oleh: Mustikacitra-indah
Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu atau lebih popular dengan panggilan Hindraf telah diisytiharkan sebagai pertubuhan HARAM berikutan kegiatan mereka yang bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) serta memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai moral negara ini.
Hindraf mula dikenali apabila kumpulan itu memfailkan saman menuntut pampasan 4 trilion pound sterling (RM27.7 trilion) daripada kerajaan Britain yang didakwa membawa dan membiarkan masyarakat India terpinggir di negara ini.
Pada 25 November lalu, Hindraf mencetuskan kekacauan dalam perhimpunan haram di sekitar ibu negara dalam usaha mendesak Ratu Elizabeth II menyokong tuntutan itu.
Terbaru, kumpulan itu melakukan kekecohan di Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, 1 Oktober lalu bagi mendesak lima pemimpinnya dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). petikan BERITA HARIAN.
Apa yang dirisaukan sekarang ini, akan ada segelintir pihak yang seperti biasa akan memutar belitkan fakta dan membuat kan semua orang keliru dengan tindakan kerajaan. Apa-pun, Mustika melihat pengharaman HINDRAF yang diwartakan dan kuatkuasakan semalam adalah tepat dan tidak perlu disanggah lagi.
Thursday, October 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Keputusan kerajaan adalah wajar untuk kesejahteraan warga Malaysia.
Salam JR
Kumpulan HINDRAF diisytiharkan sebagai pertubuhan haram oleh Registrar Societies (ROS) memang tepat sekali. Boleh kita tutup kes Hindraf yang haram ni.
Ini bukan pertamanya ROS menolak pendaftaran pertubuhan atau parti-parti politik. Kita masih ingat dahulu Protem parti Malaysian Dayak Congress (MDC) juga ditolak oleh ROS atas kepentingan kaum Dayak . Adakalanya 'Human Rights' ada batasnya. Walaupun ditolak oleh ROS kaum Dayak masih lagi kuat berdiri teguh dibelakang Kerajaan BN Sarawak.
Tindakan Aktivis HINDRAF semakin melampau dan tindakan mengharamkan pertubuhan tersebut adalah perlu untuk menjamin ketenteraman dan perpaduan masayarakat tempatan...
Kita tidak mahu melihat negara kita dikucar-kacirkan oleh kumpulan yang tidak bermoral ini. Ketenteraman dan keselasaan kehidupan yang telah dicapai sejak 50 tahun yang lalu hendaklah dipertahankan...
Post a Comment