Thursday, October 30, 2008

USAHA PEMULIHAN PENAGIH GIAT DILAKSANAKAN

oleh: Mustikacitra-indah

Pusat Pemulihan Dadah Persendirian, termasuk Yayasan Salam, Rumah Pengasih Malaysia, dan Drug Convention Community of Pahang adalah contoh pusat pemulihan persendirian yang berjaya membentuk penagih supaya kembali kepada lumrah. Mereka merasakan bahawa pusat pemulihan persendirian ini telah dapat memberikan perkhidmatan terbaik yang menjadikan mereka pulih dan tidak kembali kepada penagihan dadah.
Malah seingat Mustika, banyak lagi pusat-pusat pemulihan persendirian yang wujud, mampu memberikan pembelajaran yang berkesan kepada penagih-penagih tegar yang mahu dan berazam untuk memperbaiki diri dan ingin pulih daripada dadah.
Menurut Menteri Dalam Negeri daripada 54 pusat pemulihan, 70% daripadanya adalah pusat-pusat pemulihan yang bukan berteraskan agama Islam dan 30% adalah berteraskan kepada kumpulan yang menubuhkan mengikut kehendak dan pendekatan Islam. Mengaplikasikan agama sebagai salah satu cara untuk memberikan pengukuhan kepada seseorang secara mendalam adalah jelas dapat membantu dan berkesan bagi membina jati diri seseorang. Oleh itu, mereka memberi tumpuan kepada penagih untuk memantapkan kekuatan agama di dalam pendekatan bagi memulihkan seseorang penagih.

Hypermarket Dan Peniaga Kecil Bergabung Menurunkan Harga Barang

Penduduk Malaysia gemar membeli barang keperluan harian di hypermarket berbanding pasar raya kecil dengan alasan hypermarket menawarkan harga jauh lebih murah berbanding pasar raya kecil dan kedai runcit. Ini menjadikan perniagaan peniaga-peniaga kecil ini berada di tahap nyawa-nyawa ikan dan seterusnya berkubur kerana kurang pelanggan. Tulip setuju dengan tindakan KPDNHEP yang menggesa hypermarket menjalinkan hubungan dengan PKS atau peniaga kecil untuk mereka berniaga dan mendaftarkan diri mereka dengan hypermarket tertentu supaya barang-barang keperluan mereka juga dapat dijual di hypermarket.

Di samping itu, Program Citarasa Kita yang dianjurkan oleh KPDNHEP juga merupakan satu mekanisme untuk membantu peniaga kecil dimana sebahagian besar daripada penglibatan itu adalah daripada peniaga-peniaga kecil kita di Malaysia dan menjual bahan-bahan ataupun barang-barang tempatan untuk mengalakkan lagi perniagaan mereka.

MP BATU HILANG FOKUS

oleh: Mustikacitra-indah

Suruhanjaya Kehakiman akan diwujudkan tidak lama lagi. Antara fungsi suruhanjaya ini ialah untuk memantau dan memastikan perlakuan dan tatasusila hakim-hakim di negara ini tidak menyeleweng dan mengikut landasan yang benar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan kepada Dewan bahawa kes salah laku hakim disiasat di bawah perlembagaan 125 (3) yang telah jelas memperuntukkan bahawa sesuatu tindakan akan dilakukan menurut perlembagaan yang sedia ada.

Namun MP Batu, Tian Chua (PKR) begitu mendesak untuk mengetahui apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyiasat isu-isu yang telah dibawa oleh hakim tersebut. Bagi Mustika, sebenarnya soalan MP Batu ini telah dijawab oleh Timbalan Menteri ketika beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh MP Jerlun (BN) sebelum ini. Berapa kali perlu diulang? KES LAPUK TUTUP BUKU SAJA LAH.!!

Pelajar Luar Bandar Bakal Menikmati Program SchoolNet

Timbalan Menteri Pelajaran menjawab soalan yang diutarakan oleh MP Tanjong Manis berkaitan perlaksanaan program SchoolNet ke sekolah-sekolah pedalaman memandangkan kekurangan guru-guru yang mahir di sekolah pedalaman. Beliau menjelaskan bahawa terdapat kekangan untuk melaksanakannya di sekolah pedalaman yang masih belum mempunyai talian elektrik dan kemudahan elektrik. Sekolah pedalaman masih menggunakan gen set yang menimbulkan gangguan dari segi kemudahan connectivity. Sehubungan itu, pihak kementerian mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak terutama daripada Kerajaan Negeri dan juga syarikat tertentu.

Di Terengganu, Program SchoolNet disokong dan ditaja oleh pihak Kerajaan Negeri memandangkan Kementerian Pelajaran mempunyai sekolah yang banyak hampir 10000 ribu untuk dibiayai dan itu merupakan salah satu masalah yang kementerian hadapi. Di samping itu, pihak kementerian juga telah mengadakan latihan-latihan secara insentif melalui bahagian pendidikan guru dengan kerjasama BTP dalam memantapkan kemahiran guru dalam menggunakan aplikasi video conferencing.

Menteri Besar Selangor Boneka

Oleh :Tulip Desa

Pakatan Rapuh dilihat semakin kurang ajar apabila MP Batu Gajah mencadangkan di Dewan Rakyat supaya Barisan Nasional diharamkan kerana didakwa bersifat perkauman. Adakah Pakatan Rakyat yang menerajui Negeri Pulau Pinang, Selangor, Perak,Kedah dan Kelantan adil dalam membela nasib semua kaum? Pada Tulip mereka lebih kepada memperjuangkan dan membela kaum tertentu. Kalau tidak, masakan Orang Melayu di Selangor dan Pulau Pinang bimbang dengan nasib mereka yang dipinggirkan oleh Pakatan Rapuh.

Ada pihak yang menyatakan bahawa Orang Melayu di Selangor tidak berpuas hati dengan Pakatan Rakyat dan merayu agar Sultan Selangor campur tangan dengan beberapa keputusan Kerajaan Negeri yang jelas mengabaikan kepentingan Orang Melayu di negeri tersebut. Antaranya adalah:-

1. mendesak Menteri Besar Selangor supaya mematuhi perintah baginda yang tidak memberi perkenan terhadap beberapa keputusan menyerahkan jawatan tertinggi dan penting kepada bangsa asing yang sepatutnya hak Orang Melayu

2. bantahan terhadap perlantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu

3. bantahan terhadap usaha Kerajaan Negeri Selangor yang mencari modal mega sebanyak 10 juta ringgit bagi membaiki dan membangunkan sekolah-sekolah Tamil dan Cina sedangkan sekolah agama rakyat yang daif dan tidak terbela sepenuhnya.

Justeru itu, adakah Pakatan Rakyat membela nasib semua kaum atau ia hanyalah omongan kosong serta gimik politik mereka untuk mengaburi mata dan hati rakyat. Menteri Besar Selangor dilihat hanyalah boneka yang umpama lembu dicucuk hidung bagi memenuhi impian dan hasrat pihak tertentu sehingga beliau sanggup memusnahkan bangsanya sendiri.

POLIS AMBIL ALIH KESELAMATAN LAPANGAN TERBANG: KES MENURUN

oleh: Mustikacitra-indah

Sejak 3 bulan kebelakangan ini, rompakan di lapangan terbang sering sahaja berlaku, antaranya KLIA dan juga Lapangan Terbang Bayan Lepas di Pulau Pinang. Apa yang menjadi persoalan ialah sejauh mana tahap sistem keselamatan di lapangan terbang. Adakah lapangan terbang sudah tidak selamat lagi atau sudah tidak mampu lagi menangani kehendak dan keperluan pelanggan dari seluruh Malaysia?

Mendengar Timbalan Menteri Pengangkutan menjawab soalan MP Ipoh Barat yang bertanyakan apakah tindakan yang telah diambil setakat ini supaya kecurian, rompakan dan kehilangan barang-barang berharga penumpang dapat diatasi, Mustika menarik nafas lega. Timbalan Menteri menyatakan bahawa kes-kes rompakan di lapangan terbang boleh dikategorikan sebagai kes terpencil setakat ini, tetapi kerajaan telah mengambil langkah bijak yang mana soal keselamatan telah diserahkan kepada pihak polis dan selepas polis mengawal keselamatan di KLIA, kes rompakan nampaknya sudah tidak berlaku lagi. Bagi kehilangan bagasi pula, bagi Mustika ini adalah kes kecil yang tidaklah begitu serius kerana pihak pentadbiran lapangan terbang dapat mengatasinya dengan bijak.

DEB TIDAK WAJAR DIHAPUSKAN

oleh: Mustikacitra-indah

Dasar Ekonomi Baru bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita. Dasar inilah yang banyak membantu bukan sahaja golongan Melayu dan Bumiputera tetapi juga kaum lain di negara bertuah ini.

Namun apabila pemimpin kita mengeluarkan kenyataan bahawa DEB mungkin dimansuhkan, ramai yang terkejut dan membuat telahan yang bukan-bukan. Hakikatnya, DEB tidak wajar dihapuskan sebagaimana yang disarankan oleh sesetengah pihak. Namun, apa yang penting sekarang semangat DEB diperkukuhkan terutama dengan merintis jalan mengadakan jalinan usaha sama tulen antara Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam ekonomi.

DEBAT UMUM CALON BERTANDING JAWATAN TERTINGGI UMNO TIDAK W AJAR

oleh: Mustikacitra-indah

Apabila syor debat diadakan secara terbuka antara calon yang bertanding dalam parti, Mac 2009, Mustika tidak bersetuju. Memang kononnya akan dapat menunjukkan kepada masyarakat mengenai kepimpinan dan ketokohan seseorang pemimpin masyarakat.

Pada pandangan mustika, banyak keburukan daripada kebaikannya. Debat umum membabitkan calon yang bertanding jawatan tertinggi dalam parti, tidak wajar diadakan. Ini seolah-olah satu perjudian yang melambangkan ketidak adilan kerana calon yang kalah berdebat akan disingkirkan. Ini kerana, pemimpin yang pandai berdebat tidak semestinya pandai melukis corak kepimpinan yang 'cantik dan menarik'.

Ia juga akan menjadi satu medan pertempuran bagi penyokong-penyokong seseorang pemimpin. Malah jangan terkejut jika nanti pembangkang akan cuba "menegakkan benang yang basah untuk masuk ke dalam lubang jarum yang bengkok".

Pendek kata, debat tersebut memang tidak sesuai dianjurkan.

Hak istimewa orang Melayu: Saya akan pertahankan - Nazri

oleh: Tulip Desa

Hak istimewa orang Melayu: Saya akan pertahankan - NazriOctober 30, 2008 : 09.40 AM--->

Sesi penggulungan perbahasan bajet 2009 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berlangsung macam biasa – panas dan menarik perhatian bukan sahaja kalangan pemerihati yang hadir di Parlimen tetapi juga Ahli-Ahli Parlimen serta anggota pentadbiran kerajaan lainnya. Pada sesi petang Rabu, Nazri diserang bertubi-tubi berhubung dengan soal hak istimewa orang Melayu. Namun beliau yang popular dengan panggilan ‘Cif” tenang sahaja dan menegaskan pendirian kerajaan tidak akan meminda atau menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kepentingan dan hak orang Melayu.
“Saya adalah satu daripada 222 Ahli Parlimen. Jika dua pertiga Ahli Dewan ini setuju untuk meluluskan bagi menghapuskan Perkara 153 saya terima tetapi saya sendiri tidak akan menyokong Perkara 153 dihapuskan dan saya akan tetap mempertahankannya,” katanya sambil meminta pihak pembangkang jika mereka hendak memansuhkan Perkara 153 mereka boleh berbuat demikian dengan membawa usul di Dewan Rakyat. Beliau berkata demikian kerana timbul isu yang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu semasa perbahasan daripada kalangan pihak pembangkang sebelum ini.

