Thursday, October 30, 2008

MP BATU HILANG FOKUS

oleh: Mustikacitra-indah

Suruhanjaya Kehakiman akan diwujudkan tidak lama lagi. Antara fungsi suruhanjaya ini ialah untuk memantau dan memastikan perlakuan dan tatasusila hakim-hakim di negara ini tidak menyeleweng dan mengikut landasan yang benar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan kepada Dewan bahawa kes salah laku hakim disiasat di bawah perlembagaan 125 (3) yang telah jelas memperuntukkan bahawa sesuatu tindakan akan dilakukan menurut perlembagaan yang sedia ada.

Namun MP Batu, Tian Chua (PKR) begitu mendesak untuk mengetahui apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyiasat isu-isu yang telah dibawa oleh hakim tersebut. Bagi Mustika, sebenarnya soalan MP Batu ini telah dijawab oleh Timbalan Menteri ketika beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh MP Jerlun (BN) sebelum ini. Berapa kali perlu diulang? KES LAPUK TUTUP BUKU SAJA LAH.!!

2 comments:

rayliew said...

Memang sudah biasa MP PKR seringkali hilang fokus.. Mungkin dia ni masih belum bangun dari tidur / tidak cukup tidur / baboh sudah... hilang haluan tuju.

Tun Nila Utama said...

MP BATU SAJA NAK TUNJUK HERO.
CAKAP BAHASA MELAYU PUN TAK RETI.
SAYA SARANKAN MP BATU PERGI BELAJAR BALIK TENTANG ASAS-ASAS PERLEMBAGAAN SEBELUM BERCAKAP TENTANG SOAL KEHAKIMAN.