Tuesday, October 21, 2008

TPM difitnah

KUALA LUMPUR 20 Okt. -TPM nafi keluar manifesto tawar diri bertanding. Pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan sebarang manifesto menyokong penawarannya bagi jawatan Presiden UMNO yang disiarkan oleh sebuah portal berita Internet Malaysiakini semalam. Dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini, ia menyatakan bahawa laporan Malaysiakini dengan jelas adalah palsu dan mengelirukan."

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respon pada satu e-mel yang disiarkan oleh Malaysiakini, yang kononnya daripada sebuah "Kumpulan Sokongan Najib" mengandungi apa yang dipanggil manifesto yang kononnya dikaitkan dengan Najib dan Malaysiakini, tanpa sebarang pengesahan daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri telah menyiarkan kandungan e-mel itu.
Ia menyatakan adalah penting untuk Malaysiakini menyiasat punca e-mel yang bertujuan jahat bagi ia membersihkan nama dan reputasinya.

"Malaysiakini telah memohon maaf kepada Timbalan Perdana Menteri mengenai perkara ini.
Bagaimanapun, adalah harapan kita bahawa Malaysiakini dan portal berita lain, tanpa mengira dasar editorial mereka, akan menjaga dirinya dalam cara yang beretika dan profesional.
"Berita palsu ini adalah langkah yang terkini dan jelas menunjukkan satu usaha yang dibuat bersama dengan pihak-pihak tertentu untuk mencemarkan imej Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Ia menyatakan kebelakangan ini, sejak Pelan Peralihan UMNO dipercepatkan ke Mac tahun depan, terdapat satu usaha yang konsisten dan berterusan oleh sesetengah laman web untuk mereka-reka dan menyiarkan laporan palsu dan berniat jahat untuk menjejaskan nama Timbalan Perdana Menteri.

dipetik dari : utusanonline

3 comments:

Anonymous said...

Alahai, ini tactic lama nak alehkan tuduhan tuduhan yang terus menyerang.
Dah faham benar strategi dari pejabat Najib.
Saya rasa yang simpati adalah mereka yang ada kepentingan dengan Najib je.
Satu plot drama cerita rekaan dan buat lah apa yang patut.

rayliew said...

NASI SUDAH JADI BUBUR barulah meminta maaf.. IMEJ PEMIMPIN TELAH DIBURUKKAN..Mereka yang tidak bertanggungjawab ini hendaklah diambil tindakan dan MALAYSIAKINI perlu digantung. BANYAK sudah kerosakan yang telah dibuat oleh MALAYSIAKINI..

Rebak Anyut said...

i think its impolite for people to leave comment w/out stating name.... bagi lama nama senang ckit nak sembang.pa la....