Monday, June 30, 2008

PROJEK RUMAH TERBENGKALAI


(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

OH MY GOODNESS. OLD HABITS DIE HARD.

By Somebody Somewhere

We live in an era where conspiracy theory thrives. So this is my take: this could also be Brother Anwar Bin Ibrahim's strategy to create a sense of deep and terrible crisis in the country. yes, he is not a sodomite and I don't believe he is either and he knew that people do not believe it either. So create one so he could play victim.

He is caught in the middle. he does not actually have the 'numbers' to form the government and no way he could face the public and have an honest and serious debate with Shabery Cheek on the fuel price. so rather than having to face questions from the public when the time comes to deliver on his promise which would surely undermine his credibility, create a crisis now and make himself the victim: that he is no longer safe and he needs the safe sanctuary of a foreign embassy.

Give me a break! As Bill Clinton once angrily said about Obama's campaign: this is the biggest fairy tale I have ever heard. Badawi, despite his weakness, is not Mugabe. In fact, we are witnessing unprecedented level of freedom and openness in the country. This is probably just Anwar's way to maintain public distrust towards the government. Try to paint Malaysia as another Zimbabwe where politicians get assasination threat and hoorah - all the public and international attention will be on him.

I believe no member of the government would want to repeat 1998. In fact, i don't think anybody in the current government believe that he was a sodomite when he had to face the allegation in 1998. 1998 was someone else's doing.

The government knows that this kind of allegation will not stand in the court of public opinion. They know that the public will hate them more if they do this. Yes, Anwar is a political threat to them, but not threatening enough for them to lose power on 16 September. At the time when the public is beginning to question the capability and on the promise of the PR in the 5 state governments, this kind of crisis is the last thing a BN government would want.

Anwar has endured worse treatment in 1998 and he can afford to create such sense of treatment - something which the public will find it impossible to believe - today. It is partly the sense of bad treatment that earns him public admiration and pity. So I won't rule out the possibility that this is Anwar's own doing.

Don't be naive and take everything at face value. What Anwar needs is continuous attention. You have seen how he plays it well. Withholding evidence, tapes, pictures just so that he could release at the right time so that this country is in perpetual crisis. Anwar is a master politician who knows how to play his card well!

KERAJAAN PRIHATIN MENANGANI KRISIS KENAIKAN HARGA BARANG

OLEH : SERI MELUR

MP Permatang Pauh mendakwa kenaikan harga barang makanan semakin meningkat. Harga makanan utama sahaja meningkat melebihi 50 peratus. Walau bagaimanapun, beliau mengakui kenaikan harga makanan ekoran kenaikan harga makanan dunia tidak mampu di kawal oleh kerajaan.

Beliau berpendapat, kesilapan kerajaan ialah kegagalan bertindak dengan cepat dan pantas bagi menangani masalah ini. Keadaan ini telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang berpendapat rendah. Beliau mencadangkan supaya kerajaan perlu menyediakan subsidi yang sewajarnya bagi memastikan bekalan makanan mencukupi.

Seri Melur : Kerajaan memang prihatin atas masalah rakyat. Buktinya sebahagian dari pengurangan subsidi minyak disalurkan untuk subsidi makanan. Selain itu, kerajaan juga menggalakkan rakyat melaksanakan Program Bumi Hijau bagi menggalakkan rakyat bercucuk tanam dan menjadikan aktiviti pertanian sebagai satu kaedah bagi menangani krisis kenaikan harga makanan ketika ini.

TURKEY INTERFERES IN THE AFFAIRS OF MALAYSIA

BY : PEMIKIR NEGARA

Malaysia a very peaceful country. Its people live in harmony and respecful of all laws of the nation. We have a very sound foreign policy and our respect for sovereignity of others is well known, we are member of the OIC and so are Indonesia, Turkey, Pakistan, Saudi Arabian, Lybia, Morocco, Mozambique, Brunei, Egypt and many others.

As a result of police report dated 28th Jun 2008 on sodomy committed by Anwar Ibrahim in Kuala Lumpur, he had taken several wrong steps to 'protect' himself. He and his representatives told the world that there are make beleived threats posed against Anwar. Yesterday, he was reported to be 'hiding' somewhere in KL and subsequently, he took refuge in the Turkish Embassy, Kuala Lumpur.

So many theories abound as to his options to use the Turkish solution. Conjecture aside, to resort seeking refuge in a foreign embassy which is a good friend of Malaysia, is the last thing one should do. This is a cowardly act by a person who called himself a leader. He should stand up and face the charges, instead of running away from it. He should not have any fear if he is absolutely right.

To quote one observer, "Why is he hiding? It will only create a negative perception. Since he claims to be a fighter, he should be brave enough to face the press, and must be willing to sacrifice himself in the fight."

We advise the Turkish Embassy not to listen to the crap of Anwar. As a Islamic country, Turkey has lots of similarities with Malaysia. We seek their wisdoms to comply to the principles of respect for international Laws and sovereignity of nations. We demand that the embassy denies refuge for this irresponsible citizen of Malaysia who has violated our local laws and also wanted for questioning by the authorities.

SODOMY IS DESPICABLE...ANWAR SHOULD REPENT

by : Pemikir Negara

Brother Anwar bin Ibrahim the so-called supreme advisor to PKR, was reported to be involved in sodomising an aide at a plush apartment in Damansara Heights.

This act of sodomy which is against the local laws of Malaysia, is despicable and against Islamic teachings. This act is also condemned by Allah as what had happened to the clan of Lut.

This case of Anwar was reported widely and even picked up by BBC and other western media. Western media are mostly open to this phenomenon because of their liberalism. Californian Laws allow gay marriages. American gays are now heading for California to get married.

This trend is not new in this era but it is hoped that such liberalism would not encroach on our shores. Neighbouring states are open to this gay culture short off legalising it.

As a so-called leader of PKR, he should be well aware of what we call morality. A good leader should portray sophistry and high integrity. Unfortunately, this particular leader had violated the norms and values of a good Muslim. What a shame.

How can one accept and endorse this weird leader who claims to represent DAP, PAS and PKR? How can they pretend and believe that this leader is an angel? He is a devil eveready to lead his followers to vahalla and great distress.

Political observer suggests that all his followers to repent and follow the true path commanded by Allah.

MP PASIR MAS PRIHATIN

oleh : Mustika Citra Indah

MP Pasir Mas (BEBAS), mencadangkan supaya pengagihan pendapatan isi rumah dikaji semula memandangkan kos sara hidup sekarang ini sudah meningkat dan akan meningkatan dari semasa ke semasa.

Beliau juga membangkitkan isu DSAI. Beliau meminta supaya DSAI bersikap sebagai seorang pemimpin yang profesional dan juga memberi kerjasama kepada polis jika terbukti benar. Jika perlu kepada jaminan, MP Pasir Mas juga menawarkan diri untuk menjadi orang yang memerhatikan siasatan polis jika DSAI takut dengan tindakan yang bakal diambil polis samada kekerasan atau sebagainya. Langkah yang diambil oleh DSAI mendapatkan suaka politik di Kedutaan Turki tidak patut kerana kata MP ini, berani kerana benar, takut kerana salah.

PAKATAN RAKYAT TUDUH WUJUD KONSPIRASI

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bersama mendakwa wujud konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuntut badan bebas siasatan awam ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, meminta Perdana Menteri sendiri memberi jaminan terhadap keselamatan suaminya jika Anwar keluar dari tempat berlindung di Kedutaan Turki.

dipetik daripada Berita Harian Online

Wira berpendapat inilah kelebihan Brader Anwar Bin Ibrahim yang suka menuduh orang. Isterinya juga sudah "terkena" pujanya untuk mengatakan bahawa ada orang yang membuat konspirasi untuk menjatuhkannya.

Pemerhati politik mengemukakan beberapa teori mengenai laporan liwat itu. Ia termasuk kemungkinan usaha mencari publisiti oleh PKR kerana usaha mereka gagal untuk mendapat sokongan ahli Parlimen BN.

PENDIDIKAN UNTUK GOLONGAN PELAJAR YANG TIDAK DAPAT MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA/S WAJAR DIKAJI

OLEH : SERI MELUR

MP Kinabatangan meminta kerajaan mewujudkan sistem pendidikan yang bersesuaian untuk golongan pelajar yang tercicir. Golongan ini adalah pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA/S. Walaupun kewujudan pusat seperti Giat Mara adalah untuk golongan ini tetapi tempat yang terhad menyebabkan masih ada golongan yang tercicir. Ini akan menyebabkan mereka terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat seperti gejala lumba haram, penyalahgunaan dadah, samseng dan sebagainya.

Sistem pendidikan hari ini yang terlalu berpandukan kepada peperiksaan seharusnya diubah. Pelajar-pelajar ini seharusnya dibekalkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi memudahkan mereka menghadapi cabaran semasa hari ini.

Walau bagaimanapun MP Pasir Salak tidak bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh MP Kinabatangan. Beliau berpendapat pelajar-pelajar hari ini tidak ada jati diri dan semangat untuk bersaing. Mereka juga tidak mampu berdikari. Kerajaan tidak seharusnya dipersalahkan terhadap gejala pengangguran dan pelbagai masalah sosial pada hari ini.

USAHA KERAJAAN MERAPATKAN JURANG PERBEZAAN EKONOMI DIPUJI

oleh : Seri Melur

MP Kinabatangan dalam membahaskan kajian separuh penggal RMK 9 memuji usaha kerajaan merapatkan jurang perbezaan ekonomi di antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Disamping itu usaha kerajaan menggalakkan kewujudan usahawan-usahawan baru adalah langkah yang sangat baik. Kewujudan SME Bank juga dilihat sangat wajar sebagai langkah membantu golongan usahawan.

Walau bagaimanapun, kerajaan juga seharusnya mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi membantu golongan usahawan yang sedia ada. Tindakan kerajaan membatalkan lesen perniagaan mereka tanpa sebab-sebab yang sepatutnya telah membebankan golongan tersebut. Ini kerana mereka akan terbeban dengan hutang bank sedangkan perniagaan mereka terpaksa ditutup akibat dari lesen perniagaan mereka ditarik balik. MP Sekijang juga bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh MP Kinabatangan.

USAHA KERAJAAN MENUBUHKAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN DIPUJI

OLEH : SERI MELUR

MP Pasir Mas mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan mewujudkan Universiti Malaysia Kelantan. Walau bagaimanapun, beliau meminta agar kursus-kursus dalam pelbagai bidang di tambah di universiti tersebut terutamanya dalam bidang Pengajian Islam. Beliau juga mencadangkan agar diwujudkan Kerusi Tok Kenali di Universiti tersebut. Terdapat beberapa tokoh yang dicadangkan oleh MP Pasir Mas dan dianggap layak diantaranya Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid.

REALITI KETUANAN MELAYU

Oleh MUZAFFAR MOKHTAR
(Utusan Malaysia)

KEBELAKANGAN ini suara- suara sumbang yang mempertikaikan ketuanan Melayu dengan mendakwa bahawa konsep berkenaan bersifat perkauman dan tidak relevan dengan realiti Malaysia yang berbilang kaum semakin lantang kedengaran. Terdapat pula sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan melaga- lagakan konsep ketuanan Melayu dengan ketuanan rakyat.

Sebenarnya dalam konteks politik Malaysia faktor sejarah serta realiti demografik menyebabkan konsep ketuanan Melayu dan ketuanan rakyat muncul sebagai konsep yang bukan sahaja saling tidak bertentangan malahan ia merupakan sisi yang berbeza bagi satu syiling yang sama, saling lengkap melengkapi.

Bagi Malaysia konsep ketuanan rakyat dalam bidang politik telah mula tertegak semenjak negara mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris lebih 50 tahun yang lalu. Konsep ketuanan rakyat adalah teras asas bagi mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi pelbagai parti yang berwibawa. Ini kerana dalam sebuah demokrasi rakyatlah yang mempunyai kuasa mutlak melalui undi mereka untuk menentukan parti politik atau gabungan parti politik yang akan membentuk kerajaan. Melalui konsep ketuanan rakyat aspirasi golongan majoriti dihormati manakala kepentingan sah kaum minoriti dilindungi berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang.

Kewujudan ketuanan rakyat tanpa kewujudan ketuanan Melayu di Malaysia bermakna penindasan golongan minoriti terhadap kaum majoriti. Jika ini berlaku maka ia tiada beza dengan apa yang pernah berlaku sebelum tahun 1994 di negara Afrika Selatan iaitu yang dinamakan sistem aparteid.

Dalam membicarakan konsep ketuanan Melayu perkara pertama yang harus diinsafi oleh semua pihak adalah konsep ini tidak sekali-kali membawa konotasi perhubungan submisif yang wujud antara tuan dan hamba sebagaimana yang lazimnya difahami.

Konsep ketuanan Melayu wujud semata-mata hasil manifestasi faktor demografik negara dan kontrak sosial antara kaum yang diijmakkan semasa negara mencapai kemerdekaan.

Ia sebenarnya telah dibayar dengan harga yang cukup mahal oleh orang Melayu apabila mereka terpaksa menerima hakikat bahawa Tanah Melayu akan selama-lamanya berubah dari negara yang bersifat eka kaum kepada pelbagai kaum. Orang Melayu tidak mempunyai pilihan di dalam soal ini. Sudahlah apabila golongan imigran di bawa masuk ke bumi Tanah Melayu orang Melayu tidak dirundingi, untuk memperoleh kemerdekaan mereka terpaksa pula menerima kerakyatan yang diberikan kepada kaum imigran.

Persepsi bahawa wujud pertembungan di antara ketuanan rakyat dan ketuanan Melayu timbul kerana ketidakprihatinan malahan ketidakpedulian sesetengah pihak terhadap dokumen paling asas negara iaitu Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Sebenarnya kajian yang teliti terhadap dokumen ini akan membawa kita kepada satu kesimpulan yang jelas iaitu konsep ketuanan rakyat (antara lainnya dilambangkan melalui peruntukkan-peruntukkan Perkara 40 (1) & (1A), Perkara 43 (2),(3),(4) & (5), Perkara 46 (1) dan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan).

Ketuanan Melayu adalah konsep- konsep yang sememangnya sudah dimaktubkan oleh undang-undang tertinggi negara.

Semenjak merdeka orang Melayu adalah penduduk majoriti negara ini, hari ini orang Melayu membentuk 65 peratus penduduk Malaysia. Disebabkan faktor ini jawatan Perdana Menteri dan majoriti anggota Kabinet serta ahli-ahli Parlimen semenjak merdeka dipegang oleh orang Melayu.

Selain daripada fakta bahawa orang Melayu adalah penduduk majoriti negara ini asas utama yang mengukuhkan lagi konsep ketuanan Melayu di dalam sistem pemerintahan negara adalah Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan yang mewujudkan institusi Yang di- Pertuan Agong selaku Ketua Negara bagi Malaysia.

Mengikut Perlembagaan Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Cabang Eksekutif (Perkara 39) di mana selaku Ketua Negara pemerintahan Malaysia dijalankan di atas nama baginda.

Baginda juga adalah salah satu elemen yang membentuk cabang legislatif selain Dewan Negara serta Dewan Rakyat.

Baginda melantik Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja, melantik Perdana Menteri, Kabinet dan anggota pentadbiran persekutuan yang lain, melantik hakim-hakim persekutuan, dan merupakan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Konsep ketuanan Melayu termeterai melalui pemegang jawatan ini kerana Yang di-Pertuan Agong dipilih setiap lima tahun sekali oleh Majlis Raja-Raja dari kalangan sembilan orang Raja-Raja Melayu yang sedang bertakhta. Hanya Raja-Raja Melayu yang berhak dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Asas ini diperkukuhkan lagi melalui peruntukan Perkara 3(1), 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(1) memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi negara, agama yang menjadi asas kemelayuan itu sendiri. Mengikut Perkara 160 tiga kriteria utama untuk seseorang itu diktiraf Melayu adalah individu tersebut mestilah seorang penganut agama Islam, bertutur bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.

Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi negara tidak pula menjadikan penganutan agama tertentu sebagai syarat pengiktirafan etnik tertentu bagi seseorang individu mahupun memberikan taraf agama rasmi kepada agama anutan individu terbabit.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan pula menjadikan Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia) sebagai bahasa kebangsaan tunggal negara, peruntukkan ini diperkukuhkan lagi oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Tanggapan banyak pihak bahawa hanya Peruntukan Perkara 153 yang memaktubkan hak-hak istimewa orang Melayu satu-satunya bukti ketuanan Melayu dalam konteks politik adalah tersasar jauh dari realiti yang ada.

Pihak-pihak yang menolak konsep ketuanan Melayu sebenarnya menolak Perlembagaan negara yang sedia ada dan rata-ratanya bersifat perkauman.

Ini kerana penolakan ketuanan Melayu bermakna mereka sebenarnya menolak legitimasi sistem Raja Berperlembagaan yang sedang kita amalkan hari ini.

Mereka menolak kedudukan Islam sebagai agama rasmi tunggal negara, mereka menolak kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara serta mereka menolak hak-hak keistimewaan orang- orang Melayu sebagai pribumi asal Tanah Melayu.

JANGAN PERTIKAIKAN KONTRAK SOSIAL

OLEH : SERI MELUR

Tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum tentang kontrak sosial diselar oleh beberapa MP. diantaranya ialah MP Pasir Mas, MP Batu Pahat, MP Padang Besar dan MP Sri Gading. Mereka mempersoalkan matlamat forum ini diadakan. MP Pasir Mas mengatakan, jika penganjuran forum-forum seperti ini diadakan, ia mungkin menyebabkan pertumpahan darah dan peristiwa 13 Mei 1969 berulang. MP Batu Pahat mengatakan, perbahasan tentang kontrak sosial seolah mempertikaikan perlembagaan yang telah sedia ada dan dipersetujui oleh semua kaum. MP Sri Gading mengatakan seharusnya sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, perkara-perkara yang boleh memecah belahkan perpaduan wajar dielakkan.

Rata-ratanya MP-MP yang tersebut di atas telah menzahirkan pandangan ribuan pengundi-pengundi mereka bahawa perkara kontrak sosial ini jangan dipertikaikan demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat. Perkara ini telah dipersetujui oleh semua komponen utama BN iaitu UMNO, MCA dan MIC sebelum 1957 lagi. Di mana YAM Tunku Abdul Rahman adalah PM pertama mempastikan kontrak sosial akan berterusan tanpa ragu-ragu dan was-was lagi.

Kaum-kaum bukan Melayu perlu ambil berat dan jangan cuba mencabar kesabaran dan sikap lemah lembut orang-orang Melayu yang telah banyak memberi keistimewaan kepada orang bukan Melayu.

Pemerhati politik mengalu-alukan ucapan MP Pasir Salak yang juga turut bersuara dengan lantangnya dalam dewan supaya kaum lain berpada-pada dalam tindakan yang boleh menaikkan kemarahan orang Melayu.

IBUPAPA PERLU AMBIL BERAT PRESTASI PELAJARAN ANAK LELAKI MEREKA

OLEH :SERI MELUR

Menjawab soalan dari MP Rembau, MP Tangga Batu (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi )menjelaskan penawaran tempat ke IPTA adalah berdasarkan merit dan kekosongan. Merit diukur berdasarkan 90 peratus akademik dan 10 peratus aktiviti Ko-Kurikulum. Disamping itu juga, nisbah pelajar perempuan dan lelaki di IPTA adalah membimbangkan dan langkah-langkah yang sewajarnya seharusnya dilaksanakan agar dapat mengawal situasi ini.

Ahli-ahli Dewan samaada BN atau pembangkang perlu faham masalah yang dihadapi oleh kementerian ini. Timbalan Menteri cuba menyampaikan mesej bahawa jika tidak ada perancangan,IPTA nanti akan dipenuhi oleh satu gender sahaja iaitu perempuan. Timb. Menteri juga secara tidak langsung ingin mengingatkan ibu bapa memberi perhatian kepada anak lelaki masing-masing supaya kuat belajar dan merebut tempat-tempat di IPTA di masa akan datang. Kita tidak mahu nanti kaum lelaki banyak menganggur dan ini akan memberi masalah besar kepada negara dan kerajaan.

TINDAKAN SPEAKER MINTA MP PUCHONG KELUAR DEWAN ADALAH TEPAT

oleh : Seri Melur

MP Kepong telah dikenakan tindakan tidak dibenarkan menghadiri Sidang Dewan Rakyat selama dua hari. Tindakan ini dikenakan oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat kerana bersikap keterlaluan sehingga dianggap seolah mencabar Speaker dan tidak menghormati dewan. Semua MP seharusnya mengambil ikhtibar daripada kejadian ini supaya mengamalkan sikap dan tatasusila yang bersesuaian sebagai MP dalam membahaskan sesuatu perkara dan bukannya terlalu emosional.

MP Kepong agak keterlaluan semasa mencelah semasa soal jawab isu dalam dewan. Perkara ini tak kan berlaku sekiranya MP menepati prosedur-prosedur dewan. Tunjuklah kepada ahli dewan dan pelajar-pelajar yang turut hadir di galeri bahawa MP Puchong adalah berwibawa. Kini beliau berkelakuan yang bercanggah dengan watak seorang MP. Tindakan Speaker untuk mengarahkan beliau tidak menghadiri parlimen selama 2 hari adalah mengikut prosedur dewan. Speaker telah banyak bersabar tetapi kesabaran beliau dicabar dan kali ini tidak boleh dibiarkan berlaku.

ANWAR PELAKON LELAKI TERBAIK NEGARA (2)

Oleh Pemikir Negara

Brader Anwar bin Ibrahim merupakan bekas pelajar MCKK. Pernah dibuli oleh rakan-rakannya disebabkan fizikalnya ketika itu amat kecil berbanding dengan rakan-rakannya.

Pernah diberitahu kepada saya oleh rakan-rakan sezaman beliau yang beliau pernah diganggu fizikal malah bukan setakat itu sahaja, beliau juga pernah diganggu dari segi seksual. Justeru, segala yang dilakukan oleh beliau amat berbeza dengan orang lain yang mempunyai fikiran yang waras contohnya dari segi pakaian.

Dahulu semasa beliau memimpin ABIM kononnya berpakaian macam ulama tetapi setelah berkecimpung dalam politik saya nampak pada peringkat awal beliau tidak memakai pakaian ala barat malah ketika itu beliau sering memakai baju yang sering dipakai ketika dalam ABIM dahulu. Setelah 2 penggal berada dalam kerajaan, dengan mudah beliau 'bersalin kulit'. Setiap hari kepejabat mengenakan kot dan tali leher.

Kot yang dipakai diimport dari Itali begitu juga kerusi di dalam rumahnya yang juga buatan dari Itali. Semasa dalam kerajaan, beliau pernah memakai baju melayu, kain pelikat dan selipar turun ke lapangan khususnya hari Jumaat dan terus membaca khutbah. Ini berlaku semasa beliau menjadi Menteri Kewangan.

Beliau berlagak semacam orang yang berilmu pengetahuan agama, malah terus terang saya katakan beliau adalah manusia yang bertopengkan haiwan, menggunakan agama untuk kepentingan agenda perjuangan. Sanggup membelakangkan kepentingan negara dalam apa jua pun demi kepentingan peribadi.

Ini berlaku apabila beliau memberi laluan kepada Al- Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat untuk mengecam dan menghentam negara Malaysia ketika itu. Semasa beliau melawat US, beliau diberi layanan karpet merah oleh US di atas kerjasama nya dengan US untuk melemahkan negara ini, sedangkan karpet merah bukan untuk timbalan Perdana Menteri. Karpet merah sepatutnya diberi kepada Ketua Negara (Yang Dipertuan Agong).


bersambung:

PERUNTUKAN KANAK-KANAK DI SABAH

JANGAN BUAT ORANG MELAYU MARAH

MP Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz, meminta semua pihak memberhentikan semua perkara yang boleh menyebabkan orang Melayu marah. Antaranya ialah menganjurkan forum untuk membincangkan hak-hak istimewa bangsa Melayu.

Menurutnya, semua pihak termasuk Raja-Raja Melayu kini sedang melihat apa yang dilakukan oleh kumpulan yang mula mempersoalkan hak bangsa Melayu.

ANWAR KINI AMBIL "TURKISH BATH"

Oleh Pemikir Negara

Kini heboh penasihat PKR, DSAI berada di Kedutaan Besar Turki, Kuala Lumpur.

Katanya beliau kini takut dan sedang diancam oleh anasir-anasir yang mengugut keselamatan beliau. Beliau melalui wakil-wakilnya, Presiden PKR dan juga Naib Presiden PKR menguar-uarkan bahawa ada cubaan untuk mengenakan beliau.

Pemerhati politik berpendapat bahawa DSAI ini sudah melampaui batas dalam proses pembohongannya. Beliau kelihatan seolah-olah tertekan di samping menghadapi krisis peribadi yang sangat jelek iaitu tuduhan meliwat yang beliau lakukan pada 26 Jun 2008di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Perbuatan keji ini berulang lagi.

Pemerhati berpendapat bahawa beliau ini perlu mendapat nasihat-nasihat oleh pakar-pakar psikologi tempatan. Tindakan untuk menyorok di Kedutaan Turki sangat jelas menunjukkan bahawa beliau cuba lari daripada siasatan polis. Kalau beliau tidak bersalah, jangan lah menyorok atau lari.......

Pemerhati juga berpendapat, mungkin DSAI ini selepas membuat kegiatan keji ini mengambil 'turkish bath' di kedutaan tersebut.

Adalah diharap kerajaan Turki fikir habis-habis dan jika minat, ambil sajalah DSAI dan bawa beliau bermastautin di negara Turki sebuah kerajaan sekular yang bersesuaian dengan hati naluri dan selera DSAI.

SISTEM MERITOKRASI UNTUK PILIH PELAJAR

Oleh Pemikir Negara

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, memaklumkan kepada Dewan bahawa sistem meritokRasi diguna pakai dalam pemilihan pelajar-pelajar yang layak ke IPTA.

