Komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan Gerakan mula menunjukkan besar kepala dan dilihat cuba menjadi jaguh kaum sendiri apabila kebelakangan ini mengemukakan pelbagai tuntutan yang menggambarkan rasa tidak hormat mereka. Bermula dengan Gerakan yang mencadangkan agar Barisan Nasional menjadi satu parti tunggal untuk semua kaum. Disusuli dengan tuntutan MCA agar melantik Naib Canselor IPTA dikalangan ahli MCA dan yang terbaru tuntutan bekas Ketua Pemudanya, Datuk Liow Tiong Lai yang mahu diwujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN kedua supaya diberikan kepada MCA.
Mengapa kebelakangan ini MCA dan Gerakan, menimbukan pelbagai tuntutan yang tidak ubah seperti kata pepatah "beri betis nak peha"? Seharusnya MCA dan Gerakan bekerja keras mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan kaum Cina terhadap parti itu yang hilang banyak kerusi pada pilihan raya 2008. Isu perlembagaan yang acapkali dibangkitkan dikhuatiri akan menimbulkan kegelisahan rakyat dan menggugat ketenteraman dan keselamatan negara.
Tulip merasakan MCA dan Gerakan seolah-olah mahu memadamkan perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam perlembagaan negara dan tidak dapat menerima hakikat bahawa negara ini sudah ada perlembagaan. Sehubungan itu, Tulip menggesa agar komponen Barisan Nasional bersatu padu dan tidak lagi mempolemikkan isu kontrak sosial demi kesejahteraan negara. Sewajarnya Barisan Nasional bersama komponennya duduk semeja berbincang dan mencari mekanisme bagaimana untuk meraih sokongan rakyat sebagai persediaan menghadapi pilihan raya yang Ke-13.
4 comments:
cikgu inggeris kawan pernah cakap dulu
"history is the only laboratory we ve in which to test the consequence of thought"
apa-apa cadangan atau pandangan yang diluah kepada umum perlu ambil kira kesan ...salah cakap susah da nak telan balik
Salam JR
Parti Gerakan & MCA jangan terlalu meminta-minta. Saya syorkan MCA & Gerakan RAMPAS kembali kerusi-kerusi yang kalah pada PRU-12. Soal hendak jadi Deputy Presiden BN harus lupakan dahulu dan jangan mempertikai kontrak sosial lagi Oooo! dan jangan menimbulkan kegelisahan rakyat.
Kalau nak sesuatu, cubalah usaha sendiri. Dalam konteks ini, MCA dan GERAKAN perlulah memperjuangkan kembali kerusi yang dirampas oleh pembangkang dalam pilihan raya 8 MAc yang lalu, barulah ada MODAL untuk meminta sesuatu.
Sejarah tetap sejarah, adat tetap adat, adat itu diteruskan turun temurun dan perjanjian yang dicapai semasa kemerdekaan dan penubuhan BN hendaklah dihormati, janganlah mengadaikan/menghancurkan perjanjian yang dipersetujui semasa penubuhan negara dan BN..
KALAULAH MCA DAN GERAKAN MAHU SEMUA JAWATAN TINGGI, BAGAIMANA PULA DENGA PARTI KOMPONEN LAIN YANG MENGEKALKAN KEMENANGAN KEBANYAKAN ATAU KESEMUA KERUSI PARLIMENNYA..HAK MEREKA PERLU DIHORMATI JUGA..APATAH LAGI PARTI KOMPONEN TERSEBUT DIAM DAN TIDAK BERSUARA..
Post a Comment