KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata beliau berpuas hati dan menerima permohonan maaf Malaysiakini berhubung laporan palsu yang disiarkan portal itu yang mengaitkannya dengan satu manifesto untuk menerajui Umno.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, pagi ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat siapa 'kumpulan penyokong' yang dikatakan menyampaikan manifesto itu seperti yang dilaporkan.
"Tanda tanya yang masih berlegar ialah siapa pihak atau dalang disebalik laporan ini," katanya.
Sumber: Berita Harian (22 Oktober 2008)
****************************************************
Citra Adora:
Jangan buat lagi. Inilah ingatan yang perlu diucapkan kepada portal Malaysiakini. Walaupun YAB TPM, Datuk Seri Najib telah menerima permohonan maaf mereka tanpa banyak bicara dan hanya menyerah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat siapakah dalang di sebalik cerita tersebut, diharap insiden ini tidak akan berulang lagi.
Malaysiakini perlu lebih berhati-hati dalam menyiarkan sesuatu berita yang sahih dan benar. Jangan ambil mudah dan memandang enteng dalam menyiarkan sesuatu berita. Siaran berita-berita palsu bukan hanya akan menjejaskan individu terbabit tetapi juga boleh memberi impak negatif yang besar kepada sesebuah masyarakat dan negara.
2 comments:
apa yang penting setiap apa yang di karang oleh malaysia kini hendaklah berdasarkan apa yang benar dan releven..jangan sesekali mengarang ataupun mencipta sesuatu yang boleh menjatuhkan sendiri. tindakan TPM wajar dan biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka untuk menyiasat siapa yang dikatakan menyampaikan manifesto tersebut.
Sudah berapa kali portal tersebut dimaafkan dan terlepas dari tindakan. Kalaulah ianya berlaku lagi, saya sarankan supaya portal tersebut digantung terus. Adalah tidak adil untuk membiarkan portal tersebut untuk menyiarkan berita yang tidak benar, tidak ditapis yang mempunyai ramai pengunjung..yang mudah mempengaruhi pemikiran rakyat yang ketagihkan maklumat terkini.
Post a Comment