oleh: PEMIKIR
Kenyataan Menteri Penerangan dalam Berita RTM 1, 8 malam, 7 Oktober 2008 membidas perlakuan kumpulan Hindraf, pertubuhan haram, menjejaskan keselamatan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Ahli Kabinet di PWTC pada 1 Oktober 2008 adalah tepat. Menteri menganggap bahawa kerajaan elok meneliti semula majlis Rumah Terbuka seperti ini pada masa akan datang terutamanya dari segi keselamatan pemimpin-pemimpin yang menjadi tuan rumah.
Hindraf agak keterlaluan dalam majlis tersebut yang boleh menakut-nakutkan berpuluh ribu hadirin yang datang dengan penuh semangat berhari raya menemui Perdana Menteri dan ahli Kabinet beragama Islam. Majlis berjalan dengan baik pada awalnya tetapi dicemari oleh sekumpulan ahli-ahli India Hindraf yang memaksa untuk masuk ke dalam.
Pemerhati politik berpendapat bahawa orang-orang Hindraf tidak berfikir dalam apabila membuat sesuatu. Ada juga berpendapat bahawa ada orang luar yang mendalangi kegiatan yang tidak sihat ini. Rata-rata mereka berpendapat MP Permatang Pauh adalah orang yang mendalangi perbuatan kurang ajar ini.
Tindakan kerajaan untuk mengharamkan Hindraf ini adalah wajar dan eloklah perkara ini dipercepatkan kerana bimbang ahli-ahli Hindraf akan menjadi lebih ganas dan boleh membahayakan keselamatan negara. Pemimpin-pemimpin mereka juga perlu di siasat dengan rapi kerana bertindak demikian dengan tidak segan silu tidak menghormati majlis orang-orang Islam.
Wednesday, October 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment