Friday, October 30, 2009

UCAPAN MP MARANG DI PARLIMEN 27 OKTOBER 2009, ADALAH HAMBAR DAN TIDAK PRO-PEMBANGUNAN

Oleh : Pemikir MM


MP Marang DS Abdul Hadi Awang (PAS) dalam ucapan di Parlimen pada 27 Oktober 2009 telah membuat kenyataan-kenyataan politiknya mengenai beberapa isu yang sudah lama dan kerap kali yang ditimbulkan dalam dewan. Apa yang diucapkan walaupun panjang tetapi tidak langsung mempunyai sentuhan kesyukuran kepada Allah bahawa bumi Malaysia yang kaya raya ini dinikmati oleh semua kaum tanpa kira bangsa, agama dan budaya. Beliau, veteran dalam politik, sepatutnya memberi perhatian kepada yang benar dan apa jua kebaikan dan pembangunan positif yang telah dihasilkan oleh Kerajaan BN.

Idea-idea dalam ucapan di dewan mulia ini sepatutnya bersifat membina supaya kerajaan dapat sama-sama meneliti dan membangunkannya. Membuat kritikan yang tidak membina, hanya merugikan masa ahli-ahli dewan dan yang lebih penting lagi pegawai kerajaan yang memang serius cuba mencungkil hujah-hujah positif MP Marang, jika ada. Malangnya, beliau tidak putus-putus dengan pendirian dan pemikiran yang tidak membina.

Pemerhati berpendapat bahawa eloklah pada ucapan-ucapannya yang akan datang, MP Marang, mengeluarkan idea-idea untuk membangunkan rakyat dan negara. Walaupun MP ini adalah pembangkang, beliau bebas memberi pandangan-pandangan pragmatik untuk diterima pakai. Dalam keadaan sekarang, sekiranya idea beliau masih ditahap lama maka sukar pihak kerajaan dan juga media untuk sama-sama menelitinya.

Dinasihatkan bahawa ahli-ahli pembangkang yang lain perlu mempunyai pandangan di luar kotak dan memberi idea bernas supaya mereka kelihatan pro-pembangunan dan bukan sebaliknya. Rakyat Malaysia adalah celik dan mereka lebih mementingkan kualiti hidup dan jemu mendengar retorik semata-mata.

Wednesday, October 21, 2009

Siapakah Dajal Itu?



Oleh: MT


KENYATAAN

DI TUJUKAN KEPADA TUKANG-TUKANG CACI PAS :


Janganlah kamu semua duduk semajlis dengan sebarang Ulamak, kecuali, dengan Ulamak yang mengajak dari lima perkara kepada lima perkara:

1)Dari keraguan kepada keyakinan;

2)Dari riak kepada keikhlasan;

3)Dari ketamakan kepada kesederhanaan;

4)Dari takbur kepada rendah diri;

5)Dari permusuhan kepada nasihat-menasihati.


A) Imam Abu Jaafar Al-Tahawi (Ulama Salaf ke-3) menyatakan, “Barang siapa menyifatkan Allah dengan satu sifat daripada sifat-sifat manusia seperti:

1)Jahat

2)Samseng

3)Mencarut

4)Maki hamun

5)Mencela sesama Islam

6)Mencerca saudara-saudara Islam dan lain-lain sifat mazmumah; dia menjadi kafir”

Diatas adalah pesanan untuk Nik Aziz Nik Mat & Pengikut-pengikutnya.

ULASAN

Wahai orang orang-orang beriman percayalah dakwaan Dato’ Nik Aziz Nik Mat itu amat bertentangan dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

B) Qadi Iyad menyatakan, “Barang siapa menghina orang-orang Islam dengan apa cara sekalipun dan mengutuk Allah s.w.t menjadi kafir dan halal darahnya.”


