Tuesday, October 21, 2008

Keselamatan Sosial Rakyat Terjamin

Oleh Perry

Krisis ekonomi dijangka melanda di Amerika Syarikat (USA). Sekiranya USA tidak menawan membendung dan menawan krisis ini dengan cepat maka negara-ngara lain yang terjalin hubungan ekonomi juga akan turut merasai bahang kemelesatan tersebut. Dalam hubungan ini ada yang bertanya-tanya apakah kerajaan Malaysia bersedia menghadapi kegawatan ekomoni yang dijangkakan akibat fenomena tersebut.Lebih-lebih lagi apakah kerajaan sedar dan bersedia membantu rakyat yang menghadapi kesulitan menyara hidup akibat kenaikan harga minyak dan bahan makanan.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kawasan Mas Gading, Y.B.Datuk Dr. Tekhee @Tiki anak Lafe minta Perdana Menteri menjelaskan persediaan kerajaan dalam menghadapi masalah tersebut.

Sehubungan ini, Y.B. S.K.Devamany, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , yang menjawab bagi pihak Perdana Menteri, menjelaskan kepada ahli-ahli Parlimen yang bersidang pada 20/10/2008 bahawa Kerajaan sedar akan kesulitan yang dihadapi oleh majoriti rakyat di akar umbi berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan harian disebabkan kenaikan harga minyak dan bahan makanan di pasaran dunia.

Malah kerajaan juga sedar bahawa Indeks Harga Pengguna (IHP) yang selama ini di sekitar 2% telah meningkat kepada 8.5% pada bulan Ogos 2008, paras tertinggi sejak 26 tahun, kerana akibat kenaikan tinggi indeks harga bagi pengangkutan dan makanan seperti roti,beras bijiran (25.7%) daging (11%) ,susu,keju dan telur(13%),ikan dan makanan laut (9%) dan sayur-sayuran(9.3%)

Sehubungan ini, bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin, terutamanya golongan miskin, kerajaan telah mengkaji semula subsidi dan bantuan yang diberikan kepada mereka supaya ianya benar-benar membantu mereka dalam menghadapi masalah ekonomi mereka. Malah semasa pembentangan Bajet 2009 yang lepas, Kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah di bawah Program Jaringan Keselamatan Sosial.Diantara langkah-langkah yang dilaksanakan adalah :

1.Menaikkan tahap kelayakkan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan dibawah Jabatan Kebajikan daripada RM 400 sebulan kepada RM 700 sebualan untuk Semenanjung, RM 830 sebulan untuk Sarawak dan RM 960 sebulan untuk Sabah.Sebanyak 110 ribu isi rumah dan 40 ribu warga emas dijangka dapat menikmatim faedah ini.

2.Pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM 720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

3.Mengawal harga beras jenis Super Tempatan 15% dalam paras antara RM 1.65 sekilogram hingga RM 1.80 sekilogram dan memastikan ianya mencukupi dan didapati di seluruh Negara.

4.Isi rumah yang membayar bil elektrik RM 20 dan ke bawah sebulan tidak perlu membayar bil elektrik,berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009. Seramai 1.1 juta isi rumah akan mendapat manfaat daripada langkah ini.

5.Duti impot ke atas beberapa barangan pengguna di kurangkan diantara 10% dan 60% kepada diantara 5 % dan 30% bagi barang-barang kegunaan isi rumah tertentu. Barang-barang keperluan seperti pengisar makanan, periuk nasi,ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik.

6.Duti impot ke atas beberapa jenis makanan yang dikenakan diantara 2% dan 20% dikecualikan sepenuhnya. Bahan-bahan makanan dan minuman seperti mihun,biskut,jus buah-buahan dan jagung manis dalam tin.

7.Mengembangkan skim kredit mikro melalui Amanah Ikhtiar Malaysia ( AIM) kepada golongan miskin di Bandar dan luar Bandar di seluruh Negara supaya dapat menambahkan pendapatan mereka.

8.Bayan elaun sebanyak RM 150 sebulan kepada golongan OKU yang tidak bekerja,disamping elaun murid OKU di Sekolah Pendidikan Khas akan di tambah daripada RM 50 kepada RM 150.

Langkah-langkah yang diperkenalkan tersebut dijangka akan membantu rakyat dan negara dalam bukan sahaja menghadapi kesulitan ekonomi malah membantu mengurangkan kadar inflasi dalam negara.

Apakah rakyat sedar bahawa kerajaan bukan sahaja amat prihatin terhadap kesulitan rakyat menghadapi masalah ekonomi, malah pre-emtive atau merancang tindakan-tindakan yang sewajarnya dalam menjamin kebajikan rakyat.

1 comment:

rayliew said...

Rakyat khususnya dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin perlu menghayati usaha-usaha kerajaan untuk membantu mereka dan dapatkan bantuan dari pihak berkuasa. Janganlah sekali-kala terpedaya dengan tomahan yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang memburuk-burukkan tindakan kerajaan dalam menangani isu-isu yang timbul akibat kenaikan harga minyak global.