Tuesday, October 21, 2008

Dewan tolak usul bincang isu pelantikan Ketua Hakim Negara

Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Pas dari Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berhubung isu pelantikan Tan Sri Zaki Azmi yang disebut-sebut sebagai Ketua Hakim Negara. Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata usul itu ditolak kerana menyalahi Peraturan 36(8), yang tidak membenarkan kelakuan atau sifat seseorang hakim dibincangkan di dalam dewan. Sebelum ini, laporan yang memetik sumber sebagai berkata, Majlis Raja-Raja Melayu difahamkan memutuskan untuk mencalonkan Zaki yang kini Presiden Mahkamah Rayuan sebagai Ketua Hakim Negara yang baru menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Mohamad yang bersara.

Keputusan dicapai dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja di Kuala Terengganu, minggu lalu. Perlembagaan Persekutuan menetapkan Majlis Raja-Raja melantik Ketua Hakim Negara atas nasihat Perdana Menteri. Pelantikan yang belum diumumkan secara rasmi, dijangka mencetuskan kontroversi berikutan peringatan parti pembangkang sebelum ini kerana Zaki
dikaitkan dengan Umno.


dipetik dari Berita Harian Online
-putrimalaysia-

2 comments:

LIMAUDONG said...

Salam Puterimalaysia

Syabas Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaaafar ( Timbalan Speaker) Awak bijak menolak usul bincang isu perlantikan Ketua Hakim DAN mengapa tak tolak keluar sementara dari Dewan MP Pas tu kerana tidak tahu peraturan-peraturan dalam Dewan.

rayliew said...

MP perlu membaca peraturan-peraturan Dewan sebelum menimbulkan usul-usul, ketetapan peraturan hendaklah dipatuhi. Tindakan beliau disengajakan untuk memburuk-burukkan pihak yang bertentangan ideologi dengan beliau.. BUANG MASA SAHAJA. Jagalah profesion kita..MALULAH!!