Satu lagi amanat kepada tukang-tukang caci PAS

HANYA DAJAL MENGENAL DAJAL

Dari Anas Bin Malik, Sabda Rasulullah s.a.w. “tidak ada kampung atau daerah di dunia yang tidak didatangi Dajjal, melainkan Makkah dan Madinah”

Sahabat bertanya “ya Rasulullah apa makna Dajjal?, Rasulullah menjawab “Dajjal itu ialah pembawa berita yang mengelirukan”

Pada tahun 1971 di pondoknya Pulau Melaka (Kelantan), Tuan Guru Nik Aziz mentafsirkan Dajjal ( Nik Aziz ) itu, ialah “Pembawa berita yang mengelirukan, bohong dan fasik” contohnya, Dajjal itu diibaratkan “Bunga Asli dan Bunga Plastik yang tidak dapat dibezakan keasliannya”.

Tambah beliau lagi, Rasulullah s.a.w bersabda “Bahawa pembawa berita yang boleh mengelirukan masyarakat setempat setempat, kampung dan negeri dan negara”

Tuan Guru Nik Aziz dalam penjelasannya mengenai keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan, “Jika seandainya syurga dan neraka itu hak Allah semata-mata tiada guna umat Islam di dunia ini berlumba-lumba berbuat kebaikan kerana akhirnya nanti akan ditentukan oleh Tuhan.

Kalau syurga neraka ni dibiarkan kepada hak mutlak hak Tuhan belaka, banyak mencuri dan rasuah berlaku tak boleh serah mutlak kepada Allah”

Sesungguhnya ketentuan seseorang itu ke syurga atau ke neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. Menafikan hak kekuasaan Allah Ta’ala ini bukan sahaja mengelirukan umat Islam malah merosakkan aqidah. Nauzubillahiminzalik.

Dari Pentafsiran Ini,

Siapakah Dajjal itu?

ULASAN

Dakwaan Nik Aziz Nik Mat amat bertentangan denganakidah ahli sunat waljamaah. Pendapat Nik Aziz samadengan pendapat Moktazilah yang ditolak oleh empat mazhab dalam Islam(Tuhan memberi kuasa kepada manusia maka manusia boleh melakukan apa saja yang mereka suka). Ini bertentangan dengan iradat Allah swt. Manusia tidak boleh melakukan sesuatu perkara melainkan dengan izin Allah, justeru pendapat ini ditolak oleh Imam Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali.

PUTAR BELIT ANWAR SEMASA DALAM BN, PADA 18 APRIL 1995

DI SARAWAK

KINI RAKYAT MALAYSIA TERUS DITIPU

“Rakyat Malaysia mesti menolak fahaman yang di bawa oleh PAS dan DAP, jika ingin memastikan keharmonian dan kemakmuran di negara terus berkekalan”

“Sikap parti pembangkang ini yang ekstremis dan membawa sentimen-sentimen perkauman yang melampau boleh membahayakan keamanan negara ini sendiri, jika kita biarkan gejala tersebut, negara akan menghadapi banyak masalah dalam mendapatkan semula kepercayaan dan perasaan saling hormat menghormati antara kaum seperti yang dinikmati sekarang”

DULU (1995) ANWAR CAKAP LAIN

DI SARAWAK, DI PULAU PINANG

( 24 OGOS 2009) CAKAP LAIN.

Kita mesti berkawan dengan DAP dan PAS kerana mereka mempunyai wawasan untuk orang Melayu, tidak salah kita menghormati mereka kerana mereka rakan seperjuangan kita. Kita perlu pertahankan mereka kerana perjuangan mereka sama dengan perjuangan kita iaitu menumbangkan kerajaan BN”

Anwar Lidah Bercabang

Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar menjelaskan, Kita tidak boleh berkawan dengan DAP dan PAS kerana mereka musuh kita. Mereka estrimis, perkauman, pengkhianat kepada orang-orang Melayu. Kini lain pula pendiriannya. Nilailah sendiri…...

