Tuesday, April 20, 2010

Dr Halili umum sertai Umno, Keluar PKR

Kenyataan Media Dr Halili

Saya memanggil sidang media ini untuk mengumumkan bahawa pada hari ini saya keluar dari menjadi ahli PKR dan sekali gus akan masuk menjadi ahli Umno.

1. Keputusan ini adalah kerana saya telah berpendapat bahawa PKR yang ada sekarang ini jauh terpesong daripada perjuangan Parti Keadilan Nasional yang saya terbabit secara langsung semasa mengasaskannya pada 1999.

2. PKR yang ada hari ini sudah dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang-orang Melayu khususnya serta rakyat Malaysia umumnya. Sudah nyata lagi jelas PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan tetapi PKR lebih condong kepada sebuah parti yang pentingkan kuasa sehingga tidak mempedulikan kepada kesejahteraan rakyat walaupun sudah diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri.

3. Dalam masa sama, saya melihat kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak memang bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik Umno dan BN ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk terus memperjuangkan nasib rakyat dengan memberi sokongan yang penuh pada usaha beliau dan pemimpin kerajaan yang lain. Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini adalah kerana kecewa tidak terpilih sebagai Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor kali ini, dan saya tegaskan seperti berikut;

1. Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor ini dan saya juga tidak pernah mengatakan yang saya menerima pelawaan untuk menjadi calon jika dijemput walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian.

2. Walaupun saya pernah bertanding di atas tiket PKR sebelum ini pada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004 tetapi bagi saya Pilihan Raya Kecil kali ini saya merasa berat untuk memikirkannya kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah.

3. Saya juga membuat kenyataan ini, pada hari ini semasa kehangatan kempen Pilihan Raya Hulu Selangor, dengan tujuan saya tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR adalah masih sama seperti di zaman Deklarasi Permatang Pauh.

4. Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yam, Hulu Selangor, amat sukar bagi saya untuk mempertahankan kredibiliti PKR memandangkan tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun Parlimen Hulu Selangor dikuasai oleh PKR, dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Saya mengetahui dan faham bahawa Allahyarham wakil rakyat sebelum ini uzur, tetapi yang menghairankan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khidmat kepada pengundi di Hulu Selangor.

5. Terbukti yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya saja tetapi mengabaikan amanah seperti yang dijanjikan semasa kempen pilihan raya.

6. Perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang-orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi.

Sekian kenyataan media saya dan saya tahu yang rakan-rakan serta saudara mara saya di Hulu Selangor faham bahawa perjuangan saya selama ini dalah untuk perubahan dan reformasi dan bukan untuk membela seseorang individu saja.

Sekian Wassalam.

Sumber: Berita Harian Online (20 April 2010)

Halili quits PKR to join Umno

PETALING JAYA: Selangor PKR strongman Datuk Dr Halili Rahmat has quit the party and joined Umno.
The Hulu Selangor treasurer, who had once been considered as the party’s candidate for the Hulu Selangor parliamentary by-election, said he was leaving because the party had “far deflected from its struggles” since he joined it in 1999.

“PKR is now controlled by a small group of leaders who are narrow-minded and have developed leftist ideologies that Malaysians, particularly Malays, are not comfortable with,” he told a press conference here yesterday.
“The Government under the leadership of Datuk Seri Najib Tun Razak on the other hand has been working hard and has been sincere in bringing political changes in Umno and Barisan Nasional.

“I have decided to continue fighting for the people by giving my full support to him (Najib) and other leaders,” he said.
The neurosurgeon denied that his decision was due to his disappointment at not being chosen as a candidate to contest in the Hulu Selangor by-election.
“I did not ask nor offer myself to be a PKR candidate and I did not say that I received any invitation to be a candidate even though there was a PKR leader who suggested it,” he said.
Dr Halili contested against Datuk G. Palanivel for the Hulu Selangor parliamentary seat in the 1999 general election, and against Datuk Zainal Abidin Sakom for the Batang Kali state seat in the 2004 general election. He lost on both occasions.
Dr Halili said he was making the statement because he did not want his name to be used by PKR to fish for votes.