Penegasan serta jawapan Nazri tersebut membuatkan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor Dr. Zulkefli Ahmad bangun dan berkata, pakatan pembangkang bersetuju untuk mempertahankan Perkara 153 tetapi membangkitkan soal dalam melaksanakan serta memelihara hak Melayu ia jangan sampai menindas hak kaum lain. Nazri dengan gaya bersahaja berkata “ Ini yang cakap soal nak pertahan hak istimewa orang Melayu saya dengar daripada kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang Melayu sahaja tetapi Ahli Parlimen pembangkang daripada kaum lain tak kata apa pun,” katanya sambil tegaskan kerajaan tidak pernah menindas kaum lain dalam masa laksanakan hak istimewa orang Melayu.

Dalam masa penggulungan itu juga, soalan-soalan tambahan serta penjelasan yang dikemukakan semakin menghangat suasana perbahasan. Ahli Parlimen Pasir Salak Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajudddin Abdul Rahman mempertikaikan sikap pembangkang yang terang-terang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan menyebut Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang paling jelas mempertikaikan perakra itu. Kit Siang bangun dengan peraturan Mesyuarat perkara 36 (12) mendakwa Tajuddin mengelirukan Dewan kerana beliau tidak pernah pertikai hak istimewa orang Melayu. Tajuddin selepas itu meneruskan penejlasan yang dipohonnya kepada Nazri dan sekali lagi Ahli Parlimeen PKR Gombak, Azmin Ali bagun menggunakan peraturan mesyuarat yang sama untuk menghalang Tajuddin daripada membuat kenyataan yang sama.
Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta Tajuddin mengawal ucapannya dan pada masa ini Tajuddin jelas mempertikaikan peraka itu. “Ini apa ini…bila saya hendak bercakap peraturan itulah peraturan inilah…itu pembangkang mereka boleh cakap ikut suka mereka saja,” katanya yang jelas tidak puashati kerana isu hak istimewa orang Melayu disentuh oleh pembangkang secara terbuka. “Kata kita tindas kaum lain, saya cabar dalam bidang ekonomi siapa kuasai ekonomi negara, tunjukkan berapa penguasaan ekonomi orang Melayu,” katanya sambil menambah kaum Cina paling menguasai ekonomi negara ini dan ia menjadi bukti hak mereka tidak pernah dinafikan.

Ahli Parlimen Bebas tidak ketinggalan membangkitkan soal kepentingan hak istimewa orang Melayu. Dalam soalannya, beliau bertanya kepada Nazri adakah beliau setuju jika pembangkang hendak meminda Perkara 153, Menteri-Menteri Besar di negeri yang dikuasai pembangkang hendaklah mengadap Sultan masing-masing mohon perkenan untuk Perkara 153 dimansuhkan. Jawab Nazri “ Saya kira itu cadangan yang baik. Biarlah mereka mengadap ke bawah duli Sultan di negeri mereka masing-masing”.

Selain isu hak istimewa orang Melayu, Nazri turut menjelaskan tindakan tegas kerajaan terhadap pertubuhan haram HINDRAF dan penahanan beberapa individu pertubuhan itu di bawah ISA. Katanya, tindakan tegas itu bukan menunjukkan kerajaan menindas tetapi berdasarkan perkara-perkara yang mereka lakukan sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara. Tambahnya, sebelum ini kerajaan juga bertegas kepada kaum bukan Melayu dan isu Al-Arqam dan Jemaah Islamiyah dan tindakan menahan pemimpin mereka di bawah ISA tidak pun dikatakan menindas Melayu. - 30/10/2008

*************************************
Tulip Desa

Syabas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di atas tindakan tegas dan berani beliau dalam mempertahankan hak keistimewaan Orang Melayu. Nampaknya pembangkang masih lagi memainkan isu tersebut yang jelas menggambarkan kedangkalan minda sesetengah MP pembangkang. Pihak pembangkang juga tidak mengendahkan nasihat dan teguran daripada Majlis Raja-Raja yang menggesa semua pihak agar tidak memprovokasikan dan mempertikaikan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama. Sehubungan itu, Tulip mengharapkan pembangkang tidak lagi mengulangi kenyataan dan tindakan sebelum ini yang mencetuskan sentimen perkauman di kalangan rakyat Malaysia.

KEBAJIKAN PENDUDUK ISLAM DI NEGERI DIPERINTAH PEMBANGKANG TIDAK DIABAIKAN

oleh: mustikacitra-indah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Khairy Jamaludin (Rembau) mengenai sejauh manakerja-kerja menaiktaraf surau dan masjid yang daif dan kurang kemudahan asas yang sempurna, menjelaskan kepada Dewan bahawa dalam usaha memulia dan mendaulatkan Islam, kerajaan tidak melaksanakan pengasingan terhadap lima negeri yang diperintah pembangkang.

Malah sebanyak RM29.2 juta daripada RM65.1 juta diperuntukkan kepada Imam-imam masjid dan surau bagi negeri-negeri yang dikuasai pembangkang

Kerajaan Pusat juga tidak bertanggungjawab merobohkan masjid atau surau di negeri-negeri kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan juga Majlis Agama Islam negeri yang berkenaan.

Jadi jika ada dakwaan bahawa Kerajaan Pusat telah merobohkan surau dan masjid di negeri-negeri pembangkang, sememangnya fitnah sama sekali. Tindakan pemimpin pembangkang ini boleh diibaratkan sebagai "baling batu sembunyi tangan".

257,411 surat beranak tanpa nama bapa

utusan online

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dari 2000 hingga Julai lalu direkodkan tanpa nama bapa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, pihak pendaftar berbuat demikian berdasarkan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299.

Katanya, anak yang tidak sah taraf iaitu anak luar nikah tidak boleh mencatatkan nama bapanya pada sijil kelahiran mereka.

‘‘Pendaftar hanya boleh meletakkan nama bapa sekiranya terdapat permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan R. Sivarasa (PKR-Subang) mengenai isu anak luar nikah yang tidak didaftarkan dengan nama bapa pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Syed Hamid, berdasarkan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

Hanya atas alasan keselamatan

utusan online

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Tindakan kerajaan terhadap pertubuhan haram Hindraf dan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan beberapa individu baru-baru ini dilakukan semata-mata atas alasan keselamatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd. Aziz berkata, tindakan itu diambil kerana kerajaan bimbang dengan kemungkinan berlaku potensi ancaman yang lebih besar kepada rakyat dan negara.

''Kita ambil tindakan itu atas kepentingan ramai," katanya ketika menggulung Bajet 2009 pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan tidak tertekan dengan desakan pihak tertentu dalam mengambil tindakan sedemikian.

''Sekiranya kita tidak mengambil tindakan tepat untuk menghentikan sesuatu kemungkinan, ia boleh menyebabkan ancaman yang lebih besar berlaku," katanya.

Nazri menegaskan, kerajaan juga tidak pernah membenci masyarakat India apabila bertindak mengharamkan Hindraf dan mengambil tindakan terhadap para pemimpinnya.

Jelasnya, prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Mac lalu tidak menyebabkan kerajaan bertindak balas dengan menindas kaum bukan Melayu.

''Saya boleh beri jaminan walaupun sebenarnya pada hari ini kita terjejas sedikit dari segi jumlah kerusi tetapi ia bukan alasan untuk kita menindas bangsa lain," ujarnya.

Malah, katanya, beliau memenangi pilihan raya umum lalu kerana adanya sokongan daripada pengundi Cina dan India.

Menurut Nazri, beliau juga bersetuju dengan pandangan ramai bahawa dalam usaha kerajaan membantu kaum Melayu, kaum lain juga perlu dipastikan hak mereka dan tidak boleh ditindas.

Dewan gamat DAP cadang haramkan BN

utusan online

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis hari ini 'naik angin' apabila seorang Ahli Parlimen DAP mencadangkan di Dewan Rakyat supaya Barisan Nasional (BN) diharamkan kerana didakwa bersifat perkauman.

Beliau yang jarang dilihat marah malah sering bergurau-senda dengan pembangkang nampaknya 'hilang sabar' apabila Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mengemukakan cadangan itu ketika membahaskan Bajet 2009.

Sambil mengemukakan Peraturan Mesyuarat Perkara 36(6), Jamaluddin lantang membidas Ahli Parlimen berkenaan kerana membuat sangkaan jahat dengan menuduh parti-parti komponen BN hanya membela kaum tertentu sahaja.

''Batu Gajah tidak boleh menuduh kita membela kaum tertentu sahaja, kita minta Yang Berhormat tunjukkan kepada kita bahawa DAP bukan membela kaum tertentu," katanya ketika mencelah ucapan perbahasan Po Kuan di Dewan Rakyat hari ini.

Po Kuan kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO sememangnya mengutamakan kaum Melayu kerana dia sendiri tidak boleh memasuki parti itu kerana bukan dari kalangan bangsa berkenaan.

Kenyataannya itu menyebabkan Dewan semakin riuh ekoran bantahan beberapa penyokong kerajaan termasuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat di bawah perkara sama tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Po Kuan yang tidak berpuas hati dengan gangguan yang diterimanya terus mengaitkan beberapa perkara sensitif dalam UMNO yang memartabatkan ketuanan Melayu sehingga menyebabkan Jamaluddin bangkit semula.

Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu merujuk kenyataan Ahli Parlimen DAP itu dengan Peraturan Mesyuarat Perkara 6 10(c) iaitu mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati dan boleh membangkitkan rasa tidak puas hati.

''Ucapan Batu Gajah memang menyakitkan hati. Cakap sedap sahaja. Hendak membela semua kaum tetapi sebenarnya (DAP) pun hanya membela satu kaum sahaja. Betul tak?,'' katanya.

Ketika ini, Wan Junaidi meminta Po Kuan menukar topik perbahasannya bagi menghentikan pertikaman lidah lantas Ahli Parlimen DAP itu duduk selepas tidak mempunyai perkara lain untuk disentuh.

MASALAH DALAM SISTEM E-TANAH AKAN DAPAT DIATASI MENJELANG 2009

oleh: Mustikacitra-indah

Masalah yang timbul mengenai sistem e-tanah adalah berpunca dari data tidak bersih dimana sejumlah 58906 data daripada 297322 hakmilik tanah di Pulau Pinang tidak dapat dipadankan. Ini merupakan kesan daripada sistem lama yang telah digunapakai sebelum ini iaitu Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dan Sistem Pungutan Hasil Berkomputer (SPHT) yang tidak berintegrasi. Namun perkara ini sedang diatasi oleh pihak vendor. Walaubagaimanapun, beberapa modul utama seperti Modul Pendaftaran dan Hasil telah digunapakai di pejabat-pejabat tanah di Pulau Pinang dan modul lain akan dapat digunakan sepenuhnya pada awal 2009.

Mendengar keterangan berikut di Parlimen hari ini, mungkin akan melegakan hati ramai pihak kerana terdapat dakwaan dan aduan mengenai masalah terdapat dalam pelaksanaan E-Tanah sebelum ini. Namun jika orang yang dipertanggungjawab dapat melaksanakan kerja secara efektif dan teratur, tentu sekali masalah dapat diminimakan.