KERJA NIK AZIZ SELAMA INI ADALAH

TUKANG CACI NOMBOR 1 DI MALAYSIA

TAK SEDAR KE PAS TIDAK MEMBAWA

PEMBANGUNAN DI KELANTAN

DAN TERENGGANU

(a) Ustaz-ustaz dalam UMNO sama dengan ahlil al-kitab Yahudi dan Nasrani yang menentang

Nabi Muhamad s.a.w. Apa kurangnya ustaz-ustaz PAS.?

(b) Kerajaan yang diterajui UMNO kafir, kerana tidak melaksanakan hukum Allah.

(c) Tidak sah solat dibelakang imam orang Barisan Nasional.

(d) Haram dimakan daging sembelihan orang Barisan Nasional kerana solatnya tidak sah.Terfasakh nikah di antara suami isteri orang Barisan Nasional dan orang bukan Barisan yang dinikahkan oleh imam atau orang Barisan Nasional.

(f) Tak sah akad nikah oleh imam dari golongan Barisan Nasional.

(g) Suami isteri yang dinikahkan oleh imam Barisan Nasional hendaklah diakad semula oleh

orang PAS.

(h) Jenazah orang UMNO tidak boleh ditanam diperkuburan orang Islam. Mana dia kubur PAS?

(i) Orang UMNO tidak boleh disembahyangkan oleh orang PAS kerana sudah murtad.

(j) Orang UMNO tidak boleh sembahyang ke atas jenazah orang PAS kerana telah murtad.

(k) Orang-orang UMNO tidak payah sembahy ang, puasa dan menunaikan haji kerana tidak

diterima oleh Allah s.w.t.

(l) Menyatakan ”Kalau Nabi Masih Hidup, Nabi Akan Suka Tinggal Di Kelantan”

(m) Malaikat turut mengundi PAS kerana parti itu parti Islam.

(n) Menegaskan orang Islam masuk syurga den gan kelebihan amalannya ini menafikan hak

mutlak Allah s.w.t.

ULASAN

Nik Aziz Nik Mat sebenarnya angkuh, takabur, sombong, malah menyamakan dirinya dengan sifat-sifat Allah swt. Menghukum dan mengfatwa mengikut hawa nafsu demi untuk kepentingan politik dan peribadi.

SATU LAGI DAJAL HADI AWANG

SEMASA BERUCAP DI PERADONG,

TERENGGANU (1981)

Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN, kerana BN kita menentang dia, kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahilliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid.

ULASAN

Pendirian Hadi Awang amat bertentangan dengan pegangan ahli sunnah waljamaah yang diamalkan oleh Imam Syafie yang segala amalan dan perbuatan manusia ditentukan oleh Allah swt, manakala pendapat Hj Hadi Awang sama dengan pandangan dan pendapat mutazilah.

Kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.

TIPU DAYA HADI AWANG

TENTANG PELEMBAGAAN NEGARA (2003)

Kata Haji Hadi,

“Justeru kerana isu Negara Islam dan pelaksanaan Hudud dan syariah menjadi punca perpecahan BA dahulu maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan Ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan Hudud di peringkat Federal. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini di peringkat Federal”

“Seandainya menang dalam pilihan raya akan datang BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah Kerajaan demokratik dan adil di peringkat Federal atau pusat yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada”

ULASAN

Perlaksanaan hukum Hudud yang diuar-uarkan oleh PAS sejak memerintah Terengganu 1998 hingga 2004 tidak dapat dilaksanakan. Apatah lagi di Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 1990 mengambil masa begitu lama pun tidak melaksanakan pemerintahan mengikut hukum Islam lebih-lebih lagi dalam perlaksanaan hukum Hudud.

Demokrasi Ala MCA

Oleh: MM

Apa sebenarnya berlaku dalam MCA?

