Thursday, October 16, 2008

Kes rasuah: Kit Siang kelu

utusan online

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) kelu dan tidak dapat menjawab celahan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengenai kes rasuah dua Exco Perak yang ketika beliau membuat pelbagai dakwaan rasuah terhadap kerajaan dan UMNO.

Kit Siang sebaliknya berkata, Parlimen perlu sediakan unit mental untuk Ahli Parlimen BN yang bangun mencelah iaitu Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Seri Tiong King Sing (BN- Bintulu).

"Parlimen perlu ada unit mental, mahu pergi ke hospital sakit jiwa Tanjung Rambutan, mungkin mahu masuk ke Tampoi," katanya menjawab celahan-celahan yang dibuat Ahli Parlimen BN pada perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen BN merujuk kepada kes rasuah dua Exco Perak iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Modal Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Mohd. Osman Mohd. Jailu dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Pertanian dan Perdagangan Negeri, Jamaluddin Mohd. Radzi yang disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

Kit Siang yang menyambung perbahasan hari ini setelah berbahas hampir satu jam setengah semalam bagaimanapun tidak mendengar nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang berulang kali meminta beliau menamatkan perbahasan kerana sudah terlalu lama.

Ahli Parlimen itu dalam perbahasannya berulang kali mendakwa pelbagai perbuatan rasuah dilakukan kerajaan seperti pemberian kontrak rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada TM Berhad, pembelian helikopter daripada Eurocopter bagi menggantikan pesawat Nuri yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

2 comments:

rayliew said...

Beliau diam aje bermakna beliau juga mengaku budaya rasuah diamalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat... tindakan beliau seakan menyokong wakil rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat mengamabalkan budaya rasuah... Sebelum ini dikatakan mahu ambil tindakan, tetapi sampai sekarang NO ACTION sahaja... yang teruk lagi bila ditanya, dia diam saje atau mengalih kepada isu lain... apakah pemimpin ini yang kite mahu, sekejap begini sekejap begitu, mana boleh percaya CAKAP dia.... Rakyat PERAK marilah kita membuat perubahan..

Rebak Anyut said...

betul la....sepatutnya komen la..mungkin dia pun 2 kali 5 kot..hah. politik2