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN NAIK TARAF PERKHIDMATAN KOMUTER DAN LRT

oleh: Mustikacitra-indah

Bagi meningkatkan kualiti perkhidamatan awam komuter dan LRT supaya operasinya lebih cekap, Kementerian Pengangkutan telah membuat penambahan laluan bagi kedua-dua sistem LRT sedia ada di Lembah Klang bagi aliran Kelana Jaya dan aliran Ampang. Kedua-dua projek ini akan memberi manfaat kepada 2.6 juta penduduk di sepanjang Koridor Subang Jaya- USJ dan Koridor Kinrara-Puchong.

Kementerian Pengangkutan juga mengumumkan perolehan 35 set tren bagi aliran Kelana Jaya telah dilaksanakan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal 2010 dengan kos 1.3 bilion. Ini memandangkan kapasiti penumpang yang dijangka akan meningkat daripada 160 ribu penumpang sehari sehingga 350 ribu penumpang sehari. Malah satu laluan LRT baru sepanjang 42 km yang akan dibina dari Kota Damansara hingga ke Cheras bertujuan memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan rel bandar di Lembah Klang. Laluan baru ini dijangka akan dapat menampung kapasiti melebihi 300 ribu penumpang sehari dan pada masa yang sama mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur. Dijangka siap pada 2014, perkhidmatan ini akan merangkumi banyak kawasan kediaman dan perdagangan sepanjang Koridor Kota Damansara-Cheras yang mempunyai bilangan penduduk lebih sejuta orang.

Sistem ini juga akan mendapat perolehan baru 10 set Electric Multiple Unit (EMU) dan membaik pulih 50 koc komuter sedia ada. Bagi golongan Orang Kurang upaya (OKU), lif, ramp, tandas dan laluan khas di stesen KTM, LRT, Monorel dan ERL akan dibina. Manakala Rapid KL pula menyediakan 100 buah bas baru yang mesra OKU dengan melibatkan 73 laluan dan pengenalan sistem tiket bersepadu bagi bas Rapid KL dengan perkhidmatan LRT-STAR dan LRT-PUTRA dengan kadar harga dan pakej lebih menarik.

KEMENTERIAN PELAJARAN AKAN BUKA 704 KELAS PRASEKOLAH DI SELURUH NEGARA PADA TAHUN 2009

oleh: mustikacitra-indah

Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka sebanyak 704 kelas prasekolah di seluruh negara pada tahun 2009. Buat masa ini, kementerian hanya mampu menyediakan 6641 kelas prasekolah dengan enrolmen seramai 148656 di seluruh negara berikutan kekangan yang berlaku dan dihadapi oleh pihak kementerian termasuk dari segi kewangan. Kemasukan kanak-kanak ke prasekolah KPM terbuka kepada semua kanak-kanak yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan disebarkan melalui iklan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran pada bulan Jun dan Ogos setiap tahun.

Pihak sekolah yang melaksanakan kelas prasekolah di sekolah berkenaan akan menyebarluaskam makluman tersebut. Namun terdapat ibu bapa yang tidak prihatin dengan iklan tersebut selalunya akan terlewat untuk memohon sehingga iklan kemasukan tersebut telah ditutup. Manakala jumlah murid di setiap prasekolah tidak boleh melebihi 25 orang dalam setiap kelas. Borang permohonan akan ditapis berdasarkan merit pendapatan serta tanggungan ibu bapa atau penjaga. Proses pemilihan tersebut dilaksanakan oleh Jawatankuasa Prasekolah yang dianggotai oleh pihak pengurusan sekolah dan wakil PIBG.

Wednesday, October 29, 2008

Kerajaan Pas gagal tadbir Kelantan - DYMM Tuanku Ismail Petra Sultan

Aspirasi Bangsa


SULTAN Kelantan, DYMM Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra bertitah merasmikan Persidangan kali ke 3 (Belanjawan) bagi tempoh penggal pertama Dewan Negeri Kelantan, Kota Bharu, yang ke 12 tahun 2008 di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam. - Foto Zaman Huri Isa

KOTA BHARU: Tuanku Ismail Petra semalam menegur kerajaan Pas Kelantan kerana masih gagal mengurus dan membangunkan negeri ini dengan cekap, termasuk dalam pengurusan hasil serta kewangan.

Sultan Kelantan turut mengingatkan kerajaan negeri supaya memartabatkan institusi masjid dan tidak menggunakannya untuk kepentingan pihak tertentu.

"Beta ingin menarik perhatian kepada pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai bandar raya Islam sejak 2006. Perancangan dari aspek kebersihan dan keselamatan perlu dinilai semula kerana beta melihat beberapa elemen belum mencapai matlamat.

"Beta menyarankan peranan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri dinilai semula sesuai dengan kepentingan sektor ini dalam menyumbang kepada ekonomi negeri. Sudah sampai masa, entiti baru yang lebih berkesan ditubuhkan supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif," titah baginda.

Bagi mengimbangi tanggungjawab pembangunan negeri pula, baginda menyarankan Enakmen Perbadanan Menteri Besar Kelantan serta Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dikaji semula supaya tidak wujud pertindihan dan persaingan.

Baginda turut menyentuh Laporan Ketua Audit Negara mengenai kedudukan kewangan Kelantan yang tidak kukuh apabila mengalami defisit akaun hasil disatukan pada akhir 2007 sebanyak RM326.34 juta berbanding RM155.86 juta pada akhir 2003.

"Kerajaan negeri hendaklah mengelak membuat keputusan yang boleh mengurangkan kemasukan hasil. Agensi dan perbadanan kerajaan negeri tidak harus diberi keistimewaan lagi, manakala syarikat swasta yang gagal membuat pembayaran perlu diambil tindakan tegas.

"Kerajaan negeri tidak boleh terus bergantung kepada sumber hasil sedia ada. Usaha perlu digembleng untuk meneroka punca hasil baru dalam setiap sektor untuk membiayai kos pengurusan dan pembangunan yang semakin meningkat," tegas baginda.

Tengku Ismail Petra juga menegur mengenai masalah tanah terbiar di seluruh Kelantan yang ketika ini mencapai keluasan 21,458 hektar dan 910 hektar saja yang dibangunkan.

"Beta berharap, kerajaan negeri mengambil peluang daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.5 bilion untuk memulihkan tanah terbiar bagi menjamin bekalan makanan negeri khususnya dan negara amnya," titah baginda.

Selain itu, Sultan Kelantan tidak puas hati dengan pembangunan projek yang dirancang mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini kerana agak perlahan dan ada yang belum dimulakan.

Ini termasuk pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli serta projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra.

"Beta juga mendapat maklum, Kelantan adalah antara negeri yang disenarai dengan projek hab halal dalam RMK-9 membabitkan peruntukan RM17 juta. Bagaimanapun, projek ini belum dilaksanakan dan beta berharap ia dapat disegerakan.

"Beta menyarankan kerajaan negeri turut menekankan pelaksanaan pembangunan hab halal bagi mewujudkan pusat pengumpulan, pengeluaran dan pemasaran makanan halal," titahnya.

Sultan Kelantan juga berharap rangkaian perhubungan dibaiki, dinaiktaraf dan ditambah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan 53 program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan.

"Sukacita beta mencadangkan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Terengganu ke Tumpat, laluan kedua Kota Bharu-Kuala Krai dan pelebaran Jalan Gua Musang-Kuala Lipis.

"Beta difahamkan, pelabuhan tidak disenaraikan sebagai projek infrastruktur di bawah ECER di Kelantan. Bagaimanapun, beta dimaklumkan kerajaan negeri meluluskan tiga projek pembinaan pelabuhan Tok Bali, pangkalan bekalan luar pesisir Kemasin dan pangkalan bekalan Kuala Besar.

"Beta berharap kerajaan boleh memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan projek ini," titah baginda sambil melahirkan rasa amat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan dana khas sebanyak RM32.1 juta bagi meningkatkan sosio-ekonomi rakyat menerusi Projek D'Raja Kelantan.

Baginda turut menyarankan rakyat supaya berbelanja dengan berhemat bagi menangani kesan kenaikan kos sara hidup akibat krisis kewangan, kekurangan makanan dan kenaikan harga minyak dunia.

BAGAI AYAM SI SOMBONG, KOKOK BERDERAI-DERAI, EKOR BERGELUMANG TAHI!

Pilihan Anda

Tuesday, October 28, 2008



Tabiat mengomel tanpa cadangan...itulah yang dapat disimpulkan pembangkang di Malaysia ini. Teman teringat waktu dewan rakyat bersidang ketika Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang menempelak Pembangkang yang hanya mampu membangkang tanpa memberi idea untuk penambahbaikan. LOW CLASS THINKING! Kemudian diberinya contoh-contoh buruk dengan tujuan menjatuhkan maruah kerajaan...kenapa tidak mengesyorkan cadangan serta pendapat.

Rasanya peringkat pembangkang yang hanya tahu membangkang ini tidak sahaja berada di dewan rakyat malah telah turun hingga ke akar umbi. BANGKANG! HENTAM! SOKONGAN MEMANG CONFIRM TAK ADA LANGSUNG! MEMBUAT KEPUTUSAN JAUH SEKALI!


Kome lihat sendiri la contoh papan tanda di Pulau Pinang yang hendak dipelbagai bahasakan. Uiih! Ramai jugak yang bukak gelanggang dengan topik ni. Bagi yang pro kerajaan, sudah semestinya menyokong tindakan beberapa agensi dan tokoh yang membantah tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang ingin meminggirkan penggunaan bahasa Melayu.


Bagi yang pro pembangkang pulak, yang pelik tuh,
DIA HENTAM, DIA KUTUK, DIA HINA, DIA MAKI, DIA CACI, DIA BUAT-BUAT TAK PAHAM, DIA BUAT BODOH tetapi, langsung tak ada keputusan ataupun pendirian. Bab-bab bangkangan dan cacian tu biasa la, kome paham pasal deme memang perangai begitu, tapi bab membuat keputusan tu yang tak faham sikit, atee.. kome ni MENYOKONG KE TIDAK TINDAKAN KERJAAN NEGERI PP TU? Bila dah kutuk berapi-rapi, by the end, bagi la pendirian, "SAYA DENGAN INI MENYOKONG PENUH TINDAKAN KERAJAAN NEGERI PP" sebagai contohnye la...ini tidak, cakap sikit gelak, cakap sikit gelak, teman tereban ke longkang nayanye deme!

Ada pulak, yang pandai mengeluarkan hujah dengan ayat-ayat Quran, hadis la...tapi lepas tu berterabur mencarut maki hamunnya! BY THE END, TAK ADE JUGE KEPUTUSANNYA, SOKONG KE IDAK?


Kalau ya katakan iya, kalau tidak katakan tidak, nak lebih baik, bagi cadangan untuk penambahbaikan. Kata suara bloggers lebih tajam dari mata pisau! Piirahh...cakap berdegar-degar...kalau suruh buat kerja, kelam kabut! Cuba kome tengok member pembangkang kome yang sorang tu, Zulkifli Nordin, ini salah satu pembangkang yang teman respek! Ada idea, tetap pegangan...ikut lah contoh yang elok, jangan merepek tak tentu hala!


Wallahuallam...

Mansuh Ekuiti Bumiputera

oleh: Tulip Desa

Tuesday, October 28, 2008

KUALA LUMPUR 27 Okt. – MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.


“Ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melahirkan keyakinan unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.


“Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.Tiong Lai menambah, sudah tiba masanya merit atau daya saing sesuatu syarikat itu diberikan keutamaan dan bukannya persoalan berkaitan ekuiti bumiputera.


Beliau juga menyarankan agar penekanan diberikan terhadap aspek mewujudkan kerjasama yang jitu antara peniaga Melayu, Cina dan India di negara ini.Katanya, syarat pemilikan 30 peratus ekuiti dalam syarikat senaraian awam hanya menjadi halangan dalam mewujudkan satu bentuk kerjasama yang sedemikian rupa.


“Apa yang penting adalah kerjasama jitu tanpa kira peratusan (ekuiti bumiputera),” katanya.
Beliau bagaimanapun pada masa yang sama mengakui kerajaan telah banyak bertolak ansur dalam isu pemilikan ekuiti sebelum ini.“Saya rasa memang banyak langkah telah diambil seperti dalam bidang perkilangan, 100 peratus ekuiti untuk semua pihak untuk memastikan pertumbuhan dalam sektor perkilangan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

***************************************
Tulip Desa

Nampaknya MCA semakin berani dan melampau. Pelbagai desakan dan tuntutan yang diminta oleh parti komponen tersebut agar meminda kontrak sosial sehingga membangkitkan kemarahan Orang Melayu. Adalah tidak wajar MCA mempersoalkan kontrak sosial kerana ia akan menimbulkan suasana tegang dan tidak harmoni dalam Barisan Nasional.Kesepakatan dalam perkongsian kuasa yang dilayari selama 51 tahun sewajarnya dipertahankan daripada dicemari oleh anasir-anasir jahat. Tulip merasakan kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA kebelakangan ini dipengaruhi oleh golongan tertentu yang mempunyai kepentingan untuk kelangsungan politik mereka. Sehubungan itu, Orang Melayu tidak boleh berdiam diri harus bangkit dalam mempertahankan hak orang Melayu yang semakin terhakis serta jangan biarkan orang lain pijak kepala kita.

DAH MELAMPAU

http://pewarismelayu.blogspot.com/

Tuesday, 28 October 2008

MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.


Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.

“Ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di sini hari ini. - Baca Lagi..
Pewaris Melayu:
Penulis tahu apa yang terjadi dalam MCA. MCA Tidak akan berbuat sebegini jika tidak dicucuk oleh mana - mana pihak. MCA sudah dianggap sebagai adik abang didalam Barisan Nasional sejak sekian lama, tetapi akhir-akhir ini desakkan untuk memansuhkan hak keistimewaan bumiputera keluar dari MCA, iaitu salah satu parti komponen BN sendiri. Apa yang penulis dapat simpulkan sekarang ialah:
  • Cina Malaysia sudah bersatu padu mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera di Malaysia.
  • Contohnya, kenyataan MCA kini lebih kurang sama seperti kenyataan DAP. Walaupun kenyataann MCA kali ini tidak "setajam" DAP, tapi nadanya sama seperti DAP.
Oleh itu, sebagai kaum bumiputra di Malaysia, penulis tidak bersetuju dengan cadangan MCA yang mahu rakyat Malaysia bersaing didalam bidang ekonomi.
Bumiputra tidak boleh disama ratakan dengan kaum-kaum bukan bumiputra di Tanah Melayu.

Friday, October 24, 2008

TERIMA KASIH: MENTERI KERJA RAYA, MP SEPANG PRIHATIN… JALAN RAYA SEGAMAT-TANGKAK DINAIKTARAFKAN.

Oleh: Pemikir

Dalam pertemuan Wira dan YB MP Tenggara di Parlimen baru-baru ini, beliau kelihatan aktif dan sentiasa prihatin tentang perjalanan Parlimen. Dalam sidang Dewan Rakyat semalam 23 Oktober, beliau telah menanyakan kepada Timbalan Menteri Kewangan berkaitan dengan perkara insurans iaitu sama ada Kerajaan sudah melaksanakan perlindungan melibatkan pekerja-pekerja. Timbalan Menteri Kewangan menjawab bahawa perkara ini dalam peringkat kajian.

Di luar Dewan, Wira mengingatkan MP Tenggara tentang projek menaiktarafkan jalan raya Tangkak-Segamat di mana warga Segamat berdebar-debar menunggu ia direalisasikan. MP Tenggara, Dato’ Halimah Sadiq dengan pantas tetapi tenang menjawab, bahawa projek ini akan diuruskan oleh Menteri Kerja Raya, MP Sepang, YB Dato’ Mohd Zin B. Mohamed.

Pemerhati berpendapat bahawa kedua-dua MP ini bersungguh-sungguh untuk melaksanakan projek Barisan Nasional di Tangkak-Segamat di mana ia akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut secara khususnya dan amnya ECER (Wilayah Ekonomi Pantai Timur).


Thursday, October 23, 2008

DULU LAIN, SEKARANG LAIN ...

oleh: Mat Sirat

MP Machang - PKR cuba mempengaruhi dewan mulia bahawa beliau boleh mengingati nama setiap pemain bolasepak nasional di era 70' an dahulu. Saya amat bersetuju memandankan saya pun memiliki kebolehan yang sama mengikuti perkembangan sukan no. 1 negara pada masa itu ketika saya masih dalam belasan tahun.
.
Beliau juga cuba memperkotak-katikkan MP Tg Piai - BN (Timbalan Meteri) dengan cabaran apakh beliau dapat menamakan mana-mana 3 pemain dalam skuad bolasepak negara pada masa ini.
.
Saya dengan sukarela ingin menjernihkan kekeruhan yang dibawa oleh MP Machang - PKR. Pengikutan secara aktif dan penuh minat adalah bergantung dengan ukuran umur kita masing-masing.
.
Semakin berusia kita meningkat, semakin banyak tanggungjawab yang harus dipenuhkan...
.
Atas desakan hidup tatkala meninggalkan usia remaja kita akan melayari pelayaran baru ke destinasi hidup yang belum pernah dijejaki sehinggakan kita terpaksa melepaskan satu per satu perkara yang amat kita minati sewaktu muda dahulu termasuklah bidang sukan.
.
Saya pun kurang mengetahui barisan penuh pemain nasional bolasepak namun prestasi saya mungkin lebih baik dari yang seumpamanya yang dimiliki oleh MP Machang - PKR.
.
Saya bukannya nak merendah-rendah beliau tetapi ingin berkongsi rasa tentang pengalaman saya yang tidak seberapa ini. Semakin kita dewasa, kita akan mula melepaskan hobi atau kesukaan kita, namun percayalah anak-anak atau adik-adik kita pasti dapat menghafal nama setiap pemain bolasepak nasiona dewasa ini.
.
MAT SIRAT - KENAPA, TAK PERCAYA YE?
Publish Post

TERSIRAT ISU PELAJAR UPM

oleh: Aspirasi Bangsa

Dalam kesibukan Minggu Pilihanraya kampus, isu mengenai pelajar UPM di buang kolej umpama menjadi isu utama tajuk beberapa akhbar khasnya akhbar on-line. Isu yang sepatutnya menjadi isu biasa tetapi kini digambarkan sebagai isu yang besar gara-gara musim Pilihanraya Kampus.

Secara tersuratnya ialah dilihat aspek tindakan UPM terhadap pelajarnya adalah isu dalaman kampus iaitu tindakan kedua-dua pelajar masih dianggap bersalah kerana melanggar peraturan kolej kediaman.

Secara lojiknya, pelajar ini sepatutnya boleh membuat aduan di Kementerian Pengajian Tinggi dan tidak perlu untuk merujuk kepada wakil rakyat PKR.Namun secara tersiratnya ianya adalah mainan politik pihak tertentu untuk menjadikannya sebagai isu supaya timbul perasaan tidak puas hati dikalangan mahasiswa terhadap kepimpinanan dan pengurusan pihak universiti.

Memang jelas peranan parti politik PKR dalam isu ini. Dalam masa itu pihak pro pembangkang akan menuduh pihak tertentu khasnya pihak aspirasi kerajaan dalam mendalangi isu ini.Namun apa yang lebih penting 'timing' atau masa isu mahasiswa ini ditimbulkan mestilah diambil kira supaya dapat menimbulkan sentimen anti kerajaandi kalangan pelajar seterusnya dapat menjaminkan kejayaan pro pembangkang untuk memegang tampuk kepimpinan pelajar dalam kampus.

Ini adalah taktik yang semakin ketara di kalangan pro pembangkang untuk melontarkan isu khasnya pada masa tertentu untuk menarik sokongan dan simpati mahasiswa terhadap mereka khasnya semasa pilihanraya kampus. Tujuannya mudah iaitu untuki menarik perhatian pelajar IPT yang lain.Dalam isu ini, rakyat boleh membayangkan bagaimana parti politik pembangkang secara langsung menggangu urustadbir kampus itupun dalam keadaan AUKU masih ada. Jika AUKU ditiadakan nescaya akan banyak lagi campurtangan pihak pembangkang dalam urusan kampus dan hel ehwal pelajar.

Kenapa Hindraf terus diberi muka?

Oleh Zulkiflee Bakar (Utusan Online)


PADA 15 Oktober lalu, kerajaan mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram - satu tindakan yang menetapkan penglibatan sesiapa juga dalam pertubuhan itu merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang.


Berikutan keputusan itu Hindraf diletakkan sebaris dengan pertubuhan yang pernah diwartakan haram iaitu Parti Komunis Malaya (PKM), Nasrulhaq, Al-Maunah dan Al-Arqam.


Sehari selepas itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula menegaskan bahawa polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hindraf jika ia masih menjalankan aktiviti selepas diwartakan sebagai sebuah pertubuhan haram.


Namun begitu apa yang berlaku semalam di pekarangan Parlimen yang menyaksikan sekumpulan penyokong pertubuhan haram itu berhimpun telah menimbulkan persoalan kenapa tindakan tidak diambil ke atas mereka.


Bukan sahaja dibenarkan berhimpun, malah mereka boleh masuk ke bangunan Parlimen.
Ini kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar sudah menegaskan, sesiapa juga yang terlibat dengan pertubuhan berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.


Tetapi malangnya semalam mereka berkumpul seolah-olah mereka bukanlah sebuah pertubuhan haram dan membuat tuntutan mendesak kerajaan mengembalikan pasport antarabangsa milik Pengerusinya, P. Waytha Moorthy.


Bayangkanlah apa yang akan berlaku seandainya yang berkumpul tersebut ialah anggota-anggota Al-Arqam yang pernah diharamkan oleh kerajaan suatu ketika dulu.


Sebaik Al-Arqam diharamkan, pihak berkuasa melakukan pemantauan rapi dan mereka yang terlibat dalam apa juga bentuk perhimpunan pasti akan meringkuk dalam lokap. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak turut diangkut sekali oleh pihak polis dan sama-sama disumbatkan ke dalam lokap bersama ibu bapa mereka.


Justeru dalam soal ini, kerajaan dan pihak berkuasa harus tegas serta tidak terlalu berlembut atau memberi muka kepada Hindraf.


Ini kerana pewartaan Hindraf sebagai sebuah pertubuhan haram tidak seharusnya menjadi sekadar satu rekod pentadbiran negara atau untuk memberi amaran semata-mata.


Sebaliknya, ia harus disusuli dengan tindakan tegas supaya orang ramai memahami bahawa Hindraf adalah benar-benar sebuah pertubuhan haram dan tidak boleh aktif sama sekali, bukannya diharamkan di atas kertas sahaja.


