utusan online
KUALA LUMPUR 7 Okt. - Pekarangan Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, tempat berlangsungnya prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kecoh seketika apabila berlaku insiden tumbuk-menumbuk.
Bagaimanapun, insiden melibatkan salah seorang penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang lelaki yang memakai pas petugas media tertera gelaran 'Dato' pada namanya itu berakhir dengan kedua-duanya meminta maaf di antara satu sama lain sejam kemudian.
Dalam kejadian itu, penyokong PKR itu dikatakan mengeluarkan kata-kata yang menyinggung lelaki tersebut sehingga menyebabkan pergaduhan.
Insiden itu berlaku sebalik prosiding kes Anwar di berhenti rehat sekejap kira-kira pukul 11.25 pagi.
Kira-kira 10 anggota polis yang sedang mengawal keselamatan kompleks berkenaan bertindak meleraikan pergaduhan itu sebelum mengheret kedua-dua mereka ke sebuah bilik khas dipercayai untuk mengambil keterangan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad ketika ditemui di sini hari ini berkata, setakat petang ini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada kedua-dua pihak.
"Selain insiden itu, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang prosiding berlangsung," ujarnya.
Tambah beliau, polis menempatkan kira-kira 100 pegawai dan anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sejak pukul 7.30 pagi untuk mengawal keadaan.
No comments:
Post a Comment