Sistem ini berkesan dan bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar berkelayakan tidak tertinggal untuk meneruskan cita-cita mereka untuk menimba ilmu ke tahap tertinggi.

Dalam hubungan ini, Timbalan Menteri memaklumkan bahawa buat masa ini faktor gender timbul dalam proses mendapatkan pelajar-pelajar yang layak ke IPTA.

Kini, didapati lebih banyak pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki yang berkelayakan ke IPTA. Keseluruhannya nisbah pelajar perempuan dengan pelajar lelaki adalah 3:1 atau dalam peratusannya 60%:40%.

Penjelasan yang dibuat oleh Timbalan Menteri ini perlu di ambil berat oleh ahli dewan khususnya dan juga warga Malaysia amnya. Setiap keluarga harus mengambil tahu implikasi nisbah ini. Kita perlu menganalisa dan memastikan bahawa jika boleh, nisbah gender ini dapat sampai ke tahap 50%:50%.

Timbalan Menteri sebenarnya ingin memberitahu bahawa keluarga harus memberi perhatian kepada anak lelaki mereka supaya mencapai kelayakan yang setanding dengan anak-anak perempuan mereka pada masa akan datang.

Untuk makluman, fenomena gender ketara juga di negara-negara lain termasuklah di Eropah dan Amerika.

SYABAS MP PASIR MAS YANG BERANI

MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, amat geram dengan tindakan sesetengah pihak yang mahu mempersoalkan mengenai kontrak sosial dan Ketuanan Melayu.

Beliau mahu perkara itu memberhentikan tindakan ini kerana ia boleh menimbulkan masalah dan boleh mendatangkan perkara yang tidak baik kepada negara.

Sementara itu, MP Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman, mempertahankan peranan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

Beliau mahu "culprit" ini diambil tindakan kerana mereka mempunyai agenda tersendiri.

Datuk Tajudin juga menegur sikap pemimpin Melayu dalam PKR yang lupa daratan dengan memperjuangkan konsep sama rata semua bangsa.

Beliau mahu mereka berfikir secara rasional demi kepentingan bangsa Melayu.

Perpaduan Melayu ini penting kerana jika Melayu tidak bersatu orang lain akan memijak kepala mereka.

MP Pasir Salak berkata beliau juga boleh berdemonstrasi seperti yang dianjurkan oleh pembangkang jika dibenarkan berbuat demikian. Baginya, Brader Anwar bin Ibrahim sudah terpesong daripada pegangannya kerana diperalatkan oleh orang lain.

MP REMBAU PRIHATIN KEPADA UPU/JPA

Oleh Pemikir Negara

MP Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar, telah menimbulkan aspek pengajian tinggi di mana UPU yang dibentuk oleh Kementerian Pengajian Tinggi, bertanggungjawab tentang kemasukan pelajar-pelajar ke IPTA. MP berpendapat bahawa UPU perlu bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ini adalah kerana pelajar-pelajar yang memohon untuk belajar ke luar negeri, ada juga yang tidak berjaya dalam permohonan mereka.

Beliau berpendapat bahawa pelajar-pelajar yang tidak berjaya ini diberi peluang untuk meneruskan pelajaran mereka di IPTA tempatan.

MP ini menanyakan sama ada wujud atau tidak hubungan UPU dengan JPA dalam hal menangani pelajar-pelajar yang tidak berjaya.

Timbalan Menteri, Datuk Idris Haron, menjawab bahawa perhubungan UPU dengan JPA akan dimantapkan dan beliau mengucapkan terima kasih di atas saranan yang dikemukakan oleh MP Rembau.

Pemerhati politik berpendapat apa yang ditimbulkan MP Rembau dialu-alukan terutamanya oleh warga pelajar yang kadang-kala samar terhadap perancangan pelajaran mereka. Adalah diharapkan Kementerian Pengajian Tinggi selaraskan apa yang disebutkan oleh MP Rembau.

PEMBANGKANG BUAT KECOH LAGI

Hari ini, pembangkang buat lagi.

Mereka menjerit-jerit dan membantah arahan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mereka membuat hal dan membantah apa saja yang tidak kena pada parti mereka.

Ketua mereka ialah Lim Kit Siang, pemimpin politik yang suka mencari populariti murahan. Timbalannya ialah Karpal Singh yang sengaja mempersoalkan tindakan Raja-Raja Melayu.

Mereka mempunyai pengikut setia iaitu orang Melayu dalam PKR dan PAS.

Hari ini, pembangkang keluar dewan.

Bagi mereka, inilah tindakan seorang jaguh.

Sebenarnya tidak. Mereka telah menipu pengundi di seluruh negara.

MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, menyifatkan tindakan pembangkang itu tidak bijak kerana ia membabitkan perkara-perkara teknikal.

ANWAR PELAKON LELAKI TERBAIK NEGARA (1)

Oleh Pemikir Negara

Ketepi...ketepi pelakon terkemuka di negara ini. Ketepi pelakon lelaki di negara ini. Ini kerana Pelakon Lelaki Negara (PLN) sekarang sudah mula ingin berlakon semula. Individu ini Brader Anwar Bin Ibrahim.

Jika dulu, beliau berlakon sebagai seorang yang alim dan kini berlakon sebagai orang yang dianiaya. Kalau dulu beliau dengan beraninya menyampaikan khutbah di masjid dan kini beliau menyorok di kedutaan Turki kerana takut dibunuh.

Wira berpendapat tiada siapa yang mahu membunuh beliau kerana mereka mahu beliau terus hidup untuk berlakon dan terus berlakon. Mereka tentunya seronok untuk melihat PLN untuk terus berlakon untuk meraih simpati daripada rakyat.

Mereka juga mahu PLN terus membuat tuduhan agar satu hari ini nanti beliau akan terjerat dengan perangkapnya sendiri.

PLN bijak membuat skripnya sendiri. Jika dulu, beliau menakut-nakutkan rakyat dengan mengatakan beliau akan diracun oleh pihak tertentu jika berada dalam kurungan.

Sebenarnya beliau sengaja membuat tuduhan itu untuk menagih simpati daripada rakyat.

Apabila rakyat menaruh simpati, mereka pasti akan terpukau dengan rayuan PLN.

Mereka seterusnya akan memberontak apabila jika ada perkara yang mungkin hampir sama dengan tuduhan awal yang dibuat oleh PLN.

Inilah dunia PLN yang sentiasa mahu menagih simpati rakyat.

LKS SUDAH MULA NYANYUK

MP Ipoh Timur, Lim Kit Siang (LKS), ingin menjadi jaguh dengan menentang arahan dan keputusan yang dibuat oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sikapnya menganggu ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah satu tindakan politik murahan. LKS ingin menunjukkan beliaulah peguam terbaik di negara ini dengan membangkang apa yang dikatakan oleh Speaker.

Apakah rancangannya hanya tuhan saja yang tahu. Mungkin beliau mendapat arahan daripada pihak tertentu untuk membuat kacau hari ini.

Oleh kerana tindakannya itu ditegur Speaker, beliau seperti ibu ayam mengajak anak-anaknya untuk keluar dewan.

Wira mengucapkan syabas kepada TS Pandikar kerana keberanian dan ketegasannya. Beliau perlu terus berani menegur ahli Dewan Rakyat tidak mendengar tegurannya.

ANWAR MELIWAT LAGI?

oleh : Pemuda Malaysia



Hari ini terpampang di dada akhbar-akhbar nasional cerita mengenai mantan TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang dituduh meliwat lagi. Laporan terhadap salah laku yang ditujukan kepada DSAI telah dibuat oleh seorang pembantu beliau yang berusia 23 tahun. Jika benar perkara ini dilakukan oleh DSAI, saya menyeru rakyat Malaysia agar menolak perjuangan yang dibawa oleh parti PKR. Adakah anda semua ingin melihat bangsa Malaysia dihancurkan oleh Allah S.W.T seperti di zaman Nabi Luth di mana kaum Nabi Luth yang gemar 'berhomoseksual' telah diturunkan bala oleh Allah.

Walaubagaimanapun, kita tunggu hasil penyiasatan daripada pihak polis. Tetapi, jika ditanya sejauh mana peratusan cerita tentang DSAI ini, saya meletakkan 100% bahawa DSAI melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sunday, June 29, 2008

DEBAT ISU KENAIKAN MINYAK - SHABERY TIDAK BERGANJAK

KUALA LUMPUR 28 Jun – Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek (gambar) tetap akan meneruskan hasrat untuk berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai harga minyak pada 15 Julai ini.

Menurutnya, beliau tidak akan berganjak dan tetap menerima pelawaan debat itu walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.

Beliau menegaskan, sebagai Menteri Penerangan, adalah wajar baginya mempertahankan keputusan tepat kerajaan dalam menangani kenaikan harga minyak.

‘‘Apa salahnya saya mempertahankan tindakan kerajaan selain itu juga ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri apakah benar Anwar mampu menunaikan janji menurunkan harga minyak jika beliau memerintah,’’ katanya.

Beliau mengulas desakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menggesa Ahmad Shabery membatalkan hasrat berdebat dengan Anwar yang dijadual disiarkan secara langsung menerusi RTM.

Debat bertema “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak” anjuran portal berita Agenda Daily dijadualkan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini.

Ahmad Shabery dan Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu juga mungkin disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.

Penyertaan dua tokoh tersebut telah disahkan oleh Pengarang Agenda Daily, Hanafiah Man.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, debat itu turut memberi peluang kepada seluruh rakyat untuk menilai hakikat sebenar janji-janji yang ditabur oleh Anwar.

‘‘Di sinilah rakyat akan mengetahui apa logiknya tindakan akan dilakukan oleh Anwar untuk menurunkan harga minyak sedangkan harga minyak mentah dunia semakin melonjak naik,’’ katanya lagi.

PM: GOV'T NOT INVOLVED IN SODOMY ALLEGATION

By Malaysiakini ( Jun 29, 08 2:31pm )


KUALA LUMPUR : Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has denied that the government is involved in the explosive allegations that de facto PKR leader Anwar Ibrahim had sodomised an aide.

"We had no plans to do anything to him just because he says he's made a political comeback," the prime minister told a press conference.

He said he was shocked by the charges but disparaged Anwar's denials.

"It's always the case that those who are accused will deny it," he said. "The police will investigate and determine the truth."

The new charges, which allegedly surfaced in a police report lodged by a 23-year-old aide, triggered fears Anwar faced imminent arrest, but police said they would first carry out an investigation.

Anwar has denounced the fresh allegations as a "complete fabrication", the same charge that saw him jailed a decade ago.

The PKR leader, who was sacked as deputy prime minister in 1998 and jailed on sex and corruption charges, said the allegations were an attempt to sideline his spectacular return to the political stage after the recent general election.

Cops warn against demonstrations

Meanwhile, Criminal Investigation Department chief Bakri Zinin said the aide had personally written the report detailing an incident at a condominium in the Kuala Lumpur suburb of Damansara, and lodged it yesterday at a hospital police post.

"It's mere allegation at this point. We will look into it and establish the allegations first to see whether it is true or not," he told a press conference.

Bakri warned Anwar's supporters from launching another round of the massive 'reformasi' protests that erupted after his sacking a decade ago, a momentous event in Malaysian politics.

"If you want to create havoc, we will deal with you according to the law," he said. "The public should not pressure us by holding demonstrations."

Anwar said the ruling Barisan Nasional coalition was striking back after he gave evidence against the government and police over fabrication of evidence in the original case against him.

"This is clearly a desperate attempt by the Barisan Nasional regime to arrest the movement of the Malaysian people towards freedom, democracy and justice," he said in a statement.

"I urge the Malaysian people to stand against the repressive forces that will be unleashed by the government in the coming days and weeks."

Anwar has always dismissed the original 1998 charges of sodomy and corruption as politically motivated. He famously appeared in court with a black eye after being beaten by the police chief.

He was convicted on both charges and spent six years in jail but was released in 2004 when the sex charge was overturned by the nation's highest court.

Supporters gathered outside hotel

Since the March election that propelled Anwar back onto the political scene, he has said he is poised to form a new government with the help of defectors from the ruling coalition, undermining Abdullah who has faced repeated demands to step down over the polls debacle.

A minor party in the coalition this month called for an unprecedented vote of no-confidence in the premier, and left open the prospect of joining Anwar's opposition.

PKR said that Anwar and other top party members held crisis talks overnight at a hotel in Kuala Lumpur, where dozens of supporters gathered this morning.

"I am with my husband here to support Anwar against these allegations and to stop anybody from arresting him. Anwar is a good man and he will lead the country soon," said 24-year-old housewife Siti Husaini.

"Anwar is the best, he will survive these allegations," said Abu Rahim Mahrin, a 45-year-old lorry driver.

ALLEGED SODOMY WAS "IN A DAMANSARA CONDO"

By Malaysiakini (Jun 29, 08 1:08pm)


KUALA LUMPUR : The sodomy allegedly committed by de facto PKR leader Anwar Ibrahim took MCPXde facto PKR leader Anwar Ibrahim took place "in a condo in the Damansara area", according to the police report filed by his 23-year-old aide yesterday.

Criminal Investigation Department chief Bakri Zinin also confirmed that a medical check-up of the alleged victim was being done.

