Tuesday, October 14, 2008

MENTERI PENERANGAN: UMNO MODEL PARTI SUKSES DI ASIA TENGGARA


Oleh: Pemikir

Baru-baru ini Dewan Tertinggi BN telah mencadangkan BN mewujudkan konsep keahlian terus untuk membolehkan rakyat berbilang kaum terlibat secara langsung tanpa lagi melalui komponen seperti amalan sekarang. Syor ini telah menimbulkan berbagai reaksi yang bercampur-campur.

Konsep ini adalah logikal dari segi perubahan persekitaran dan keperluan semasa. Terdapat ahli-ahli politik tempatan berpandangan positif dan skeptikal kerana ia mencabar kedudukan UMNO. Justeru ia perlu diteliti dari semua sudut supaya masyarakat atau ahli-ahli BN terutamanya di akar umbi turut memberi pandangan masing-masing dan implikasinya.

BN sekarang terdiri daripada beberapa komponen parti yang mempunyai struktur dan perjuangan yang mewakili kaum masing-masing. Buat masa ini, UMNO sebagai parti utama yang diwujudkan sebelum merdeka, merupakan ketua BN. Dalam ertikata lain, UMNO adalah tunjang atau teras kepada BN yang telah memerintah kerajaan selama 50 tahun. Format ini telah dapat diterima dan dianggap sesuai serta pragmatic digunapakai oleh BN dan terbukti kejayaannya sehingga Malaysia mencapai satu tahap kemajuan dan pertumbuhan ekonomi yang sangat tinggi.

UMNO sebagai tunjang telah diterima dengan tanpa ragu-ragu dan syak wasangka oleh komponen-komponen BN kerana UMNO telah benar-benar melaksana tugas serta menepati amanah dan manifestonya supaya membolehkan tiap lapisan rakyat menikmati keharmonian dan kestabilan politik. Di samping itu, UMNO dapat mengukuhkan BN terdiri daripada MCA, MIC dan parti-parti penting di Sabah dan Sarawak. BN adalah satu parti yang telah diuji dan tidak pernah lari dari tujuan asal untuk membantu semua bangsa sentiasa menuju kemakmuran dan integrasi nasional.

UMNO mempunyai ibu pejabat tersohor di Kuala Lumpur, struktur rapi, jaringan kerja yang paling unique serta demokratik sehingga ke akar umbi untuk membolehkan suara keramat rakyat didengar dan diberi perhatian dengan sungguhnya. Parti pembangkang seperti PAS, turut mengambil UMNO sebagai contoh/model untuk mendekati penyokong-penyokong di peringkat paling bawah. Sebagai satu parti yang berjiwa rakyat, UMNO dapat menggerakkan ahli-ahlinya dengan mudah sekiranya diperlukan, terutamanya melalui ribuan ketua-ketua cawangannya yang dipilih mengikut perlembagaan parti.

Parti-parti komponen seperti Gerakan, PPP sudah bergerak kian lama. Namun, mereka masih ada kekangan atau shortcomings terutamanya segi struktur menghampiri akar umbi. Parti-parti ini perlu kaji dan mencontohi UMNO sayugianya mereka ingin terus segar dan dapat diterima oleh penyokong-penyokongnya pada masa akan datang.

Buat masa ini, Gerakan atau PPP atau MCA atau MIC kelihatan bergantung atau dependent kepada UMNO dan UMNO terima hakikat ini. Ini jelas semasa Pilihan raya Umum apabila calon-calon mereka bertanding di kawasan majoritinya terdiri daripada pengundi-pengundi Melayu, Mereka meraih kemenangan padu kerana pengundi-pengundi Melayu dengan rela menyokong calon BN tidak mengira bangsa. Pemerhati politik berpendapat bahawa Parti komponen perlu lihat trend ini dan harus mendampingi UMNO yang sentiasa sedia bertolak ansur demi perpaduan Negara.