MCA, komponen BN, sedang menghadapi masalah dalaman yang melibatkan Presidennya, Dato’ Seri Ong Tee Keat dan mantan Timbalan Presiden, Dato’ Seri Chua Soi Lek. Presiden MCA mempunyai tanggungjawab untuk mengukuhkan MCA dan mempastikan pemimpin-pemimpin parti berwibawa dan bersih. Dalam hubungan ini pucuk pimpinan MCA mendapati bahawa Timbalan Presidennya mempunyai rekod peribadi yang boleh menjejaskan imej parti. Presiden parti menghadapi tekanan dari ahli-ahli bahawa MCA dibersihkan demi nama baik parti di samping terus mendapat sokongan dari kaum Cina. Justeru, MCA membuat keputusan untuk memecat Dr. Chua Soi Lek.

Dari tindakan pemecatan ini, maka berlaku keadaan kekecohan dalaman parti yang tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Sebagai jalan keluar, MCA bersetuju mengadakan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 10 Oktober 2009. Dari sumber-sumber tertentu, mesyuarat tergempar ini akan hanya membincang 5 ketetapan yang diutarakan oleh pihak Dr. Chua Soi Lek. Intipati ketetapan ini adalah berkaitan undi tidak percaya terhadap Presiden MCA, undi untuk memasukkan balik Dr. Chua sebagai Timbalan Presiden, memansuhkan tindakan disiplin terhadap penyokong-penyokong Dr. Chua dan melindungi 921 ahli yang meminta persidangan tergempar ini diadakan.

Apakah tindakan MCA terhadap Timbalan Presidennya?

Dari laporan media, 26 Ogos 2009 Majlis Presiden MCA telah menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin parti yang bersidang pada 26 ogos 2009 untuk memecat keahlian Timbalan Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek dan berkuatkuasa serta merta.

Alasan pemecatan Datuk Seri Cua Soi Lek berikutan skandal rakaman video hubungan seksnya pada tahun 2007 yang merosakkan imej parti iaitu berdasarkan Artikel 127 (A) tetapi Soi Lek boleh merayu dalam masa 14 hari. Namun, di bawah Artikel 128, sebarang keputusan oleh Jawatankuasa Pusat atas kesalahan disiplin adalah muktamad.

Apakah reaksi bekas Timbalan Presiden?

Berikutan pemecatan tersebut blog beliau http://drchuah9.blogspot.com mempersoalkan ”Adakah pemecatan saya akan menaikkan imej MCA?”. Datuk Seri Chua Soi Lek di dalam kenyataan akhbarnya pada 26 Ogos 2009 menyatakan beliau tidak terkejut kerana berpendapat ada usaha dari pihak tertentu untuk memusnahkan karier politik beliau.

Sesiapa yang tidak dalam kumpulan Presiden Ong Tee Keat dianggap musuh dan ancaman kepada beliau. Adalah menjadi agenda Presiden bekerja untuk parti selain ekonomi, politik dan hubungan antara kaum. Tetapi, kononnya agenda Presiden ialah untuk menyingkirkan DS Chua.

DS Chua mendakwa bahawa setakat ini, setelah 10 bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 namun MCA tiada lagi perubahan. Beliau berkeyakinan bahawa ahli MCA tidak akan membenarkan seseorang untuk memusnahkan parti. Segala usaha beliau adalah untuk membangkitkan usaha untuk menyelamatkan parti.

Apakah tindakan penyokong beliau?

Media melaporkan bahawa dalam tempoh 24 jam selepas DS Chua Soi Lek dipecat daripada MCA timbul puak tertentu mendesak supaya diadakan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Dalam hubungan ini, satu jawatankuasa ”Selamatkan MCA” yang diketuai oleh anggota MCA Bahagian Puchong, Datuk Theng Book ditubuhkan melalui sidang akhabr pada 27 Ogos 2009. Jawatankuasa itu menjelajah ke seluruh negara dalam masa dua minggu untuk mendapatkan sokongan satu pertiga daripada 2,500 perwakilan pusat parti itu supaya EGM diadakan.

Datuk Theng berkata, EGM itu bertujuan mengembalikan semula keanggotaan Dr. Chua dan meluluskan usul tidak percaya terhadap Presiden Parti, Datuk Seri Ong Tee Keat. Theng juga mencabar Ong supaya mengadakan EGM sekiranya beliau yakin mendapat sokongan majoriti anggota parti.

