MP Machang - PKR cuba mempengaruhi dewan mulia bahawa beliau boleh mengingati nama setiap pemain bolasepak nasional di era 70' an dahulu. Saya amat bersetuju memandankan saya pun memiliki kebolehan yang sama mengikuti perkembangan sukan no. 1 negara pada masa itu ketika saya masih dalam belasan tahun.
.
Beliau juga cuba memperkotak-katikkan MP Tg Piai - BN (Timbalan Meteri) dengan cabaran apakh beliau dapat menamakan mana-mana 3 pemain dalam skuad bolasepak negara pada masa ini.
.
Saya dengan sukarela ingin menjernihkan kekeruhan yang dibawa oleh MP Machang - PKR. Pengikutan secara aktif dan penuh minat adalah bergantung dengan ukuran umur kita masing-masing.
.
Semakin berusia kita meningkat, semakin banyak tanggungjawab yang harus dipenuhkan...
.
Atas desakan hidup tatkala meninggalkan usia remaja kita akan melayari pelayaran baru ke destinasi hidup yang belum pernah dijejaki sehinggakan kita terpaksa melepaskan satu per satu perkara yang amat kita minati sewaktu muda dahulu termasuklah bidang sukan.
.
Saya pun kurang mengetahui barisan penuh pemain nasional bolasepak namun prestasi saya mungkin lebih baik dari yang seumpamanya yang dimiliki oleh MP Machang - PKR.
.
Saya bukannya nak merendah-rendah beliau tetapi ingin berkongsi rasa tentang pengalaman saya yang tidak seberapa ini. Semakin kita dewasa, kita akan mula melepaskan hobi atau kesukaan kita, namun percayalah anak-anak atau adik-adik kita pasti dapat menghafal nama setiap pemain bolasepak nasiona dewasa ini.
.
4 comments:
Setiap orang ada minat dan hobi masing-masing, namun kebanyakkan orang akan melepaskan semua ini selepas berumahtangga kerana tumpuan mereka telah beralih kepada keutamaan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak.
Keutamaan juga diberikan kepada kerjaya untuk memperolehi pendapatan yang cukup untuk menyara keluarga. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin negara, di mana keutamaan mereka adalah untuk mengurus negera dengan baik. Apa yang menghairankan saya, MP PKR hanya ingat nama pemain bolasepak, apakah ini tugasan utama yang dipertanggungjawabkan oleh beliau. Sukarlah kiranya wakil rakyat PKR tidak mengutamakan masalah rakyat, isu yang dibangkitkan langsung tidak berkaitan dengan kepentingan rakyat, membuang masa persidangan dewan sahaja.
Salam...
Nama pemain bola sepak pun nak dijadikan isu oleh pihak Pembangkang... apa ni... kata nak suarakan masalah rakyat.. yang sibuk pasal pemain bola sepak ne buat pa... mahu buat frendly match kah BN lawan PR.... semua ahli parlimen main... BN mesti bolah menang punya.. tak caya..
apa sgt lah kalo setakat ingat nama setiap pemain bolasepak nasional di ear 70'an...saya rasa daripada terus bertelagah mcm ni labih baik fikir macam mana nak uruskan barisan ahli kabinet untuk sama2 memperjuangkan keamanan negara..bukan dengan cara macam ni jernihkan keadaan..semakin kita bersikap demikian dengan menyindir sinis,semakin kita memporakporandakan barisan kabinet yang ada....fikir-fikir kan lah,selamat beramal...
saudara 3 sungey...
apa yang hang kecoh ni nak buat friendly....biar la MP Machang 2 terjun dengan labu-labunya...biarkan.biarkan....kuikuikui
Post a Comment