Thursday, October 30, 2008

USAHA PEMULIHAN PENAGIH GIAT DILAKSANAKAN

oleh: Mustikacitra-indah

Pusat Pemulihan Dadah Persendirian, termasuk Yayasan Salam, Rumah Pengasih Malaysia, dan Drug Convention Community of Pahang adalah contoh pusat pemulihan persendirian yang berjaya membentuk penagih supaya kembali kepada lumrah. Mereka merasakan bahawa pusat pemulihan persendirian ini telah dapat memberikan perkhidmatan terbaik yang menjadikan mereka pulih dan tidak kembali kepada penagihan dadah.
Malah seingat Mustika, banyak lagi pusat-pusat pemulihan persendirian yang wujud, mampu memberikan pembelajaran yang berkesan kepada penagih-penagih tegar yang mahu dan berazam untuk memperbaiki diri dan ingin pulih daripada dadah.
Menurut Menteri Dalam Negeri daripada 54 pusat pemulihan, 70% daripadanya adalah pusat-pusat pemulihan yang bukan berteraskan agama Islam dan 30% adalah berteraskan kepada kumpulan yang menubuhkan mengikut kehendak dan pendekatan Islam. Mengaplikasikan agama sebagai salah satu cara untuk memberikan pengukuhan kepada seseorang secara mendalam adalah jelas dapat membantu dan berkesan bagi membina jati diri seseorang. Oleh itu, mereka memberi tumpuan kepada penagih untuk memantapkan kekuatan agama di dalam pendekatan bagi memulihkan seseorang penagih.

2 comments:

rayliew said...

PENCEGAHAN ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGATASI.. selain daripada usaha pemulihan, usaha pencegahan melalui pendidikan dan pengawalan ketat penyeludupan najis dadah hendaklah juga diutamakan...

babybee said...

saya nak taniah kepada pegawai yang berusaha membantu seseorang penagih dadah. Tetapi saya ingin nak tahu samaadakah mereka akan diterima oleh masyarakat dan mereka dapat mengatasi tekanan pandangan rendah oleh masyarakat selepas dipulih? adakah mereka tidak akan tangih dengan dadah lagi? soalah ini haruslah pertimbangkan.