Pilihan Anda
Tuesday, October 28, 2008
Tabiat mengomel tanpa cadangan...itulah yang dapat disimpulkan pembangkang di Malaysia ini. Teman teringat waktu dewan rakyat bersidang ketika Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang menempelak Pembangkang yang hanya mampu membangkang tanpa memberi idea untuk penambahbaikan. LOW CLASS THINKING! Kemudian diberinya contoh-contoh buruk dengan tujuan menjatuhkan maruah kerajaan...kenapa tidak mengesyorkan cadangan serta pendapat.
Rasanya peringkat pembangkang yang hanya tahu membangkang ini tidak sahaja berada di dewan rakyat malah telah turun hingga ke akar umbi. BANGKANG! HENTAM! SOKONGAN MEMANG CONFIRM TAK ADA LANGSUNG! MEMBUAT KEPUTUSAN JAUH SEKALI!
Kome lihat sendiri la contoh papan tanda di Pulau Pinang yang hendak dipelbagai bahasakan. Uiih! Ramai jugak yang bukak gelanggang dengan topik ni. Bagi yang pro kerajaan, sudah semestinya menyokong tindakan beberapa agensi dan tokoh yang membantah tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang ingin meminggirkan penggunaan bahasa Melayu.
Bagi yang pro pembangkang pulak, yang pelik tuh, DIA HENTAM, DIA KUTUK, DIA HINA, DIA MAKI, DIA CACI, DIA BUAT-BUAT TAK PAHAM, DIA BUAT BODOH tetapi, langsung tak ada keputusan ataupun pendirian. Bab-bab bangkangan dan cacian tu biasa la, kome paham pasal deme memang perangai begitu, tapi bab membuat keputusan tu yang tak faham sikit, atee.. kome ni MENYOKONG KE TIDAK TINDAKAN KERJAAN NEGERI PP TU? Bila dah kutuk berapi-rapi, by the end, bagi la pendirian, "SAYA DENGAN INI MENYOKONG PENUH TINDAKAN KERAJAAN NEGERI PP" sebagai contohnye la...ini tidak, cakap sikit gelak, cakap sikit gelak, teman tereban ke longkang nayanye deme!
Ada pulak, yang pandai mengeluarkan hujah dengan ayat-ayat Quran, hadis la...tapi lepas tu berterabur mencarut maki hamunnya! BY THE END, TAK ADE JUGE KEPUTUSANNYA, SOKONG KE IDAK?
Kalau ya katakan iya, kalau tidak katakan tidak, nak lebih baik, bagi cadangan untuk penambahbaikan. Kata suara bloggers lebih tajam dari mata pisau! Piirahh...cakap berdegar-degar...kalau suruh buat kerja, kelam kabut! Cuba kome tengok member pembangkang kome yang sorang tu, Zulkifli Nordin, ini salah satu pembangkang yang teman respek! Ada idea, tetap pegangan...ikut lah contoh yang elok, jangan merepek tak tentu hala!
Wallahuallam...
2 comments:
Tak payah nak panjangkan isu ini. Inilah yang jadi kalau tidak ada semangat, bukan tidak cerdik. Tiada semangat nasionalisme. Lalu dengan mudah budaya bangsa kita diterjah dan diserbu budaya asing melalui penjajahan bahasa asing. Kononnya kitalah bangsa bermentaliti kelas pertama. Begitu ke...
Apa ni? Budaya "MONKEY"kah, cakap tidak menentu, bising tidak menentu, lompat sana lompat sini...BUATLAH sesuatu yang berfaedah, jangan asyik bantah sahaja...berikan idea-idea yang bernas. yang boleh memanfaatkan rakyat yang memilik mereka...
Wakil rakyat pembangkang harus bekerjasama rapat dengan kerajaan Pusat untuk menjayakan projek-projek dan dasar yang memanfaatkan rakyat.. Jangalah main CIRCUS dalam persidangan dewan..
Post a Comment