oleh: Mustikacitra-indah
Apabila syor debat diadakan secara terbuka antara calon yang bertanding dalam parti, Mac 2009, Mustika tidak bersetuju. Memang kononnya akan dapat menunjukkan kepada masyarakat mengenai kepimpinan dan ketokohan seseorang pemimpin masyarakat.
Pada pandangan mustika, banyak keburukan daripada kebaikannya. Debat umum membabitkan calon yang bertanding jawatan tertinggi dalam parti, tidak wajar diadakan. Ini seolah-olah satu perjudian yang melambangkan ketidak adilan kerana calon yang kalah berdebat akan disingkirkan. Ini kerana, pemimpin yang pandai berdebat tidak semestinya pandai melukis corak kepimpinan yang 'cantik dan menarik'.
Ia juga akan menjadi satu medan pertempuran bagi penyokong-penyokong seseorang pemimpin. Malah jangan terkejut jika nanti pembangkang akan cuba "menegakkan benang yang basah untuk masuk ke dalam lubang jarum yang bengkok".
Pendek kata, debat tersebut memang tidak sesuai dianjurkan.
Thursday, October 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
teringatkan kembali "CAKAP TAK SERUPA BIKIN", mereka yang pandai berdebat tidak seharusnya dapat mentadbir..dalam konteks ini, pemimpin yang dipilih hendaklah merupakan pemimpin yang berpengalaman dan pandai mengurus parti, kerajaan dan negara...
Post a Comment