Apa yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Hindraf semalam jelas menunjukkan mereka seolah-olah cuba mencabar pihak berkuasa.


Mereka tahu bahawa pertubuhan itu diharamkan dan mengerti apa yang mereka lakukan melanggar undang-undang tetapi mereka lakukan juga.


Ini semua terjadi kerana ada parti politik yang masih terus membela biarpun aktiviti Hindraf seperti mana kata Syed Hamid boleh mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian rakyat keturunan India terhadap kerajaan serta menimbulkan kebencian di antara orang Melayu dan India di negara ini.


Oleh itu apa istimewanya penyokong-penyokong Hindraf ini sehinggakan mereka berkumpul secara terbuka di pekarangan Parlimen pun masih belum ada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa?


Kalau kita masih ingat pada tahun 1994, apabila Al-Arqam diharamkan bukan sahaja semua markas pertubuhan itu diserbu oleh polis dan aset mereka dirampas, malah kita menyaksikan bagaimana berbondong-bondong pengikut Al-Arqam 'diangkut' ke dalam trak polis tanpa mengira siang dan malam.


Mereka dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan dan ada pula yang dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan.


Malah tindakan terhadap pengikut Al-Arqam itu berterusan hingga hari ini di mana koperasi Rufaqa dan ahli-ahlinya yang dikatakan tunas pertubuhan haram turut dikenakan tindakan undang-undang. Oleh itu kenapa Hindraf tidak diberi layanan yang sama?


Atas nama keadilan dan kesamarataan, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas Hindraf kerana ia tidak harus dilihat seolah-olah mempunyai keistimewaan kerana masih bebas bergerak dan melakukan apa sahaja biarpun ia sudah diwartakan secara rasmi sebagai pertubuhan haram.


Apa yang dibimbangkan jika pihak berkuasa terus berlembut, penyokong-penyokong Hindraf akan terus aktif dan sama sekali tidak akan mempedulikan pewartaan terhadap pengharaman mereka.


Oleh itu sebelum kumpulan tersebut menjadi 'besar kepala' bertindaklah segera. Kita yakin sebahagian besar masyarakat India akan menyokong tindakan tegas kerajaan kerana mereka cintakan kedamaian dalam negara pelbagai kaum ini.

AMALAN NEPOTISME LIM KIT SIANG

oleh: Mustikacitra-indah

Sama ada kita sedar atau tidak, selepas 8 Mac 2008, MP Ipoh Timur, Lim Kit Siang sudah hampir jarang menyebut perkataan NEPOTISME. Mungkin ramai yang masih tidak tahu apa maksud perkatan ini. NEPOTISME beerti lebih memilih saudara atau teman akrab berdasarkan hubungannya bukan berdasarkan kemampuannya. Kata ini biasanya digunakan dalam konteks derogatori.

Sebagai contoh, kalau seorang ketua mengangkat atau menaikan jabatan seorang saudara, bukannya seseorang yang lebih berkualifikasi namun bukan saudara, ketua tersebut akan bersalah karena nepotisme. Pakar-pakar biologi telah mengisyaratkan bahwa tendensi terhadap nepotisme adalah berdasarkan naluri, sebagai salah satu bentuk dari pemilihan saudara.

Di Indonesia, tuduhan adanya nepotisme bersama dengan korupsi dan kolusi (ketiganya disingkat menjadi KKN) dalam pemerintahan Orde Baru, dijadikan sebagai salah satu pemicu gerakan reformasi yang mengakhiri kekuasaan presiden Soeharto di tahun 1998. (wikipedia)

Jelas sekarang, Lim Kit Siang sudah tidak berani lagi menggunakan perkataan sebegitu kerana ada ketikanya beliau mungkin tersedar dari mimpi indah bahawa beliau sendiri sebenarnya yang telah mengamalkan NEPOTISME di dalam kekuasaannya. Buktinya, anak sendiri sudah berada di tampuk pemerintahan Pulau Pinang. Jika kekuatan dan kekuasaan Soeharto diakhiri kerana mengamalkan NEPOTISME, tidak mustahil juga kuasa dan kekuatan Lim Kit Siang akan berakhir kerana amalan tersebut. Kita tunggu dan lihat sahaja.

PERPADUAN KAUM AGENDA UTAMA

oleh: Mat Sirat (22 Oktober 2008)

Hari ini, 22 Oktober 2008 bersamaan 22 Syawal 1429. dan tidak beberapa lama lagi Syawal akan melabuhkan tirainya.Sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut dalam suasana meriah secara sederhana dengan amalan kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara serta sahabat handai.

Semangat perpaduan kaum termasuklah yang digambarkan menerusi majlis kunjung mengunjung sesuatu perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan sebagainya; adalah rencah utama Malaysia yang terkenal dengan masyarakat majmuk berbilang kaum. Dari aspek yang lain, majlis sambutan rumah terbuka yang dianjurkan oleh pelbagai pihak boleh dijadikan ‘Koridor Raya’ mengeratkan semangat mengeratkan semangat muhibah dan perpaduan.

Tidak melampaukan jika saya katakana bahawa Malaysia adalah pusat dunia perpaduan kaum memandangkan amalan rumah terbuka yang diadakan di negara ini adalah unik dan tidak terdapat di lain-lain tempat. Fenomena ini diakui sendiri oleh kebanyakan tetamu dari negara luar dan mereka juga menambah bahawa ini adalah kelainan berhubung masyarakat berbuilang kaum di negara ini.

Makanan tradisional yang melambangkan kaum di negara ini bukan sahaja pelbagai, malah keenakannya juga menambat hati mana-mana pengunjung majlis rumah terbuka.Rumah Terbuka sudah menjadi bukan sahaja tradisi setiap tahun terutamanya bagi para pemimpin pelbagai lapisan tidak terkecuali di bumi bertuah Wangsa Maj, malah menjadi platform yang paling sesuai untuk satu lagi episode pertemuan sesama masyarakat.

Sayang, sayang, seribu kali sayang…Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari…

Berikut adalah penjelasan terhadap soalan masyarakat terhadap Encik Wee Choo Keong - MP Wangsa Maju – PKR berhubung perkara di atas (lampiran dari aktiviti blog beliau yang beralamat seperti berikut: http://weechookeong.wordpress.com/).Sila fokus tumpuan anda kepada soalan Warga Medan Idaman (soalan 2) dan jawapan Wee Choo Keong (soalan 4).Beliau, MP Wangsa Maju – PKR yang jelas tidak bertanggungjawab dan tidak memahami konteks rumah terbuka sebagai senjata ampuh yang memantapkan perpaduan kaum. Beliau sepatutnya tidak memberi alasan seperti berikut dalam blog beliau:

“ Kerana jamuan seperti ini memerlukan banyak persiapan dan perbelanjaan yang besar, yang saya rasa lebih kita medermakan kos berlanjaan kepada rumah anak yatim, orang miskin dan orang kurang upaya.

Untuk makluman sdr, pada setiap malam Rabu pertama dalam setiap bulan saya akan menyediakan 100 beg @ 5 kilo beras untuk didermakan kepada orang miskin dan kurang upaya tanpa syarat kecuali mereka mesti menunjukan kad pengenalan mereka sebagai pengesahan bahawa mereka adalah warganegara Malaysia. Projek akan bermula pada bulan November yang akan datang.

“SUDAH TERANG LAGI BERSULUH…

1) Beliau dengan jelas telah mengenepikan serta menolak semangat perpaduan sejati antara kaum di Wangsa Maju hanya kerana tidak dapat melaksanakan tugas beliau dalam menyatupadukan kaum kerana alasan beliau bahawa rumah terbuka PKR Wangsa Maju pada tahun ini memerlukan “banyak persiapan dan perbalanjaan yang besar”.2) Kita seharusnya mencari langkah alternatif dari sekarang untuk mencari pemimpin-pemimpin alternatif yang boleh membawa perubahan positif dalam mempertahankan perpaduan kaum di bumi bertuah Wangsa Maju dalam apa jua sekalipun.

MAT SIRAT – JIKA MAJLIS BERORIENTASIKAN PERPADUAN SEPERTI MAJLIS RUMAH TERBUKA PKR WANGSA MAJU TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN, BERSEDIALAH WARGA PENGUNDI SPR WANGSA MAJU UNTUK MEMILIH CALON YANG LEBIH BERASPIRASI TINGGI UNTUK MEMPERTAHANKAN RENCAH UTAMA BUDAYA PERPADUAN KAUM DI BUMI BERTUAH WANGSA MAJU…

LAMPIRAN DARI BLOG

Your MP’s Question of the Week restsOctober 3, 2008 by weechookeong
There will be no question put forward for this week. We will resume next Friday. Thank you.Possibly related posts: (automatically generated)Parliament-question by YB Wee ( Wangsa Maju MP)
Posted in wangsa maju, wee choo keong 4 Comments
4 Responses to “Your MP’s Question of the Week rests”
on October 4, 2008 at 8:28 am

1 Matstapak
Dear YB,tks for standing up for fairness re pasar malam issue at Medan Idaman. Btw “selamat Hari raya” !tq
on October 5, 2008 at 7:04 pm

2 Warga Medan Idaman
YB Wee,Salam Sejahtera ditujukan kepada YB dan keluarga.Selamat Hari Raya juga diucapkan kepada seluruh warga Wangsa Maju.Sebenarnya saya ingin tahu bilakah tarikh YB akan mengadakan rumah terbuka kepada seluruh rakyat Wangsa Maju tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Lagipun, ini adalah sambutan Hari Raya Aidilfitri YB yang pertama.Sedang menunggu jawapan YB…on October 6, 2008 at 9:46 pm

3 Maizatul Ahmad
YB,Bolehkah YB mengemukakan soalan(tambahan) kepada mana-mana Kementerian yang berkaitan tentang :
1. syarikat-syarikat utaman negara(bidang telekomuniasi, hartanah, kewangan dll) yang pemegang saham terbesarnya dikuasai oleh syarikat asing…
2. berapa ramaikah YB YB di dewan rakyat yang memegang jawatan ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat sendiri/ milik kerajaan?
3. kaitan antara 1. dan 2.Terima kasih YB.
ps.: saya menunggu YB membangkitkan tentang perlunya ahli-ahli YB Dewan Rakyat mengisytharan harta-harta mereka kepada pihak awam.on October 7, 2008 at 12:29 pm

4 Wee Choo Keong
Warga Medan Idaman
Cadangan sdr adalah baik tetapi memandangkan situasi dan keadaan kini saya meminta maaf bahawa saya tidak dapat mengadakan jamuan tersebut. Kerana jamuan seperti ini memerlukan banyak persiapan dan perbelanjaan yang besar, yang saya rasa lebih kita medermakan kos berlanjaan kepada rumah anak yatim, orang miskin dan ornag kurang upaya.Untuk makluman sdr, pada setiap malam Rabu pertama dalam setiap bulan saya akan menyediakan 100 beg @ 5 kilo beras untuk didermakan kepada orang miskin dan kurang upaya tanpa syarat kecuali mereka mesti menunjukan kad pengenalan mereka sebagai pengesahan bahawa mereka adalah warganegara Malaysia. Projek akan bermula pada bulan November yang akan datang.
Saya amat harap sdr dan semua warga Wangsa Mjau akan memberi sokongan moral kepada saya.


3 Maizatul Ahamd
Untuk makluman sdr, saya memang boleh bertanya soalan tambahan seperti di cadangkan oleh sdr tetapi saya perlu menunggu semasa Menteri menjawab soalan berkaitan atau memasukkan soalan ini dalam ucapan Belanjawan saya. Akan tetapi adalah lebih sesuai sekiranya saya memasukan soalan ini secara bertulis untuk jawapan lisan atau bertulis oleh Menteri berkenaan pada sessi Parliament yang baru kerana masa untuk membentangkan soalan-soalan tersebut telah lupus untuk October ini.Kepada semua sdr/sdri:
Saya ingin mengucap Selamat Hari Raya Aidiltri Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong-penyokong, pembaca-pembaca termasuk pengkriitik. Saya sentiasa menghargai apa-apa cadangan yang beberikan kepada saya melalui blog saya.
Sekian, terima kasih.
Wee Choo Keong

EGO MP WANGSA MAJU - PKR MEMBAKAR DIRINYA SENDIRI ...

oleh: Mat Sirat

MP Wangsa Maju- PKR telah memulakan percikan api pertikaman lidah yang membawa kepada aksi-aksi biadap ahli-ahli parlimen dalam dewan yang mulia ini.
Beliau yang kononnya ingin menjadi hero pembangkang hari ini di parlimen dengan mempersoalkan peranan kerajaan dalam merealisasikan pembiayaan majlis makan malam antara pihak kerajaan dan juga majlis peguam negara.
.
Benar, kata orang-orang tua kita dahulu, "kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di hadapan mata pun tak nampak".
.
MP Padang Rengas - BN (Menteri) membawa ahli-ahli dewan yang mulia dengan mengimbau perbezaan yang bijaksana mengaitkan majlis yang seumpamanya (yang pernah diadakan) sejak beberapa tahun lamanya kebelakangan ini. Perkataan 'buta' yang diujarkan beliau adalah semata-mata kiasan perwatakan 'buat-buat tak faham' dan bukannya kenyataan yang mengejek kekurangan fizikal MP Wangsa Maju - PKR.
.
MAT SIRAT - MP WANGSA MAJU - PKR SEMEMANGNYA BERUPAYA MENJANA AKSI-AKSI BIADAP SEHINGGA MEMBAWA KEPADA PENGGANTUNGAN MP BUKIT GELUGOR - DAP, SEHINGGAKAN KETUA PEMBANGKANG MP PERMATANG PAUH - PKR BEGITU MALU DI ATAS PERLAKUAN BIADAP ANAK-ANAK BUAHNYA YANG BELIAU SENDIRI TERLEPAS PANDANG UNTUK MENANGANINYA ...

KAIN SIAPAKAH INI?

oleh: Mat Sirat

MP Rompin - BN mengujarkan ahli-ahli parlimen terutamanya MP Wangsa Maju - PKR agar sentiasa menjalankan tanggungjawab kepada 54,509 pengundi berdaftar (setakat Dis 2008) dan juga bukan pengundi SPR di Wangsa Maju dan bukannya bermain 'retorik politik' yang sungguh memualkan.
.
MP Wangsa Maju - PKR kononnya ingin mengajukan agar MP Rompin - BN menjalankan tugas beliau dalam UMNO mahupun BN tanpa menjaga tepi kain Pakatan Rakyat.
.
Sedap-sedap je cakap...
.
Rumah Terbuka Aidilfitri di Wangsa Maju pun belum jadi kenyataan namun ada pula soalan tentang komisyen helikopter RM 86.0 juta yang berlegar-legar di ruang udara sidang dewan yang mulis ini.
.
MAT SIRAT - RAKYAT WANGSA MAJU YANG LEBIH MAKLUM...

PERATURAN MESYUARAT PERKARA 44

mustikacitra-indah

Kuasa yang digunakan oleh YDP Dewan Rakyat ke atas MP Tasik Gelugor (PAS), Karpal Singh di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat...........MEMANG WAJAR

44. (1) Pengerusi setelah menarik perhatian MajlisMesyuarat atau Jawatankuasa kepada kelakuanseseorang ahli yang berdegil-degil menyebutkanperkara yang tidak ada kena-mengena denganperkara mesyuarat atau berulang-ulang menyebutkanhujahnya sendiri atau hujah-hujah ahli lain dalamsesuatu perbahasan, boleh memerintahkan ahli itusuruh berhenti bercakap. Mesyuarat hendaklah diambila Pengerusi bercakap.Keputusan Pengerusi adalah muktamad.

(2) Pengerusi hendaklah memerintah mana-manaahli yang berkelakuan tidak senonoh atau melakukanperbuatan yang menghina Majlis Mesyuaratatau terus tidak mengendahkan kuasa Pengerusikeluar dari Majlis Mesyuarat bagi tempoh tidakmelebihi sepuluh hari dan ahli tersebut hendaklahdengan serta-merta keluar dari Majlis Mesyuarat.Sekiranya mesyuarat berakhir sebelum tamat tempohsedemikian, maka baki tempoh itu hendaklah dibawake mesyuarat yang akan datang, melainkan jikaParlimen dibubarkan sebelumnya. Jika Pengerusitidak menentukan tempoh ahli diminta keluar, tempohtersebut hendaklah disifatkan sebagai selama duahari termasuk hari kejadian berkenaan.

(3) Jika Pengerusi mendapati bahawa kuasa dibawah perenggan (1) dan (2) tidak mencukupi, diaboleh memulakan prosedur untuk menggantungperkhidmatan seseorang ahli dengan menyebutnama ahli tersebut seperti berikut:“Saya dengan ini menamakan Ahli YangBerhormat Tuan......................................”Seorang Menteri hendaklah selepas itu bangundan mencadangkan dan seorang Menteri lainmenyokong suatu usul seperti berikut:“Bahawa Majlis Mesyuarat dengan inimemutuskan bahawa Tuan ..............................digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuaratini sehingga (tarikh).”Pengerusi hendaklah mengemukakan usul itu bagidiputuskan oleh Majlis Mesyuarat tanpa sebarangpindaan, penangguhan atau perbahasan.

(4) Sesuatu tindakan boleh diambil di bawahPeraturan ini walaupun kelakuan yang tidak senonoh,perbuatan penghinaan atau perbuatan terus tidakmengendahkan kuasa Pengerusi telah berlaku semasadalam Jawatankuasa sesuatu Majlis Mesyuarat.

(5) Jika seseorang ahli telah digantung daripadaperkhidmatan Majlis Mesyuarat, dia hendaklahdiarah keluar daripada mesyuarat dan tidak bolehmengambil bahagian dalam mesyuarat sehinggatempoh penggantungan itu tamat. Sekiranyamesyuarat yang sedang berjalan tamat sebelumtamat tempoh penggantungan itu, maka baki tempohpenggantungan itu hendaklah dibawa ke mesyuaratyang akan datang, melainkan jika Parlimen diprorogatau dibubarkan terlebih dahulu.

(6) Pengerusi boleh menangguhkan MajlisMesyuarat pada bila-bila masa untuk mengatasikelakuan tidak senonoh di dalam Majlis Mesyuaratdan apabila Majlis Mesyuarat bersidang semulaPengerusi atau Majlis Mesyuarat boleh membuatkeputusan mengenai perkara tersebut atau mengambiltindakan terhadap mana-mana orang yang didapatitelah melanggari Peraturan-peraturan Mesyuarat inisemasa berkelakuan tidak senonoh sebaik sahajasebelum penangguhan Majlis Mesyuarat.

(7) Pengerusi boleh memerintah mana-manaorang, termasuk seseorang anggota kakitanganParlimen atau mana-mana pegawai polis, untukmenguatkuasakan mana-mana keputusan atauperintah yang dibuat di bawah Peraturan ini.

CUTI 2 HARI UNTUK DEEPAVALI (MP PADANG SERAI)

MP Padang Serai (PKR) melahirkan kesedihan kerana Perayaan Deepavali hanya diberikan cuti sehari sahaja . MP Padang Serai berkata cuti yang diberikan selama satu hari tidak cukup dan menunjukkan kerajaan BN kurang prihatin terhadap masyarakat India dan meminta agar cuti diberikan selama dua hari. MP Padang Serai menyimpang daripada tajuk perbahasan apabila mencelah ketika MP Bandar Kuching berbahas mengenai KWSP dan EPF. Wajar juga apa yang dikatakan oleh MP Padang Serai. Apapun Putri ambil peluang ucapkan Selamat Menyambut Perayaan Deepavali kepada semua kaum India di Malaysia.
-putrimalaysia-

TINDAKAN YDP DEWAN RAKYAT TIDAK PERLU DIPERTIKAI

oleh: Mustikacitra-indah

MP Permatang Pauh (PKR), DSAI telah bangun dan membantah keputusan Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggunakan kuasanya di bawah Perkara 44 (3) yang memerintahkan MP Tasik Gelugor (DAP), Karpal Singh keluar Dewan dan digantung kehadiran ke Dewan selama 2 hari..

Namun Tan Sri Speker masih tetap dengan pendiriannya dan meminta supaya MP Permatang Pauh memberi jaminan yang penuh kepada beliau jika tiada lagi MP (Pembangkang) yang berkelakuan kurang sopan seperti yang telah dilakukan oleh MP Tasik Gelugor. Namun, MP Permatang Pauh gagal memberikan kata putus dan terkedu seketika dengan arahan Tan Sri Speaker. Iyalah, mana boleh DSAI memberikan jaminan sebegitu memandang beliau juga ada bersikap demikian di Parlimen. Kepada MP Permatang Pauh, duduk diam-diam sajalah. Jangan mencelah kalau tak tahu hujung pangkalnya. Jangan main hentam sahaja.

KERANA MULUT, MP BUKIT GELUGOR KARPAL SINGH DIGANTUNG DUA HARI

Oleh : Pemikir
MP Wangsa Maju (PKR) dalam persidangan Dewan 23 Okt, telah menyentuh mengenai rasional mengadakan majlis menyambut hari raya oleh kerajaan. Beliau sepatutnya faham bahawa program hari raya yang telah di adakan bertahun-tahun bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan rakyat seluruh Malaysia. Beliau menuduh bahawa program ini sebagai rasuah dalam Dewan sungguh tidak masuk akal. Mp Wangsa Maju perlu menyokong segala usaha untuk mengukuhkan keharmonian rakyat.
MP yang juga Menteri jabatan Perdana Menteri menolak tuduhan karut MP Wangsa Maju. Dewan juga mendengar celahan oleh MP Padang Serai di mana Menteri hanya dengar suara tetapi tidak kelihatan MP tersebut.
Dewan menjadi gamat apabila pembangkang mengalihkan perbahasan apabila MP Gelugor, Karpal Singh meminta Menteri menarik balik perkataan yang kononnya menyentuh status OKU. Karpal Singh menggunakan perkataan kasar seperti kurang ajar dan Speaker tidak serius sehingga Tan Sri Speaker memutus untuk menggantungkan kehadiran Karpal Singh dalam Dewan selama dua hari. MP Permatang Pauh (PKR) merayu agar Tan Sri Speaker menarik balik perintah itu. Speaker berpendapat bahawa pembangkang supaya beradab, jangan biadap dan juga minta maaf . Speaker menyebut bahawa MP Ipoh Timur selalu melanggar peraturan Dewan.
Speaker tidak berganjak dengan keputusannya bahawa MP Bukit Gelugor di bawa keluar Dewan untuk membolehkan perbahasan dimulakan.