"Our duty is to send (the complainant) to the hospital for checks," he told a press conference in the Kuala Lumpur police headquarters today.

Bakri revealed that the victim lodged the report at 5.45pm yesterday at the ‘pondok polis' at Hospital Kuala Lumpur, where the Jalan Travers police station has jurisdiction.

However, he refused to divulge details of the alleged sodomy.

"I assure you that we will do a detailed and fair investigation," he stressed.

When asked whether Anwar would be arrested, Bakri said the police would need to "study the allegation first".

Bakri also refused to divulge what section of the Penal Code would be used for the purpose of investigations, despite being repeatedly asked on the matter by journalists.

Section 377 of the Penal Code states that acts of heterosexual and homosexual sodomy is a punishable offence of up to 20 years.

Bakri: Rumour mongers will be punished

Anwar has rejected the fresh accusations against him - the second time in 10 year - and described it as a "complete fabrication". PKR also said that Saiful was arrested and forced by the police to lodge such a report against Anwar.

However, the police denied that Saiful was arrested and forced to fabricate evidence as claimed by PKR.

"Don't listen to rumours. Listen to me. I'm the CID chief," said Bakri when asked whether Saiful was arrested before making his police report.

He stressed that the alleged victim wrote the police report himself.

Bakri also warned that action would be taken against rumour mongers who send out SMSes that can jeapordise public security.

Thursday, June 26, 2008

KAJIAN RMK-9 PENTING BAGI AGENDA MAJUKAN NEGARA : PM


(PM MEMBENTANGKAN KAJIAN SEPARUH PENGGAL RMK-9)

dipetik daripada Berita Harian Online.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membentangkan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat hari ini, berkata kajian itu amat penting bagi menjamin kesinambungan agenda pembangunan negara.

Malah, beliau berkata ia perlu apatah lagi dalam suasana ekonomi semasa yang amat mencabar.

"Sekiranya tidak ditangani secara wajar, kenaikan harga minyak dan komoditi yang mendadak, serta kemelut dalam pasaran kewangan sedunia yang masih berlanjutan mampu menjejaskan usaha kita untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mapan," katanya.



Katanya pembentangan itu bertujuan melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan menjadikan Malaysia sebuah negara yang teguh dan bersatu padu.

Oleh itu, katanya, satu daripada objektif utama bagi fasa kedua dalam pelaksanaan RMK-9 adalah untuk memastikan agar mutu hidup rakyat tetap terpelihara dan program-program peningkatan pendapatan serta jaringan keselamatan sosial akan terus dilaksana dan diperkasa.

Pada masa sama, katanya, Kajian Separuh Penggal ini juga tidak melupakan keperluan untuk terus meningkatkan kapasiti dan daya saing negara.

"Pembinaan infrastruktur, pembangunan modal insan, dan perkembangan sektor pertumbuhan baru akan terus dipacu, dengan mengambil kira keperluan jangka panjang pembangunan negara," katanya.

Abdullah berkata bagi memastikan agar Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan yang positif, agenda pembangunan negara akan terus direncana berdasarkan lima Teras Utama Misi Nasional, iaitu:

+ Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara;

+ Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama;

+ Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif;

+ Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup; dan,

+ Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara

Abdullah juga menggariskan beberapa kejayaan dalam tempoh dua tahun pelaksanaan RMK-9, termasuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara pada kadar yang membanggakan, iaitu 6.1 peratus setahun, serta menaiktaraf kualiti hidup rakyat melalui peningkatan pendapatan perkapita daripada RM18,840 pada 2005 kepada RM23,066 pada 2007. - Bernama

LOBI PARLIMEN BUKAN TEMPAT UNTUK TIDUR

oleh : Mustika Citra Indah

Pegawai PKR yang kononnya bertugas di Parlimen sejak awal pagi tadi asyik berdengkur sehingga mengganggu petugas-petugas lain yang turut sama berada di lobi parlimen. Nasihat Mustika, kalau nak tidur, balik jelah..... lobi Parlimen bukan tempat untuk tidur.

Implikasinya nanti, laporan dan liputan tentu tak seperti realitinya. Yelah kalau tidur sepanjang sidang parlimen berlangsung, masakan dapat mengeluarkan laporan dan liputan penuh.... tak tahulah kalau mereka ini dapat ilham dan berita penuh dalam mimpi.

BUKTI AWAL PERPECAHAN PKR SELANGOR-KHIR TOYO

dipetik daripada Utusan Malaysia Online

25 Jun - Peletakan jawatan Setiausaha Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar, Mohd. Yahya Shahri, menjadi bukti awal perpecahan parti tersebut di negeri ini.


Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, tindakan Mohd. Yahya menunjukkan PKR mempunyai masalah dalaman yang tidak terkawal termasuk krisis kepercayaan di peringkat pucuk pimpinan.


Beliau hairan bagaimana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sanggup menggantung tugas pegawai kanannya sendiri sedangkan tiada sebarang pendakwaan dibuat ke atas Mohd. Yahya berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sehingga kini.


''Jika belum dibuktikan bersalah atau didakwa oleh mahkamah, kenapa Khalid mengambil tindakan sedemikian terhadap Mohd. Yahya. Ini menunjukkan Khalid sendiri tidak percaya kepada pegawai kanannya itu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohamad Khir berpendapat langkah Mohd. Yahya meletak jawatan dan pada masa yang sama, mendesak Khalid melepaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi PKR Selangor, mengukuhkan tanggapannya tentang masalah yang melanda parti itu.
''Malah, di peringkat pembangkang itu sendiri, mereka sebenarnya meragui antara satu sama lain terutamanya Pas yang dilihat seolah-olah dipinggirkan oleh PKR dan DAP dalam beberapa perkara tertentu.


''Ini termasuk pelantikan ahli majlis, rundingan pemberian air percuma, kutipan sumbangan syarikat swasta sempena sambutan 100 hari dan sebagainya,'' katanya.
Isnin lalu, Mohd. Yahya meletakkan kedua-dua jawatannya itu ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan Abdul Khalid menggantung tugasnya selama dua bulan setelah dipanggil BPR Selangor memberi keterangan berhubung kelulusan kontrak pembersihan dan pelupusan sampah di Petaling Jaya, 10 Jun lalu.


Keterangan Mohd. Yahya itu adalah susulan laporan oleh empat individu yang mendakwa ahli PKR kepada BPR Selangor pada 5 Jun lalu, bahawa wujud salah guna kuasa oleh pegawai kanan Menteri Besar dalam pemberian kelulusan kontrak kepada syarikat swasta terlibat.
Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang berkata, tindakan Abdul Khalid menggantung tugas Mohd. Yahya menunjukkan sikap 'lepas tangan' Menteri Besar itu dalam menangani perkara tersebut.


mustika sudah jangkakan keadaan sebegini akan berlaku. Belum pun cukup setengah tahun mereka berkuasa, bermacam- macam masalah yang timbul. Bukan itu sahaja, pergolakan yang berlaku dalam parti mereka juga membuktikan tiada keutuhan dalam parti mereka. Selama ini, parti pembangkang asyik mencari dan mendedahkan "bau buah yang busuk " dalam parti kerajaan yang memerintah.... mustika tidak menyangka rupa-rupa nya merekalah yang menyimpan buah busuk itu.

PUSINGAN 'U' BUKAN MASALAH UTAMA

OLEH : MUSTIKA CITRA INDAH

MP Serdang (DAP) Teo Nie Ching, mendakwa pusingan U di jalan berhampiran Taman Kajang Utama menyebabkan ia membahayakan pengguna jalan tersebut. Menteri Kerja Raya yang juga MP Sepang, Dato' Ir. Mohd. Zin Mohamed menjelaskan kepada dewan bahawa pusingan U yang dibuat di jalan terbabit telah pun dikaji dari pelbagai segi dan pembinaannya tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada pengguna jalan raya.

Pada pandangan Mustika, yang menjadikan jalan tersebut berbahaya adalah disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya itu sendiri. Ini diakui sendiri oleh MP Serdang yang mendakwa kenderaan dipandu laju di kawasan tersebut. Kalau pengguna jalan raya berhemat di jalan raya, tidak mementingkan diri sendiri dan menghormati peraturan dan undang-undang jalan raya pastinya keselamatan dapat dipertingkatkan, kemalangan dapat dikurangkan dan kelancaran perjalanan dapat dirasai. Bukannya masalah pusingan U atau kesalahan pembinaan jalan raya, tetapi sikap pengguna sendiri.

MP Serdang perlu mengkaji sebelum menyalahkan mana-mana pihak tertentu tertutamanya kerajaan.

MP BATU KEPALA BATU

OLEH : PEMIKIR NEGARA

MP Batu (PKR), Tian Chua dalam hujahnya menyebut akta ISA. Apabila ditegur bahawa usul yang dibincang berkaitan dengan geologi, beliau mengatakan ISA sebagai contoh kononnya.

Wira berpendapat MP Batu memanglah kepala batu kerana Dewan sedang membicangkan usul mengenai rang undang-undang berkaitan geologi. Beliau merugikan masa ahli dewan kerana perkara yang dibincangkan ini adalah serius. MP perlu ingat bahawa banyak mata yang melihat, mendangar hujah beliau dan ahli dewan lain setiap saat. Jangan anggap pemerhati di luar dewan tidak sedar dan tidur......

Wira ingin memaklumkan MP Batu supaya cakap baik-baik dalam dewan dan jangan mempersendakan 'intelligence' ahli-ahli dewan dan juga pemikir-pemikir negara yang sama prihatin terhadap aspek-aspek geologi.

CADANGAN MP PARIT BUNTAR PATUT DIBERI PERHATIAN

OLEH : PEMIKIR NEGARA

MP Parit Buntar (PAS), mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi galakan kepada para pelajar tentang betapa pentingnya geologi. Sehubungan itu, kerajaan juga seharusnya menyediakan kursus-kursus geologi di setiap pusat pengajian tinggi bagi memberi ruang kepada pelajar dan pada masa yang sama untuk menampung keperluan masa depan negara berhubung geologi. Bagi mengelakkan kebanjiran ahli geologi asing di dalam negara, kerajaan seharusnya cenderung untuk melahirkan ahli geologi dalam negara.

Sehubungan itu, ahli geologi perlu digabungkan dalam sebarang mesyuarat atau perjumapaan, seminar mahupun conference untuk menyediakan garis panduan kpada pembangunan di mana sahaja kawasan yang hendak dibangunkan. Manakala pendaftaran menjadi ahli geologi perlu disokong dengan kelulusan mereka daripada universiti-universiti yang diiktiraf bagi mengelakkan mereka yang tidak mempunyai kelulusan berada dalam kumpulan ahli geologi.

MP PASIR MAS MENYINDIR KEBEBALAN PAS KEDAH DAN "PAKATAN LONGGAR"

oleh : Pemikir Negara

MP Pasir Mas (Bebas), Dato' Ibrahim Ali dalam hujah usul rang undang-undang telah meminta kerajaan mengharamkan pembalakan. Beliau memberi contoh mengenai apa yang berlaku di Thailand di mana pembalakan diharamkan dan boleh membawa hukuman berat sekiranya hutan diceroboh. Beliau juga menyentuh tentang isu pasir yang telah dikorek dengan tiada memikirkan kesan-kesannya kepada kawasan terlibat.

Mengenai isu balak, eloklah MP Pasir Mas sedar bahawa negeri Kedah di bawah kuasa pembangkang berniat untuk mengeluarkan balak daripada kawasan yang dianggap penting dari segi pembekalan air untuk rakyat Kedah. Sepatutnya pemimpin Kedah berada di dalam dewan yang mulia ini untuk mendengar hujah-hujah MP Pasir Mas yang meminta rakyat menyayangi persekitaran dan juga menjahanamkan pokok-pokok tua untuk menjadi sumber kewangan yang sangat diperlukan kononnya untuk negeri Kedah.

Sikap ambil mudah negeri Kedah dan berkeras hendak mengeluarkan balak-balak dari kawasan yang dianggap oleh saintis, ahli geologi dan pakar-pakar environment sebagai penting, adalah tidak masuk akal. Tidakkah MB Kedah berfikir sedalam-dalamnya? MB Kedah pernah belajar di England dan pernah melihat bahawa tiada kelihatan hutan di England kecuali di Scottland dan Wales. United Kingdom adalah negara yang paling lantang menegah pembalakan yang tidak terurus kerana hutan-hutan mereka sendiri sudah gondol dan implikasi mulai terasa, dari segi perubahan iklim dan pemanasan global.

Wira berpendapat bahawa pandangan MP Pasir Mas ini adalah tepat dan adalah wajar pemimpin pembangkang Kedah mengambil iktibar dari MP ini. Wira turut merasa kesal bahawa MB Kedah berniat bertindak secara bersendirian dan tidak mahu mengambil kira pandangan rakyat terutamanya NGO.

MOI EJEN PERUBAHAN KETERBUKAAN

Oleh Pemikir Negara

Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, yakin Kementerian Penerangan (MOI) mampu menjadi ejen perubahan dan menyediakan infrastruktur dasar keterbukaan kerajaan sekarang.

