Penduduk Malaysia gemar membeli barang keperluan harian di hypermarket berbanding pasar raya kecil dengan alasan hypermarket menawarkan harga jauh lebih murah berbanding pasar raya kecil dan kedai runcit. Ini menjadikan perniagaan peniaga-peniaga kecil ini berada di tahap nyawa-nyawa ikan dan seterusnya berkubur kerana kurang pelanggan. Tulip setuju dengan tindakan KPDNHEP yang menggesa hypermarket menjalinkan hubungan dengan PKS atau peniaga kecil untuk mereka berniaga dan mendaftarkan diri mereka dengan hypermarket tertentu supaya barang-barang keperluan mereka juga dapat dijual di hypermarket.
Di samping itu, Program Citarasa Kita yang dianjurkan oleh KPDNHEP juga merupakan satu mekanisme untuk membantu peniaga kecil dimana sebahagian besar daripada penglibatan itu adalah daripada peniaga-peniaga kecil kita di Malaysia dan menjual bahan-bahan ataupun barang-barang tempatan untuk mengalakkan lagi perniagaan mereka.
Thursday, October 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Peniaga-peniaga kecil harus menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan bekerjasama rapat untuk menjayakan segala usaha yang dilaksanakan...
Peniaga di pasar raya seharusnya mengikut jejak kaki hypermarket dan menyokong usaha kerajaan untuk menurunkan harga barangan. Ini bukan saja dapat membantu meningkatkan ekonomi negara bahkan juga dapat meringankan inflasi.
Post a Comment