Tuesday, October 21, 2008

CUBAAN CEMAR IMEJ TPM

Dipetik dari Berita Harian Online
Tindakan portal berita Malaysiakini yang mengeluarkan laporan bertajuk 'Najib Unveils Manifesto For Top UMNO Job" (Najib Mengeluarkan Manifesto Untuk Menerajui UMNO) adalah merupakan usaha pihak tertentu untuk mencemarkan imej Datuk Seri Najib Razak.
Laporan itu mendakwa Timbalan Perdana Menteri antara lain mengutuk beberapa tuduhan terbaru terhadapnya dan berikrar akan mempertahankan ketuanan Melayu sehingga ke titisan darah terakhir. Ia juga mendakwa Najib berjanji akan menubuhkan Majlis Penasihat Presiden yang dianggotai pemimpin lama UMNO dan bekas Perdana Menteri, sekali gus menjadi asas kepada spekulasi bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali berkuasa. Laporan itu juga mendakwa Timbalan Perdana Menteri memberi amaran akan menggunakan apa juga cara yang ada bagi menghancurkan anasir yang mengancam kestabilan dan keamanan negara.

Bagaimanapun Malaysiakini semalam menyiarkan laporan yang memetik seorang pegawai Najib sebagai berkata, manifesto itu bukan dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Sebaliknya, Malaysiakini mendakwa manifesto itu dihantar oleh 'kumpulan penyokong' Najib dan di akhir laporan itu diletak nota pengarang yang menyatakan 'Malaysiakini memohon maaf atas kesilapan itu'.
Keputusan Malaysiakini menyiarkan laporan itu amat tidak beretika, cuai seta tidak profesional kerana gagal mengesahkan perkara itu dengan Pejabat Timbalan Perdana Menteri sebelum penyiarannya. Perlakuan Malaysiakini itu amat dikesali dan tidak boleh diterima sama sekali.
-Putrimalaysia-

1 comment:

rayliew said...

Penulis artikel hendaklah dimabil tindakan sewajarnya kerana menulis sesuatu yang TIDAK BENAR, begitu juga dengan MALAYSIA KINI..Profesion kewartawanan hendaklah dijaga, jangalah sampai profesion kewartawanan negara kita JATUH BERKECAI..