Baginya, apa yang perlu dilakukan ialah menggerakkan semua kakitangan MOI ke tahap yang lebih cemerlang di samping menggunakan segala kemudahan yang ada sekarang sebagai medium perantara antara kerajaan dan rakyat.

Dalam ucapan di Perhimpunan Bulanan MOI di Angkasapuri, Dato' Ahmad Shabery mahu kakitangan MOI daripada pelbagai jabatan termasuk Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal-Ehwal Khas (JASA) terus bekerja kuat untuk membolehkan segala dasar kerajaan difahami oleh rakyat. Jika rakyat tidak faham, mereka akan sering tertanya-tanya dan yang membimbangkan mereka menjadi keliru.

Selama ini, orang luar melihat MOI hanya menerusi Jabatan Penyiaran atau RTM tetapi sebenarnya banyak jabatan termasuk JASA yang telah memainkan peranan penting dalam menjelaskan dasar kerajaan ke akar umbi. Usaha itu perlu diperhebatkan lagi dengan menggunakan infrastruktur yang ada di samping teknologi terbaru.

Sejak beliau menyertai MOI, pelbagai perubahan sudah dilakukan antaranya ialah mengadakan siaran langsung selama setengah jam Persidangan Dewan Rakyat, merapatkan diri dengan penulis blog, mengadakan program bualbicara BLOG, mempertingkatkan bahan berita yang kemas dan teratur. Di samping itu, beliau sentiasa menggalakkan kakitangan MOI menggunakan kreativiti mereka untuk menjayakan rancangan Jabatan.

******************************************************************************
Wira berpendapat usaha berani Menteri ini akan mampu mendekatkan kerajaan dengan rakyat terutama memahami semua dasar dan tindakan agar mereka tidak terkeliru dan dilencongkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Seperti yang selalu disebut oleh Menteri Penerangan bahawa golongan yang sentiasa mengambil "kesempatan daripada kesempitan" inilah yang menyebabkan rakyat naik angin walaupun mereka mengetahui bukan kerajaan yang menaikkan harga minyak tetapi tindakan itu perlu kerana perkembangan terbaru dalam harga minyak dunia.

Sehubungan itu, Wira yakin kakitangan MOI kini perlu mempersiapkan diri mereka untuk menyahut cabaran Menteri untuk menjadi ejen perubahan yang cergas pada masa akan datang. Tanpa komitmen dan disiplin diri, kakitangan MOI akan sentiasa terkebelakang dan tugas penting sebagai agensi penerangan kerajaan akan terbantut.

SOLAT MAMPU ATASI MATI PUCUK

KUALA LUMPUR: Kajian tiga pensyarah Universiti Malaya mengenai solat, menemui rahsia penawar dan mampu merawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki dan sakit pinggang.

Kejayaan itu didedahkan dalam Seminar Kejuruteraan Bio Perubatan (BIOMED) 2008 anjuran universiti itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Hotel Nikko, di sini, pagi ini. - BH ONLINE

Wednesday, June 25, 2008

SUMPAH EZAM

OLEH : ANAK MALAYA

“Saya bersumpah dengan nama Allah dan Rasulullah s.a.w dan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebagai seorang Muslimin, saya tidak akan sama sekali membenarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri…”

Ini satu ketetapan keras dari seorang yang dahulu idolanya Anwar Ibrahim. Persoalannya kenapa orang yang pernah di tahan di bawah ISA, membongkar kepincangan Kerajaan Barisan Nasional dan antara yang menggerakkan reformasi kini menentang Anwar Ibrahim.

Persoalan seterusnya kerana beliau menyertai UMNO dalam keadaan UMNO lemah dan kehilangan sokongan. Kenapa tidak menyertai PKR yang telah mendapat kemenangan besar dalam PRU 12 yang lalu dan kenapa tidak menyertai PAS? Mungkin kedua-kedua parti itu sudah menyimpang dari landasan asal perjuangan. Kupasan lanjut dalam http://www.umno-reform.com .

MASIH TAK SEMPURNA DENGAN SOLAT

OLEH : ANAK MALAYA

MENOKOK TAMBAH. Exco Agama Kerajaan Pembangkang Selangor telah mengharamkan Konsep Islam Hadhari kononnya konsep itu termasuk dalam menokok tambah kepada agama.

Namun beliau telah memperkenalkan pula Smart Solat. Adakah ini juga termasuk agenda menukok tambah agama. Berhati-hati lah jangan mengutamakan agenda peribadi daripada kepentingan agama dan rakyat.

Exco Agama kerajaan itu masih tidak yakin dengan cara pengajaran yang dibawa oleh Islam dalam bab solat. Jangan angkuh dengan kuasa yang ada dan jangan rasa lebih hebat daripada cara yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

MP PADANG SERAI SUKA MELENCONG

OLEH : ANAK MALAYA

SALING MENYAMPAH. MP Padang Serai PKR telah berucap di Dewan Rakyat mengenai Jabatan Geologi dan berharap jabatan itu akan membawa negara ke arah lebih maju. Namun beliau selalu melencong dalam ucapannya dengan menyentuh dan menyendir pihak-pihak lain. Lantaran itu MP Parit Buntar PAS mengharapkan MP Padang Serai tidak melencong.

PADANG SERAI KENA BELASAH

oleh : Anak Malaya

KENA BATANG HIDUNG SENDIRI. MP Padang Serai hari ini terpaksa meminta Ahli Parlimen lain untuk memberi laluan kepadanya untuk berucap.

Tindakan ini sebenarnya terkena kepada batang hidung sendiri.

Ini kerana beliau sering menganggu orang lain ketika berucap dan kali ini giliran beliau pula diganggu oleh Ahli Parlimen lain.

Ucapanya juga diketawakan oleh Ahli Parlimen lain termasuk pembangkang kerana beliau sering menggunakan perkataan yang tidak betul. Malah, beliau juga cuba menimbulkan isu yang tidak betul semata-mata beliau hadir di tempat itu hanya satu hari.

MP KUALA SELANGOR BUANG MASA

MP Kuala Selangor ialah seorang Ahli Parlimen yang degil, loyar buruk dan tidak mendengar kata orang.

Ini kerana beliau sengaja mahu mengambil masa dewan dengan membuat sindiran kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dikatakan mempunyai agenda apabila meminta Ahli Parlimen yang ingin berhujjah bangun untuk berbuat demikian.

Ini membuat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menegur sikap beliau yang bangun tetapi tidak terus bercakap. Sebaliknya, beliau menyindir Speaker dan bercakap berulang-ulang kepada perkara-perkara yang tidak tentu hala.

Speaker juga menegur sikapnya yang tidak meminta izin untuk menggunakan bahasa Inggeris.

Wira berpendapat orang sebegini tidak layak menjadi Ahli Parlimen kerana sikapnya yang tidak profesional walaupun belajar di tempat yang baik.

KENYATAAN ANIFFAH TIDAK IKHLAS

Oleh ATH

Tindakan MP Datuk Aniffah Aman menyokong tindakan SAPP terutama Presidennya, Datuk Yong Teck Lee, sukar untuk saya memahami rasionalnya. Ini kerana sebagai anggota BN, walaupun bebas untuk menyuarakan pandangan, namun beliau harus berhati-hati agar tidak memburukkan lagi keadaan. Yang lebih penting tindakannya itu menyokong usaha untuk menjatuhkan pemimpin negara yang dipilih oleh rakyat.

Sebenarnya, umum tahu bahawa rasa tidak puas hati Datuk YTL itu disebabkan isu peribadi yang tidak ditunaikan tetapi dijadikan agenda untuk memburuk-burukkan pemimpin utama negara. Yang lebih malang, beliau menggunakan medium politik untuk mengheret ahli-ahli parti untuk menyetujuinya. Namun, bukan semua pihak yang bersetuju dengan beliau tetapi YTL tetap berkeras untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya.

Oleh itu, tindakan Datuk Aniffah amat dikesali kerana beliau tidak menjiwai semangat setiakawan BN yang menagih mereka untuk bersatu menghadapi sebarang dugaaan. Ini bukan isu tidak puas hati terhadap kepentingan rakyat tetapi lebih kepada kepentingan peribadi yang diperjuangkan oleh YTL.

Datuk Aniffah sepatutnya memahami keadaan ini dan tidak menyokong membabi-buta sehingga boleh memburukkan keadaan. Tindakannya itu juga akan menyebabkan rakyat memandang serong terhadap pemimpin utama sedangkan majoriti tidak bersetuju dengan pandangan itu.

Wira berpendapat Ahli Parlimen itu tidak wajar bertindak seperti "membaling batu, sembunyi tangan" atau pun "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".

LUPAKAN YANG LAIN

DIPETIK DARI BLOG SIRATAN SURATAN

SHAH ALAM 24 Jun - Pegawai kanan kepada Menteri Besar Selangor, Mohd. Yahya Sahri yang digantung tugas kerana disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung kelulusan kontrak pembersihan dan pelupusan sampah di kawasan Petaling Jaya meletakkan jawatannya sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Besar berkuat kuasa semalam.

Beliau juga melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Mohd. Yahya berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menyifatkan hukuman yang dikenakan ke atas dirinya sebagai tidak adil disebabkan kes itu masih dalam siasatan BPR.

Selain itu, beliau juga kecewa dengan Abdul Khalid kerana tidak pernah diberikan peluang untuk menyatakan pendirian serta pandangannya mengenai dakwaan tersebut.

"Sekiranya siasatan mendapati wujud salah laku, hanya BPR yang boleh mengambil tindakan (mendakwa). Oleh itu, tidak ada sebab untuk Menteri Besar menggantung saya hanya kerana nama saya dikaitkan dengan siasatan ini.

"Bagaimanapun, tindakan seperti ini (gantung tugas) adalah tidak wajar kerana pada mata rakyat saya ini seolah-olah bersalah sedangkan siasatan masih berjalan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakannya meletak kedua-dua jawatan tersebut sebagai membantah keputusan Abdul Khalid terhadap dirinya.

Pada 10 Jun lalu, BPR Selangor memanggil dan mengambil keterangan Mohd. Yahya selama empat jam berhubung siasatan kes kelulusan kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah yang melibatkan kawasan Petaling Jaya kepada empat syarikat tanpa pengetahuan Menteri Besar.

Siasatan itu dibuat ekoran tindakan empat individu yang mendakwa anggota PKR Bahagian Kuala Selangor, Tanjung Karang serta Shah Alam membuat laporan kepada BPR dan mendakwa mempunyai bukti serta dokumen pegawai kanan berkenaan terbabit berbuat demikian tanpa pengetahuan Abdul Khalid.

Sehubungan itu, Mohd. Yahya mendesak Abdul Khalid supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar serta Pengerusi PKR Selangor tetapi beliau enggan menyatakan sebab-sebabnya.

Dalam pada itu, Mohd. Yahya memberitahu, beliau ada bertemu dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan pandangan sebelum mengambil tindakan selanjutnya mengenai perkara berkenaan.

"Sebenarnya saya mahu adakan sidang akhbar bagi menyatakan keputusan ini (letak jawatan) semalam. Bagaimanapun, saya dimaklumkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah supaya berjumpa dengan Anwar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan.

"Sungguhpun begitu, peletakan jawatan saya dalam PKR tidak bermakna saya keluar daripada parti ini, tetapi sebagai protes bahawa saya tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan Abdul Khalid," ujarnya.

MAT SIRAT - DENGAN IZIN 'JOURNEY OF 1,000 MILES IS STARTED WITH A BRAVE SINGLE STEP...' MULA-MULA PROTES TIDAK PUASHATI DENGAN CARA KEPIMPINAN TS KHALID IBRAHIM. LEPAS TU UNDILAH BN, LUPAKAN YANG LAIN...

MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH...

Oleh : Rozilan Salleh

SHAH ALAM 24 Jun – Dewan Pemuda Pas Selangor kecewa dengan tindakan penganjur sambutan 100 hari pemerintahan kerajaan campuran di negeri ini yang memasukkan wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk program itu ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketuanya, Sallehen Mukhyi khuatir perkara seperti itu mungkin boleh berlaku lagi pada masa akan datang melibatkan nilai wang yang lebih besar.

Justeru, beliau mendesak pucuk pimpinan negeri yang diterajui PKR, Pas dan DAP menubuhkan Majlis Perundingan Pakatan Rakyat bagi memastikan kesilapan yang diakui sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu tidak berulang lagi.

“Saya fikir benda-benda macam ini berlaku disebabkan tidak ada satu pakatan atau jawatankuasa di peringkat parti, yang ada cuma perbincangan peringkat kerajaan negeri.

“Disebabkan itulah berlaku kebocoran seperti ini tanpa pengetahuan. Selagi tidak ada jawatankuasa peringkat parti, selagi itu tindakan yang membelakangkan semangat pakatan pembangkang akan berlaku, masing-masing ambil tindakan sendiri.

“Kebocoran ini bukan hanya akan menguntungkan pihak lain termasuk Barisan Nasional (BN) yang akan mencari isu untuk didedahkan, tetapi bakal mengundang persoalan di kalangan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam yang mengakui wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor dimasukkan ke akaun PKR dan bukan kepada kerajaan negeri seperti sepatutnya.

