Tuesday, October 14, 2008

PESAWAT 747-400 MULA MENDARAT DI TERENGGANU

oleh: Pemikir

Kerajaan Barisan Nasional telah menepati janji apabila buat kali pertamanya pesawat MAS 747-400 akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Lapangan ini akan menjadi sibuk apabila jemaah-jemaah haji dari Kelantan, Pahang dan Terengganu akan berlepas terus dengan MAS ke Jeddah/Madinah membawa jemaah untuk menunaikan haji mereka mulai 13 November 2009.

Di samping itu, Terengganu akan mendapat banyak lagi keuntungan melalui lapangan terbang ini yang membolehkan pesawat besar terbang terus ke Terengganu dari China, Jepun, Korea membawa pelancong-pelancong yang akan terpukau dengan keindahan pulau-pulau dan lautan biru negeri itu.

Pemerhati berpendapat bahawa industri selain pelancongan akan berkembang pesat kerana infrustruktur ini akan melicinkan khidmat kargo dan eksport barang-barang dari kawasan ECER dan juga Selatan Thailand yang didukuki oleh 6juta penduduk Islam.

Rakyat Terengganu perlu bersyukur kepada keprihatinan Kerajaan BN kerana binaan lapangan ini dapat dijayakan dari hasil bumi negeri termasuk minyak yang terdapat di lautan berhampiran.

1 comment:

LIMAUDONG said...

SalamJR
Janji-janji tetap ditunaikan
Beruntung orang Terengganu pesawat Mas 747-400 telah selamat mendarat di LTAB Sultan Mahmud dan ini petanda baik bahawa PRU 13 Terengganu akan dikuasai oleh BN.