Thursday, October 16, 2008

Tidak cadang laksana hukuman rotan di khalayak ramai

utusan online

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Kementerian Pelajaran tidak bercadang untuk melaksanakan hukuman rotan di khalayak ramai kerana ia boleh menjatuhkan maruah dan menimbulkan kesan negatif yang lebih besar terhadap perkembangan keperibadian seseorang murid.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, kementerian kekal dengan pendirian seperti terkandung dalam surat pekeliling yang dikeluarkan pada 2003 berhubung kuasa guru untuk merotan murid yang melarang daripada melaksanakan hukuman rotan di khalayak umum.

Katanya, dalam menangani masalah disiplin pelajar, kementerian telah mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk membendung masalah disiplin murid melalui pelaksanaan aktiviti bersama yang lebih berkesan.

"Sebagai contoh, operasi pencegahan ponteng di peringkat daerah yang melibatkan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah dilaksanakan secara berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) di sini hari ini.

Razali berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sejumlah 52 daerah telah menjalankan operasi bersama itu dan seramai 942 orang murid yang ponteng sekolah telah dikesan.

2 comments:

vicky said...

I knew one principal who is using Concern and Care Disiplin on the teachers first, then they disiplin the students which in the end they got positive results.

慧眼识英雄 said...

Saya amat menyokong Kementerian Pelajaran tidak mencadangkan hukuman rotan terhadap pelajar bermasalah di khalayak ramai. Tindakan ini bukan saja menjatuhkan maruah pelajar tersebut, bahkan juga menyebabkan pelajar tersebut menghilangkan keyakinan terhadap sekolah dan guru. Mereka yang kena rotan di khalayak ramai tidak akan berhenti perbuatan jahat mereka tetapi akan membangkitkan perasaan dendam terhadap sekolah dan guru. Mereka akan terus membuat jahat, memonteng kelas ataupun berhenti pelajaran mereka. Guru kauseling dan ibu bapa seharusnya bekerjasama menangani isu pelajar bermasalah ini. Kedua dua pihak seharusnya mendekati pelajar tersebut memahami keadaan serta tingkahlaku mereka dengan sabar serta penuh kasih sayang. Komunikasi yang berkualiti lebih berkesan daripada hukuman keras bagi menghadapi pelajar yang bermasalah.