Oleh: Pemikir
Dalam pertemuan Wira dan YB MP Tenggara di Parlimen baru-baru ini, beliau kelihatan aktif dan sentiasa prihatin tentang perjalanan Parlimen. Dalam sidang Dewan Rakyat semalam 23 Oktober, beliau telah menanyakan kepada Timbalan Menteri Kewangan berkaitan dengan perkara insurans iaitu sama ada Kerajaan sudah melaksanakan perlindungan melibatkan pekerja-pekerja. Timbalan Menteri Kewangan menjawab bahawa perkara ini dalam peringkat kajian.
Di luar Dewan, Wira mengingatkan MP Tenggara tentang projek menaiktarafkan jalan raya Tangkak-Segamat di mana warga Segamat berdebar-debar menunggu ia direalisasikan. MP Tenggara, Dato’ Halimah Sadiq dengan pantas tetapi tenang menjawab, bahawa projek ini akan diuruskan oleh Menteri Kerja Raya, MP Sepang, YB Dato’ Mohd Zin B. Mohamed.
Pemerhati berpendapat bahawa kedua-dua MP ini bersungguh-sungguh untuk melaksanakan projek Barisan Nasional di Tangkak-Segamat di mana ia akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut secara khususnya dan amnya ECER (Wilayah Ekonomi Pantai Timur).

3 comments:
Saya ingin memujikan kepada Kedua-dua MP mengambil berat projek Tangkak Segamat. Disini, saya ingin mengharapkan MP (BN) yang menjaga Negeri Sarawak mengambil contohnya untuk memberikan tumpuan hatian tentang jalanraya di Negeri Sarawak. Ini adalah kerana selama 45 tahun merdeka, negeri sarawak punya jalanraya masih tetap sama saja. Adakah ini dapat tarik balik hati rakyat menyokong BN? Cuba fikirkan!!!
Namun masih ada lagi yang tidak nampak kebaikan-kebaikan yang dilakukan, apa yang mereka hendak, adalah mengorek dan menggali lagi kelemahan kerajaan...bukannya nak menolong!
MP sedemikian yang kita mahukan, bukan macam MP Pakatan Rakyat yang hanya tahu membuat KACAU di persidangan DEWAN...nyata sekali PAKATAN tidak mengambil berat tentang masalah penduduk kawasan, yang mereka tahu hanyalah mencari populariti dengan memutarbelitkan sesuatu isu.
Post a Comment