Manakala terdapat pihak lain juga mendesak Biro Disiplin MCA untuk melucutkan secara sementara kuasa Presiden Parti. Desakan ini dibuat oleh enam Bahagain MCA dari Johor iaitu MCA Bahagian Pontian, Tanjung Piai, Tebrau, Gelang Patah, Kota Tinggi dan Pulai.

Apa desakan kumpulan ini?

Mereka mendesak Majlis Presiden perkara-perkara berikut:

i. Pelucutan sementara kuasa Presiden;

ii. Biro Disiplin MCA menyiasat tuduhan derma RM10 juta kepada MCA oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn. Bhd, Datuk Tiong King Sing;

iii. Menyiasat tuduhan Presiden parti tentang usaha pengumpulan dana sebanyak RM100 tambahan bagi membiayai usaha menjatuhkannya; dan

iv. Meminta Biro Disiplin parti mengkaji semula keputusan memecat keanggotan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Selain itu lima Bahagian MCA di Perak mendesak Jawatankuasa Disiiplin MCA menggantung tugas Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Kiat serta merta. Bahagian-bahagian MCA terbabit adalah Batu Gajah, Ipoh Barat, Ipoh Timur, Tambun dan Bagan Datoh.Timbalan Ketua MCA Bahagian Batu Gajah, Datuk Lee Kon Yin yang mewakili mereka berkata, penggantungan tugas Tee Keat selaku Presiden MCA amat penting bagi memastikan beliau tidak campur tangan atau menyalahgunakan kuasa dalam isu tersebut.

Kenapa ahli-ahli BN perlu prihatin serta memandang berat?

Ramai pemimpin BN juga memberi reaksi terhadap pemecatan Datuk Seri Chua Soi Lek. Pengerusi BN menasihatkan supaya MCA memelihara kepentingan BN dalam apa juga tindakan yang diambil. Beliau tidak akan campur tangan dalam kemelut yang dihadapi MCA namun kalau ada undangan dari MCA maka beliau akan campurtangan.

Menteri Besar Perak meminta semua parti komponen Barisan Nasional (BN) Perak mengurangkan politik dalaman yang keterlaluan dan sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam juga mengulas dan berharap keputusan itu tidak akan menggugat semangat dan sokongan ahli-ahli dalam MCA.

Apakah penilaian orang ramai terhadap krisis dalaman ini?

Apa yang berlaku sekarang menampakkan bahawa pucuk pimpinan MCA memang memandang serius kemelut yang dihadapi oleh MCA. Mereka sedar bahawa isu kepimpinan MCA ini hendaklah diatasi dengan terbaik supaya penyokong-penyokong di lapangan dapat mengukuhkan pendirian masing-masing selepas 10 Oktober 2009 akan datang.

Keputusan muktamad dalam mesyuarat tergempar ini diharapkan akan menjadi ubat mustajab untuk memantapkan MCA. Proses persidangan tergempar ini merupakan satu lagi contoh amalan demokrasi MCA dan ini sekali gus menunjukkan kematangan MCA dalam menghadapi anasir-anasir yang cuba melemahkan MCA dari segi jangka panjang.

Ramai berpendapat bahawa rakyat perlu mengalu-alukan tindakan MCA mengadakan mesyuarat tergempar ini sebagai satu kaedah untuk menyatukan sokongan semua ahli kepada perjuangan MCA khasnya dan BN amnya.

PKFZ: Antara Isu Dan Realiti

Oleh: MM


Apa yang diputarbelitkan oleh pembangkang terhadap PKFZ?


Di Dewan Parlimen, pembangkang telah mengemukakan 108 soalan-soalan mengenai PKFZ. Daripada jumlah ini, 4 adalah komen biasa, 9 soalan sempit yang tidak perlu dijawab dan 12 isu sesuai dan diulangi. Mereka mengemukakan soalan-soalan rambang umpama tembak ayam tertembak itik. Ini adalah lazim dalam parlimen dan Kerajaan tidak gentar dengan hujah-hujah yang bertujuan mencari publisiti murahan dan memesong minda rakyat.