Perbuatan itu dipercayai menimbulkan rasa kurang senang pengerusi penganjur sambutan itu, Datuk Dr. Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor.

Perkara itu terbongkar selepas bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohamad Ezam Mohd. Nor mendedahkan wang sumbangan tersebut dimasukkan ke dalam akaun PKR sedangkan surat yang dikeluarkan kepada syarikat swasta untuk memohon sumbangan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor.

Sambutan 100 hari kerajaan campuran pembangkang mentadbir Selangor diadakan di Stadium Shah Alam di sini Jumaat lalu yang dihadiri para pemimpin kanan ketiga-tiga parti.

Sementara itu, Ketua Pembangkang di DUN Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meminta polis menyiasat Abdul Khalid di bawah kes pecah amanah jenayah (CBT).

“Siasatan itu perlu dilakukan kerana tindakan Abdul Khalid itu tidak sepatutnya berlaku kerana sambutan berkenaan merupakan acara yang dianjurkan oleh kerajaan negeri yang memberikan peruntukan penganjuran sebanyak RM200,000.

“Tindakan mengutip sumbangan untuk akaun PKR seolah-olah menunjukkan parti itu cuba mengambil kesempatan daripada sambutan tersebut bagi mendapatkan sumber kewangan,” katanya.

MAT SIRAT - PEPATAH MELAYU PERNAH MEREKODKAN ‘MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH…’

MP PEMBANGKANG TERKELUAR DARI TOPIK PERBAHASAN

OLEH : PEMIKIR NEGARA

MP Padang Serai (PKR) sengaja menimbulkan suasana hingar-bingar dalam dewan dengan menimbulkan masalah jalan raya di Kapit semata-mata untuk menarik perhatian ahli dewan, sedangkan beliau sepatutnya membahaskan rang undang-undang tentang geologi bukannya menyeleweng kepada perbahasan untuk membina jalan raya di Kapit. Apakah perkara ini perlu di lakukan oleh seorang ahli Dewan Rakyat daripada pembangkang. Nilai lah sendiri sejauh mana kebolehan dan kemampuan wakil rakyat mereka.

TIDAK PERLU RAMAIKAN AHLI GEOLOGI ASING

OLEH : PEMIKIR NEGARA

Kerajaan tidak seharusnya memberi ruang begitu luas kepada ahli geologi asing. Mereka mendaftar diri untuk bertugas atau berkhidmat dalam negara dengan begitu mudah dan ini boleh menggugat kedudukan ahli geologi tempatan. Justeru, peluang untuk mendapat pekerjaan ahli geologi tempatan amat tipis malah menidakkan hak ahli geologi tempatan untuk mendapat pekerjaan, kerana itulah kouta untuk ahli geologi asing perlu dihadkan.

MP PEMBANGKANG TIDAK BERSYUKUR

OLEH : MUSTIKA CITRA INDAH

Apabila MP Padang Serai (PKR), N.Gobalakrishnan mendakwa dan menuduh kerajaan yang menjadi pemerintah di Malaysia sekarang tidak mengambil apa-apa tindakan dan sumbangan untuk memajukan negara, Mustika tersentak dan begitu marah!!! Apakah selama ini MP ini tidak mendapat dan menikmati apa-apa kesenangan dan kemudahan di Malaysia.

Sedarkah yang beliau berpijak di bumi Malaysia yang diperintah dan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin agung Barisan Nasional sejak sekian lama, di limpahi kekayaan, kemudahan dan kesenangan.

Jika MP Padang Serai merasakan yang Malaysia tidak membangun dan maju di bawah pemerintahan yang ada pada hari ini, lebih baik jangan tinggal di Malaysia.

MP SEKIJANG BEST

OLEH : PEMIKIR NEGARA

MP Sekijang (BN), Datuk Baharum Mohamad telah menimbulkan fenomena gegaran yang berlaku di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Janda Baik walaupun skala gegaran agak kurang dan tiada kemusnahan berlaku, namun kejadian ini telah menakutkan penduduk tempatan dan juga pelancong-pelancong yang berminat melawat kawasan-kawasan indah di sekitar Genting Highlands. Gegaran ini juga boleh membawa kesan kepada terowong utama di Karak.

MP Sekijang merasakan bahawa kerajaan perlu tingkatkan perhatian kepada perkara ini kerana dikuatiri agar tidak terperangkap sekiranya berlaku gegaran besar seperti di China baru-baru ini. Pandangan MP Sekijang juga turut disokong oleh MP Marang (PAS) yang meminta kerajaan mengkaji gejala gegaran walaupun pakar-pakar kerajaan merasakan perkara ini tidak membimbangkan.

Kami pemerhati politik menghargai kebimbangan MP Sekijang kerana beliau berfikiran jauh. Perkara ini patut juga disokong oleh semua ahli dewan termasuklah pembangkang kerana gegaran ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja seperti yang penah berlaku di Iran, Sumatera dan yang terbaru Jepun. Wira berdoa supaya Malaysia dijauhkan dari bencana ini.

PEMIKIRAN STRATEGIK - JAWAPAN KEPADA KOMEN ANGAHSP

oleh : ATH

Terima kasih di atas pandangan yang diberikan oleh Angahsp. Saya mencadangkan agar saudara dapat membaca ulasan oleh pakar-pakar berikut supaya kita lebih memahami akan risiko cadangan MP Shah Alam seperti berikut:

1. Pakar kewangan Islam, Datuk Dr. Nik Norzrul Thani berkata memang benar Petronas telah menjalinkan kerjasama dalam kerja-kerja cari gali minyak dengan syarikat asing sejak sekian lama seperti Shell, tetapi kerjasama itu terbatas dengan peraturan sedia ada yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini kerana Malaysia tidak pernah membuka peluang cari gali sewenang-wenangnya kepada syarikat asing. Beliau seterusnya mengatakan "Sumber minyak Malaysia semakin terhad dan tidak nampak cadangan yang dikemukakan itu (oleh MP Shah Alam) logik untuk dilaksanakan. Lagipun tidak nampak mengapa perlu sumber yang semakin mahal itu dieksploitasi oleh syarikat asing.

2. Seorang lagi pensyarah Ekonomi UUM, Haim Hilman Abdullah berkata "mengapa negara perlu memberi peluang kepada syarikat-syarikat asing sedangkan Petronas mampu melakukannya". Petronas telah membuktikan keupayaan dan mencatatkan kejayaan tersendiri dalam industri minyak negara sehingga mendapat pengiktirafan sebagai antara syarikat minyak yang menguntungkan di dunia.

Saya masih ingat pepatah peribahasa Yahudi, "sesiapa yang menguasai tanah, dia menguasai negara" dan kita semua tahu takrif tanah itu termasuk apa yang ada di dalam bumi dan di atasnya. Kita perlu berfikir dan bertindak secara strategik. Barulah kepentingan negara dan rakyat terpelihara. Terima kasih Petronas.

GELAGAT MP PADANG SERAI

"DITEMBAK ITIK, AYAM YANG KENA"
oleh : ATH

Saya sungguh terhibur mendengar ucapan dan gelagat MP Padang Serai apabila membahaskan Usul Rang Undang-Undang Geologi 2008. Kawan-kawan saya disebelah pun turut ketawa besar. Ini kerana apa yang dicakapkan oleh beliau jauh terlencong dan melencong daripada tajuk perbahasan.

Walaupun diganggu beberapa kali oleh MP-MP yang lain mengenai perbahasan MP Padang Serai yang jauh melencong, namun dengan muka selamba beliau terus bercakap mengenai rang undang-undang tersebut walaupun telah tersasar jauh.

Perkara yang perlu dibahaskan ialah Rang Undang-Undang Geologi 2008 tetapi MP Padang Serai menghabiskan masa begitu banyak untuk bercakap mengenai keadaan jalan raya di Kapit, selepas itu pergi ke Kinabatangan, kemudian singgah di Pasir Salak dan banyak lagi. Saya pun tak tahu apa hubungkaitnya perkara itu. Ada terdengar suara MP-MP lain menyatakan mungkin MP Padang Serai tidak faham makna geologi yang menyebabkan beliau merapu. Ini mengingatkan saya kepada pepatah orang tua-tua, "ditembak itik, ayam yang kena". Inilah wakil rakyat PKR yang tidak membuat persediaan dalam perbahasan di Dewan yang mulia. Jadi, bagaimana nak jadi wakil rakyat yang berkesan untuk membela nasib rakyat.

Walau apa pun, pujian perlu diberi kepada MP Padang Serai kerana gelagatnya turut menimbulkan gelak ketawa dikalangan MP-MP dan kawan-kawan yang mendengar ucapan beliau. Setidak-tidaknya boleh mengurangkan rasa 'boring'.

MEDIA KEMBALI BERTUGAS DI PARLIMEN

oleh : Anak Malaya

TENANG. Sebelum ini Warga Media agak berang dengan larangan berkumpul dan bersantai di perkarangan bangunan parlimen. Mereka menunjukan ketidakpuas hatian mereka dengan melonggokkan semua alat-alat media di hadapan pintu masuk dewan rakyat.

Namun hari ini keadaan kembali tenang dan kelihatan warga media kembali menjalaskan tugas setelah arahan larangan itu ditarik balik.

Sebenarnya setiap arahan itu mempunyai tujuan yang baik bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan parlimen terjamin.

Apatah lagi akhir-akhir ini dakwaan pihak SAPP mengatakan dua orang ahli parlimen mereka mendapat ancaman dan ugutan.

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

oleh : Anak Malaya

RASUAH MAINAN PKR. Kerajaan Selangor di bawah pakatan pembangkang telah memerintah selama 100 hari namun sentiasa mencetuskan isu dan masalah. Sebelum ini, PKR kata mereka baik dan bersih tetapi sebenarnya tidak serta memalukan.

Di antara yang panas ialah Projek Khinzir Raksasa (PKR) yang memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM100 juta dan dakwaan pegawai khas MB Selangor terlibat dengan salah guna kuasa serta penyelewengan duit derma rakyat untuk kerajaan pakatan pembangkang telah disalurkan ke akaun individu ahli PKR.

UCAPAN MP PADANG SERAI MELENCONG

oleh : Pemuda Malaysia

MP Padang Serai ditegur oleh Speaker kerana berucap tidak berdasarkan kepada rang undang-undang. Beliau menceritakan pengalaman beliau ketika berada di Kapit di mana jalan raya di Kapit terlalu teruk. Namun fakta yang diberikan oleh MP Padang Serai disanggah oleh MP Kapit dengan mangatakan bahawa fakta yang diberikan oleh MP Padang Serai itu tidak benar.

MP Padang Serai juga memalukan diri sendiri dan parti yang diwakili oleh beliau kerana meminta MP Pasir Salak memohon maaf atas tuduhan yang dikatakan ditujukan kepada beliau. Namun, MP Padang Serai sekali lagi ditegur oleh Speaker kerana Speaker mengatakan bahawa MP Pasir Salak tidak menujukan apa-apa kata yang perlu untuk MP Pasir Salak memohon maaf.

Sungguh memalukan juga kerana MP Padang Serai berhujah ikut syok sendiri dan ternyata ucapan yang diberikan oleh MP Padang Serai juga tidak disokong oleh MP Parit Buntar dengan mengatakan bahawa ucapan MP Padang Serai telah melencong jauh.

Itulah dia standard ucapan MP Padang Serai, macam budak sekolah rendah.

PENGUASAAN BAHASA INGGERIS OLEH ANAK-ANAK WARGA KEMAS DIALU-ALUKAN

oleh : PPJ

Senator Menteri, Tan Sri Muhamamad Muhd Taib, telah memaklumkan kepada Dewan mengenai prestasi KEMAS untuk mendedahkan anak-anak warga luar bandar kepada penguasaan ilmu termasuklah Bahasa Inggeris. Keseluruhannya sebanyak 14,301 anak-anak warga KEMAS telah mencapai tahap cemerlang dalam menguasai asas-asas Bahasa Inggeris, selebihnya adalah di tahap baik dan berkembang.

Inisiatif Menteri amat membanggakan kerana ilmu boleh diperolehi dengan banyak cara tetapi akan lebih luas lagi sekiranya seseorang itu menguasai satu atau lebih bahasa asing. Falsafah Kementerian Luar Bandar menepati program dan aspirasi nasional yang akan membolehkan tiap anak Malaysia khususnya warga Kemas diberi ruang dan peluang untuk meneroka ilmu yang boleh dicungkil dari bahan-bahan terbuka yang terdapat dalam akhbar, internet, perpustakaan bergerak dan juga RTM 1, RTM 2, BERNAMA dan lain-lain lagi.

Wira Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri kerana langkah ini walaupun nampak kecil tetapi sungguh besar maknanya. Kesanggupan kerajaan menyiapkan peruntukan untuk tujuan ini pasti memberi pulangan positif dari segi jangka panjang. Untuk makluman pembaca, program-progrma ilmu demikian yang dilakukan negara-negara terutama Afrika atau pun di pelusuk negara seperti Laos, Cambodia yang melibatkan NGO antarabangsa dan badan-badan agama di Malaysia, kementerian sendiri yang mengambil berat dengan sikap keprihatinan tinggi demi kebaikan rakyat.