Dari rekod-rekod, BN dapat bertahan lama atau resilient kerana UMNO sebagai tunggak adalah bertanggungjawab dan tidak cuba menyisih mana-mana ahli komponen. Kini BN telah menjadi model bagi parti politik Negara-negara jiran di mana struktur parti yang agak longgar/loose ingin bertahan lama untuk memerintah dan tidak mudah ditumbang/dibubarkan oleh parti-parti lawan. Setakat ini, BN telah dapat membuktikan bahawa ia adalah satu perikatan parti-parti tempatan dipimpin oleh UMNO yang jelas mengukuh dan meningkatkan ekonomi, meningkatkan taraf hidup dan pendapatan per kapita rakyat. BN merupakan satu perikatan parti-parti terserlah dan luar biasa di Nusantara dan fenomena ini telah menarik perhatian saintis-saintis politik, UNESCO, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) OIC dan paling utama, pelabur-pelabur asing terus yakin untuk melabur di Malaysia.

Suara-suara sumbang dari parti-parti komponen mula timbul apabila BN menghadapi tsunami politiknya yang pertama dalam PRU ke-12 (2008). UMNO telah memenangi banyak kerusi parlimen tetapi parti-parti komponen seperti Gerakan, PPP, MCA, MIC menghadapi kekalahan teruk. Mereka mula gusar dan mempertikaikan UMNO lemah yang membawa tsunami itu. Walhal, mereka sedar UMNO yang paling banyak meraih kerusi-kerusi dalam parlimen. Apabila goyah mereka tidak segan-segan mengasak UMNO untuk reform dan jika boleh, dibubarkan?.

Adakah parti-parti ini sedar bahawa selama ini UMNO yang telah menjadi mereka terserlah?. Adalah wajar parti-parti ini mengkaji tubuh politik mereka sendiri sebelum mempersalahkan UMNO yang telah membawa kemakmuran pada parti-parti dan kaum-kaum mereka wakili di bumi bertuah ini.

Bagi menghadapi cabaran-cabaran di abad ini, UMNO masih relevan sebagai parti dominan dalam BN untuk memikul tanggungjawab besar sebagai teras dalam BN. UMNO perlu terus bersih dan bertimbangrasa untuk dihormati dan disegani disamping memberi keutamaan terhadap isu-isu kemiskinan, rasuah, pembaziran, aspek moral supaya ahli-ahlinya terus memberi sokongan. UMNO hendaklah mengekal dan mengamalkan prinsip demokratik dalam parti supaya ia terus mantap dan kebal daripada perkara-perkara yang tidak berkepentingan.

Dalam ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin UMNO, ahli-ahli UMNO sentiasa diingatkan memperkasa dan menjaga keutuhan parti supaya terus memerintah dan memimpin rakyat berbilang kaum. YAM Tunku Abd. Rahman memberitahu rakyat kepada keperluan “jalanraya dan balairaya”. Ini adalah satu mesej yang sangat dalam maksudnya kerana melalui “jalanraya” maka wujudlah infrastruktur untuk pembangunan dan dengan adanya “balairaya”, ini memudahkan rakyat berkumpul dan berbincang sesuatu dengan aman dan demokratik.

UMNO juga teruskan mengambil berat tentang kebajikan dan kedudukan ahli-ahli parti komponen seperti MCA dan MIC. UMNO tidak semestinya masuk campur dalam hal rumahtangga mereka tetapi prihatin kepada masalah-masalah asas yang dihadapi oleh tiap ahlinya. Mereka tidak boleh dibiar menyelesaikan masalahnya sendiri kerana UMNO sebagai tunjang perlu memainkan peranannya juga. Dengan cara ini BN akan jadi lebih mantap dan saling memerlukan.

UMNO, sebagai parti yang bersih dan telus akan mudah diterima menjadi superstructure kepada BN dan sekaligus memimpin BN dengan lebih cemerlang.

3 comments:

temuai said...

Cadangan ini amat bernas dan perlu disokong oleh semua anak Malaysia

temuai said...

Konsep keahlian terus untuk rakyat berbilang kaum wajar disokong oleh rakyat Malaysia

tajau singa raja said...

salam pemikir

Perpaduan dikalangan parti komponen BN di Malaysia merupakan acuan yang sudah lama dipakai oleh pemimpin-pemimpin negara dan ternyata masih terserlah keberkesanya hingga kini.
Lihat Malaysia sekarang maju dan membangun dengan pesat, oleh yang demikian peranan parti tunjang BN iaitu UMNO tidak harus dipertikaikan