Wednesday, October 22, 2008

USM Dinobatkan Universiti Apex

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menjawab soalan yang dikemukakan oleh MP Mambong, Dato' Dr. James Dawos Mamit berkenaan dengan pelaksanaan program Universiti Apex. Beliau menyatakan bahawa Universiti Sains Malaysia tidak bercadang untuk melaksanakan program Universiti Apex walaupun telah dinobatkan sebagai Universiti Apex. Ini memandangkan Universiti Sains Malaysia telah memenuhi kriteria dan melepasi tiga tahap utama yang salah satunya adalah analisis untuk perubahan.

1 comment:

rayliew said...

Universiti Sains Malaysia telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang yang telah berkhidmat kepada negara. Rakyat perlu yakin dengan sumbangan yang telah diberikan oleh universiti dan juga yakin dengan taraf dan pencapaian universiti tersebut.