OLEH: PEMIKIR
Pejuang Aceh, Hassan di Tiro telah kembali ke Banda Aceh selepas 30 tahun meninggalkan Indonesia. Media melaporkan Hassan telah mendapat sambutan hebat dari penyokong-penyokong yang datang dari seluruh Aceh.
Hassan di Tiro adalah satu-satunya putera Aceh yang panjang umur dapat melihat Aceh mencapai otonomi yang dihadiahkan oleh Kerajaan Indonesia di bawah Presiden Susilo Bambang Yudhiyono yang sentiasa prihatin kepada rakyat Indonesia. Hassan di Tiro perlu bersyukur kerana walaupun Aceh tidak mendapat kemerdekaan total, apa yang dianugerahkan oleh Jakarta merupakan satu alternatif terbaik. Rakyat diizinkan melantik Gebenor mereka sendiri melalui proses pengundian yang telus diperhatikan oleh individu-individu luar negeri.
Penulis mengenali Hassan di Tiro semenjak bertemu beliau di pejabat nya di Tingkat 42, 54th Street, 5th Avenue, New York City. Ketika itu, beliau berumur lebih 50 tahu, masih kacak dan nasionalistik. Beliau juga mempunyai NGO membantu pelarian-pelarian Vietnam yang lari dari perang Vlietnam pada pra-1975.
Pemerhati Politik terharu dengan sikap Jakarta membenarkan Hassan di Tiro pulang ke tanah air buat beberapa hari. Adalah dipercayai pendirian terbuka Indonesia ini disanjung oleh penduduk-penduduk Aceh dan juga PBB serta pemerhati-pemerhati politik tempatan dan antarabangsa.
Tuesday, October 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment