Thursday, May 29, 2008

BATU PENGHADANG CHERAS, PKR SELANGOR HARUS SELESAIKAN

MP Ipoh Timur (DAP) bertanya soalan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perbahasan rang undang-undang dan bajet telah menimbulkan beberapa perkara. Beliau mengalu-alukan langkah untuk menjadikan pasukan polis sebagai sebuah pasukan 'world class' dan bebas rasuah. Pasukan polis telah menikmati kenaikan gaji dan umur persaraan.

Sebenarnya beliau bangkit untuk menimbulkan isu penghadang jalan di Cheras yang dibina semula oleh Syarikat Grand Saga. Didapati bahawa ada sekumpulan samseng mengawal serta memukul orang awam yang cuba mengalihkan batu penghadang.

MP Ipoh Timur mendapati polis tidak mengambil sebarang tindakan. Ini telah menimbulkan tanda tanya terhadap pasukan polis. Beliau juga membaca petikan yang menyatakan seorang awam telah dipukul oleh 20 anggota FRU. Beliau menyeru agar kabinet mengambil perhatian serius terhadap perkara ini.

Pemerhati berpendapat isu batu penghadang di sebatang jalan Cheras adalah isu yang melibatkan syarikat swasta dan perkara ini telah diputuskan oleh mahkamah bahawa Syarikat Grand Saga boleh meletak batu penghadang.

Perkara ini sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri Selangor dan ada baiknya MP Ipoh Timur berbincang terus dengan kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ternyata MP Ipoh Timur hanya ingin mencari publisiti murahan di sebalik isu ini juga semakin kuat MP Ipoh Timur melaungkan kes ini hanya akan menunjukkan kelemahan dan kebuntuan fikiran pemimpin PKR di Selangor.

TENTERA MALAYSIA MENARIK PELANCONG

oleh : Pemuda Malaysia

MP Masjid Tanah (Timbalan Menteri) selepas meneliti pandangan MP Pokok Sena (PAS) dan MP Batu (PKR) mengenai penglibatan tentera Malaysia mengawal 'Buckingham Palace', beliau menganggap kedua-dua MP ini mempunyai 'mindset' yang lama. Mereka juga berfikir dalam ruang lingkup yang terhad.

Menteri menjelaskan bahawa banyak 'spin off' daripada apa yang berlaku di sekitar 'Buckingham Palace'. Rakyat Britain dan pelancong-pelancong dapat menilai sendiri tentang keterampilan tentera Malaysia dalam menjalankan tugas mereka.

Kedua-dua MP pembangkang sepatutnya mengalu-alukan khidmat tentera Malaysia yang boleh dikatakan sebagai berprestij. Ia juga menjadi nilai tambah kepada apa tugas-tugas yang dibuat oleh warga Malaysia termasuk pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli perniagaan yang bertugas dalam bidang masing-masing terutamanya di London. Secara tidak langsung, pelancong-pelancong di situ akan tertanya-tanya mengenai Malaysia dan terus berminat untuk melancong.

UMNO SEMAKIN KUKUH

Dua lagi bekas orang kanan PKR masuk UMNO
29/05/2008 3:40pm


KUALA LUMPUR 29 Mei – Dua lagi bekas orang kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen hari ini.

Mereka ialah bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan, Anuar Shaari dan bekas Ketua Angkatan Muda PKR Kedah, Khairul Anuar Ramli. – Utusan.

oleh : Pemuda Malaysia



Nampaknya PKR semakin goyah apabila dua lagi bekas orang kanan PKR telah mengikuti jejak langkah Ezam menyertai UMNO. Ini jelas menunjukkan satu perkembangan sihat dalam senario politik UMNO.

Pemerhati menjangkakan akan lebih ramai lagi ahli-ahli PKR akan menyertai UMNO kerana UMNO memang sebuah parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu di samping menjadi tunjang kepada parti Barisan Nasional.

Pemerhati akan cuba menyampaikan berita-berita terkini kepada para pembaca blog.

MP BATU MENYIMPANG

oleh : Panel Memikir

MP Batu (PKR) memberitahu Dewan bahawa duit yang dibayar kepada peguam-peguam untuk mempertahankan Pulau Batu Puteh sepatutnya dibayar kepada tentera Malaysia.

Timbalan Yang Di Pertua Dewan telah mengingatkan bahawa MP Batu telah membicarakan sesuatu perkara yang telah terkeluar daripada skop bajet Kementerian Pertahanan.

Pemerhati berpendapat bahawa MP Batu tidak dapat membezakan Pulau Batu Puteh dengan aspek kebajikan tentera Malaysia. MP Batu sengaja menimbulkan isu Pulau Batu Puteh untuk menarik perhatian Dewan sedangkan isu ini telah selesai. MP Batu sepatutnya memberi tumpuan kepada pengukuhan tentera Malaysia dalam mempertahankan negara.

TENTERA MALAYSIA DAPAT PENGHORMATAN

oleh : Pemuda Malaysia

MP Pokok Sena menimbulkan isu mengenai tentera-tentera Malaysia yang mengawal 'Buckingham Palace', London. Beliau mengatakan bahawa masih ada lagi bibit mentaliti penjajahan.

Pemerhati memberi pandangan bahawa tindakan Kementerian Pertahanan menerima tawaran kerajaan United Kingdom adalah satu pengiktirafan dan kepercayaan yang diberi oleh London kepada Kuala Lumpur. Sejak kebelakangan ini, hanya beberapa negara sahaja diberi peluang untuk menjalankan tugas istiadat ini.

Kita harus berasa bangga kerana kehadiran mereka di sekitar istana, London akan menjadi fokus utama rakyat tempatan dan juga beribu-ribu pelancong yang melawat persekitaran istana setiap hari.

Ini merupakan satu publisiti yang memberansangkan kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam tetapi 'moderate' dan maju ke hadapan.

KPPWKM PRIHATIN TERHADAP MUDA-MUDI

Mengenai kesopanan dan kesusilaan seperti yang ditimbulkan oleh MP Jerai (PAS), Timbalan Menteri KPPWKM memaklumkan bahawa telah diadakan Kempen Budi Bahasa di seluruh Malaysia. Di samping itu, kementerian menganjurkan kegiatan-kegiatan lain berupa kempen untuk menanam nilai-nilai patriotik kepada warga muda-mudi.

Kerajaan memang sedar bahawa muda-mudi sentiasa menghadapi gejala kepada unsur-unsur yang tidak berfaedah. Telah terbukti kementerian menjalankan kempen-kempennya yang telah diwar-warkan melalui media cetak dan media elektronik. Eloklah semua MP-MP bersama-sama menghayati kempen positif kementerian untuk kebaikan muda-mudi di Malaysia.

ASWARA TERUS MANTAP

oleh : Panel Memikir

MP Lipis (BN) mengemukakan beberapa perkara yang memerlukan perhatian Menteri KPPWKM. Beliau mengatakan bahawa ASWARA perlu lebih menumpukan kepada profesionalisme. Beliau juga ingin mengetahui sama ada ASWARA ini ada hubungan dengan akademi yang serupa di luar negara bertujuan meningkatkan pengikhtisasannya.

Dengan demikian, ini akan membolehkan ijazah-ijazah ASWARA diiktiraf negara luar. Di samping itu, ia boleh menjadikan mereka 'top performers'. ASWARA juga perlu mempunyai pensyarah yang mencukupi untuk mencurahkan sepenuhnya ilmu kesenian dan kebudayaan.

MP Kubang Kerian ingin mengetahui sama ada ijazah ASWARA ini diiktiraf oleh LAN dan Akademi Seberang Laut untuk membolehkan graduan-graduannya membuat PHD. MP Kubang Kerian seterusnya mengatakan bahawa ASWARA perlu menepati objektifnya dan bukan hanya mengajar tarian.

MP Batu Pahat juga menyebut bahawa sebelum ASWARA menyimpang jauh, elok meneliti segala aspek kursus yang dijalankan. Ini bertujuan supaya ASWARA lebih fokus agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang mahir dalam bidang kesenian dan warisan.

MP Pasir Mas (Bebas) mencelah bahawa ahli-ahli seni tidak memerlukan ijazah. Beliau memberi contoh artis-artis tekenal seperti P. Ramlee, Saleh Kamil, A. Rahim, Latifah Omar, Normadiah. Mereka ini adalah di antara ahli-ahli seni yang berjaya. Sepatutnya pengajian seni bukan hanya dikhususkan kepada mereka yang boleh menjadi penulis skrip atau pengarah filem tetapi lebih daripada itu.

Apa yang dihujahkan oleh MP-MP pada petang ini adalah munasabah dengan tujuan untuk mengukuhkan ASWARA demi memantapkan lagi pengetahuan peminat seni supaya menjadi lebih profesional, berwibawa dan produktif di samping berpeluang merentasi ke arah industri seni dan budaya di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri KPPWKM memaklumkan bahawa graduan ASWARA (sijil, diploma dan ijazah) diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan mempunyai Akta Warisan untuk mempertahankan lebih daripada 100 warisan kebangsaan. Terdapat banyak jenis warisan termasuklah warisan projek, warisan makanan, warisan tapak dan lain-lain lagi.

SISWAZAH CEBUR DALAM BIDANG PERTANIAN

MP GOMBAK JANGAN HENTAM KEROMO!!!

oleh : Pemuda Malaysia

MP Gombak (PKR) telah mengutarakan satu perkara kepada Timbalan Menteri Pelancongan. Beliau mengatakan kepada Dewan bahawa beliau ada minit mesyuarat bertarikh 26 Mac 2008 bahawa Kementerian Pelancongan telah menggugurkan persefahamannya mengenai pelancongan dengan lima negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Pemerhati di Dewan mengatakan bahawa MP Gombak telah merujuk kepada minit mesyuarat dalaman kementerian yang 'out of date'. Minit mesyuarat sebenarnya adalah bertarikh 1April 2008 di mana intisari minit mengatakan kementerian tidak berniat menyisihkan mana-mana negeri dalam program pelancongan negara.

Sebenarnya MP Gombak hanya main tembak sahaja tanpa meneliti fakta-fakta sebelum berhujah. MP Gombak dinasihatkan agar beliau berhati-hati dan jangan hentam keromo ikut sesuka hati.

TAHNIAH KEPADA MP TENGGARA

MP Sepang (Menteri) telah memberi jawapan kepada Dewan termasuklah apa yang ditimbulkan oleh MP Tenggara iaitu lebuhraya Tangkak-Segamat, Kuala Lumpur-Kuantan dan jambatan-jambatan.

Mengenai lebuhraya Tangkak-Segamat, menteri memaklumkan bahawa hanya 12 ribu kenderaan setakat ini telah banyak menggunakan laluan tersebut. Beliau mengatakan bahawa ada perancangan untuk menaikkan taraf jalan ini seperti yang dilakukan kepada jalan raya Chaah-Labis-Gemas. Beliau tahu kawasan ini penting tetapi elemen kos perlu diambil kira supaya dapat dimanfaatkan dengan luas.

MP Tenggara mencelah bahawa lebuhraya Tangkak-Segamat adalah untuk tujuan yang selari dengan pembentukan Koridor di Pantai Timur. Dalam konteks ini, pihak kementerian harus menelitinya.

MP Tenggara berpendapat sekiranya keputusan dibuat berdasarkan pengiraan kenderaan maka eloklah kajian ini dikembangkan dengan lebih meluas. Menteri Kerja Raya akhirnya bersetuju atas desakan MP Tenggara.

Apabila menteri menyambung lagi jawapannya, beliau memberi keutamaan kepada pembinaan jalan-jalan yang sibuk seperti Kuala Lumpur-Gua Musang dan juga 300 kawasan jalan raya yang dianggap berbahaya (black spots). Beliau juga sedang mengkaji kedudukan jambatan-jambatan yang telah berusia atau melebihi 20 tahun dengan tujuan untuk menaikkan taraf yang boleh menanggung berat antara 9 sebingga 12 matrik tan kenderaan. Ini akan membolehkan kenderaan-kenderaan berat menggunakan kemudahan ini dan sekaligus mengurangkan kos pengangkutan.

Menteri kelihatan prihatin dengan apa yang ditimbulkan oleh MP-MP. Apa yang kementerian boleh laksanakan adalah bertujuan meningkatkan matlamat kerajaan untuk kepentingan rakyat.

LEBUHRAYA TANGKAK-SEGAMAT MENJADI KENYATAAN?

oleh : Panel Memikir

MP Tenggara (BN) telah membangkitkan mengenai pembinaan lebuhraya Tangkak-Segamat yang telah dijanjikan sejak dua pilihanraya yang lalu dan kos pembinaan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai 200 juta.

MP Tenggara berharap perkara ini perlu ditunaikan segera dan tidak berlarutan begitu lama. Beliau meminta Kementerian Kerja Raya dapat menyiapkan projek tersebut dengan segera dan dapat direalisasikan sebelum PRU-13.

MP Tenggara berharap dan yakin bahawa Menteri berkenaan dapat menyelesaikan pembinaan lebuhraya ini.

Pemerhati berpendapat bahawa permintaan MP Tenggara adalah munasabah kerana jalan baru ini akan menghebatkan lagi pertumbuhan ekonomi di utara Johor termasuk di kawasan Segamat, Labis dan Ledang.

EZAM KEMBALI KE PANGKUAN UMNO

oleh : Pemuda Malaysia

Tindakan yang diambil oleh bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor menyertai UMNO adalah langkah tepat dan bijak. Ini membuktikan bahawa UMNO masih relevan dan semakin bertambah kuat dengan penyertaan Ezam ke dalam UMNO.

Ezam adalah orang kuat bekas TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ezam juga adalah antara pemimpin terawal yang menunjangi parti PKR semasa ia mula ditubuhkan. Mungkin Ezam sudah mula menyedari kepincangan dan pembohongan demi pembohongan yang berlaku di dalam PKR. Lalu beliau mengambil keputusan berani keluar daripada PKR tahun lepas dan bermuhasabah diri sebelum menyertai UMNO semalam.

Walaupun Presiden parti PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengulas mengenai keputusan Ezam menyertai UMNO tidak akan memberi apa-apa kesan kepada PKR, ternyata kenyataan yang diberikan hanya sekadar menyedapkan hati sendiri dan ahli parti PKR yang lain. Sebenarnya PKR sendiri semakin goyah di persada politik negara kerana kegagalan kerajaan negeri Selangor menunaikan janji-janji yang ditabur oleh mereka semasa PRU -12. Ini di ikuti aksi biadap dan tidak bersopan Ahli Parlimen Padang Serai (PKR) yang melakukan aksi bodoh dan memalukan Pakatan Rakyat di Parlimen dengan pergi ke arah Speaker dan membisikkan sesuatu. Tindakan ini secara tidak langsung memalukan diri sendiri dan parti. Ini juga menunjukkan bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kebanyakannya hanya calon tangkap muat dan menang akibat nasib dan bukan melalui kredibiliti atau kebijaksanaan peribadi.

Selain daripada itu, Penasihat PKR sendiri cuba menggunakan wang ringgit untuk menyogok wakil rakyat BN terutama di Sabah agar berpaling tadah dan menyertai Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat yang baru. Bukankah tindakan ini dianggap amat memalukan serta menjatuhkan maruah PKR. Sudahlah Penasihat PKR sendiri pernah ditangkap dan dipenjarakan kerana kesalahan meliwat, kini semakin kuat pula desas-desus mengatakan Penasihat PKR menggunakan wang ringgit untuk memujuk wakil rakyat BN melompat parti. Jadi, tidak salah tindakan Ezam keluar parti dan membuat keputusan yang tepat dengan menyertai UMNO.

Saya menyeru kepada ahli-ahli PKR yang lain agar merenungi kembali masa depan anda bersama PKR atau Pakatan Rakyat yang langsung tidak memberi apa-apa kelebihan dan manfaat hidup kepada anda semua. PKR adalah parti yang semakin tidak relevan dan ini telah dibuktikan dengan penyertaan Ezam ke dalam UMNO. Ramai teman rapat Datuk Seri Anwar telah bertindak keluar PKR. Ini kerana mereka lebih rapat dengan Anwar dan tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Buat ahli-ahli PKR peringkat akar umbi, anda semua mungkin tidak menyedari agenda peribadi pemimpin atasan PKR. Jadi, fikirlah masak-masak dan buatlah keputusan yang bijak seperti mana yang dilakukan oleh Ezam dan Datuk S. Nallakaruppan.

Penyertaan ahli-ahli PKR ke dalam UMNO amat dialu-alukan. Cuma anda semua mungkin tidak akan dipujuk dengan wang ringgit seperti yang cuba dilaksanakan pemimpin-pemimpin PKR anda kerana UMNO adalah parti keramat yang tetap berbisa bersesuaian dengan motto " BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT"

KERAJAAN ATASI MASALAH PETROL DAN DIESEL

oleh : Pemuda Malaysia

Cadangan kerajaan untuk melaksanakan harga petrol dan diesel yang berlainan mengikut harga pasaran kepada kenderaan milik warga asing adalah satu cadangan yang bernas dan saya amat bersetuju dengan langkah kerajaan. Ini kerana, negara kita kerap dikunjungi oleh kenderaan asing daripada Thailand dan Singapura yang membeli petrol dan diesel lalu membawa masuk ke negara mereka kerana harga petrol dan diesel di Malaysia jauh lebih murah berbanding di negara mereka.

Sepatutnya langkah ini perlu dilaksanakan sejak dahulu lagi agar dapat memastikan hanya kenderaan milik warga Malaysia sahaja yang menikmati subsidi petrol dan diesel yang diberikan oleh kerajaan. Warga asing terutama daripada Singapura amat biadap dan tidak berhemah apabila memasuki Malaysia dan memandu dengan agak laju serta berbahaya di jalan raya negara kita. Kita harus mengajar warga asing yang biadap ini dengan mengenakan harga petrol mengikut harga pasaran dan memastikan hanya rakyat Malaysia sahaja yang benar-benar layak menikmati harga petrol dan diesel yang telah di subsidi.

Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan, jika ingin membeli petrol ataupun diesel pengguna perlu menunjukkan MYKAD masing-masing, melihat kapasiti enjin sesebuah kereta serta memastikan no. plat kenderaan didaftarkan di Malaysia. Jika cadangan ini dipersetujui, dijangka semua rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol dan diesel pada kadar yang berpatutan.

Wednesday, May 28, 2008

PERANAN DEWAN NEGARA SAMA PENTING

oleh : Pemuda Malaysia

Senator Dato' Musa Hj. Sheikh Fadzir meminta Kementerian Penerangan memainkan peranan dengan lebih terbuka dengan tidak meminggirkan Dewan Negara kerana beliau menganggap Dewan Negara mempunyai fungsi yang sama penting dengan Dewan Rakyat.

Rakyat hari ini kurang memahami fungsi sebenar Parlimen di mana Parlimen bukan sahaja ada Dewan Rakyat sebaliknya Dewan Negara turut terletak di dalam Parlimen Malaysia. Senator Dato' Musa meminta RTM di bawah Kementerian Penerangan menjalankan tanggungjawab memberi penerangan kepada rakyat serta jika boleh sidang Dewan Negara juga harus disiarkan secara langsung supaya rakyat memahami isu-isu yang dibawa oleh Ahli Dewan Negara.

Fungsi Dewan Negara yang diduduki oleh para Senator secara tidak langsung akan membantu kerajaan pusat menjelaskan mengenai isu-isu tertentu yang selama ini menjadi mainan politik parti pembangkang. Jadi, parti pembangkang dapat mengambil kesempatan yang ada akibat kekurangan penerangan oleh RTM dan telah menyebabkan rakyat tertipu dengan dakyah pembangkang yang akhirnya mereka akan mengundi parti pembangkang. Kesannya dapat dilihat melalui PRU-12 baru-baru ini.

Jadi, peranan RTM sebagai pusat penyebaran maklumat harus dimainkan semaksimum yang mungkin kerana trend rakyat masa kini lebih cenderung mencari maklumat melalui internet dan blog-blog tempatan. Kita harus sedar bahawa blog-blog yang wujud hari ini kebanyakannya tidak memberi maklumat yang tepat dan banyak menyebelahi parti pembangkang. RTM seharusnya mengurangkan rancangan berbentuk hiburan yang dicedok atau diimport dari luar sebaliknya mengutamakan rancangan hiburan berbentuk tempatan dan memberi ruang yang lebih dengan menyiarkan rancangan berbentuk pengetahuan dan maklumat kepada rakyat.

LANGKAH ATASI KRISIS MINYAK JUMAAT INI

Oleh Magendran Rajagopal

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa langkah bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap rakyat dan ekonomi negara selepas mesyuarat Jemaah Menteri, Jumaat ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang dipengerusikannya kelmarin membentangkan beberapa cadangan berhubung perkara itu dan ia akan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

"Ada beberapa langkah dikemukakan dalam mesyuarat itu semalam (kelmarin) kerana kita bincang banyak perkara dan ia akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.



"Selepas itu, kita dijangka buat satu siri pengumuman kerana kita amat terperinci dalam isu ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan komandan kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), di sini, semalam.

Najib diminta mengulas ura-ura kerajaan akan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel Jumaat ini bagi mengimbangi kesan peningkatan harga minyak mentah yang mencecah AS$133 setong di pasaran antarabangsa, semalam.

Beliau yang enggan memberi bayangan pengumuman itu walaupun didesak wartawan, sebaliknya meminta semua pihak supaya bersabar sehingga Kabinet membuat keputusan.

MP TAMBUN JELASKAN KESANGSIAN PEMBANGKANG

MP Tambun(Timbalan Menteri) telah menjelaskan isu prasarana termasuklah syarikat pengangkutan, Rapid KL dari segi penyelengaraannya. Ini temasuklah berkenaan tender yang telah dibuka pada bulan Julai.

Berkenaan Rapid KL, mereka memperoleh keuntungan tapi hanya melalui perkhidmatan monorail sahaja.Apa yang penting ialah kemudahan untuk rakyat dengan mengubah dasar pembayaran.Terdapat perjanjian dalam projek Rapid KL. Bank di Malaysia telah menaja sebanyak 300 juta ringgit untuk tujuan tersebut.

Berkaitan penggunakan sistem internet untuk berkomunikasi, MP Tambun
menjelaskan bahawa pengguna bolehlah menggunakan internet untuk berkomunikasi dengan KDNK supaya mendapat penjelasan yang lebih terperinci. Laman-laman web telah pun wujud untuk memudahkan urusan demikian. Kerajaan Malaysia mengamalkan sikap keterbukaan. Terdapat pelbagai pihak telah menghantar surat kepada kerajaan dan kerajaan memberi maklum balas yang sewajarnya.

Semasa MP tambun berucap, MP Rasah(DAP) telah mencelah dan menyentuh mengenai biasiswa di mana ada pihak tidak berpuas hati kerana ada pelajar SPM yang cemerlang tidak mendapat biasiswa dan penempatan di matrikulasi. Beliau mengatakan perkara ini tak sepatutnya berlaku.

MP tambun menjawab ada kriteria tertentu untuk mendapat biasiswa termasuklah di hantar untuk menyambung pengajian ke luar negara. Seterusnya beliau berkata bahawa pelajar yang menepati kriteria akan ditaja ke luar negara dan institusi tempatan.

MP PADANG SERAI DI TAKUK LAMA

MP Padang Serai(PKR) mempertahankan tindakan beliau membawa seorang kanak-
kanak yang berusia 6 tahun di lobi dewan. Beliau juga mempertahankan tindakan beliau
bersama-sama penasihat PKR untuk merealisasikan hasrat rakyat. Beliau mendesak
kerajaan supaya meneliti ISA semula.

Ucapan beliau hanya mengandungi maklumat-maklumat lama dan beliau kelihatan bersungguh-sungguh untuk mendapat perhatian semasa berhujah. Beliau sepatutnya menggunakan peluang berhujah di dalam dewan untuk membincangkan perkara-perkara baru yang boleh menjamin kemakmuran Malaysia. Adalah amat dikesalkan apabila mendapati bahawa YB Padang Serai masih ditakuk lama dan didapati tidak mahu berubah dalam menyampaikan penghujahannya.

MP SIK PERLU TELITI SEBELUM BERHUJAH

MP Sik (PAS) mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam perbahasan bajet tambahan oleh dewan. Beliau antara lainnya menyentuh nama-nama kementerian yang sentiasa berubah. Beliau tidak menyebut nama kementerian berkaitan tetapi beliau
merasakan kalau boleh perkara ini jangan dilakukan kerana ia akan menyukarkan rakyat untuk berhubung dengan kementerian terbabit.

Beliau juga menyentuh mengenai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang pada pandangan beliau memberi tumpuan kepada sukan dan hiburan sahaja. Cara ini menjadikan belia pada masa ini akan hanyut. KBS tidak membuat apa-apa program untuk belia ini untuk aktiviti mereka akhirnya dikendalikan oleh badan-badan lain. Program seperti "Jom Heboh" juga tidak memberi manfaat kepada mereka kerana mereka tidak terlibat secara langsung dan tidak langsung. Ini menjadikan mereka kurang aktif. Beliau menyeru agar KPPKWM sama-sama mengambil berat tentang kedudukan belia-belia yang pada pandangan beliau tidak menentu.

Wakil MP sik sepatutnya mengetahui bahawa kewujudan Kementerian Belia dan Sukan adalah untuk memberi tumpuan dalam meningkatkan prestasi dan kesukanan. Tidakkah MP Sik mengetahui bahawa Malaysia telah banyak memenangi pingat emas di Sukan Sea Qorat yang lepas? Tidak kah beliau juga tahu bahawa Malaysia jaguh dalam sukan pelbagai kejohanan contohnya boling, squash, badminton, sukan akuatik dan lain-lain lagi?

SYOR MP TENOM PRAGMATIK

MP Tenom (BN) membincangkan perkara-perkara seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga pesta sambutan kebudayaan Murut di Sabah.

Berkaitan dengan JPA, MP mengalu-alukan keprihatinan JPA untuk memenuhi jawatan-
jawatan yang masih kosong. Beliau mendapati terdapat lebih 40,000 pegawai kontrak yang kini terdapat di semua kementerian dan jabatan. Beliau berharap agar khidmat mereka ini dioptimakan.

Beliau berpendapat bahawa mereka ini semua mempunyai skil atau kemahiran yang perlu
di beri perhatian supaya mereka dapat memberi khidmat yang dikehendaki di Kementerian. Sekiranya mereka ini tidak diberi peluang bekerja, kerajaan akan mengalami kerugian kerana tidak mengambil peluang di atas kemahiran-kemahiran yang ada pada mereka.

Beliau juga meminta bahawa KPKKWM memberi keutamaan serta menaiktarafkan sambutan
kebudayaan Murut sehingga ke peringkat kebangsaan. Pesta ini jika diberi keutamaan
akan menarik pelancong luar dan juga memperkayakan lagi industri kraftangan warga
tempatan teerutamanya di Tenom.

Syor MP Tenom ini adalah munasabah dan sepatutnya diberi pertimbangan yang sewajarnya. Beliau telah mencetuskan perkara-perkara segar serta berguna dalam perbahasan di dewan berkaitan dengan bajet tambahan.

MALAYSIA SENTIASA MEMERANGI NAJIS DADAH

oleh : Nabila

Mengenai isu dadah pula, MP Shah Alam tidak puas hati dengan usaha-usaha pencegahan yang diambil oleh kerajaan Malaysia. Beliau secara rambang mengatakan bahawa pusat-pusat pemulihan dimana tedapat beribu penghuni sebenarnya telah memberi faedah lebih kepada warga perniagaan. Kononnya mereka ini mengambil kesempatan daripada pertubuhan ini untuk “komersil benefit”. Beliau meminta YB Menteri berkenaan untuk menyatakan apakah terdapat cara yang lebih efektif untuk membasmi dadah.

Apa yang dihujahkan oleh Mp Shah Alam ini acapkali disuarakan oleh ahli dewan sejak
bertahun dahulu. Kerajaan sudah lama mengendalikan isu dadah ini dan telah mewujudkan Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK) untuk memerangi najis dadah ini. Kerajaan juga telah mengambil langkah berani dengan menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah-pesalah najis dadah. Pendekatan Malaysia ini termasuk 'death sentence'
dalam membasmi najis dadah ini telah menjadi contoh kepada Negara-negara lain seperti Arab Saudi yang pada masa dahulu menganggap perkara ini adalah perkara biasa. Jadi Mp Shah Alam perlu meneliti hasil kerja KDN sebelum membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

MP SHAH ALAM : ISKANDAR PERLU DIMAJUKAN

oleh : Nabila

MP Shah Alam (PAS) telah menyentuh beberapa perkara termasuklah pembangunan Iskandar
dan dadah.

Perkara berkaitan dengan Iskandar, MP Shah Alam mengingatkan bahawa kemasukan Singapura ke kawasan ini ada implikasi-implikasinya. Singapura sebenarnya sudah tidak boleh berkembang dan tidak boleh lagi merancang apa-apa pembangunan di Pulau nya. Apa yang tidak boleh dilakukan di Singapura, mereka akan lakukan di Iskandar seperti diwar-warkan oleh kerajaan negeri Johor. Apa yang disebut oleh MP Shah Alam ini bukanlah perkara baru malahan telah tertera dalam akhbar-akhbar tempatan sejak iskandar dilancarkan.

Daripada apa yang diwar-warkan oleh kerajaan, kerajaan negeri sentiasa prihatin dan akan mengambil pendekatan-pendekatan bagi memastikan bahawa tanah jajahannya dalam keadaan terpelihara. Johor memang serius dalam membangunkan kawasan ini dan dengan itu mengutarakan insentif-insentif kepada pelabur-pelabur asing supaya dapat membangunkan kawasan ini dengan dinamiknya.

Malaysia Berjaya Di ICJ

oleh : Nabila

MP Gombak(PKR) melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kewibabawaan delegasi Malaysia yang mempertahankan Kes pulau Batu Putih di ICJ, The Hague baru-baru ini. Beliau juga mengatakan ketua delegasi iaitu Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak cekap dan berwibawa dalam mengendalikan kes ini. MP Gombak juga mengatakan bahawa delegasi Malaysia berhadapan dengan delegasi Singapura yang terdiri daripada pakar-pakar yang berwibawa temasuklah Dr. Tommy Khoo, Prof Jayakumar yang pada tanggapan beliau adalah pakar-pakar dalam bidang undang-undang antarabangsa.

Apa yang dikatakan oleh MP Gombak ini adalah selari dengan apa yang disentuh oleh MP-MP pembangkang di Dewan iaitu mengambil peluang menyelar kerajaan kerana kehilangan Pulau batu Putih yang hanya 7.7 batu dari Pantai terdekat di Johor dan jatuh ke tangan singapura. MP Gombak hanya pandai mengkritik tindakan kerajaan dalam hal ini. Sepatutnya beliau perlu melihat perkara ini secara total sebelum membuat hujah yang bukan-bukan. Delegasi Malaysia terdiri daripada mereka yang berwibawa dan juga dalam bidang undang-undang antarabangsa di samping dibekalkan dokumen-dokumen sahih untuk mempertahankan pendirian Malaysia.

Sebagai wakil rakyat MP Gombak sepatutnya menghargai keputusan ICJ tersebut kerana
Singapura gagal untuk mendapat apa yang dituntut termasuk lah Middle Rock dan South
Ledge. Mereka menghadapi kebingungan yang tinggi apabila keputusan ini dibuat. Tambah-tambah lagi apabila penyelesaiannya nanti akan membawa banyak kelebihan kepada Malaysia am nya dan penduduk-penduduk tempatan di Pantai Johor khususnya.

Imej Parlimen perlu dipertahankan

oleh : Nabila

MP Batang Sadong dalam ucapannya menegur tentang perlunya nama dan imej dewan Parlimen di beri perhatian oleh ahli dewan. Beliau berpendapat bahawa perlunya bahagian lobi dewan disesuaikan bagi membolehkan petugas-petugas dan pelawat rasa selesa. Kini kawasan lobi dewan kelihatan tidak teratur. Perkara ini tidak memaparkan kehebatan parlimen sebagai sebuah institusi yang dianggap mulia. Beliau juga menegur tentang gelagat beberapa ahli Parlimen yang datang ke dewan bukan untuk berbincang masalah-masalah negara tetapi mengambil kesempatan untuk menggunakan “point of order” bagi menarik perhatian Dewan dan mereka-mereka yang ada di galeri. Perbuatan ini dilihat akan merugikan masa mereka dan ahli dewan yang lain. Sebagai ahli dewan sepatutnya mereka mendengar hujah-hujah yang mengutamakan kepentingan rakyat.

Ahli dewan juga perlu tahu bahawa tiap-tiap tempat duduk dalam dewan ini diperhatikan rakyat baik di televisyen atau akhbar tempatan. MP menyeru bahawa eloklah semua ahli dewan mengambil berat tentang perkara ini supaya imej Parlimen sentiasa dipertahankan.

YB Wakil kedah Kitar Semula

oleh : Nabilah

Ir Haji Zamri, wakil kedah dalam ucapan terima kasih daripada titah ucapan DYMM telah menyentuh beberapa perkara termasuklah ekonomi,pendidikan, dan keselamatan.
Walaupon Malaysia telah mencapai kemajuan, beliau mengatakan bahawa tidak semua rakyat Malaysia merasai nikmatnya. Maka, mereka ini membuat keputusan untuk memilih kerajaan yang kononnya dapat menepati hasrat rakyat. Beliau mengatakan juga bahawa akhbar nasional sendiri telah memaparkan berita-berita tentang betapa daifnya kedudukan rakyat di Sabah, Sarawak dan juga pedalaman Kedah. Beliau juga menyentuh program 'Bersamamu' di TV 3 jika diberi peluang untuk memaparkan perkara ini akan mengambil masa beribu-ribu jam.

Beliau juga menyebut tentang penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek Matematik dan
Sains. Beliau tidak bersetuju dan telah meminta Kementerian Pendidikan untuk memansuhkan pendekatan ini. Ini perkara baru yang ditimbulkan oleh ahli dewan, malah sejak 2 minggu yang lalu perkara ini telah dihujahkan. YB Ir Haji Zamri,wakil Kedah ini hanya mengitar semula maklumat yang telah pun diulang berkali-kali.

Beliau juga menyentuh mengenai isu keselamatan dalam negeri sambil mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana pihak polis berjaya menyelesaikan banyak kes, tetapi dari segi statistiknya, kegiatan jenayaah kelihatan meningkat. Walhal pihak KDN telah menambah bilangan anggota polis, tetapi rasa tidak selamat itu seolah-olah masih wujud.

YB Ir Haji zamri juga sepatutnya membaca rekod-rekod dewan sebelum berhujah pada
petang ini. Beliau sepatutnya mengeluarkan perkara-perkara segar untuk difikirkan
bersama dengan ahli dewan. Diharap Menteri Besar kedah menghantar wakil yang lebih
faham untk mengoptimakan kehadiran wakilnya dalam dewan ini.

Tuesday, May 27, 2008

JANGAN MARAH JIKA AG RAJIN BUAT KERJA


(Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz menjelaskan tindakan AG turun padang)

NUKLEAR SEBAGAI SUMBER TENAGA


(Temuramah dalam Warta Tengahari RTM1 - 26 Mei 2008)

KEBUDAYAAN ETNIK


(Datuk Mohd Shapie Afdal)

PROGRAM BAIKI MUTU HIDUP BERTERUSAN

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata kerajaan sentiasa mengambil langkah untuk memperbaiki kualiti dan taraf hidup masyarakat luar bandar menerusi program serta projek yang berterusan.

Antara langkah yang diambil oleh kementerian ialah mempergiatkan modal insan melalui program pendidikan sepanjang hayat seperti pra sekolah dan kursus kemahiran kampung dan kepemimpinan sosial desa.

Selain itu, kerajaan juga mempergiatkan usaha membasmi sepenuhnya kemiskinan tegar dan mengurangkan separuh kemiskinan luar bandar. Usaha lain ialah menerusi skim pembangunan kesejahteraan rakyat dan program agropolitan.

RAKYAT RUGI JIKA MP BUAT KECOH


(Dewan Rakyat kecoh kerana MP Padang Serai buat hal)

MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, kesal dengan kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat pagi ini yang menyebabkan rakyat tidak dapat mendengar jawapan daripada kerajaan berhubung helikopter Nuri dan reformasi institusi pendidikan.

Ini kerana MP pembangkang membuat kecoh dan menanyakan soalan yang tiada kaitan dengan jawapan daripada Timbalan Menteri. Dua MP pembangkang yang membuat kecoh ialah MP Padang Terap dan MP Padang Serai. Walaupun Speaker sudah memberitahu MP Padang Terap bahawa soalan tambahannya tiada kaitan dengan jawapan Timbalan Menteri, beliau terus bangun dan menegaskan soalannya ada kaitan.

Ini mendorong Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, meminta beliau duduk dahlu untuk membenarkan beliau meneruskan penjelasan. MP Padang Terap terus berdegil sehingga ditegur oleh Speaker. Datuk Idris kemudiannya menggunakan bahasa Tamil untuk meminta MP Padang Terap duduk. Menurut Timbalan Menteri itu bahasa Tamil itu membawa maksud supaya ahli Parlimen itu duduk. Ketika itu, MP Padang Serai menjerit-jerit meminta Datuk Idris menarik balik perkataan itu yang disifatkan sebagai lucah dan bukan bahasa seorang Ahli Parlimen. Datuk Idris meminta beliau menyebut perkataan itu sekali lagi tetapi beliau tidak mahu dan menjerit-jerit seperti budak sekolah tadika dan amat memalukan Dewan Rakyat yang turut dikunjungi oleh Ahli Parlimen dari luar negara.

Malah MP Padang Serai melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan ialah bangun dan pergi ke tempat Speaker Dewan untuk berbisik kepadanya.

Pemerhati politik mahu supaya PKR mengajar MP mereka dalam soal tatasusila dewan agar tidak nampak sebagai MP yang gelojoh dan tidak layak untuk dipanggil sebagai MP. Ini bukan pertama kali MP Padang Serai membuat kecoh dan tindakan seperti badut itu perlu dihentikan untuk menaikkan maruah Dewan Rakyat dan mereka yang menganggotainya.

DANA KHAS UNTUK BANGUNKAN USAHAWAN



Timbalan Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Jacob Dungau Sagan, berkata kerajaan sedia dana khas untuk menggalakkan usahawan menceburkan diri dalam bidang utama yang digalakkan oleh kerajaan.

Menurutnya, kerajaan juga menyediakan kemudahan kewangan seperti dana inovasi keusahawanan bagi meningkatkan sektor IKS dalam bidang pembangunan produk dan penambahbaikannya.

Beliau berkata, salah satu agensi MITI iaitu Matrade sentiasa menjalankan promosi di luar negara termasuk bahan-bahan yang dikeluarkan oleh IKS di negara ini. Kerajaan juga menyediakan peruntukan mencukupi untuk mengadakan promosi sepanjang tahun.

Datuk Jacob menerangkan mulai 2005 hingga April 2008, pihaknya menerima 14,101 permohonan untuk geran atau softloan. Geran yang diluluskan untuk dua skim ini RM768 juta dan geran yang diberikan RM347 juta manakala softloan pula ialah RM427 juta. Dari segi prestasi, katanya, ia amat memuaskan dan bagi usahawan bermasalah untuk membayar balik, pinjaman mereka dijadualkan semula.

Beliau menjawab soalan MP Tenggara, Datuk Halimah Siddique.

MEMPERTAHANKAN SABAH SEHINGGA KE DARAH TERAAKHIR

MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yakin rakyat Sabah akan mempertahankan negeri itu sehingga ke titisan darah terakhir jika ada pihak yang berusaha untuk mengambil negeri ini daripada Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam bualbicara Dari Parlimen RTM1 yang bertanyakan mengenai laporan yang menyatakan rakyat Filipina, Nur Misuari, ingin menuntut Sabah di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.

Menurutnya, Nur Misuari tidak mempunyai local standi dan sebarang tuntutan ke ICJ perlu dilakukan oleh kedua-dua negara yang terbabit bukanlah individu tertentu. Beliau mengecam sebarang tindakan pihak luar yang ingin mengambil kesempatan.

Datuk Abdul Rahman juga menyifatkan tindakan untuk "membeli wakil rakyat" adalah perbuatan yang menghina MP dan ia tidak adil kepada rakyat yang telah memilih mereka.
Baginya, beliau rasa terhina kerana diwar-warkan untuk melompat parti.

Menurutnya, pada mulanya, beliau menganggap tindakan membeli itu sebagai satu kepentingan politik tetapi setelah mengetahui pihak pembangkang mewar-warkan bahawa kerajaan sekarang ingin digulingkan dengan membeli atau meminta wakil rakyat melompat, beliau membongkarkan perkara itu di Parlimen kerana menganggapnya sebagai satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Datuk Abdul Rahman sudah membuat dua laporan kepada BPR di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Beliau yakin BPR akan mengadakan siasatan untuk membongkarkan tindakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri dan mengetepikan kepentingan negara.

Beliau memuji ada pemimpin dalam PKR yang tidak mahu perkara ini berlaku kerana merasakan pengulingan ini tidak sepatutnya berlaku. Ia hanya dilakukan oleh beberapa pemimpin yang ingin mencapai kepentingan peribadi.

Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahman berkata, pencapaian institusi pengajian tinggi negara ini amat membanggakan kerana dalam tempoh 50 tahun ia sudah menunjukkan prestasi yang baik.

Monday, May 26, 2008

TAMBAHAN ANGGOTA POLIS


(Datuk Ahmad Husni Mohamed Hanadzlah)

KOS LANDASAN KTM IPOH-PADANG BESAR


(Datuk Seri Lajim Haji Okim)

FELDA MASIH RELEVAN


(Datuk Hassan Malek)

LAWATAN BERSEJARAH YANG DIPERTUAN AGONG

VIENTIANE, 26 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah tiba di sini Isnin bagi memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Laos.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vietiane Wattay kira-kira 10.15 pagi (waktu tempatan) setelah berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ketibaan pasangan Diraja itu, yang diiringi Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek serta pegawai kanan kerajaan disambut oleh Menteri Tenaga dan Galian Laos, Dr Bosaykham Vongdara selaku Menteri Pengiring dan para pegawai kanan kerajaan Laos, serta Duta Malaysia ke Laos Zainal Abidin Ahmad.

Lawatan Seri Paduka adalah di atas jemputan Presiden Laos, Choummaly Sayasone dan merupakan satu sejarah kerana lawatan ini merupakan lawatan pertama kali yang dilakukan oleh Ketua Negara Malaysia ke negara itu dalam sejarah hubungan antara kedua-dua negara.

Seri Paduka berdua kemudiannya diiringi ke Istana Presiden untuk upacara sambutan rasmi negara dan disambut oleh Choummaly serta isteri Keosaychay Sayasone.

Tuanku Mizan kemudiannya diiring oleh Choummaly ke pentas khas untuk istiadat sambutan dengan lagu kebangsaan Negaraku dan lagu kebangsaan Laos dimainkan.

Seri Paduka seterusnya memeriksa pasukan kawalan kehormatan sebelum diperkenalkan kepada para pembesar, menteri, pegawai kerajaan dan diplomatik asing yang berkhidmat di Laos.

Pada sebelah petang, Seri Paduka berdua dijadual melawat Muzium Kaysone Phomvihane yang dibina khas untuk memperingati bekas pemimpin revolusi dan juga bekas Presiden Laos, Kaysone Phomvihane.

Pasangan Diraja akan turut melawat Galeri Ekkalak Loa yang merupakan pusat pemasaran barangan kraft utama di kalangan pengusaha kraftangan tempatan.

Tuanku Mizan selepas itu akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sidang Nasional Laos, Thongsing Thammavong di hotel penginapan baginda Don Chan Palace Hotel.

Permaisuri Nur Zahirah yang mempunyai atur cara berasingan, dibawa melawat National Rehabilitation Center yang dibina pada 1964 dan kini menempatkan serta melatih 120 pelajar cacat penglihatan dan pendengaran serta 90 pelajar kurang upaya.

Pada sebelah malam ini, Seri Paduka Baginda berdua akan menghadiri jamuan negara yang diraikan oleh Choummaly dan isteri di Loa Plaza Hotel.

Pada pagi esok, Tuanku Mizan dijadual menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Laos, Bouasone Bouphavanh sebelum baginda berdua melawat Luang Stupa.

Baginda berdua akan turut berangkat ke Kota Diraja bersejarah Luang Prabang, yang juga dikenali sebagai "Permata Indo China", yang merupakan tapak sejarah yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Di Luang Prabang, Tuanku Mizan dan Permasiuri Nur Zahirah akan melawat Muzium Istana Diraja sebelum berangkat ke pusat kraftangan The Sangkhong.

Baginda berdua kemudiannya akan berangkat kembali ke Vientiane untuk menghadiri majlis makan malam bersama masyarakat Malaysia, di Don Chan Palace Hotel.

ISTILAH "LICENCE TO KILL" GAMATKAN DEWAN

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Istilah 'licence to kill' yang membawa maksud kebenaran untuk membunuh disebut oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad mencetuskan rasa tidak puas hati apabila wakil rakyat pembangkang mendesak ungkapan itu ditarik balik kerana beranggapan ia memberi implikasi buruk kepada profesion doktor.

Kekecohan dalam dewan bermula apabila Dr Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai) bangun membantah penggunaan istilah itu yang dianggapnya memberi gambaran seolah-olah doktor mempunyai lesen untuk membunuh manakala Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (PAS-Titiwangsa) meminta Abdul Latiff menarik balik perkataan itu.

Keadaan dewan yang bertambah gamat memaksa Yang Dipertua Tan Sri Pandikar Amin Mulia menenangkan keadaan dan meminta Abdul Latif membuat penjelasan.

Abdul Latiff berkata beliau tidak bermaksud untuk merujuk istilah itu bahawa doktor mempunyai lesen membunuh sebaliknya ia menggambarkan kegagalan atau pun kecuaian oleh sesetengah doktor.

"Sebenarnya pembangkang yang sering bersikap negatif...kalau pihak pembangkang merasakan mereka mempunyai lesen itu untuk membunuh, terpulanglah," katanya.

Sebelum itu Abdul Latiff menyebut istilah "licience to kill" dan "licience to heal" semasa menjawab soalan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) mengenai masalah kekurangan doktor yang berkhidmat di hospital dan klinik luar bandar di Sarawak.

Bagaimanapun wakil pembangkang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Abdul Latiff dan mendesak beliau menarik balik kenyataan itu.

Abdul Latiff bangun menjelaskan yang beliau langsung tidak mempunyai niat jahat semasa menyuarakan istilah itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Keadaan bertambah gamat apabila Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) bangun mencelah dan berkata istilah itu tidak bersesuaian sama sekali untuk menggambarkan kecuaian oleh doktor.

Walaupun pada awalnya Abdul Latiff enggan menurut saranan pembangkang tetapi apabila diminta oleh Pandikar Amin dan memandangkan keadaan semakin kecoh dan berlarutan hampir 20 minit, Abdul Latiff akhirnya bersetuju menarik balik penggunaan istilah "licience to kill" itu.

HAK BN TENTUKAN SIAPA ANGGOTA JK

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata lantikan anggota di dalam Jawatankuasa Pemilih Parlimen adalah hak Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang memenangi lebih kerusi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Beliau berkata soal pelantikan wakil MIC di dalam jawatankuasa berkenaan adalah bagi mewakili masyarakat India adalah terpulang kepada mereka walaupun pembangkang mendakwa mereka mempunyai lebih ramai wakil rakyat keturunan itu di dalam Parlimen.

"Itu hak kita. Nisbah yang ada sekarang ialah empat daripada parti kerajaan dan dua daripada pembangkang itu dikira munasabah kerana pelantikan perlu mewakili gambaran sebenar kerusi yang dimenangi parti-parti.

"Nisbah itu adalah adil. Kita menang 140 kerusi manakala pembangkang hanya 82," katanya semasa menggulung perbahasan usul mengikut peraturan mesyuarat 76 bagi melantik jawatankuasa pemilih bagi tempoh Parlimen ke-12 yang dibentangkannya.

Dewan Rakyat bersetuju melantik Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai pengerusi, Timbalan Perdana Menteri dan anggota Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak, Anggota Parlimen Kulai Datuk Seri Ong Ka Ting, Anggota Parlimen Penampang Tan Sri Bernard Dompok, Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam serta Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam jawatankuasa berkenaan.

Nazri berkata jawatankuasa itu, yang turut dianggotai oleh tiga menteri Kabinet, tidak seharusnya disalah anggap sebagai berkepentingan kerana ia sebenarnya pelantikan atas kapasiti mereka sebagai Anggota Parlimen yang mewakili kawasan masing-masing dan bebas membuat keputusan.

Nazri merujuk kepada Najib, sebagai Anggota Parlimen Pekan, Najib juga bebas membuat keputusan. Merujuk kepada penjelasan yang diminta oleh Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat), beliau berkata tidak ada ruang lagi untuk memberi tempat seorang lagi mengangotai jawatankuasa bagi mewakili parti itu.

Malah katanya tempat bagi wakil rakyat dari Sarawak juga terpaksa dikorbankan kepada Kit Siang, manakala wakil orang Cina diberikan kepada Ong dan India diberikan kepada Dr Subramaniam.

Menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Nazri berkata sekiranya pembangkang mahukan wakil masyarakat India di dalam jawatankuasa berkenaan, mereka perlu sedia mengambil peruntukan yang diberikan kepada Dr Wan Azizah.

Nazri berkata lantikan itu juga merangkumi pemimpin kanan parti masing-masing bertujuan memudahkan mereka membuat keputusan bagi pihak parti dan urusan jawatankuasa.

Mengenai dakwaan Azmin bahawa MIC tidak lagi mewakili masyarakat kaum India di negara ini kerana beberapa pemimpin kanan mereka tewas pada pilihan raya umum lepas, beliau berkata ia hanyalah tanggapan wakil pembangkang itu sahaja.

"Kita ikhlas, jujur dengan masyarakat India dan meletakkan wakil mereka dalam kawasan yang majoritinya bukan India (iaitu Melayu) pada pilihan raya umum lepas sebagai contoh di Teluk Kemang dan Hulu Selangor tetapi PKR meletakkan calon Melayu.

"PKR yang menyebabkan kurangnya wakil India itu. Saya tak nafikan sokongan orang India kepada PKR, mereka letak calon Melayu di kawasan Melayu tapi kita letak calon bukan Melayu, mana tak mati (kalah) kita," katanya.

DS AZMI KHALID JADI PENGERUSI PAC



KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini melantik Anggota Parlimen Padang Besar Datuk Seri Azmi Khalid sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi penggal Parlimen ke-12.

Anggota Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw dari DAP pula dipilih sebagai Timbalan Pengerusi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang mencadangkan usul bagi pelantikan itu berkata pemilihan Azmi sebagai pengerusi PAC tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan mesyuarat walaupun beliau pernah menjadi menteri dalam kabinet sebelum ini.

"Ini pernah berlaku. Sebelum ini wakil dari Johor Baharu (Datuk Shahrir Samad) yang dulu pernah menjadi menteri menjawat jawatan pengerusi PAC sebelum ini dan beliau menjalankan tugas dengan baik," katanya.

Nazri berkata Azmi dilantik berdasarkan pengalaman beliau sebagai menteri manakala Tan pula memang dihormati kerana sudah menjadi wakil rakyat sejak tujuh penggal lepas .

Dewan menolak usul daripada Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) supaya jawatan pengerusi PAC diberikan kepada Tan dan timbalan kepada Azmi.

MALAYSIA WILL RETAIN ITS STAND ON FTA WITH USA

KUALA LUMPUR, May 26 (Bernama) -- Malaysia will stick to its stand and not compromise in several sensitive areas such as agriculture during the next round of negotiations on the Free Trade Agreement with the US this July, says Minister of International Trade and Industry Tan Sri Muhyiddin Yassin.

He said the interest of the country, as well as that of its farmers, planters and fishermen would continue to be paid attention during the negotiations.

The agriculture sector is important to the country and any agreement likely to affect the sector will not be made, he told the Dewan Rakyat Monday.

"This is the reason (for an example) why we did not agree to include the planting of padi in the negotiations," he said in reply to a question from Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) on the effects an US-Malaysia FTA will have on the country's agriculture sector.

Earlier, in reply to a question from Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) on the reasons for the delay in the FTA, Muhyiddin said negotiations with the US, which started in March 2006, will continue until a satisfying and mutually benefitting deal is reached.

Todate, seven round of negotiations have been held with dicussions on certain areas still continuing, he said.

The last round was held in Kuala Lumpur from January 14-17 this year. Since then, technical negotiations have been held through video conferencing and telephone.

Considering that the FTA negotiations are comprehensive and being carried out through 19 working groups by the relevant ministries and agencies, all matters concerned will be given indepth consideration before the solutions are found to benefit the country, he said.

On the implications of the deal to the country's competitiveness and economy compard with neighbouring countries like Singapore which has already signed a FTA with the US, Muhyiddin said in terms of trading of manufactured goods there was not much significant implications to Malaysia.

"Malaysia is the US' second largest trade partner in the Asean region and is also its 13th largest source of global import, contributing 1.7 percent to the the US' total global import," he said.

Malaysia's exports also do not directly compete with that of Singapore's, he said.

PRIORITY TO HIGH TECH BASED INVESTMENTS

KUALA LUMPUR, May 26 (Bernama) -- Minister of International Trade and Industry Tan Sri Muhyiddin Yassin said Malaysia now gave priority to foreign investors with high technology and expertise based industries when promoting the country as a strategic investment destination in the Asian region.

Apart from ensuring that the country does not face a deficit in its balance of trade, the move is also expected to reduce the unemployment problem in the country.

"The kind of investments we are taking into the country now is no longer like before where any form of investment was taken in, so much so we need untrained labour from neighbouring countries. We don't need this anymore," he told the Dewan Rakyat Monday.

"What we need now is the high technology industries requiring expertise and high level of skills," he said.

"This is where we need to train our youth at the local education centres so that we can fulfill the needs of the high technology industries. The government is taking measures towards this, he said.

"The measures are to ensure that the country will not face a situation where its trade and investments come down and compounded with the problem of unemployment as well," he said.

Muhyiddin said this in reply to a question from Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) on the measures taken by the government in facing the increasing level of unemployment if there are no new investments in the manufacturing and services sector.

The government admits there is high competition now, especially from Asean in the aeas of trade and investment, he said, adding that this was why Malaysia should have its own unique charm when compared with neighbouring countries in its quest for investments.

DESAKAN SUKARKAN PERALIHAN KUASA

Oleh Tulip Desa

Keputusan nekad yang diambil oleh Tun DrMahathir Mohamad untuk keluar daripada UMNO menimbulkan pelbagai reaksi mahupun daripada rakyat juga pemimpin-pemimpin UMNO.Adakah ini jalan terakhir bagi Tun untuk mendesak Pak Lah untuk meletakkan jawatan apabila kritikan-kritikan yang dilontarkan sebelum ini tidak menampakkan tanda-tanda untuk YAB Perdana Menteri untuk berundur. Rakyat semakin bosan apabila acapkali mendengar desakan dan tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir dan anaknya Mukhriz terhadap YAB Perdana Menteri.

Pada hemat Tulip desakan-desakan ini tidak membantu proses peralihan kuasa malah menyukar dan melambatkan proses tersebut. Rakyat mahukan agar pemimpin-pemimpin UMNO bersatu-padu dalam menangani isu-isu dalaman UMNO yang dilihat semakin parah dan harus diselesaikan segera di meja rundingan. Tulip percaya UMNO mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah yang timbul tanpa campurtangan daripada pihak luar. Oleh itu, tumpuan kini seharusnya difokuskan kepada mengukuhkan kedudukan UMNO dan melaksanakan kerja serta menunaikan janji yang telah dibuat kepada rakyat pada pilihan raya 8 Mac lalu.

Kita seharusnya muhasabah diri dan mengingati perjuangan Dato’ Onn Jaafar yang begitu gigih tanpa penat lelah dalam memperjuangkan bangsa Melayu serta berjaya meniupkan semangat nasionalisme kepada orang Melayu. Semangatnya yang kental menjadikan beliau pejuang kebangsaan dan tokoh politik yang terulung.

Sehubungan itu, Tulip berharap agar Tun Mahathir akan kembali kepada asas supaya mendahulukan kepentingan parti berbanding kepentingan diri dan berharap agar Tun mengingati janjinya dahulu supaya tidak menentang Presiden UMNO ketika melepaskan jawatan tersebut kepada YAB Perdana Menteri. Tulip berharap dan menyeru agar semua pemimpin dan ahli UMNO supaya kembali teguh bersama UMNO dan renungkanlah kata-kata sakti daripada Dato’ Onn Jaafar agar kewujudan UMNO relevan sampai bila-bila.

“Melayu hanya boleh selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatu
Padu” 1946

NASIB IKS SABAH DIBELA

BERAS OH BERAS

Oleh Tulip Desa

Kemelut isu kekurangan bekalan beras semakin meruncing sehingga Kerajaan terpaksa mencari alternatif baru bagi menampung keperluan rakyat.

Di Dewan Negara isu ini tidak terlepas untuk terus dibangkitkan. Dato' Musa Hj. Sheikh Fadzir bertanyakan bagaimana cara untuk menggalakkan para petani beralih kepada penanaman padi. Tan Sri Datuk Jins Samsuddin menjelaskan dengan menggalakkan penggunaan tanah terbiar kepada tanah pertanian dan memfokuskan kepada penanaman padi adalah salah satu cara bagi menarik minat petani untuk bersawah.

Teknologi baru yang diperkenalkan, menjadikan benih padi boleh ditanam di kawasan sawah dan bukit sekaligus meluaskan hasil pengeluaran padi bagi menampung keperluan beras negara.

JADIKAN PARLIMEN MEMBINCANGKAN HAL RAKYAT

Oleh Tulip Desa

Tan Sri Jins Samsuddin melalui ucapannya di Dewan Negara menegaskan agar ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat menjadikan parlimen sebagai tempat untuk membincangkan masalah rakyat dan menyampaikan teguran bagi membina negara dan menyatu padukan kaum. Beliau turut menegur sikap sebahagian MP daripada pembangkang yang bersifat kurang sopan dan tidak menghormati Parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang tertinggi apabila menjadikan parlimen sebagai tempat bersuka ria dengan mengadakan majlis harijadi yang tidak berkaitan dengan mana-mana ahli Parlimen atau orang awam.

Beliau juga menyampaikan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang memuji tindakan YAB Perdana Menteri dalam membawa ekonomi Malaysia semakin berkembang serta peningkatan pendapatan perkapita yang meyakinkan pelabur asing untuk menyuntik modal dalam sektor industri Malaysia. Di tambah pula, Malaysia telah dua tahun berturut-turut dicanangkan sebagai destinasi pelancongan dunia yang menjadi penyumbang kepada pembangunan negara.

MASALAH PATI SABAH PERLU KAJI

KOTA KINABALU 25 Mei - Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah memerlukan kajian terperinci oleh sebuah badan bebas dan mempunyai kuasa menentukan bentuk penyelesaian yang menyeluruh.

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman berkata, kajian itu penting memandangkan pada masa ini terlalu banyak dakwaan mengenai PATI tetapi tidak berasaskan fakta yang nyata.

Menurut beliau, oleh sebab masalah tersebut menjadi isu yang sering diperkatakan termasuk dijadikan bahan kempen pilihan raya, pihaknya bimbang rakyat akan hilang kepercayaan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) jika ia tidak ditangani secara konsisten.

''Banyak dakwaan ditimbulkan sama ada oleh parti komponen BN atau pembangkang termasuk projek kad pengenalan palsu serta jumlah sebenar PATI di Sabah. Ada yang kata 200,000 atau 500,000, malah ada kata sampai satu juta.

''Tetapi semua ini tidak pernah ada satu kajian yang tepat dan seharusnya sebuah badan diwujudkan bagi mendapatkan satu gambaran sebenar dan selepas itu barulah kita boleh menghuraikan satu persatu jalan penyelesaian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini bagi menolak dakwaan beberapa pihak bahawa Ahli Parlimen Sabah tidak mengambil berat isu PATI selepas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menolak usul Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai PATI di Sabah.

Pada 22 Mei lalu, cubaan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur meminda usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong gagal apabila ditolak Kiandee yang dianggap satu perbuatan tidak sopan.

Mengulas lanjut, Anifah berkata, apa yang berlaku ialah Kit Siang cuba mengambil kesempatan atas isu yang telah pun disuarakan oleh Ahli Parlimen BN dari Sabah termasuk beliau sendiri.

Katanya, sepatutnya semua pihak menunggu jawapan dan tindakan daripada kerajaan dan tindakan menolak usul Kit Siang tidak bermakna Ahli Parlimen BN mengetepikan kepentingan isu berkenaan kepada rakyat Sabah.

''Apa yang kita minta ialah satu mekanisme berkesan menangani isu PATI ini sama ada dalam bentuk Jawatankuasa Pilihan Parlimen atau sebuah suruhan jaya kerana yang penting ialah kuasa yang ada bagi menyelesaikannya.

''Ia sama seperti sama ada kita mahu menaiki kereta Kancil atau Mercedes untuk ke sesuatu tempat. Matlamatnya sama tetapi lajunya mungkin berbeza. Kita harap kerajaan mengambil tindakan apa yang kita suarakan," ujar beliau.

