Wednesday, October 22, 2008

Sultan Murka Kerajaan PAS Gagal Tadbir Kelantan

Oleh: Tulip Desa

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra meluahkan rasa murka dan kekesalannya terhadap PAS apabila gagal mengurus dan membangunkan negeri Kelantan setelah sekian lama mentadbir negeri tersebut. PAS dilihat banyak bergantung kepada peruntukkan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan sumber hasil yang sedia ada. Tiada usaha yang holistik oleh Kerajaan PAS untuk meneroka sumber baru sebagai langkah untuk menampung kos perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negeri yang semakin meningkat.

Tulip merasakan Kerajaan PAS lebih mementingkan agenda Pakatan Rakyat untuk membentuk Kerajaan baru daripada membela nasib rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih selesa. Adakah Kerajaan PAS di Kelantan mampu memberikan keselesaan kepada rakyatnya dengan kedudukan kewangan yang defisit? Seharusnya PAS perlu memberi perhatian untuk membangunkan tanah terbiar sebagai satu pendekatan untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri. Sebaliknya PAS taksub dengan impian DSAI untuk pembentukan Kerajaan pembangkang. Nampaknya, perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam sudah terlepas daripada landasannya.

Oleh itu adalah lebih baik jika Pas tidak terlibat langsung dalam pembentukan kerajaan yang sedang diusahakan oleh DSAI kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan semangat demokrasi tetapi juga melanggar prinsip Islam yang amat menentang perbuatan matlamat menghalalkan cara.

1 comment:

rayliew said...

Sudahlah tidak pandai mengurus negeri, mana kita boleh harap ia mengurus negara. Pemimpin PAS sepatutnya meletak jawatan kerana tidak berjaya membangunkan negeri Kelantan setelah sekian lama mentadbir negeri tersebut. Rakyat tidak yakin lagi dengan keberkesanan Pakatan RAkyat...