangguhkan perbahasan tersebut kerana mendakwa Bajet 2009 sudah lapuk kerana angka-angkanya sudah berubah ekoran suasana ekonomi semasa.
Anwar yang gagal membentuk kerajaan baru pada 16 September lalu seperti diuar-uarkan sebelum itu, kini mendakwa akan membentuk kerajaan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha Disember ini.
Beliau juga beberapa kali memberi kenyataan akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri bagaimanapun ia tidak berlaku hari ini.
Anwar turut mendakwa sebahagian besar daripada pemimpin negara kini sibuk dengan pemilihan parti politik masing-masing hingga mengabaikan isu-isu dan langkah menjaga ekonomi negara.

1 comment:

LIMAUDONG said...

Salam JR

DSAI tabiat buruknya suka CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN " dulu cakap 16/9 dan kemudian bulan Disimber dan terkini KAJI SEMULA BAJET 2009
Susah pemimpin seperti orang ini tidak waras tetapi masih ada pengikut-pengikut sesat bersama nya.