Katanya, oleh sebab isu PATI di Sabah adalah isu negeri sewajarnya jawatankuasa yang dibentuk terdiri daripada mereka yang memahami isu setempat dan bukannya orang luar yang tidak berkaitan.

Tambah beliau, dalam proses penyelesaian pula, pihak berkenaan tidak boleh melihat daripada aspek undang-undang sahaja tetapi juga soal kemanusiaan kerana apa yang didapati ramai PATI ini tidak diakui oleh kerajaan Filipina termasuk status anak-anak mereka yang lahir di Sabah.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya isu tersebut tidak dipolitikkan oleh pihak-pihak lain kerana tindakan menyelesaikannya perlu dilakukan secara realistik dan secara fakta yang betul.

Menyentuh perkara lain, Anifah sekali lagi menegaskan bahawa kelantangan bersuara di Dewan Rakyat serta tindakan menolak beberapa jawatan yang ditawarkan tidak bererti beliau berhasrat untuk keluar daripada UMNO dan menyertai pakatan pembangkang.

''Saya telah dua penggal memegang jawatan dan oleh sebab terikat dengan etika, saya tidak boleh bebas bersuara. Sekarang, saya mahu bebas bersuara bagi pihak rakyat Sabah.

''Apa yang diperkatakan bukan sahaja baik untuk Sabah tetapi juga penting bagi memastikan sokongan pengundi negeri ini kepada BN tidak berubah seperti tsunami politik yang melanda lima negeri di Semenanjung," katanya. - UM.

TARIK BALIK SUBSIDI MINYAK ORANG MAMPU

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA (UTUSAN MALAYSIA)

KUALA LUMPUR 25 Mei – Kerajaan dicadangkan menarik balik subsidi minyak daripada golongan berkemampuan agar peruntukan itu dapat digunakan sepenuhnya untuk memberi subsidi kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Pakar ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, ia adalah antara mekanisme yang boleh dilaksanakan bagi menangani kesan kenaikan harga minyak dunia yang semakin meruncing sekarang.

Dengan cara itu, katanya, golongan berpendapatan sederhana dan rendah tidak akan terjejas akibat situasi tersebut.

“Kerajaan tidak boleh berterusan memberi subsidi kepada semua golongan kerana ini akan menyebabkan negara menerima kesan ekonomi yang teruk,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai skim subsidi baru yang akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat ini sebagai usaha menangani kesan kenaikan melambung harga minyak di pasaran dunia sekarang.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, skim baru itu akan tetap mengambil kira kepentingan rakyat terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Ia ekoran harga minyak mentah dunia yang terus meningkat mencecah paras ketinggian baru melebihi AS$135 (RM432) setong semalam, berikutan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan dan peningkatan permintaan global.

Ramon berkata, cara tersebut juga akan dapat mengatasi ‘kebocoran’ dalam pemberian subsidi harga minyak negara yang juga perlu ditangani segera oleh kerajaan.

“Subsidi yang tinggi di Malaysia menyebabkan penyeludupan minyak berleluasa dan akhirnya negara yang menerima kesan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG), Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, kerajaan perlu mewujudkan satu skim yang benar-benar kukuh dalam pemberian subsidi kepada pengguna.

Katanya, antara yang boleh dilaksanakan ialah dengan menggunakan maklumat pendapatan pengguna bagi menentukan mereka layak atau tidak untuk membeli minyak pada harga subsidi.

“Kelayakan subsidi kepada pengguna boleh ditentukan dengan mengenal pasti pendapatannya. Jika dia mampu, maka tidak perlu subsidi tetapi bagi yang kurang berkemampuan, mereka layak mendapat harga subsidi,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga harus mencari mekanisme terbaik bagi mengatasi ‘kebocoran’ dalam hal pemberian subsidi minyak memandangkan harga bahan itu di negara ini lebih murah berbanding negara jiran yang lain.

Katanya, subsidi secara berterusan akan meningkatkan ruang untuk kegiatan penyeludupan kerana wujudnya peluang menjual minyak subsidi pada harga yang tinggi di negara-negara jiran.

BANGUNKAN PULAU PISANG

Oleh MUHAMMAD ZIKRI ZAINOL (UTUSAN MALAYSIA)

PONTIAN 25 Mei – Kerajaan perlu segera merangka program untuk membangunkan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau tersebut berkekalan, selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut diminta mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura.

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan berkata, langkah itu penting kerana pulau tersebut mempunyai persamaan dari segi sejarah dengan Batu Putih.

Katanya, jika ia dibiarkan tanpa sebarang pembangunan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan atau negeri, ia dibimbangi boleh membawa kepada satu lagi tuntutan bertindih.

“Ini kerana Pulau Pisang kini menempatkan rumah api yang diuruskan oleh pemerintah Singapura seperti mana yang mereka jalankan ke atas Batu Putih sejak sekian lama,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perkumpulan Wanita (WI) Johor, di sini, semalam.

Oleh itu katanya, Kerajaan Pusat atau negeri perlu merangka pembangunan di Pulau Pisang sebagai mengambil iktibar daripada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Batu Putih yang kini menjadi milik republik itu.

“Cukuplah Singapura mempunyai hak ke atas Batu Putih dan menyerahkan sepenuhnya operasi rumah api di Pulau Pisang kepada Kerajaan Malaysia,” tegasnya.

Menurut beliau, Pulau Pisang yang mengandungi empat buah pulau kecil dengan keluasan 178.4 hektar jauh lebih besar daripada Batu Putih yang saiznya hanya 0.1 hektar.

“Mengambil pengalaman pahit orang Johor apabila Batu Putih menjadi milik mutlak Singapura, Pulau Pisang tidak sewajarnya menerima nasib yang sama apabila berlaku tuntutan pada suatu masa nanti.

“Justeru Kerajaan Pusat dan negeri perlu mencari jalan untuk membangunkannya supaya tiada lagi sebarang dakwaan mengenai pemilikannya pada masa depan,” katanya.

Tambah Ahmad, sebagai pulau yang terletak di kawasan Parlimen Pontian, banyak perkara yang boleh dilakukan supaya pulau tersebut ‘diaktifkan’ dan tidak hanya berfungsi sebagai rumah api seperti sekarang.

“Antaranya ialah pembinaan jeti yang dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia bagi memudahkan pelawat mendarat pada waktu surut serta bekalan elektrik dan air bersih,” ujarnya.

Sekarang ini hanya terdapat satu jeti di pulau itu yang dikendalikan oleh pihak Singapura untuk tujuan pengurusan rumah api tersebut.

Selain itu kata Ahmad, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) boleh mencadangkan Pulau Pisang sebagai Taman Negara seperti Taman Negara Tanjung Piai dan Taman Negara Pulau Kukup.

Katanya, Pulau Pisang juga sesuai dijadikan tapak perkhemahan dengan syarat kemudahan awam seperti surau, tandas, bilik air dan sebagainya disediakan terlebih dahulu.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya amat pedih apabila keputusan ICJ mengenai Batu Putih banyak mengkhususkan kepada pemilikan rumah api.

“Bagi mengelakkan perkara seperti itu tidak berulang lagi, Pulau Pisang sewajarnya tidak dibiarkan tanpa ada satu program pembangunan yang menguntungkan Malaysia dan negeri Johor,” jelasnya.

Tambahnya, beliau juga telah melawat Pulau Pisang baru-baru ini dan sebelum itu, Pegawai Daerah Pontian, Mislan Karmani pernah melawat pulau tersebut bersama-sama ketua-ketua jabatan peringkat daerah.

Katanya, segala aspek pembangunan yang dicadang akan dikaji supaya mesra alam dan kepada nelayan yang berteduh daripada cuaca buruk dan sebagainya.

Jelas beliau, Pulau Pisang juga boleh dijadikan destinasi pelancongan bagi Pontian dengan adanya aktiviti serta kegiatan yang ditawarkan kepada orang ramai.

“Tetapi yang penting ialah soal pemilikannya kepada Malaysia dan negeri Johor, walaupun rumah api itu diuruskan oleh Singapura disebabkan faktor sejarah lampau,” jelas Ahmad.

DS DR ZAHID HAMIDI MENGENAI MURTAD


(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab soalan MP Baling, Datuk Azamuden Taib)

SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK9

MALAYSIA PERLU DAULATKAN PULAUNYA

MP Ledang, Hamim Samuri, berkata mulai sekarang semua pulau-pulau kecil mahupun "batu" sekalipun perlu dikenalpasti agar ia dipastikan berada dalam sempadan negara ini.

Dalam rancangan bualbicara Dari Parlimen RTM1 pagi ini, beliau berkata pulau-pulau itu perlu dipastikan kedaulatan termasuk pembinaan bangunan atau dimajukan agar ia tidak berulang seperti kes Pulau Batu Puteh (PBP) di Johor.

Antara pulau itu ialah Pulau Pisang yang perlu dibangunkan supaya ia terus kekal sebagai pulau milik negara ini. Jika ini tidak dilakukan, negara akan menerima kesannya dalam tempoh 50 tahun akan datang seperti nasib PBP.

MP Hamim juga mencadangkan agar Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) melaksanakan pendekatan mengambil usahawan Industri Kecil dan Sederhana sebagai "anak angkat" mereka supaya segala bantuan boleh diberikan kepada kumpulan ini.

Menurutnya, antara tindakan yang boleh diambil oleh GLC ini ialah menanam modal atau memberikan teknologi tinggi agar usahawan ini boleh mempertingkatkan pengeluaran barangan mereka di samping memastikan ia bermutu untuk pasaran antarabangsa.

Mengulas soalan dadah yang dibincangkan di Parlimen pagi ini, beliau meminta semua persatuan bukan kerajaan (NGO) mengambil bahagian secara aktif untuk membantu dan merawat bekas penagih dadah.

Menurutnya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai bentuk bantuan termasuk dari segi menyedarkan penagih mengenai bahaya dadah dengan menyediakan modul-modul latihan yang diperbaiki dari semasa ke semasa. Kerajaan juga menyediakan kemahiran kepada penagih ini agar mereka boleh memberi sumbangan kepada masyarakat apabila sudah pulih kelak.

MP Hamim juga meminta rakyat negara ini memahami kepentingan mengadakan program PLKN yang didapati amat berfaedah untuk membentuk generasi pelapis negara di samping mempertingkatkan perpaduan di kalangan mereka. Janganlah asyik mengkritik PLKN sehingga membentuk fikiran sempit bahawa program itu tidak menguntungkan. Beliau meminta mereka membandingkan kelebihan yang diperolehi daripada program berkenaan berbanding insiden terpencil seperti kematian atau kejadian tertentu yang boleh berlaku di mana saja atau program apa sekalipun.

MAKLUMAT PENTING KENAIKAN HARGA

Aspirasi Bangsa dalam blognya menjelaskan mengenai kenaikan harga minyak da kaitannya dengan kenaikan harga barangan. Beliau juga mengulas mengenai kenaikan HARGA BERAS .

Sunday, May 25, 2008

MB KEDAH NAFI TUTUP TADIKA

UMNO MAMPU PERJUANGKAN MELAYU

KUALA LUMPUR 24 Mei - UMNO masih mampu memperjuangkan hak orang Melayu walaupun mengalami banyak perpecahan di kalangan ahli parti itu selama ini, kata Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara, Datuk Noh Omar.

Beliau berkata, UMNO masih relevan kepada orang Melayu selagi perjuangan membela nasib mereka dilakukan secara berterusan.

''Saya memahami ahli-ahli UMNO mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik, tetapi jangan lupakan persamaan yang ada pada kita.

''Biarlah kita lupakan perbezaan dan terus memperjuangkan hak-hak keistimewaan kaum Melayu, maka UMNO akan terus kekal,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara Ke-9 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, perjuangan UMNO kini menghadapi dua persimpangan yang bertentangan di antara kaum Melayu dan kaum bukan Melayu.

''Ada yang cakap kami (UMNO) perlu kurangkan memperjuangkan hak Melayu bagi menjaga hati kaum bukan Melayu.

''Dalam satu persimpangan lain pula, kaum Melayu menganggap kami gagal mempertahankan hak Melayu dan kurang berkeyakinan terhadap perjuangan kami,'' tambahnya.

Beliau seterusnya percaya hanya UMNO sahaja yang dapat menyatupadukan kaum Melayu pada masa ini.

Tambahnya, alumni kelab-kelab UMNO akan terus mempertahankan asas perjuangan sebagaimana awal penubuhan parti itu mengenai kontrak sosial yang berkaitan dengan hak Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

''Kontrak sosial yang merangkumi hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan tanah rizab yang dimiliki orang Melayu telah dipersetujui oleh kesemua rakyat sebelum ini dan tiada sesiapa pun boleh mempersoalkannya,'' jelasnya.

Namun, katanya lagi, selain daripada memperjuangkan hak istimewa kaum Melayu, mereka juga tidak akan mengabaikan hak kaum lain.

''Ini termasuk perjuangan membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum yang masih merupakan agenda utama kerajaan,'' ujarnya.- UM.

JANGAN TERLALU GHAIRAH - RAFIDAH

Oleh ZAMZURINA AHMAD (UTUSAN MALAYSIA)

ALOR STAR 24 Mei - Ahli-ahli Puteri UMNO yang menyertai Wanita UMNO dinasihatkan tidak terlalu ghairah untuk bertanding jawatan tertinggi di bahagian-bahagian khususnya jawatan Ketua Wanita.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz sebaliknya menyarankan mereka bertanding di peringkat ahli jawatankuasa terlebih dahulu.

''Kalau nak bertanding pun, bertandinglah untuk ahli jawatankuasa kerana ia melibatkan bilangan yang ramai.

''Malah, bagi ketua-ketua Wanita UMNO bahagian pula, ambil ahli-ahli Puteri yang menyertai Wanita ini sebagai jawatankuasa tambahan supaya sekurang-kurangnya kita akan mendapat input daripada anak-anak muda ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Gerak Kerja Bersama Pergerakan Wanita UMNO Kedah di Dewan Syed Nahar, ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini hari ini.

Menurut Rafidah, keghairahan mereka untuk bertanding boleh menimbulkan masalah kepada parti kerana perpecahan di peringkat bahagian akan berlaku berikutan masing-masing ingin memilih calon mereka.

Beliau tidak mahu bahagian-bahagian UMNO berpuak-puak kerana ia hanya akan melemahkan parti.

''UMNO sebagai sebuah parti dan UMNO juga adalah kerajaan, maka wajar kita kurangkan masalah di peringkat akar umbi.

''Kita tidak mahu wujudnya gejala negatif seperti sogokan, fitnah dan tuduhan yang berkait-kait dengan orang di sekeliling dengan tujuan menjatuhkan lawan.

''Dengan ini akan lahirlah 'orang awak dan orang saya'. UMNO tidak perlu 'orang awak atau orang saya' tetapi UMNO hanya perlukan orang UMNO," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Kedah, Datin Salmah Mat Isa berkata, Wanita UMNO Kedah mahu penjawat jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita UMNO dikekalkan pada pemilihan parti akan datang.

Menurutnya, Rafidah dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perlu dikekalkan bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dalam pergerakan itu.

PEMIMPIN PAS BANYAK UTARAKAN MASALAH RAKYAT


(Sidang Media Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang selepas PRU12)

Sejak Parlimen bersidang, ramai MP PAS yang mengutarakan soalan dan hujjah yang bernas untuk memperjuangkan nasib rakyat di negara ini. Antara MP PAS yang telah menunjukkan prestasi cemerlang ialah MP Kubang Kerian, Mohd Sallehudin Ayub. Beliau memberikan cadangan bernas dan soalan yang menyentuh kepentingan rakyat. MP Kubang Kerian ini dilihat tidak menjerit-jerit atau bangun tidak tentu arah seperti dilakukan oleh MP daripada PKR atau DAP. Ada MP PKR bangun menjerit-jerit seolah-olah ingin mendapat perhatian seperti kanak-kanak di tadika KEMAS.

PERPADUAN AGENDA UTAMA NEGARA

PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahukan setiap rakyat memperkasakan perpaduan sebagai agenda utama negara kerana ia merupakan asas penting dalam menentukan kejayaan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat bukan tidak boleh mempunyai perbezaan pendapat tetapi hendaklah menyuarakannya secara berhemah.

"Mereka mesti tahu sensitiviti kaum. Jangan sakiti perasaan kaum lain. Tuntutan biarlah munasabah," katanya ketika melancarkan Bulan Perpaduan peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.

Beliau berkata tidak mungkin setiap kaum dapat segala-galanya dan sikap tolak-ansur tersebutlah perlu terus dipelihara.

Kewujudan Perlembagaan negara sendiri mencerminkan semangat tolak ansur dan meletakkan perpaduan sebagai asas utama negara, katanya.

Najib berkata semangat permuafakatan di kalangan rakyat juga boleh dilihat dengan jelas sebagai contohnya wujud sekolah Cina dan Tamil di negara ini walaupun sekolah kebangsaan dijadikan sekolah utama pilihan kerajaan sedangkan sekolah jenis kebangsaan tidak wujud di Singapura, Thailand dan Indonesia.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata tahap perpaduan rakyat kini semakin mantap.

Konsep bangsa Malaysia kini sudah pun berada dalam minda rakyat tanpa mengira kaum kerana rakyat melihat seseorang berdasarkan kemuliaan perwatakan seseorang dan bukannya warna kulit.

Misalnya, katanya dalam sesuatu kemalangan jalan raya, pengguna jalan raya rela membantu mangsa tanpa mengira kaum.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan Anugerah Tokoh Perpaduan kepada bekas Yang Dipertua Sabah Tun Sakaran Dandai dan aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Anugerah itu bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pemimpin yang banyak menyumbang kepada usaha-usaha memupuk perpaduan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum. Penerima anugerah itu diberi sijil dan cenderamata.

Najib turut menyampaikan Anugerah Kalung Perpaduan kepada Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Michael Chong, kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid (Lat), wira menyelamatkan mangsa feri terbakar di Mersing Oktober tahun lepas S. Krishnamoorthy, wirawati menyelamatkan mangsa kebakaran rumah di Kota Bahru pada Ogos tahun lepas Nafisah Abdullah dan penangkap peragut Mohd Afzal Hamzah.

Anugerah itu diberikan kepada rakyat yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan anggota masyarakat yang ditimpa kesusahan atau bencana. Penerima anugerah diberi sijil, cenderamata dan wang RM5,000.

Sementara itu, Lam Thye berkata perpaduan perlu menjadi keutamaan tertinggi kerajaan dan pendidikannya perlu bermula di sekolah.

"Saya akan berkongsi anugerah ini dengan keluarga saya dan seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Krishmoorthy pula berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk menyelamatkan mangsa feri terbakar sekiranya ia berlaku di masa akan datang.

"Saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia membantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum," kata Michael Chong.

Nafirah pula berterima kasih kepada kerajaan di atas penghargaan kerana beliau menyelamatkan dua mangsa kebakaran.

Friday, May 23, 2008

PBP : SINGAPORE HAS SOVEREIGNTY

From Nor Faridah A. Rashid

THE HAGUE, May 23 (Bernama) -- The International Court of Justice here today ruled Singapore has sovereignty over Pulau Batu Puteh while Malaysia owns Middle Rocks, and South Ledge belongs to the state in whose territorial waters it is located.

The judgment brought to a close a 28-year-old territorial dispute between Malaysia and Singapore over the island which Singapore called Pedra Branca, Middle Rocks and South Ledge.

Pulau Batu Puteh is located 7.7 nautical miles off the coast of Johor's Tanjung Penyusuh. Both countries have pledged to abide by the decision of the ICJ, the principal judicial organ of the United Nations, whose decision is final and not subject to appeal.

Malaysia and Singapore have also repeatedly emphasised that whatever decision handed down by the ICJ, would not strain ties between the two neighbours.

The judgment was delivered by ICJ Vice-President Shawkat Al-Khasawneh, who was the Acting President in the case, at 10am Netherlands time and ended reading out the verdict five minutes before noon.

Shawkat and 15 other judges had heard oral submissions by both countries from Nov 6-23 last year.

Malaysian Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim regarded the judgment as a "win-win" situation and stated that the status quo remained although Singapore had sovereignty over Pulau Batu Puteh and Malaysia over Middle Rocks.

The delivery of the judgment was televised live by RTM from The Hague, Netherlands, from 10am (4pm in Malaysia).

PARLIMEN BUKAN TEMPAT TUNJUK LAGAK

Oleh Ana Pouriz (Ampang, Selangor)

SAYA merasa cukup terganggu dan meluat melihat gelagat sebilangan ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan NGO Hindraf menjadikan lobi Parlimen sebagai tempat menunjuk lagak dan sikap angkuh.

Mereka tidak mempedulikan peraturan menggunakan lobi Parlimen demi mendapatkan publisiti murahan. Apa perlunya membuat sambutan hari jadi yang langsung tidak berkaitan dengan mana-mana ahli Parlimen atau orang awam.

Ternyata ada segelintir ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang baru setahun jagung itu perlu lebih matang berpolitik, perlu lebih serius dan tidak bersikap mengada-ngada. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya memperlekehkan kedudukan Parlimen.

Sebagai pemimpin, mereka juga tidak seharusnya menjadikan Parlimen sebagai medan untuk membuat gimik politik dengan membawa sesiapa sahaja sesuka hati. Mereka lupa mandat pengundi untuk memperjuangkan nasib rakyat, bukannya mengadakan aktiviti yang tidak tentu arah.

Saya mengesyorkan supaya petugas di Parlimen mengetatkan kawalan, peraturan dan penguatkuasaan. Jangan benarkan sesiapa yang tidak berkenaan mencemari Parlimen dengan ‘lawak bodoh’ atau apa-apa juga perbuatan yang menjelikkan.

Jangan sampai rakyat rasa tertipu dan tersalah pilih orang yang tidak layak sebagai pemimpin.

(SUMBER : SURAT PEMBACA UTUSAN MALAYSIA)

PARLIMEN TEMPAT AKTIVITI SOSIAL?

Oleh Esa Adam (Bandar Sunway, Selangor)

SAYA benar-benar rasa kecewa apabila mengetahui yang Parlimen sekarang telah digunakan sebagai tempat aktiviti sosial beragenda politik.

Parlimen sebuah institusi penggubal undang-undang yang tertinggi telah tercemar digunakan oleh segelintir individu untuk tujuan politik.

Pihak berkuasa Parlimen tidak sepatutnya membenarkan kumpulan Hindraf mengunakan Parlimen sebagai tempat menyambut hari jadi seorang anak pemimpinnya. Pihak berkuasa Parlimen mesti bertegas dalam hal ini.

Saya juga kecewa dengan Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang turut serta berada di situ menyambut hari jadi anak pemimpin Hindraf itu. Beliau sepatutnya tahu status Parlimen.

Dengan tidak disedari kita orang dewasa telah mengheret anak tersebut ke arah berpolitik secara tidak sihat dan contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak di seluruh negara.

Adakah kita orang dewasa mahu mengajar kanak-kanak menentang kerajaan? Kanak-kanak adalah umpama rebung yang jika silap dilentur akan terus bengkok selamanya.

Parlimen adalah institusi penggubal undang-undang yang mesti dihormati. Rakyat yang setia kepada negara mesti mematuhi undang-undang yang digubal, dibahas dan diluluskan di Parlimen. Pemimpin-pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah akta ISA adalah mereka yang tidak mematuhi undang-undang negara.

Dengan meraikan sambutan hari jadi tersebut di Parlimen kita seolah-olah mahu menunjukkan kepada anak tersebut yang kita tersilap menahan ayahnya walaupun kita tahu ayahnya bersalah dari segi undang-undang negara.

(SUMBER : SURAT PEMBACA UTUSAN MALAYSIA)

BATU PUTIH MILIK SIAPA?

Oleh NORAINI ABD. RAZAK (UTUSAN MALAYSIA)
(Di The Hague, Belanda)

HARI ini Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan satu lagi keputusan yang bakal dicatatkan dalam sejarah perundangan maritim antarabangsa berhubung siapakah pemilik mutlak Pulau Batu Putih serta dua lagi bentuk maritim iaitu South Ledge dan Middle Rock.

Selepas mendengar hujah-hujah lisan oleh kedua-dua negara yang menuntut kedaulatan ke atas ketiga-tiga pulau itu pada 6 hingga 23 November lalu, tiba masanya ICJ membuat ketetapan yang memihak sama ada kepada Malaysia atau Singapura.

Keputusan ICJ muktamad dan tidak boleh dirayu, manakala kedua-dua negara sememangnya telah membuat perakuan untuk akur dan menerima apa sahaja keputusan yang dibentangkan oleh ICJ hari ini .