Kenapa PKFZ diperlukan?


PKFZ (Port Klang Free Zone) atau Zon Bebas Pelabuhan Klang diwujudkan pada tahun 1993 sebagai hub transhipment di rantau ini. Hub ini penting diwujudkan supaya Port Klang akan menjadi tarikan kepada kapal besar untuk singgah berasaskan strategi yang disebut dalam RMK 7 (1996-2000). PKFZ ini melibatkan seluas 1,000 ekar tanah untuk zon komersial dan perindustrian seperti terdapat di Jebel Ali Free Zone (JAFZA) berhampiran Jebel Ali Port dan Al-Makhtoumn Airport (Timur Tengah). Projek ini mempunyai beberapa komponen seperti berikut:


· Insfrastruktur asas dan tanah dipajak 10-30 tahun sebanyak 780 ekar;

· Perhotelan;

· Pusat Komersial;

· Industri Ringan;

· Pusat Pameran; dan

· Pejabat PKFZ.


Adakah PKFZ berjaya setakat ini?


Sebanyak 56 syarikat telah membuat perlaburan bernilai RM 1 billion. 14% dari kawasan telah disewakan. SIMS Copper (India) telah bersetuju untuk melabur sebanyak RM100 milion dan PKFZ telah pun menerima akreditasi daripada London Metal Exchange (LME).


Benarkah projek PKFZ ini tidak berjalan dengan lancarnya?


Projek ini menarik minat rakyat apabila ia dapati tidak dapat menepati seperti yang diharapkan. Malahan, kos projek ini telah meningkat daripada RM1.957 billion kepada RM3.522 billion. Harga tanah yang dinilai oleh Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Ogos 2001, adalah RM 10.16 psf. Ini bermakna harga keseluruhan tanah adalah RM422 million.


Tanah ini tidak dapat dipindah kepada Kerajaan mengikut Land Acquisition Act 3 (1) (b) kerana tanah ini sudah pun mempunyai status untuk pembangunan Kerajaan. Justeru itu, Kerajaan mengambil keputusan untuk membeli tanah ini dengan nilai tambah sebanyak RM25 psf termasuk kos kerja-kerja insfrastruktur dan seklamasi . Jumlah besarnya menjadi RM1.088 billion. Kelancaran projek terjejas apabila lembaga PKFZ tidak mempunyai cukup dana untuk membiayai projek ini.


Apa yang sebenarnya berlaku?


PKFZ adalah satu projek mega yang mempunyai liku-liku dan cabaran-cabarannya. PKFZ memang strategik tetapi pelaksanaannya dicemarkan oleh keputusan-keputusan yang tidak baik. Peningkatan kos juga berlaku tanpa pengetahuan Kerajaan Pusat. PKFZ juga tidak menepati arahan-arahan dan prosedur-prosedur yang ditetapkan dan kos projek melebihi keuntungan yang dijangkakan.


Apa yang perlu dilakukan?


Projek perlu diteruskan berlandaskan objektif-objektif asal. Bagi tujuan itu, segala kesilapan perlu didedah dan diperbetulkan. Sebahagian kos yang terlibat dikembalikan melalui proses undang-undang. Segala tohmahan dan tipudaya pihak pembangkang ditangkis.


Apakah tindakan Kerajaan?


Kementerian Pengangkutan mewujudkan Pasukan Petugas Khas untuk membantu Port Authority Klang (PKA) dan mengesyorkan langkah-langkah dari segi perundangan dan pengstukturan dana. Datuk Paul Low Sengkuan, Presiden Transparency International Malaysia mengetuai satu jawatankuasa memastikan kesilapan-kesilapan seperti di hapuskan dan tidak berulang lagi. Sementara itu, PKFZ perlu mengukuhkan pengurusan dan pemasarannya agar lebih kreatif serta inovatif untuk menarik ramai lagi pelabur-pelabur.

