Wednesday, October 22, 2008

MP TASIK GELUGOR & KWSP

Oleh: Citra Adora
MP Tasik Gelugor (BN), merangkap Timbalan Menteri Kewangan II dengan penuh hemah mengucapkan terima kasih kepada MP Bayan Baru (PKR) kerana bertanyakan soalan mengenai kriteria yang diguna pakai oleh KWSP dalam melabur sesuatu projek. Bagi MP Tasik Gelugor, pertanyaan itu merupakan soalan yang baik kerana membolehkan kerajaan menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran orang ramai.
MP Tasik Gelugor menjelaskan bahawa KWSP hanya akan memberi pinjaman dan membuat pelaburan kepada syarikat-syarikat yang kukuh dan berdaya maju. KWSP mempunyai kriteria-kriteria tertentu untuk membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat berkenaan. Projek-projek yang menjadi tumpuan KWSP adalah dalam bidang komunikasi, air, lebuh raya dan hartanah.
Untuk itu, KWSP memiliki barisan panel pelaburan yang akan mengenal pasti projek-projek berpotensi serta berwibawa.

1 comment:

rayliew said...

Soalan tersebut adalah bernas, kerana selama ini rakyat tidak mengambilberat usaha KWSP untuk mendapatkan keuntungan kepada ahlinya yang berbentuk DIVIDEN tahunan, yang mereka persoalkan selalu adalah kadar dividen yang menurun. TETAPI sebaliknya adalah kita fikir kenapa KWSP masih memberi dividen walaupun berlakunya krisis ekonomi global?? KWSP tetap akan mengutamakan kepentingan ahlinya dan hanya melabur kepada projek yang mendatangkan keuntungan. Kita perlu YAKIN dengan KWSP.