Tahniah kepada YB Menteri.

MP BUKIT MERTAJAM PUN TIDAK BERADAB

oleh : Pemuda Malaysia

MP Bukit Mertajam yang tidak faham bahasa atau Tan Sri Yang Di Pertua Speaker tak faham bahasa? Saya mendapati Tan Sri Yang Di Pertua Speaker cukup tegas dan cemerlang menjalankan tugas beliau sebagai Pengerusi Mesyuarat di Dewan Rakyat.

Tidak seperti MP-MP pembangkang yang kebanyakannya langsung tidak menghormati Tan Sri Yang Di Pertua Speaker sebagai Pengerusi Mesyuarat. MP Bukit Mertajam misalnya membalas teguran Speaker dengan mengatakan bahawa tidak perlu lah Speaker hendak mengajar MP-MP cara bertanya soalan. Sungguh tidak beradab langsung MP Bukit Mertajam.

Sepatutnya MP Bukit Mertajam kena banyak belajar daripada MP Kubang Kerian yang lebih berpengalaman. Bangun dan tanya soalan, tak perlu nak beri fakta-fakta ataupun berhujah sebaliknya tanya terus soalan. Ini untuk memberi lebih banyak masa menjawab soalan yang lain.

HALANGAN BUKAN MENYEKAT MEDIA

Oleh Pemikir Negara

MP Serian, Datuk Richard Riot Anak Joem, berkata bantahan pihak media mengenai apa yang dilakukan oleh pengurusan Parlimen semalam timbul kerana kekeliruan dan salah faham.

Beliau yakin pengurusan Parlimen bukanlah berniat untuk menyekat media tetapi untuk menjaga keselamatan bangunan strategik itu.

MP Tenggara, Datuk Halimah Sidek, berkata tindakan pengurusan Parlimen bukan untuk menyekat mana-mana pihak tetapi kerana memastikan tiada pihak mengambil kesempatan di atas "kelonggaran" peraturan sebelum ini.

Parlimen bukan seperti tempat lain yang boleh menganjurkan apa saja seperti mengadakan harijadi semata-mata kerana kepentingan politik.

Kedua-dua MP itu berkata demikian dalam program Langsung Dari Parlimen yang disiarkan secara langsung oleh RTM sebentar tadi.

TIDAK WAJIB MENDAFTAR

Oleh Pemikir

Menteri Dijabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, berkata kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pendaftaran pemilih.

Ia membabitkan penguatkuasaan undang-undang.

Beliau menjawab soalan MP Datuk Halim Abdul Rahman.

TERNAKAN BURUNG UNTA AMAT BERPOTENSI

Oleh Pemikir Negara

Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mustapa Muhamad, berkata kerajaan menggalakkan penternakan rusa dan burung unta kerana ada pelbagai potensi.

Ketika ini, potensi cukup besar. Kedua-dua daging itu mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kolestrolnya adalah makanan yang paling rendah. Oleh kerana masyarakat kini mementingkan kesihatan ia mampu menarik minat orang ramai untuk membelinya. Namun, satu masalah sekarang ialah harga dagingnya yang tinggi kerana kurangnya pengeluaran.

Bagaimanapun, kerajaan juga mengkaji untuk menukar kawasan yang tidak menguntungkan digantikan dengan ternakan yang lebih memberi pendapatan lumayan.

Beliau menjawab soalan MP Datuk Azmi Khalid yang meminta kerajaan menggunakan kawasan burung unta yang tidak menguntungkan untuk membela kambing. Beliau juga menegur mengenai bank yang memberi pinjaman kepada petani. Seperti di Thailand, bank bukan saja memberi pinjaman tetapi juga membantu petani.

Datuk Mustapa berkata Agro Bank tidak menyediakan perkhidmatan pengembangan dan meminta agensi lain untuk membantu petani terutama menghadapi kedudukan harga yang meningkat.

Beliau juga bersetuju dengan Datuk Azmi untuk melawat kawasan itu dan menggantikan dengan pusat ternakan kambing.

KERAJAAN WUJUD TEMPAT PERLINDUNGAN

Oleh Pemikir Negara

Timbalan Menteri, Datuk Wan Farid Wan Salleh, berkata kerajaan telah menubuhkan tempat perlindungan untuk kanak-kanak dan wanita yang menjadi "mangsa"
dalam kegiatan memperdagangkan manusia di negara ini.

Ketika ini, lima orang dilindungi sementara menunggu balik ke negara masing-masing. Proses ini memakan masa.

Mereka yang terbabit di bawa ke hadapan majistret dan arahan untuk menyiasat sama ada mereka berkemungkinan menjadi mangsa kegiatan perdagagangan manusia.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan MP Permatang Pauh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan MP Kalabakan, Datuk Abdul Ghafur Salleh.

ISKANDAR MALAYSIA SELAMAT

Oleh Pemikir Negara

Menteri, Tan Sri Amirsham Aziz, berkata kerajaan akan memastikan Iskandar Malaysia sentiasa selamat kerana ia satu kawasan pelaburan yang strategik untuk negara.

Oleh itu, beberapa kenyataan media di Singapura bahawa Johor Bahru atau Johor tidak selamat itu tidak benar. Antara perkara yang dilakukan ialah menambah bilangan pihak berkuasa keselamatan di negeri itu.

Tuesday, June 24, 2008

EURO 2008 : PASUKAN PILIHAN ANDA?

Oleh WiraSukan

Negara manakah yang menjadi pilihan anda untuk muncul sebagai juara Euro 2008? Adakah Jerman, Sepanyol, Russia atau Turki?

Bagi saya, Jerman adalah pasukan yang paling layak menjadi juara pada kali ini. Ini kerana kekuatan minda semua pemain mereka terutama ketua pasukan, Michael Ballack. Selain itu, keghairahan Belanda tersekat di peringkat suku akhir apabila mereka bermegah dengan kegagahan pasukan Oren, membuktikan keyakinan terlampau sangat boleh memusnahkan harapan sesebuah pasukan berbanding Jerman yang sentiasa berhati-hati.

Dalam pada itu, Sepanyol yang sudah menamatkan badi suku akhir dengan kemenangan penentuan sepakan penalti ke atas Itali, tidak mahu berpuashati dengan kemenangan itu sedangkan hadiah utama masih belum berada dalam genggaman.

“Seperti semua peminat Sepanyol yang lain, saya gembira dengan kemenangan ini,” kata jurulatih Sepanyol, Luis Aragones pada sidang akhbar selepas pasukannya mengalahkan juara dunia itu.

“Tetapi kami tidak melakukan apa-apa melainkan menang pertarungan kecil. Saya berpendapat, Sepanyol memang berhak untuk menang, tetapi kami tidak bermain cemerlang dan begitu juga Itali.

“Kami berjaya melaksanakan tugas dan di Sepanyol, kami sentiasa berbicara mengenai kegagalan melepasi suku akhir, tetapi kini kami berpeluang mara ke final. Pasukan ini begitu berkeyakinan mereka boleh memenangi kejohanan ini.”

Pertarungan berhati-hati dan taktikal di Stadium Ernst Happel, berlanjutan ke sepakan penalti selepas tambahan masa berakhir 0-0 dan Sepanyol meraih kemenangan dibantu oleh Iker Casillas, yang menyelamatkan dua tendangan Itali.

Ia kali pertama Sepanyol mara ke separuh akhir kejohanan besar sejak melangkah ke final Kejohanan Eropah pada 1984 apabila mereka tumpas kepada Perancis.

Aragones, berkata ia adalah perlawanan yang mengecewakan.

“Rentak begitu perlahan dan jika kami dapat mempercepatkan sedikit, mungkin kami akan mempunyai lebih banyak peluang. Ia bukannya perlawanan yang menarik.”

Sepanyol kini berdepan Russia, yang mengalahkan Belanda 3-1 pada suku akhir, di Vienna, Khamis lalu.

Jurulatih berusia 69 tahun itu, berkata tidak akan ada kebimbangan kealpaan dalam skuadnya walaupun Sepanyol berjaya membelasah Russia, 4-1 dalam perlawanan pembukaan kumpulan.

“Ia bakal menjadi perlawanan berbeza,” katanya. “Mereka (Russia) mempunyai pasukan yang kuat dan cergas serta mempunyai kelebihan rehat satu hari. Ia pastinya sukar buat kami.”

MP BATU GAJAH KURANG BERADAB

oleh : Pemuda Malaysia

Sungguh tidak beradab. Itu adalah ungkapan yang paling sesuai dilemparkan kepada MP Batu Gajah yang kerap memainkan peraturan mesyuarat "point of order" demi meraih publisiti murahan dan mendapatkan respon daripada Dewan.

MP Batu Gajah meminta Tan Sri Yang Di Pertua Speaker mengumumkan keputusan untuk menghadkan pergerakan serta penglibatan pengamal media di Parlimen. Namun, MP Batu Gajah masih tidak faham bahasa dan suka sangat menggunakan "point of order" bagi mencapai agenda peribadi beliau.

Itulah MP Batu Gajah, yang sentiasa lantang tetapi malangnya beliau tidak beradab langsung apabila bercakap dengan Tan Sri Yang Di Pertua Speaker.

Syabas kepada Tan Sri Yang Di Pertua Speaker kerana bijak mengendalikan perjalanan mesyuarat serta menyelesaikan masalah remeh-temeh yang kerap ditimbulkan oleh MP-MP pembangkang.

MP SELAYANG PERLU BELAJAR BERPIDATO

oleh : Nicole

MP Selayang harus belajar cara berpidato. Semasa beliau berbahas, nampaknya kurang yakin kepada diri sendiri dan gementar. Selain itu, nada suara beliau juga lemah, umpama tidak bersarapan pagi. Ucapan beliau langsung tidak menarik.

MUHYIDDIN YASSIN - PELABUR ASING


(Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin)

MP MARANG TIDAK "UP TO DATE"

OLEH : PPJ

MP Marang (PAS), Datuk Seri Hj Hadi Awang, mempersoalkan sistem muamalat Islam yang diamalkan di bank-bank seluruh negara yang kononnya masih bergelumang dengan sistem riba dan berdosa sehingga membaca ayat Al-Quran.

MP Marang sengaja mendakwa bahawa sistem muamalat dalam negara masih tidak dipertingkatkan dan tidak diperbaharui mengikut kehendak Al-Quran.

Sedarkah DS Hadi bahawa sistem muamalat dalam negara sedang di pertingkatkan dan ianya telah banyak melalui pembaharuan termasuk undang mengenai nya malah kebanyakan institusi kewangan di negara ini telah menjalankan sistem kewangan Islam. Ini telah terbukti bahawa sistem muamalat di negara ini telah di iktiraf oleh negara-negara Islam melalui ketua negara masing-masing dalam mesyuarat OIC di Jeddah, Arab Saudi pada tahun 2004 dan juga telah diiktiraf oleh negara Barat yang membuktikan betapa eloknya sistem muamalat Islam yang menjamin kedudukan kewangan daripada tersasar keluar dari landasan Islam yang sebenar.

Selain itu MP Marang patut sedar bahawa keyakinan rakyat dalam negara khususnya dan luar negara amnya semakin bertambah terhadap sistem muamalat Islam. Ini terbukti melalui penyimpanan mereka dalam sistem muamalat ini.

Malah rakyat di negara bukan sahaja bangsa Melayu tetapi juga kaum lain juga telah memilih sistem kewangan Islam. Justeru itu, kini pelaburan asing khususnya dari negara Timur Tengah amat yakin dari segi keselamatan dan juga keuntungan yang mereka perolehi berbanding dengan penyimpanan mereka di bank-bank dunia yang tidak menjamin dan khususnya dari segi keyakinan terhadap wang mereka.

SYABAS KEPADA PENGURUSAN PARLIMEN...MEDIA BEBAS BERGERAK

MP Bagan menimbulkan keperluan pihak media diberi ruang untuk mengikuti perjalanan dewan. Kehadiran media adalah satu-satu petanda amalan kebebasan. MP Bagan perlu sedar yang mustahak dalam dunia berparlimen ialah persidangan MP-MP yang mewakili rakyat yang dipilih secara demokratik untuk membincang masalah-masalah rakyat.
Memang benar Media penting tetapi MP Bagan perlu tahu bahawa liputan dewan tidak ada hadnya. Ia tidak semestinya dihadkan kepada ruang lobi tetapi juga dari luar dewan dengan menggunakan ICT. Diiperhatikan bahawa pengurusan Parlimen telah memberi banyak kemudahan kepada media yang menghadiri persidangan Parlimen. Mereka boleh keluar masuk tanpa sekatan kecuali di dalam Dewan. Apakah ini tidak mencukupi? Apakah mereka ini kalau boleh hendak duduk bersama-sama ahli Dewan?
Sudahlah mereka datang berpakaian kasual tanpa memakai apa-apa lencana mewakili media masing-masing, kita susah hendak mengenali mereka yang kononnya mewakili media. Kenapa mereka tidak memakai lencana atau jaket yang melambangkan akhbar masing-masing? Media profesional yang meliputi kegiatan-kegiatan Rumah Putih di Washington dengan gahnya mempamerkan lencana-lencana mereka kerana mereka berbangga begitu juga media profesional di negara Singapura, Thailand dan India. Mereka tidak segan silu untuk memaparkan akhbar-akhbar yang mereka wakili secara terbuka.
MP Bagan dicadangkan memanggil semua media beliau untuk lebih profesioanal dan menghayati garis panduan bertugas dalam Parlimen.