MP RASAH KEHABISAN MODAL UNTUK BERDEBAT

oleh: Mustikacitra-indah

MP Rasah, Loke Siew Fook telah meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan secara terperinci semua misi perdagangan antarabangsa yang telah dijalankan dari 8 Mac 2008 sehingga kini termasuk kos dalam setiap misi dan jumlah nilai pelaburan yang direalisasikan. MP ini mempersoalkan adakah pihak Kementerian menjemput Menteri Besar atau Ketua Menteri Pakatan Rakyat menyertai misi-misi tersebut.

Timbalan Menteri yang mewakili Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan bahawa sebelum 8 Mac 2008, Menteri Besar Kelantan (PAS) telah dijemput untuk sama-sama menyertai misi-misi yang dijalankan oleh Kementeriannya. MP Rasah yang tidak berpuas hati telah mendakwa bahawa kerajaan BN belum bersedia untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Namun Timbalan Menteri membidas bahawa Kementeriannya bukan tidak ingin menjemput Menteri Besar atau Ketua Menteri Pakatan Rakyat. Timbalan Menteri juga menegaskan bahawa Kementerian atau Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengamalkan diskriminasi kepada negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Malah beliau juga dengan hati yang terbuka telah mempelawa Ketua Menteri dan Menteri Besar Pakatan Rakyat untuk menyertai misi-misi perdagangan antarabangsa yang akan dijalankan kelak.

Pada pandangan Mustika, mengapa pula Pakatan Rakyat nak sibuk sangat tentang misi-misi ini? Selama ini ketika BN ingin memngadakan kesepakatan, Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian mereka yang degil dan bodoh sombong. Entah mengapa sejak kebelakangan ini, MP Pakatan Rakyat sudah mahu menempel dengan aktiviti-aktiviti Kerajaan BN. Dakwaan mereka yang seolah-olah menjadikan BN subjek untuk dipersalahkan bagi menutup kesalahan mereka sendiri amat memalukan. Mereka dah habis modal sebenarnya.

UMNO SAKIT TUA... (TUN MUSA HITAM)

Dipetik dari Utusan Online

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata UMNO kini berdepan dengan masalah 'sakit tua' yang hanya dapat disembuhkan sekiranya generasi muda diberi peluang menduduki jawatan utama dalam parti itu pada pemilihan Mac depan.

Beliau berkata, pemilihan pemimpin muda untuk jawatan selain Presiden dan Timbalan Presiden itu amat penting bagi membolehkan format pemikiran UMNO diubah supaya ia selari dengan kehendak rakyat.

Katanya, format pemikiran itu baru itu tidak akan dapat dicapai sekiranya UMNO terus diterajui golongan yang tidak mampu berubah disebabkan oleh faktor usia dan budaya politik yang telah ketinggalan zaman.

"Pada hemat saya, UMNO sedang menghadapi 'penyakit tua', 61 tahun umurnya dan penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang-orang yang tua.

"Maksud saya ialah mereka yang nak bertanding dalam UMNO, memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang memiliki idea-idea baru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran media siri dialog yang dikenali sebagai 'Bridges - Dialog Kearah Budaya Keamanan' anjuran Yayasan Keamanan Antarabangsa di sini hari ini.

Beliau berkata, UMNO juga harus menyedari kemerosotan sokongan rakyat terhadapnya pada pilihan raya umum lalu mempunyai kaitan rapat dengan masalah persepsi.

Katanya, antara yang menyumbang kepada masalah persepsi itu adalah isu rasuah, salah guna kuasa dan memikul tanggungjawab yang merupakan satu tuntutan rakyat.

Katanya, rakyat pasti tidak akan menerima apa yang diperkatakan oleh pemimpin jika pemimpin terbabit tidak mempunyai kredibiliti pada pandangan mereka.

"Kalau imej mereka sudah tidak diterima, apa juga yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin itu tidak akan diterima oleh rakyat," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Musa berkata beliau kurang senang melihat cara calon-calon pemilihan UMNO berkempen kerana mereka banyak memperkatakan mengenai isu-isu berkaitan emosi, perkauman dan agama.

Beliau berkata, isu-isu berkaitan masalah ekonomi yang amat penting tidak disentuh oleh para calon sedangkan ia merupakan perkara yang menghantui pemikiran rakyat.

Katanya, isu seperti ekonomi penting untuk membuktikan UMNO sebagai parti yang mengikut perkembangan semasa dan peka dengan dunia luar.
*************************************************************************************
Putri rasakan pendapat Tan Sri Musa Hitam ini ada betulnya. Berilah peluang kepada kepimpinan yang muda untuk merubah corak UMNO mengikut peredaran zaman. Jangan takut menghadapi perubahan. Andainya perubahan itu membawa kepada kebaikan adalah amat perlu ia dilakukan . Generasi muda mempunyai idea-idea baru yang jika kena caranya mampu memberi kebaikan kepada UMNO itu sendiri. Kalau tidak sampai bila pun UMNO akan berada pada takuk lama. Tetapi bukanlah terus meminggirkan orang lama. Kesepaduan antara generasi muda dan orang lama perlu agar UMNO menjadi lebih mantap dan masalah yang dihadapi diselesaikan mengikut acuan baru.
-putrimalaysia-

Bantah peruntukan zakat kepada bukan Islam

Utusan Online

SHAH ALAM 22 Okt. - Dua anggota pembangkang mempersoalkan langkah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim yang mencadangkan agar kerajaan negeri menyalurkan sebahagian peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor.

Datuk Dr. Satim Diman (BN-Sri Serdang) dan Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) berkata, soal pengurusan wang zakat tidak harus dibangkitkan oleh mana-mana pihak dan dijadikan isu untuk kepentingan politik.

Menurutnya, wang zakat yang dikumpul adalah untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan agama Islam.

"Wang zakat itu memang digunakan untuk kebajikan orang Islam, anggota parti komponen BN (Barisan Nasional) dari kaum Cina dan India juga faham.

"Tetapi kini ia timbul atas kedangkalan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat yang mempunyai unsur-unsur kepentingan politik sampai sanggup menggadai, walaupun agamanya sendiri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam Mohd. Nasir yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) membangkitkan perkara itu ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sebagai salah satu pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menangani masalah kemiskinan di kalangan bukan Islam.

Bagaimanapun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam reaksinya semalam berkata, cadangan itu tidak mungkin dilaksanakan pada masa ini memandangkan dana kutipan zakat diperoleh daripada penyumbang yang beragama Islam.

Sementara itu, Abdul Shukur mengingatkan semua pihak supaya menghormati hak-hak yang ditetapkan untuk orang Islam.

"Dalam soal ini, tidak perlu ditimbulkan oleh orang Melayu beragama Islam, kalau kita tidak berilmu dalam soal ini, lebih baik kita diam," ujarnya.

Dalam pada itu Mohd. Nasir memberitahu, beliau hanya menimbulkan soalan dan bukannya membuat cadangan seperti dilaporkan media.

"Sebenarnya saya hendakkan penjelasan pasal perkara itu tergantung, itu terpulang kepada masing-masing, kita tidak faham, kita tanya orang lain yang tahu.

"Bukan hak saya hendak mempertikaikan apa yang telah ditetapkan," tegasnya.

Wednesday, October 22, 2008

Penubuhan majlis media tak kekang kebebasan media: Shabery

Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Cadangan menubuhkan majlis media kebangsaan tidak akan mengekang kebebasan media di negara ini, sebaliknya akan memastikan ia telus dan bertanggungjawab, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, hari ini.

Beliau berkata “banyak negara mempunyai majlis media masing-masing kerana itu cara yang lebih baik untuk mentadbir media.”

“Misalnya ada negara yang mempunyai 'press complaint commission' seperti di United Kingdom.

"Satu suruhanjaya untuk mereka yang rasa tak senang dengan press kerana mereka rasa difitnah, mereka rasa dianiaya dan sebagainya, ini hak orang ramai jadi mereka akan mengadu kepada suruhanjaya ini dan mereka akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Raya Kementerian Penerangan di Angkasapuri di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita sama ada majlis itu akan mengekang media di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada Isnin lepas berkata majlis itu akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengenal pasti kelemahan dalam media serta bagi menghasilkan berita atau laporan yang tepat.

Ahmad Shabery berkata penubuhan majlis itu juga akan dapat menangkis tanggapan sesetengah masyarakat selama ini bahawa jika terdapat aduan terhadap media kerajaan, maka tindakan terhadapnya lambat diambil.


Beliau berkata negara-negara maju yang mengamalkan kebebasan akhbar turut mempunyai suruhanjaya bagi mengawal selia media masing-masing.

Ahmad Shabery berkata penubuhan majlis itu dibuat, pihaknya akan mengadakan perbincangan untuk mengenalpasti kelemahan dalam media serta mencari jalan bagi menghasilkan pemberitaan tepat.

“Perkara itu adalah sesuatu yang serius iaitu bagaimana untuk mentadbir media di dalam negara ini supaya lebih telus dan bertanggungjawab.

“Kita tidak mahu melihat bila disebut lebih bertanggungjawab, ia hanya bertanggungjawab untuk tujuan golongan tertentu dan tidak secara keseluruhan,” katanya. - Bernama

Pendekatan "Bail Out" 1997 Diiktiraf Oleh US

Oleh: Tulip Desa
Sesi Dewan Rakyat bersambung ke petang dengan hujah bajet 2009. MP Kimanis meluahkan rasa kesal terhadap pembangkang yang acapkali mempersoalkan bajet 2009 dan menyifatkan mereka tidak memahami kemelut kelembapan ekonomi dunia. Beliau menggesa agar Kerajaan menumpukan kepada mengembalikan keyakinan pelabur terutamannya pelabur luar yang merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara.
Kelembapan ekonomi yang melanda dunia adalah sesuatu yang kompleks. Kemelut dan krisis kewangan yang serius mengakibatkan ekonomi tidak menentu dan ekonomi dunia pada masa ini turut mempengaruhi persekitaran ekonomi. Sehubungan itu, beliau menegaskan supaya tiada pihak tertentu berniat mengucar-kacirkan ekonomi negara demi kepentingan politik sempit mereka.
MP Kimanis turut merasa bangga dengan mekanisme 'bailout' yang digunakan oleh Kerajaan Barisan Nasional suatu ketika dulu bertujuan untuk menyelamatkan syarikat tertentu untuk mengelakkan keruntuhan ekonomi negara diguna pakai oleh Amerika Syarikat untuk memulihkan ekonomi negaranya dengan membelanjakan sebanyak 700 billion dolar. Sehubungan itu, mekanisme 'bail out' telah terbukti memberi kesan positif dan diiktiraf oleh beberapa negara maju sebagai jalan penyelesaian untuk membaikpulih ekonomi negara mereka.

Kail atau Ikan

Oleh: Norey

Cadangan pembangkang untuk memberi wang tunai sebanyak RM6,000 kepada rakyat miskin amatlah tidak relevan. Bak kata Ahli Parlimen BN Kimanis, “Lebih baik diberi kail daripada memberi ikan”.

Ini kerana apabila diberi duit ianya akan dibelanjakan dan habis tidak sampai setahun tetapi jika kita memberi bantuan dalam menaik taraf hidup mereka adalah lebih bagus untuk mereka menampung hidup selamanya.

