Tuesday, 28 October 2008
MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.
Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.
“Ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di sini hari ini. - Baca Lagi..
Pewaris Melayu:
Penulis tahu apa yang terjadi dalam MCA. MCA Tidak akan berbuat sebegini jika tidak dicucuk oleh mana - mana pihak. MCA sudah dianggap sebagai adik abang didalam Barisan Nasional sejak sekian lama, tetapi akhir-akhir ini desakkan untuk memansuhkan hak keistimewaan bumiputera keluar dari MCA, iaitu salah satu parti komponen BN sendiri. Apa yang penulis dapat simpulkan sekarang ialah:
- Cina Malaysia sudah bersatu padu mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera di Malaysia.
- Contohnya, kenyataan MCA kini lebih kurang sama seperti kenyataan DAP. Walaupun kenyataann MCA kali ini tidak "setajam" DAP, tapi nadanya sama seperti DAP.
Oleh itu, sebagai kaum bumiputra di Malaysia, penulis tidak bersetuju dengan cadangan MCA yang mahu rakyat Malaysia bersaing didalam bidang ekonomi.
Bumiputra tidak boleh disama ratakan dengan kaum-kaum bukan bumiputra di Tanah Melayu.
2 comments:
Salam JR
Ini sudah melampau sampai 30% hak bumiputera dalam Syarikat juga hendak kebas atau di mansuh. Kaum Cina sudah "control Business " dan boleh beli IPO 70% di Bursa Saham dan itulah hak untuk Bukan Bumiputera. Belilah 70% di 'open market'.
Jangan kacau bumiputera 30% syer.
Persetujuan yang dicapai dahulu hendaklah dihormati dan janganlah sekali-sekala menukarnya kerana ianya akan mewujudkan keadaan huru-hara dan mengancam perpaduan rakyat yang berbilang bangsa.
Post a Comment