Oleh: Citra Adora
Para penganalisis politik tanah air berpendapat bahawa ketua pembangkang, DSAI akan menghadapi kesukaran untuk menumbangkan kerajaan BN jika Datuk Seri Najib Tun Razak dinobatkan sebagai Perdana Menteri.Ini kerana sebaik sahaja Datuk Seri Najib mengambil alih, semakin tipis kemungkinan Ahli Parlimen dari BN akan melompat parti.
Penganalis menyatakan bahawa pendirian Datuk Seri Najib adalah lebih tegas dan beliau semestinya mempunyai pelbagai strategi serta mekanisme yang akan diguna pakai apabila menjadi PM nanti.Nampaknya impian DSAI untuk menuju ke Putrajaya hanya tinggal impian yang mana lama kelamaan cerita itu akan basi dan semakin tidak mendapat perhatian rakyat.
Sebaliknya beliau hanya akan kekal sebagai ketua pembangkang di parlimen yang hanya akan menghentam dan sering tidak bersetuju dengan apa sahaja dasar yang dibawa oleh kerajaan BN selaku kerajaan yang mentadbir negara.
No comments:
Post a Comment