SYABAS KEPADA MP REMBAU : DEDAHKAN PENYELEWENGAN PKR


(YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar)

OLEH : MUSTIKA CITRA INDAH

MP Rembau mendedahkan kepada dewan tentang sumbangan syarikat swasta untuk sambutan 100 hari Pakatan Pembangkang Selangor dimasukkan ke akaun PKR. Perkara ini telah di akui oleh MB Selangor dan ini jelas menunjukkan bahawa apa yang mereka perjuangkan berkaitan dengan rasuah rupa-rupanya berlaku dalam PKR yang baru sahaja pegang kuasa.
Rakyat tertanya-tanya mengapa PKR berbuat demikian.

Pemerhati politik menganggap ini satu perkara yang melampau. Ia adalah "robbery in broad daylight".

MP SELAYANG KETINGGALAN ZAMAN

oleh : PPJ

MP Selayang (PKR) telah mempersoalkan tentang hasrat kerajaan kita untuk menjadikan Wilayah Labuan sebagai pusat kewangan yang terulung dan terbilang di rantau ini. Sehingga kini beliau menganggapkan ia sebagai bermimpi di siang hari. Apakah MP Selayang sedar bahawa kerajaan telah pun menyediakan pelbagai aspek peraturan termasuk undang-undang untuk mengawal daripada kebocoran penyimpanan kewangan di Labuan. Undang-undang yang telah disediakan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk mengawal semua pelabur asing dalam negara ini supaya keadaan keselamatannya terjamin walau dalam apa jua keadaan pun.

Sedarkah MP Selayang bahawa Amerika Syarikat, London dan Jepun juga merupakan sebuah negara yang telah menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pelabur-pelabur asing di dalam negara mereka. Justeru itulah Amerika khususnya telah mencapai kejayaan yang gemilang. Rakyat menyokong penuh di atas tindakan berkenaan.

MP Selayang sepatutnya mengetahu bahawa undang-undang kawalan kewangan dalam negara kita merupakan undang-undang yang terbaik. Ini telah diiktiraf oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan dari segi susunannya ia berada dalam ranking yang kedua segi kejayaan dan penguat kuasaannya.

MP SHAH ALAM TIDAK PATRIOTIK, MASIH MINDA KOLONIAL

oleh : PJJ

MP Shah Alam dalam usul penstrukturan semula subsidi telah mengeluarkan hujah termasuklah aktiviti cari gali ditenderkan, dan perlu diberikan kepada syarikat yang memenangi tender tertinggi. tidakkah MP Shah Alam mengkaji implikasi-implikasi yang mungkin wujud sebelum membuat syor yang berlaku kepada negara-negara pengeluar minyak yang 'sesak nafas' kerana hasil minyak mereka telah pun mulai tiris dan/atau telah menjadi mangsa dalam 'forward dealing'.

MP Shah Alam perlu lebih berhati-hati dalam syor mengarut ini terutamanya jika ini melibatkan negara Malaysia yang masyhur yang bersikap prudent dalam mengeluarkan minyak walaupun 700ribu tong sehari. Henry Kissinger pernah menyebut bahawa mana-mana negara menguasai minyak akan menguasai dunia dan mana-mana negara yang menguasai bekalan makanan akan mengusai rakyat. Ini adalah satu kenyataan yang amat dalam yang mungkin tidak terlintas di hati MP Shah Alam yang tidak cuba menghayatinya.

Sanggupkah MP Shah Alam mengetengahkan satu syor yang menggalakkan foreign control kepada khazanah kita? Lihat apa yang berlaku kepada negara-negara pesisiran Amerika Latin dimana minyak mereka dieksploitasikan oleh firma-firma agung Amerika yang menyedut minyak tanpa mengira implikasi-implikasi negatif kepada negar-negara tersebut.

MP Shah Alam hanya sedap mulut bercakap. Tiada usul periksa syornya itu. Perkara demikian sesuai jika berlaku pada zaman sebelum merdeka yang dialami oleh negara-negara kolonial ketika itu seperti India,Burma, Pakistan dan negara-negara kaya dengan berlian di Afrika. Semua kekayaan negara-negara ini mencurah masuk ke Great Britain seperti mengalirnya air sungai.

Kami pemerhati politik meminta MP Shah Alam supaya lebih patriotik dan berpandangan jauh meliputi 7 petala langit dan bukan hanya minda beliau dihadkan kepada parit-parit di Shah Alam sahaja.

TINDAKAN TIDAK PATRIOTIK PAS


(TIDAK PATRIOTIK)

Oleh Pemikir Negara

Saranan MP Shah Alam, Khalid Samad, di Dewan Rakyat semalam agar kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka untuk membenarkan syarikat asing mencari minyak di negara ini memaparkan sikap tidak patriotik beliau dan parti yang diwakilinya. Cadangan itu juga memaparkan sikap cetek dan mengutamakan kepentingan jangka pendek.

Sikap itu menunjukkan PKR sanggup membenarkan syarikat-syarikat asing mencari minyak di negara ini seperti yang dilakukan oleh Petronas, semata-mata atas dasar keuntungan dan bukannya untuk kepentingan negara dalam jangka panjang lebih-lebih minyak yang merupakan aset strategik negara.

PKR seharusnya memahami pelbagai kesan negatif sistem terbuka itu yang akhirnya akan "menjual maruah" negara kepada syarikat asing yang sentiasa menerima arahan daripada ketua negara mereka.

Kesan pertama ialah sikap PKR yang mementingkan keuntungan melebihi kepentingan negara itu mampu membuka ruang dan peluang kepada syarikat asing mengaut seluruh keuntungan negara ini. Walaupun dalam jangka pendek memberi keuntungan kepada negara tetapi jika dilihat dalam jangka panjang, negara akan kerugian dalam bentuk keuntungan, modal insan, pembangunan industri huluan dan hiliran, pembentukan usahawan negara, "brain drain" dan keupayaan mendapatkan teknologi baru.

Lebih malang peluang untuk mendapatkan teknologi baru dalam bidang carigali dan penerokaan minyak di dasar laut akan terbantut. Ini sungguh memalukan kerana negara pengeluar minyak tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang yang sepatutnya mereka kuasai jika dibenarkan Petronas terus melaksanakannya.

Sebagai syarikat yang mementingkan keuntungan sudah tentu mereka tidak memperdulikan kepentingan strategik Malaysia dalam setiap usaha mereka. Keterbukaan ini akan menjadi lesen kepada mereka untuk bertindak sesuka hati.

Lihatlah apa yang berlaku di Iraq di mana dengan alasan mencari senjata berbahaya membolehkan mereka bertapak untuk menguasai emas hitam di negara Arab itu. Apakah PKR mahu berbaik-baik dengan syarikat asing terutama dari Amerika Syarikat untuk membolehkan mereka menguasai kekayaan di negara ini?

Umum sudah mengetahui bagaimana rakusnya syarikat-syarikat antarabangsa Amerika Syarikat menyusun strategi mereka untuk menguasai perniagaan minyak ini. Ini seperti yang disebutkan oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Henry Kissinger, yang menyatakan, "mereka yang menguasai minyak, akan menguasai dunia" menjadi pendorong kepada mereka untuk bersikap tamak dan rakus.

Khalid dan PKR seharusnya mengetahui bahawa memberi peluang kepada syarikat-syarikat asing ini, ibarat memberi ruang kepada negara asing untuk "masuk" dan "menjajah" negara ini. Inilah penjajahan bentuk baru - penjajahan ekonomi. Sudah tentulah syarikat besar ini akan berusaha gigih untuk mencari segala peluang terhadap dasar terbuka negara.

Kesan kedua ialah segala maklumat strategik mengenai kekayaan negara akan dimiliki oleh syarikat-syarikat asing bagi membolehkan mereka merancang apa yang terbaik untuk negara mereka. Maklumat ini sudah tentu diperolehi dengan mudah menerusi peralatan canggih mereka.

Maklumat-maklumat ini boleh digunakan untuk apa saja bagi memastikan negara mereka mengalami keuntungan di samping berkongsi dengan sekutu atau konco-konco mereka di rantau ini.

Ketiga ialah syarikat-syarikat asing ini boleh melakukan sabotaj ekonomi terhadap negara ini jika kita membiarkan mereka terus menguasai aset strategik negara. Ketika kita didodoikan dengan keuntungan melimpah, mereka juga sudah pasti menyusun strategi agar kita mengikut telunjuk atau kemahuan mereka.

Jika tuntutan ini tidak dipenuhi, mereka mampu melakukan "sabotaj ekonomi" kepada negara dan sudah pasti kita akan menyesal satu hari nanti. Sekali lagi, lihatlah apa berlaku di Iraq yang cukup untuk memberi pengajaran kita.

JANGAN JADI OPPORTUNIST

Isu mengawal keadaan di lobi Parlimen menjadi agenda murahan YB Bagan yang ingin menjadi jaguh. Beliau telah menimbulkan perkara itu bertujuan untuk menarik perhatian ahli dewan. Bagaimanapun, kita faham bahawa niatnya adalah untuk meminta wartawan menjadikannya sebagai berita utama esok.

Wira memahami bahawa sejak dulu lagi pembangkang akan berusaha untuk mencari isu-isu yang membabitkan wartawan untuk diperbesar-besarkan.

Pernahkah anda mengungjungi Parlimen kebelakangan ini?

Kini, anda akan dapat melihat suasana "central market" di lobi Parlimen. Mereka yang hadir walaupun berpakaian kemas tetapi tidak tahu dari mana asal mereka. Ini adalah satu perkara yang perlu diberikan perhatian serius sebelum sebarang kemungkinan berlaku.

Di samping itu, pihak Parlimen bertanggungjawab memastikan keadaan keselamatan sentiasa terjamin demi kepentingan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dari seluruh negara.

Sudah pasti, pihak Parlimen bertanggungjawab sepenuhnya dan perlu mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya bagi memastikan dewan yang mulia itu sentiasa dihormati dan dijaga.

Kita tidak mahu kejadian seperti di luar negara berlaku akibat kecuaian. Oleh itu, Wira menyokong sepenuhnya tindakan pengurusan Parlimen untuk menguatkuasakan peraturan untuk menghalang terlalu ramai pihak yang tidak berkepentingan mengambil kesempatan melakukan perkara yang tidak diingini.

Monday, June 23, 2008

129 SOKONG, 78 MENENTANG

Usul kenaikan harga minyak yang dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad diluluskan dengan 129 menyokong manakala 78 undi menentang tepat jam 7.10 malam.

Pengundian yang pada mulanya dicadangkan secara suara yang menyokong melebihi suara yang tidak menyokong telah mencetuskan suasana hangat.

Setelah mempertimbangkan bantahan yang dikemukakan, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjalankan pengundi secara belah bahagian dengan undi setiap Ahli Parlimen diambil.

COLLECTIVISM DAN KIBBUTIZSM...HUJAH SEMPIT PEMBANGKANG

OLEH : PPJ

MP Johor Bharu (Menteri) membuat penjelasan kepada hujah-hujah yang ditimbulkan oleh pembangkang berkaitan usul yang dibentangkan. Beliau juga tertarik dengan kelancaran perbahasan oleh ahli Dewan. Ada juga pembangkang yang cuba-cuba menyarankan pendekatan berteraskan collectivism yang di ilhamkan pada Era Mao di Republik China dan juga Kibbuthzism yang berleluasa di Israel. Mereka menggunakan konsep-konsep ini untuk digunapakai oleh Petronas dalam mengagihkan pulangan keuntungan kepada semua.

MP Johor Bharu mengatakan kini banyak syarikat-syarikat kerajaan seperti di Pulau Pinang yang juga mendapat keuntungan besar, RM50 juta. Kenapa tidak ambil sahaja keuntungan ini dan bahagikan sahaja kepada rakyat? MP Johor Bharu berpendapat bahawa kenapa pembangkang tidak henti-henti melayani ideologi sempit. MP Shah Alam, adik kepada MP Johor Bharu cuba-cuba mencelah tetapi tidak diberi laluan oleh menteri dan menasihatkan MP Shah Alam supaya jumpa di rumah sahaja untuk berbincang.

MP Johor Bharu mengatakan hujah-hujah yang dibuatnya adalah dibuat setelah mendengar dengan taatnya pandangan-pandangan pembangkang dalam dewan malah beliau mendengar hujah-hujah pembangkang dengan sabar supaya dapat memberi penjelasan yang jitu kepada dewan terutamanya kepada ahli pembangkang yang masih keliru dan tidak faham tentang apa yang dibuat oleh Petronas dan kerajaan Barisan Nasional. Harap-harap pembangkang amalkan sikap suka mendengar sebelum bercakap.