Wednesday, October 14, 2009

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL BAGAN PINANG JELAS MENUNJUKKAN PENGUNDI INDIA TIDAK YAKIN DENGAN PAKATAN RAKYAT

By M.Perry


Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan calon BN, Tan Sri Isa Bin Abdul Samad menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri N.31 Bagan Pinang , Negeri Sembilan dengan memperolehi 8013 undi berbanding dengan calon PAS, Zulkefly Mohamad Bin Omar yang memperolehi hanya 2578 undi. Tan Sri Isa dikatakan menang besar atau menakjubkan kerana memperolehi lebih besar majoriti iaitu 5435 undi berbanding dengan majoriti 2333 yang diperolehi oleh calon BN pada PRU12.

Pada PRU12, calon BN memperolehi 6430 undi .Manakala calon PAS mendapat 4097 undi.Ini jelas menunjukkan bahawa BN kini telah meningkatkan sokongannya sejumlah 1583 undi dan PAS pula mengalami kemerosotan 1519 undi. Calon BN ,Tan Sri Isa menguasai 75% sokongan pengundi Bagan Pinang berbanding dengan hanya 24 % yang dikuasai oleh calon PAS. Keputusan ini jelas menunjukkan BN masih gagah dalam mempertahankan kerusi N.31 Bagan Pinang, malah menyebabkan malapetaka kepada impian PAS untuk menguasai kerusi ini dan seterusnya bertapak di Negeri Sembilan.

Pelbagai sebab-menyebab digariskan oleh penganalisis politik bagi kemenangan besar calon BN. Namun, peningkatan sokongan pengundi India dan Cina kepada calon BN, Tan Sri Isa, adalah antara sebab utama yang menyebabkan kemenangan besar BN.

Pengundi bukan Melayu, terutamanya pengundi India didapati menolak samasekali dakwaan –dakwaan yang dimajukan oleh Pakatan Rakyat atau PAS terhadap BN.Malah pengundi India jelas menunjukkan sikap tidak berkenan dengan dasar dan pendirian Pakatan Rakyat dalam menangani masalah-masalah dan isu-isu semasa yang dihadapi oleh kaum India sejak PRU12.

Isu Kampong Buah Pala (Pulau Pinang) yang dibangkitkan oleh petugas-petugas BN didapati lebih mempengaruhi pengundi India berbanding dengan isu ‘kepala lembu’, Isu ‘Kuhan’ dan Isu Kuil di Sek23 (Shah Alam, Selangor) . Kegagalan PAS , PKR dan DAP dalam mempertahankan kepentingan kaum India seperti diharapkan dan janjikan oleh PR dalam PRU 12 juga menimbulkan perasaan kecewa dan tidak yakin dikalangan sebahagian besar pengundi India Bagan Pinang terhadap calon PR atau PAS.

Sebaliknya, selain daripada populariti calon BN , Tan Sri Isa, dikalangan pengundi bukan Melayu, kempen BN yang berlandaskan konsep 1 Malaysia juga dikesan berjaya menguasai pemikiran dan jiwa sebahagian besar pengundi India di Bagan Pinang. Keiklasan, kesanggupan dan komitmen yang dipamirkan oleh YAB Mohd.Najib Tun Razak, Perdana Menteri, dalam membantu komuniti India didapati bukan sahaja kaum India yakin terhadap kepimpinan beliau malah mempengaruhi minda mereka memihak BN dalam pilihan raya kecil ini. Pengundi India percaya bahawa Najib bersungguh-sungguh dalam membantu kaum India dan bukan retorik politik.

Peningkatan sokongan kaum India kepada BN jelas menunjukkan bahawa pengundi India yang merajuk dengan BN kerana terguris hati akibat peristiwa roboh kuil menjelang PRU12 mula kembali menyokong BN. Sekiranya trend ini diteruskan maka negeri-negeri yang ditawan oleh PR dalam PRU 12 kerana mendapat sokongan pengundi India akan jatuh kepada BN dalam PRU13. BN didapati telah besedia menggasak PR untuk menebus imej yang terhakis dalam PRU12. Rakyat Malaysia kini menunggu fenomena ‘tsumani politik’ yang dijangka akan menghilangkan Pakatan Rakyat dalam landskap politik Malaysia pada PRU13.


