Tuesday, October 21, 2008

AKTA AUKU DIBAHAS LAGI...

Kebebasan pelajar mengikuti politik, menyertai kelab-kelab yang dianjurkan di universiti-universiti. Apakah sebab yang menyekat mereka mengikutinya??

Kita dapati penuntut di peringkat universiti amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang dan suasana tidak kondusif untuk mengikuti pelajaran di universiti secara langsung turut barkurangan. Amatlah merugikan mereka dan negara jika mereka gagal. Mereka masih ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.

Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka seterusnya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.

Tiada apa yang lebih menggembirakan melainkan melihat senyum lebar ibubapa bangga dengan kejayaan anak mereka. Dan malang sekali jika kegembiraan itu bertukar ratapan hiba ibubapa kerana " tersungkurnya" anak dari menggenggam segulung ijazah!

1 comment:

rayliew said...

Memang politik wujud dalam kehidupan kita, di mana jua,di pejabat, di masyarakat umum, di persatuan, di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Tanpa politik tiadanya perjuangan, dan tanpa perjuangan tiada kemajuan. TETAPI budaya barat DEMONSTRASI janganlah dibawa ke dalam kehidupan harian kita. KERANA BUDAYA YANG TIDAK SIHAT HANYA AKAN MEMBURUKKAN KEADAAN. Lihatlah apa yang berlaku di negara jiran, sehinggakan kepimpinan negara tumbang, keselamatan rakyat terancam, ekonomi negara juga turut terancam dan bercelaru..