Oleh: Citra Adora
DYMM Tuanku Ismail Petra dalam Sidang Dewan Negeri Kelantan menegur kerajaan PAS di Kelantan kerana masih gagal mengurus kewangan dan membangunkan negeri meskipun sudah lama mentadbir Kelantan.
Tuanku Ismail Petra turut mengingatkan kerajaan PAS agar memartabatkan institusi masjid dan tidak menggunakannya untuk kepentingan tertentu. Teguran Sultan Kelantan ini menunjukkan bahawa kerajaan PAS di Kelantan telah menggunakan masjid sebagai medan percaturan politik mereka. Nampaknya PAS memang suka bercakap tak serupa bikin.
Mereka sering bercakap bahawa institusi masjid adalah tempat untuk beribadah dan pusat untuk majlis ilmu tetapi mereka pula yang telah melakukan sebaliknya.Sebenarnya banyak lagi kelemahan dan kepincangan kerajaan PAS Kelantan dalam mentadbir negeri. Kebajikan rakyat daripada segi kemudahan infrastruktur tidak diambil kira. Begitu juga daripada aspek keselamatan dan pembangunan.Kerajaan negeri juga dilihat tidak pandai menjana pendapatan negeri kerana hanya bergantung kepada sumber hasil sedia ada. Mereka tidak kreatif dan produktif dalam meningkatkan sektor kewangan yang boleh memberikan hasil lumayan kepada kerajaan negeri Kelantan.
Projek-projek yang dirancang dalam RMK-9 tidak dilaksanakan dengan progresif dan ada yang belum dimulakan. Juga masih banyak tanah-tanah terbiar yang tidak diusahakan.Teguran Sultan Kelantan ini bukanlah sekadar main-main atau melepaskan batuk di tangga. Tuanku Sultan benar-benar mahu kerajaan PAS berubah sikap dan mampu berdaya saing demi kebaikan negeri dan rakyat jelata. Tidak malukah PAS dengan teguran-teguran ini? Ia jelas membuktikan bahawa PAS gagal mentadbir Kelantan.
1 comment:
Salam JR
Senang sahaja itu, Buka Buku Tiga Lima (555) pinjam dari Negeri yang dikuasai Pakatan untuk pembangunan negeri Kelantan. "Berat sama dipikul ringan sama di jinjing "
Tentulah Sultan murka kalau hari-hari poco-poco.
Post a Comment