Tuesday, October 21, 2008

Cabang UMS wajar dibina segera di Labuan? MP Labuan sokong Bajet 09

Oleh: Pemikir

MP Labuan (BN) menyokong Bajet 2009 di dewan yang bersidang hari ini 21 Oktober. Beliau didapati bersungguh-sungguh berhujah meminta di antara lainnya sebuah universiti dibina di Labuan. Sekiranya ada universiti maka Labuan akan menjadi tumpuan pelajar-pelajar tempatan dan asing termasuklah dari Filipina, Brunei dan Indonesia untuk mengikuti kursus-kursus yang disediakan.

Cadangan YB ini sangat meyakinkan kerana kedudukan Labuan di Laut China Selatan akan menjadi pull factor untuk pelajar-pelajar datang di pulau ini yang mempunyai infrastruktur sempurna seperti lapangan terbang yang moden.

YB juga memaklumkan tentang keperluan kemudahan khususnya untuk merapatkan Labuan dengan Kota Kinabalu. Beliau berhasrat untuk menjadikan Labuan satu destinasi pelancongan yang luar biasa dan jika boleh agak setanding dengan Pulau Langkawi kini terkenal di seluruh dunia.

Pemerhati berpendapat bahawa cadangan MP ini adalah munasabah dan mungkin sebagai langkah permulaan kerajaan mewujudkan cabangan/jabatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang perbankan antarabangsa, kewangan antarabangsa, financial engineering bersesuaian dengan keperluan Labuan sebagai pusat off shore finance di rantau ini.

3 comments:

rayliew said...

CADANGAN MP sememangnya BERNAS dan tepat pada masanya, namun ianya perlu memperolehi kelulusan dari kerajaan PUSAT dan juga melibatkan amaun peruntukkan yang besar serta jangka masa yang panjang untuk direalisasikan..

H.C.Lai said...

Cadangan untuk membina Universiti di Pulau Labuan adalah satu langkah yang baik dan dapat membangunkan Pulau Labuan menjadi sebuah Pulau yang bertaraf Dunia

慧眼识英雄 said...

Suggestion ini memang bagus. Bukan saja dapat meningkatkan taraf Labuan, bahkan juga dapat membawa banyak lagi perluang untuk generasi muda kita menuntut pelajaran ke tahap yang lebih tinggi memandangkan kuota di Universiti Kerajaan Malaysia semakin tidak mencukupi.