Monday, October 13, 2008

MP PERMATANG PAUH SEDUKTIF DALAM PARLIMEN

Oleh: Pemikir
Hari pertama sesi parlimen dewan telah mendengar ucapan MP Permatang Pauh selaku ketua pembangkang. Beliau telah membahas mengenai bajet 2009. Beliau mempolitikkan perkara-perkara biasa didengar semasa kempen-kempen diluar parlimen. Ini termasuklah rasuah, pembaziran, pembelian saham BII, kronisme, komisyen, pembelian kapal selam dan penurunan saham.
Ucapan beliau didapati seduktif dan cuba memesongkan fokus dewan yang sepatutnya membincangkan bajet 2009. Penekanan kepada politik adalah keterlaluan dan sehingga ahli-ahli dewan merasa muak dengan hujah-hujah lama yang sesuai di bincangkan semasa kempen pilihanraya.
MP Permatang Pauh bernasib baik kerana semasa berbahas, beliau disokong oleh MP Gombak, Mp Padang Serai, Mp Shah Alam, Mp Ipoh Timur, Mp Batu Gajah, Mp Seputeh yang cuba menumpang publisiti murah dalam dewan dan juga dari pelawat di galeri yang tidak tahu-menahu apa yang berlaku di dalam dewan. Penyokong MP Permatang Pauh cuba membawa usul agar bajet 2009 dikaji semula,dewan ditangguhkan sehingga esok supaya ahli kabinet hadir untuk menjawab apa yang ditimbulkan pada sebelah pagi di dewan.
Pemerhati berpendapat bahawa, elok dibiarkan pembangkang bercakap dengan sepuas-puas hati. Biarkan mereka letih memberi pandangan sebelum kerajaan menjawab kemudian.

3 comments:

LIMAUDONG said...

Salam JR

Ini orang gila hendak mengkaji semula bajet 2009 belum jadi "PM" sudah tunjuk belang.
Bagus suruh DSAI bercakap sepuas-puas hati dalam dewan

Unknown said...

DSAI mempunyai banyak ruang untuk berhujah & berkempen dalam dewan kali ini. Namun anak2 Malaysia harus bangun dan sedar bahawa DSAI boleh cakap apa saja untuk kepentingannya dan Pakatan Rakyat. Hujah2 yang disampaikan adalah pembohongan dan untuk kepentingan pribadi beliau sahaja. Biar dia cakap puas2, lepas itu BN bantai dia balik.......

PineappleTown said...

Salam,
Aduh DSAi memang banyak kereneh. Belum lagi jadi PM mahu bajet 2009 dikaji semula. Bajet 2009 memanglah bajet yang baik dan untuk kepentingan semua rakyat malaysia. Jangalah mempercayai kata-kata karut DSAI ini...