Thursday, October 9, 2008

PERALIHAN KUASA MAC 2009

Oleh: citra adora

Semalam (8 Oktober 2008), YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti UMNO Mac tahun hadapan sekaligus memberi laluan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Ini bermakna proses peralihan kuasa ini telah dipercepatkan daripada Jun 2010 kepada Mac 2009. Keputusan Dato' Seri Abdullah ini adalah atas dasar sifat bertanggungjawab terhadap parti UMNO dan BN kerana beliau tidak mahu melihat UMNO/BN berpecah-belah. Pengunduran beliau ini juga adalah ekoran daripada prestasi buruk BN dalam PRU 12 yang lalu apabila BN kehilangan banyak kerusi kepada parti pembangkang termasuk lima negeri telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun Dato' Seri Abdullah tetap komited untuk melaksanakan segala gagasannya sebelum berundur daripada tampuk pemerintahan negara bagi menjadikan Malaysia terus melangkah maju, memperbaiki daya saing dan menghadapi cabaran luaran. Antaranya ialah memperkukuhkan institusi negara dengan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Suruhanjaya Aduan Khas.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala sumbangan dan jasa Dato' Seri Abdullah selama 45 tahun berkhidmat untuk negara. Satu tempoh yang panjang di mana beliau telah melihat, melalui dan menghadapi pelbagai fasa dalam proses membangunkan Malaysia bersama-sama dengan pemimpin negara yang lain. Segala asam garam, pahit manis telah beliau rasai.

Peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib diharap mendapat sokongan daripada semua pihak dan seterusnya dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan BN.

3 comments:

LIMAUDONG said...

Hello JR

Walaupun Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak bertanding kerusi Presiden UMNO dan peralihan kuasa lebih awal menunjukkan dia seorang yang bertanggungjawap keatas pemulihan dalaman UMNO demi kaum Melayu amnya. Tak apa tak jadi Presiden Umno & Perdana Menteri tetapi tanggungjawap & perkhidmatan kepada pengundi-pengundi P 41 Kepala Batas perlu di kekal sebab jikalau tiada pengikut-pengikut maka tiadalah pemimpin seperti Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

babybee said...

Dear Wira,

i was support that point of view of you that your have wrote in this articled.

But as you know, most of residents thought that this is a good news for them because at least that their can select a person who can settle down the economy, administration dan judicary of Malaysia so that resindents who lived in Malaysia not be able suffer so much. But some of the reseindents don't why that PM must pass it to the Datuk Seri Najib Tun Razak? This because he has a lot of supporter from malay? Is Datuk Seri Najib Tun Razak accept by Non-Malay or not? this a point, we had to think about it.

So, resindents hope that Datuk Seri Najib Tun Razak will be able to change his temperament to win the trust from Non-Malay. otherwise, in the future still remaind the samethings after replacement a new leader for malaysia.

(babybee)

rayliew said...

Saya masih mengharapkan beliau dapat menimbang semula keputusannya untuk menjawat jawatan PM sehingga tahun 2010, kerana keinginannya untuk menjayakan agenda-agenda yang diumumkan oleh beliau.

1.Institusi negara perlu diperkukuhkan: Badan kehakiman perlu memperkukuhkan kedudukan dan kredibilitinya di mata rakyat.

Beliau akan membawa rang undang-undang ke Parlimen bagi menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Suruhanjaya ini akan diberi mandat untuk mencadangkan pelantikan para hakim dengan cara yang telus.

Negara juga memerlukan sebuah institusi yang dapat memerangi gejala rasuah dengan efektif.
Oleh itu, beliau juga akan membawa rang undang-undang ke parlimen untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang akan mempunyai kuasa penyelidikan dan penguatkuasaan yang lebih besar berbanding kuasa yang sedia ada pada Badan Pencegah Rasuah.

Beliau juga akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

2.Beliau telah begitu kerap dan sering menegaskan bahawa kekayaan dan hasil kemakmuran Negara perlu diagihkan secara lebih adil ke serata Negara.

Ketika membentangkan Bajet 2009 yang lalu, beliau telah menjelaskan tentang komitmen Kerajaan untuk memperkukuh dan memperluaskan Jaringan Keselamatan Sosial.

Kita akan meningkatkan usaha bagi memastikan perlaksanaan inisiatif ini dapat disegerakan bagi membantu rakyat Malaysia yang miskin dan memerlukan, tanpa mengira latar belakang, kaum atau agama.

Beliau juga akan bekerja keras untuk memastikan manfaat yang jelas akan dapat mula dinikmati di Iskandar, dan juga koridor-koridor pembangunan yang lain di serata Negara.

3. Beliau ingin melihat kerajaan dan Barisan Nasional memperbaharui komitmen mereka terhadap usaha mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan harmoni.

Hakikatnya, kita telah sama-sama melihat bahawa keharmonian hubungan antara kaum dan agama semakin merosot dan terhakis. Pelbagai isu telah dibangkitkan yang berupaya meretak dan menghancurkan perpaduan yang telah kita jalin sekian lama, yang kita banggakan selama ini.

Isu-isu ini perlu kita depani dengan bijak dan matang, melalui dialog; tangani isu-isu ini secara konstruktif dan adil; bagi memastikan rakyat dapat memahami isu-isu ini dengan jelas, tanpa sebarang keraguan; dan berikan fokus kepada aspek-aspek yang menyatukan kita dan bukannya aspek-aspek yang makin memecah-belahkan kita semua.

Bagi tujuan ini, beliau akan mengadakan Konvensyen Barisan Nasional pada awal tahun depan.

Ini sememangnya satu usaha jangka panjang yang diharapkan dapat beliau mulakan dan beliau akan terus memberikan sumbangan bagi memastikan kejayaannya.