Thursday, October 1, 2009

Isa Samad mudahkan laluan Barisan Nasional – Lajim

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Pencalonan Tan Sri Mohd. Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan memudahkan laluan parti itu untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, Mohd. Isa merupakan calon pilihan kerana bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu amat disenangi masyarakat setempat khususnya di Bagan Pinang.

“Seperti saya katakan sebelum ini, calon yang dikenali ramai harus diletakkan di situ dan ia telah menjadi kenyataan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan meyakini bahawa pengundi di DUN Bagan Pinang akan mengundi Isa menjelang pengundian pada 11 Oktober ini.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, jentera Pemuda sudah bersedia untuk memastikan calon BN menang dalam pilihan raya kecil itu.

“Dalam kempen kali ini, kita tidak mahu menyerang peribadi calon sebaliknya lebih fokus pada penyelesaian terhadap masalah rakyat,” katanya.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Nor dari BN akibat jangkitan dalam darah 4 September lalu.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berkata, kebanyakan penduduk India di kawasan tersebut turut memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Isa untuk menjadi wakil kawasan berkenaan.

Menurut beliau, Mohd. Isa akan menerima 100 peratus sokongan daripada masyarakat India di DUN itu kerana beliau sangat terkenal di kalangan kaum India Bagan Pinang.
‘‘Penduduk mahukan Mohd. Isa menjadi wakil mereka. Kira-kira 10,000 rakyat termasuk masyarakat India memberikan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau mengumumkan calon BN pada pilihan raya kecil itu” katanya.
‘‘Ini menunjukkan bahawa peluang BN untuk memenangi kawasan itu sangat cerah. MIC akan memastikan penduduk India menyokong calon BN,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng pula berkata, Mohd. Isa bukan sahaja diterima oleh ahli BN di Bagan Pinang malah daripada semua lapisan masyarakat di kawasan tersebut.

“Sebab itu jentera MCA akan turun padang dan meyakinkan rakyat supaya memilih wakil rakyat BN agar kita dapat terus mengemudi dan memajukan kawasan tersebut,” ujarnya.
-Utusan Malaysia Online 1 Oktober 2009-

Dr. Mahathir terima pemilihan Isa Samad

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima pemilihan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kerana itu adalah pilihan parti.
Menurut bekas Perdana Menteri, pandangan atau perasaan peribadinya tidak boleh lagi diambil kira kerana parti telah membuat keputusan secara sepakat.
"Ia bagus, kita akan menang," katanya selepas program A Meeting of Minds antara beliau dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Forbes, Steve Forbes di sini hari ini.
Ditanya apakah Barisan Nasional (BN) boleh menambah majoritinya jika menang di Bagan Pinang, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak boleh meramalkan perkara itu.
"Saya tidak tahu itu, mungkin ia akan meningkat," katanya.

Jelas beliau, terletak di tangan pengundi untuk membuat penilaian apakah Mohd. Isa adalah satu pemilihan yang tepat.
Dr. Mahathir juga memberitahu bahawa beliau tidak merancang untuk berkempen bagi pihak BN di Bagan Pinang.

Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang diadakan berikutan kematian Allahyarham Azman Mohd. Nor pada 4 September lalu di Hospital Pakar Seremban (SSH) kerana jangkitan dalam darah.
Azman yang mewakili BN memperoleh 6,430 undi menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu dengan kelebihan 2,333 undi.

DUN Bagan Pinang mempunyai 13,664 pengundi iaitu 62.77 peratus pengundi Melayu, 20.74 peratus kaum India, 10.96 peratus Cina dan 5.54 peratus kaum lain.
-Utusan Malaysia Online 1 Okt. 2009-