Wednesday, October 22, 2008

MP Gading: Datuk Tan Lian Hoe Wajar Minta Maaf

Oleh: Pemikir Negara
MP Sri Gading menyatakan bahawa kenyataan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Tan Lian Hoe di Pulau Pinang baru-baru ini mencetuskan perasaan tidak puas hati dikalangan Orang Melayu. Beliau berpendapat ,Timbalan Menteri itu seharusnya memahami kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum. Dilihat Ketua Wanita Gerakan itu ingin mencari populariti demi kepentingan peribadi sehingga sanggup membuat kenyataan yang akan mengundang dan menjejaskan keharmonian negara yang berbilang kaum. Dalam hal ini, beliau seharusnya bertanggungjawab jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di atas kenyataannya. Timbalan Menteri Penerangan seharusnya meminta maaf secara terbuka sebagai rakyat Malaysia supaya perkara ini tidak berpanjangan dan dapat meredakan kemarahan Orang Melayu.

3 comments:

LIMAUDONG said...

Salam Wira

Kenapa sejak kebelakang semua orang suka cakap-cakap yang 'Lu' latang negeri China, 'Lu' pendatang haram, 'Lu' orang tumpang di negara ini dan semua ini adalah karut dan tidak masuk akal.
" Why not I say, All Human being on these earth is created by God, if believe in God's creation and then I shall say Thank You & Praise The Lord. We are all one in God's family."

rayliew said...

Kestabilan negara telah terancam berikutan arus tsunami politik 8 MAC lalu, pelbagai isu yang tidak sepatutnya terjadi telah ditimbulkan termasuk kenyataan yang sentitif dari beberapa wakil rakyat. Kerajaan BN kini menghadapi satu cabaran untuk mengembalikan perpaduan kaum yang telah disemaikan sejak 51 tahun yang lalu. Adalah tidak adil bagi orang perseorangan ini untuk mengadaikan perpaduan demi untuk kepentingan peribadi. Tindakan tegas perlu diambil untuk menghentikan insiden sedemikian sebelum perpaduan rakyat berbilang kaum tergadai dan hancur...

Anonymous said...

Yang perlu dipersoal adalah asal orang Cina agar mereka lebih bersikap kemalaysiaan dan bukannya bersikap dan berfahamkan kechinaan. Misalnya masih terus mendukung tulisan Cina di papan-papan tanda atau premis perniagaan hingga menafikan keberadaaan tulisan bahasa kebangsaan yakni bahasa negara mereka sendiri. Bahasa kebangsaan perlu dimartabattinggikan dan bukan disaingi bahasa lain. Realiti inilah yang perlu diterima semua.