Paling penting keputusan tersebut dipastikan tidak menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang sememangnya diketahui sarat dengan perasaan ‘benci tapi rindu’. Banyak isu dua hala yang mengikat Malaysia dan Singapura, dan tuntutan ke atas Pulau Batu Putih adalah salah satu daripadanya.

Antara isu-isu tertangguh yang menjadi ‘duri dalam daging’ hubungan Malaysia-Singapura ialah semakan harga air yang dijual ke republik itu, pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor, pengeluaran wang dari Tabung Simpanan Pusat (CPF) dan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar selain isu penggunaan ruang udara Malaysia oleh Tentera Udara Singapura.

Cuma bezanya isu-isu tersebut menuntut siri rundingan antara kedua-dua negara tanpa perlu merujuk kepada pihak ketiga. Ia berbeza dengan tuntutan ke atas Pulau Batu Putih, South Ledge dan Middle Rock yang melibatkan kedaulatan serta pemilikan lantas memerlukan ICJ sebagai penimbang tara untuk membuat keputusan.

Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula sejak 28 tahun lalu iaitu selepas Malaysia melakukan pemetaan sempadan maritim yang meliputi Pulau Batu Putih sebagai wilayahnya pada tahun 1979.

Secara rasminya Singapura (yang mengendalikan Rumah Api Horsburgh di atas Pulau Batu Putih) mempertikaikan pulau tersebut milik Malaysia menerusi nota bantahan yang bertarikh 14 Februari 1980.

Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.

Pada 1994, Malaysia dan Singapura bersetuju membawa pertikaian ke ICJ melalui Perjanjian Khas untuk memuktamadkan kedaulatan Pulau Batu Putih.

Perjanjian Khas yang ditandatangani pada 9 Februari 2003 dan berkuat kuasa pada 9 Mei tahun sama itu antara lain berbunyi, “Melalui Perjanjian Khas, kedua-dua pihak memohon kepada ICJ untuk menentukan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih; Middle Rocks dan South Ledge milik Malaysia atau Singapura’’.

Proses demi proses telah dilalui oleh kedua-dua negara selepas perjanjian khas itu dimeterai untuk menyempurnakan tuntutan terhadap ketiga-tiga bentuk maritim itu.

Malaysia yang diketuai oleh Duta Tugas-Tugas Khasnya, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad bekerja keras untuk menyediakan bukti berupa dokumen bagi menyokong fakta bahawa Pulau Batu Putih sememangnya hak Malaysia.


Pendirian

Sebab itu setiap hujah Malaysia menetapkan pendirian bahawa kita tidak menuntut sebaliknya negara mahu ICJ menegaskan bahawa ketiga-tiga bentuk maritim itu sememangnya milik Malaysia manakala Singapura adalah pihak yang menuntut.

Abdul Kadir yakin keupayaan Malaysia mempersembahkan kes tersebut dengan cara paling terbaik. Ia bukan sahaja bergantung kepada tiga orang pegawai tinggi negara iaitu dirinya sendiri, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin serta lima peguam antarabangsa yang terkenal.

Kekuatan pasukan Malaysia juga amat bergantung kepada persediaan rapi yang dijalankan oleh para penyelidik yang telah memulakan kes tersebut sejak tidak kurang 15 tahun lalu.

Penyelidikan tidak terbatas di Malaysia malah menjangkau arkib, perpustakaan, muzium dan pelbagai sumber lagi di seluruh pelosok dunia supaya hujah pasukan negara tidak kelihatan sumbang atau lompong apabila dibentangkan ke mahkamah.

Penyelidikan yang diketuai oleh Wisma Putra telah menjadi satu usaha negara yang amat bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan, universiti dan institusi-institusi lain.

Sememangnya tidak salah jika pasukan Malaysia menaruh keyakinan bahawa negara mempunyai kes yang kukuh untuk mengekalkan kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge lantaran kita telah memberikan yang terbaik.

Namun selepas bertungkus lumus menerusi hujah bertulis dan hujah lisannya, keputusan adalah di tangan 16 hakim yang diketuai oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh termasuk dua hakim ad hoc yang dilantik oleh Malaysia dan Singapura.

Harapan Malaysia, gandingan kepakaran tempatan dan antarabangsa ini, kedaulatan ke atas ketiga-tiga bentuk maritim itu akan dapat dikekalkan selama-lamanya.

Hakikatnya bukan rumah api yang dibina di atas Pulau Batu Putih menjadi ‘subjek utama’ pertikaian tetapi kedaulatan pulau tersebut yang menjadi keutamaan bagi Malaysia.

Sebab itu, Abdul Kadir, bertegas bahawa Malaysia bukan menuntut hak kedaulatan ke atas pulau seluas padang bola itu sebaliknya mahu mahkamah mengesahkan semula bahawa ia sememangnya milik negara.

Sememangnya hujah-hujah Malaysia baik dalam bentuk bertulis mahupun hujah lisan menjurus kepada bukti-bukti penting yang menunjukkan bahawa ketiga-tiga pulau itu adalah miliknya. Siri dokumen berupa perjanjian, peta-peta dan fakta sejarah menjawab setiap dakwaan yang dikemukakan oleh Singapura.

Singapura pula menjadikan segala tindak tanduknya berhubung penyelenggaraan rumah api di pulau itu sebagai bukti bahawa ia mempunyai kedaulatan di situ. Bagi Singapura, mereka percaya bahawa telah wujud pentadbiran berkesan (effectivites) di pihak republik berkenaan di Pulau Batu Putih sehingga melayakkan pulau itu menjadi miliknya.

Bukti penting

Sepanjang sesi pembentangan hujah lisan Malaysia telah mengemukakan lapan bukti penting bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Johor sebelum tahun 1847 dan bukannya terra nullius (tidak bertuan) seperti yang didakwa oleh Singapura.

Bukti-bukti penting itu berupa dokumen perjanjian yang dipersetujui sepanjang tahun 1824 hingga 1851 melibatkan Kesultanan Johor dan British.

Tiada dokumen dikemukakan oleh Singapura bagi membuktikan dakwaannya bahawa Pulau Batu Putih adalah terra nullius dan terbuka untuk diduduki oleh mana-mana kuasa sekalipun.

Singapura berhujah bahawa negara itu telah membuktikan pentadbiran berkesan di Pulau Batu Putih dengan menjalankan pelbagai aktiviti di situ sejak lebih 150 tahun lepas bagi membuktikan ia melaksanakan kuasa kedaulatan di Pulau Batu Puteh, yang dipanggilnya Pedra Branca (bahasa Portugis bermaksud batu putih) sedangkan Malaysia tidak berbuat demikian.

Sesungguhnya pasukan Malaysia bekerja keras untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar dan kes ini dapat dibentangkan secara tersusun.

Namun kesempurnaan hujah-hujah itu tidak diketahui sama berjaya menarik perhatian para hakim yang terdiri daripada pakar-pakar perundangan antarabangsa dan bukan calang-calang orangnya.

Sesungguhnya hari ini adalah hari penentu sama ada Pulau Batu Putih, Middle Rock dan South Ledge akan kekal bersama Malaysia ataupun Singapura yang sebelum ini bertindak sebagai penjaga Rumah Api Horsburgh akan menjadi pemilik baru ketiga-tiga bentuk maritim itu.

KING TO INTERVENE IN MAHATHIR-ABDULLAH SPAT?

By Nor Hayati Muda

KUALA LUMPUR, May 22 (Bernama) -- An Umno veteran feels that the spat between former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has reached a stage where it can only be resolved by the intervention of the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin as the mediator.

Tan Sri Abdul Aziz Tapa, 85, said only the intervention of Tuanku Mizan, as the representative of the Malay rulers, can bring the two leaders together for talks to end their quarrel.

"It (the spat) has reached a difficult stage for them to resolve on their own. As such, I would suggest that, if possible, the Yang di-Pertuan Agong summon both of them to have discussions.

"I feel no one else can act as the mediator because both of them are like fire. You cannot fight fire with fire. The matter has even gone beyond the stage where Umno veterans can help," he said when contacted by Bernama.

Saying that Malays were bound by the deep-rooted traditional values of the rulers, he explained that it was not wrong for the Malay rulers to intervene in the dispute because it was Umno which had championed the cause of restoring the powers of the Malay rulers.

He said the Malayan Union proposed in 1946 would have usurped the powers of the Malay rulers except for their status as head of the Islamic religion but Umno championed the cause of restoring these powers through the initiative of the party's founder Datuk Onn Jaafar.

He also said that at stake in the dispute between the two leaders was not just Umno but the Malays in general.

"I see this (dispute) as a harbinger of the destruction of Umno and disunity of the Malays. Pak Lah (Abdullah) heads a Cabinet now. He has won the elections. How can he step down? He cannot resign just because of that (Dr Mahathir's quitting Umno).

"Many (people) have stated their expression of support to Pak Lah. Those who do not support him are maintaining silence. These are indications of a breakup," he said.

Abdul Aziz expressed his feelings on what was happening to the Malays in a "pantun" (poem) which implied that the Malays were in dire straits due to envious leaders, as follows:

Anak raja menjunjung kayu,

Kayu dibawa dibuat titian,

Malang sungguh anak Melayu,

Sebab pemimpin berdengki-dengkian.

Former Wanita Umno chief Tan Sri Aishah Ghani feels that the spat between Dr Mahathir and Abdullah was Umno's domestic problem.

"It is unnecessary to involve the Yang di-Pertuan Agong because this is a party matter. Furthermore, this is not the first time that Umno has faced a crisis. It has been up against worst crises before, and we have resolved all of them.

"It is also not easy to bring these two leaders together for discussions. They are not children," the Umno veteran said.

Aishah said she was convinced that the dispute between Dr Mahathir and Abdullah could be resolved if all quarters involved placed party interests above personal interests.

"I feel the matter can be settled if Pak Lah is a little accommodating. My suggestion is for Pak Lah to say when he would step down. He has mentioned that he would step down but has not said when. Now is the time for him to dislose that.

"When there is a time frame, people wanting Pak Lah to step down will no longer keep urging him to do so because they know when he will do just that," she said.

Aishah said she has been hearing talk among party members who have cynically questioned Abdullah's statement on his stepping down.

"That's the problem. It's just talk. The same goes for (Deputy Prime Minister) Datuk Seri Najib (Tun Razak's) statement that he will discuss the transition of power with Pak Lah. Do so quickly. Do not just talk," she said.

She said that as a veteran who had moved up the ranks in the party, she was saddened by what was happening in Umno now.

"We are unable to do anything. We are powerless. We are just ordinary members. What we have are experience and our love for Umno. It is due to this love for the party that we continue to give our views and advice. It is up to them (the current leaders) whether they want to listen to us," she said.

Recently, political analyst Prof Dr Ahmad Atory Hussein had voiced similar views, saying that it would not be wrong for Abdullah to make the first move and meet up with Dr Mahathir.

"What more when it is in the interests of Umno and the Malays," said the lecturer of the Law and Public Administration Faculty of Universiti Utara Malaysia.

However, it may be difficult to carry out the suggestions of Aishah and Ahmad Atory because since the spat between Dr Mahathir and Abdullah began, both leaders have met but the dispute has remained unresolved.

And, Dr Mahathir has continued to hurl criticisms at Abdullah and has described the prime minister as weak and being under the influence of people close to him, including his family.

Abdullah, who took over as prime minister, Umno president and Barisan Nasional (BN) chairman from Dr Mahathir on Oct 31 2003, has maintained silence rather than reply to the criticisms.

The dispute between the two leaders reached a "shocking" stage last Monday when Dr Mahathir, who had served as Umno president for 22 years, announced that he was quitting the party after having lost confidence in Abdullah's leadership.

Many quarters see the move as a last-ditch attempt by Dr Mahathir to remove Abdullah from Umno and the government.

7 JUTA PELANCONG KE MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Malaysia menerima kunjungan 7,102,617 pelancong dalam tempoh antara Januari dan April tahun ini, peningkatan 0.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Tourism Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata rakyat Singapura merupakan kumpulan pelancong paling ramai ke Malaysia dalam tempoh itu dengan jumlahnya menjangkau 3,487,967.

Ia diikuti oleh Indonesia (697,339), Thailand (488,278), China -- termasuk Hong Kong dan Macau (339,789), Brunei (275,141), India (159,823), Jepun(142,568), Australia (134,778), United Kingdom (128,521) dan Filipina (116,797).

Tahun lepas Malaysia menerima kunjungan 20.97 juta pelancong yang memberikan pendapatan RM46.1 bilion kepada negara.