Telah banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan terutamanya melalui IKS (Industri Kecil dan Sederhana) dalam membantu rakyat. Rakyat boleh memilih untuk berniaga ataupun bertani kerana adanya bantuan melalui MARA juga Kementerian Pertanian. Tepuk dada dan tanyalah diri sendiri untuk kita meningkatkan lagi kehidupan kita.

Komponen BN usah pertikai kontrak sosial

Oleh: Tulip Desa

Komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan Gerakan mula menunjukkan besar kepala dan dilihat cuba menjadi jaguh kaum sendiri apabila kebelakangan ini mengemukakan pelbagai tuntutan yang menggambarkan rasa tidak hormat mereka. Bermula dengan Gerakan yang mencadangkan agar Barisan Nasional menjadi satu parti tunggal untuk semua kaum. Disusuli dengan tuntutan MCA agar melantik Naib Canselor IPTA dikalangan ahli MCA dan yang terbaru tuntutan bekas Ketua Pemudanya, Datuk Liow Tiong Lai yang mahu diwujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN kedua supaya diberikan kepada MCA.

Mengapa kebelakangan ini MCA dan Gerakan, menimbukan pelbagai tuntutan yang tidak ubah seperti kata pepatah "beri betis nak peha"? Seharusnya MCA dan Gerakan bekerja keras mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan kaum Cina terhadap parti itu yang hilang banyak kerusi pada pilihan raya 2008. Isu perlembagaan yang acapkali dibangkitkan dikhuatiri akan menimbulkan kegelisahan rakyat dan menggugat ketenteraman dan keselamatan negara.

Tulip merasakan MCA dan Gerakan seolah-olah mahu memadamkan perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam perlembagaan negara dan tidak dapat menerima hakikat bahawa negara ini sudah ada perlembagaan. Sehubungan itu, Tulip menggesa agar komponen Barisan Nasional bersatu padu dan tidak lagi mempolemikkan isu kontrak sosial demi kesejahteraan negara. Sewajarnya Barisan Nasional bersama komponennya duduk semeja berbincang dan mencari mekanisme bagaimana untuk meraih sokongan rakyat sebagai persediaan menghadapi pilihan raya yang Ke-13.

Najib terima permohonan maaf Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata beliau berpuas hati dan menerima permohonan maaf Malaysiakini berhubung laporan palsu yang disiarkan portal itu yang mengaitkannya dengan satu manifesto untuk menerajui Umno.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, pagi ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat siapa 'kumpulan penyokong' yang dikatakan menyampaikan manifesto itu seperti yang dilaporkan.
"Tanda tanya yang masih berlegar ialah siapa pihak atau dalang disebalik laporan ini," katanya.
Sumber: Berita Harian (22 Oktober 2008)
****************************************************
Citra Adora:
Jangan buat lagi. Inilah ingatan yang perlu diucapkan kepada portal Malaysiakini. Walaupun YAB TPM, Datuk Seri Najib telah menerima permohonan maaf mereka tanpa banyak bicara dan hanya menyerah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat siapakah dalang di sebalik cerita tersebut, diharap insiden ini tidak akan berulang lagi.
Malaysiakini perlu lebih berhati-hati dalam menyiarkan sesuatu berita yang sahih dan benar. Jangan ambil mudah dan memandang enteng dalam menyiarkan sesuatu berita. Siaran berita-berita palsu bukan hanya akan menjejaskan individu terbabit tetapi juga boleh memberi impak negatif yang besar kepada sesebuah masyarakat dan negara.

Permuafakatan BN tak perlu gadai status Umno

Oleh: Mohd Ayop Abd Razid

Tuntutan melampau bukan Melayu, pelanggaran kontrak sosial jejas keharmonian masyarakat KETIKA merasmikan Perhimpunan Agung Gerakan ke-37 baru-baru ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan idea keahlian terus ahli Barisan Nasional (BN) tanpa perlu menganggotai mana-mana parti komponennya.
Asas cadangan adalah kerana beliau mendapati ramai penyokong parti pemerintah tidak berminat menyertai mana-mana parti komponen dalam BN. Konsep ini bukan bererti parti komponen BN perlu dibubarkan. BN akan tetap kekal dengan struktur seperti sedia ada.

Kaedah yang dicadangkan untuk keahlian terus ini ialah dengan mewujudkan Kelab Penyokong BN. Cadangan ini mungkin baik dalam sudut tertentu, tetapi mungkin tidak relevan dari sudut lain. Pada asasnya ia membolehkan mereka yang tidak suka kepada parti komponen BN menjadi ahli dan penyokong BN.
Namun, ia boleh memberi masalah kepada parti komponen kerana ahli mereka mungkin mengambil langkah keluar untuk menjadi ahli terus BN. Jika ini berlaku, maka sistem keahlian terus akan mengubah BN menjadi satu parti pelbagai kaum. Itu harapan mereka seperti disuarakan Gerakan.
Hujah mereka yang mahukan BN menjadi satu parti pelbagai kaum ialah kononnya boleh mengelakkan penguasaan parti tertentu serta dapat membentuk perpaduan kaum yang lebih kukuh. Persoalannya, benarkah sistem satu parti pelbagai kaum mampu menghilangkan rasa perkauman? Benarkan sistem itu dapat menjamin keadilan yang benar-benar untuk semua kaum?

Siapa yang menguasai BN? Setahu saya, selama ini Umno diterima sebagai parti teras dalam BN kerana ia adalah parti terbesar dan mempunyai ramai Ahli Parlimen. Jika kita berpendapat bahawa dengan sistem satu parti pelbagai kaum dapat mengikis sentimen perkauman, ia mungkin satu pandangan yang kurang tepat.
Pada pendapat saya, sebelum BN dijadikan satu parti, adalah lebih baik kita membetulkan beberapa perkara yang menjadi asas pembinaan negara. Jika kita benar-benar jujur mahu memecahkan masalah perkauman, mengapa tidak bermula daripada sistem pendidikan?
Sanggupkah kita menerima pakai sepenuhnya sistem persekolahan satu aliran dengan menghapuskan sekolah aliran Cina dan Tamil? Biar seluruh anak bangsa Malaysia menerima satu aliran pendidikan kebangsaan menggunakan aliran bahasa Melayu.
Jika ini dapat diterima dan dilaksanakan, maka saya yakin akan tiba masanya nanti sistem satu parti pelbagai kaum menjadi mudah untuk dilaksanakan kerana melalui sistem persekolahan bersifat kebangsaan tulen berjaya 'memencilkan' rasa perkauman daripada minda dan hati rakyat.

Sepatutnya inilah yang harus disuarakan oleh mereka yang mencadangkan supaya BN menjadi satu parti pelbagai kaum. Kita sepatutnya yakin bahawa melalui sistem pendidikan kebangsaan tulen mampu mewujudkan suasana harmoni dan perpaduan antara kaum.
Dalam soal ekonomi pula, sanggupkah pengusaha, peniaga dan usahawan Cina membantu dan bekerjasama dengan pengusaha, peniaga dan usahawan Melayu secara ikhlas, telus dan jujur. Sebagai contoh, rangkaian pemborongan dan pengedaran barangan masih terus dikuasai peniaga Cina dan mereka seolah-olah tidak mahu monopoli ini dipecahkan sedangkan orang Melayu sudah lama memecahkan monopoli politik mereka.
Paling tidak wajar sistem satu parti boleh menafikan sejarah, warisan dan kedudukan politik Melayu. Dalam konteks ini, sistem satu parti tidak lebih sebagai satu 'perangkap samar' yang akan memusnahkan warisan politik Melayu. Beberapa asas kontrak sosial yang terkandung dalam Perlembagaan mungkin tergugat apabila parti politik Melayu (Umno) tidak lagi dianggap parti teras.
Sejak kebelakangan ini, orang Melayu mula berasa kecewa dan gelisah apabila sejarah mereka dipertikai oleh mereka yang jahil. Justeru, adalah munasabah Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan peringatan supaya apa yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu termasuk kedudukan agama Islam seperti yang terkandung dalam perlembagaan, tidak dipertikaikan mana-mana pihak.
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) juga baru-baru ini meminta supaya jangan ada mana-mana pihak mempertikaikan ciri-ciri Melayu dan asal-usul mereka.
Politik Melayu adalah warisan dan kesinambungan peradaban Melayu di negara ini. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan agama Islam di dalam Perlembagaan adalah lambang kepada warisan politik Melayu. Ia adalah sebahagian kontrak sosial yang dipersetujui bersama.
Bayangkan apa akan berlaku apabila Umno yang keahliannya mencecah tiga juta orang dan menguasai jumlah kerusi Parlimen yang besar, tidak lagi menjadi parti teras kerana konsep satu parti? Saya yakin konflik yang hebat akan berlaku.
Konflik ini bukan gara-gara rasa perkauman tetapi kerana Umno dan orang Melayu ketika itu rasa mereka sudah kehilangan sesuatu yang menjadi warisan mereka. Pastinya, orang Melayu tidak rela sama sekali perkara ini terjadi kepadanya, kecuali golongan Melayu yang sudah 'tidak berjiwa'. Walaupun selama ini orang Melayu mendominasi politik tanah air tetapi mereka bukannya bangsa yang bersifat perkauman. Seperti kata Perdana Menteri bahawa Umno bukan parti 'pembuli'.
Hakikatnya, dalam konteks landskap politik negara, konsep dan pendekatan BN selama ini terbukti berkesan dalam memberikan keadilan kepada semua kaum, malah ada kaum yang menikmati kekayaan di negara ini lebih daripada orang Melayu sendiri.
Bukankah sudah terbukti bahawa kerana berkesannya konsep BN, maka parti utama pembangkang menubuhkan Pakatan Rakyat? Janganlah goyah dengan asakan pembangkang. Justeru, adalah tepat sindiran Perdana Menteri terhadap tingkah laku sesetengah parti komponen BN yang menggelabah seolah-olah parti pemerintah kalah pada pilihan raya umum lalu.
Kembalikan semangat permuafakatan serta kefahaman terhadap sejarah dan warisan budaya tanah air. Sekiranya hubungan parti-parti komponen kembali pulih, pasti kemenangan dapat diraih semula.
*************************************************
Citra Adora:
Hujah penulis begitu bernas. Semoga parti-parti komponen BN dapat memperhalusi pendapat dan hujah-hujah beliau dalam memastikan BN tetap kukuh dan stabil tanpa ada prasangka serta rasa tidak puas hati sesama sendiri. UMNO sebagai parti teras dalam BN adalah tetap relevan dan mampu memimpin parti-parti komponen dengan baik.

PERKHIDMATAN BAS

Oleh: Norey

YB Teo Nie Ching (Serdang) menyatakan beliau menunggu bas selama sejam untuk bertolak ke destinasi kerana menunggu semua tempat dipenuhi oleh penumpang. Beliau bertanya kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi samada Timbalan Menteri pernah menaiki bas ataupun tidak.

Soalan ini telah dijawab oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bahawa beliau pernah menaiki bas dari Temerloh ke KL dan merasai pengalaman menaiki bas dalam mengetahui tahap sebenar perkhidmatan yang dijalankan oleh bas-bas perjalanan jauh. Beliau juga mengatakan komen yang dihantar oleh penumpang akan diselesaikan dalam tempoh tujuh hari.

Cara yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi adalah satu langkah yang bijak dalam mengetahui keberkesanan perkhidmatan bas-bas perjalanan jauh. Dengan ini beliau sendiri dapat mengetahui masalah yang dialami oleh para penumpang dan dapat mempertingkatkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan selaras dengan kenaikan tambang bas terutamanya pada musim perayaan.