“As a local boy from Hulu Selangor, it is very difficult for me to defend the credibility of PKR because it has done nothing for the good of the constituents there in the past two years after winning the parliamentary seat despite Pakatan Rakyat being in power in Selangor,” he said.
On whether he will campaign for Barisan in the Hulu Selangor by-election, Dr Halili said he will be in Melbourne to attend his daughter’s graduation on Thursday.

Source: The Star Online (April 20, 2010)

Straight fight

KUALA KUBU BARU: Sunday’s Hulu Selangor by-election is now a straight fight between Barisan Nasional and Parti Keadilan Rakyat after both Independent candidates pulled out yesterday.

The Independents — businessman V.S. Chandran, 56, and self-employed Johan Mat Diah, 31 — withdrew at 1.30pm and 9pm respectively. Chandran threw his support behind Barisan Nasional, which he contended would benefit from the 8,000 to 10,000 voters whom he supposedly commanded.“I was protesting the choice of MIC information chief P. Kamalanathan as candidate.

I am withdrawing after consulting friends,” Chandran told a press conference here.Both Johan and Chandran, a former No. 2 in Hulu Selangor MIC division, will lose their RM10,000 deposits. Johan submitted his withdrawal forms to returning officer Nor Hisham Ahmad Dahlan at the district office last night. He declinedto speak to the press.Election Commission chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, when contacted, said the deposits would be refunded if the candidates had withdrawn before 10am on nomination day. The remaining candidates are BN’s Kamalanathan and Datuk Zaid Ibrahim of PKR.

Also, PKR was scrambling at press time to defuse the impact of the defection of a local party strongman to Umno.A few hours before Chandran addressed the press, Hulu Selangor PKR treasurer and neurosurgeon Datuk Dr Halili Rahmat announced in Petaling Jaya his defection to Umno.The 58-year-old personal doctor to PKR adviser Datuk Seri AnwarIbrahim since 1994 attributed his decision, a long-time coming, to PKR’s deviation from its struggle.Dr Halili said a narrow-minded and leftist group now controlled the party, which he claimed had left most Malays and the people disconcerted.

He alleged that PKR was more interested in grabbing power andnot in the wellbeing of the people.“At the same time, I see the government under the leadership of Datuk Seri Najib Razak is sincere in bringing political changes to Umno and Barisan Nasional and this has made me want to fight for the people by giving my full support to him and other government leaders,” he told a press conference.With him was Datuk Salehuddin Hashim, who resigned as party secretary-general in January and quit the party last month. Dr Halili, who was in PKR’s shortlistof three candidates for Hulu Selangor, said he could sense that his departure would be linked to the candidacy.“I had never asked or offered myself to be the candidate,” he said. Neither did he receive offers.

“I am also making this statement now, during the Hulu Selangor by-election,because I don’t want PKR to use my name to fish for votes.”
He said his family and villagers accepted his decision. When asked if he had informed the top leadership, namely Anwar, who was his senior at Malay College Kuala Kangsar (MCKK), of his decision, Dr Halili replied: “No. Why should I? Idon’t have to.”Asked if he had been offered a position or contract to defect to Umno, Dr Halili jokingly said that he was a brain surgeon and maybe now they would allow him to operate on other parts of the body.

Dr Halili, who contested in the 1999 and the 2004 general elections in the Hulu Selangor parliamentary and Batang Kali state seats, criticised the PKR leadership for not helping former Hulu Selangor member of parliament Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad run the constituency when he was suffering from brain tumour.Zainal Abidin, whose death on March 25 paved the way for the country’s 10th by-election since the 2008 general election, had won in 2008 by 198 votes.PKR secretary-general Saifuddin Nasution Ismail said although Dr Halili previously held the position of division treasurer, he had not been active in party activities for some time now.Saifuddin said he wished Dr Halili all the best and that there was no badblood between him and the latter as they had been friends for more than10 years.When asked if Dr Halili’s resignation was due to the fact that he was not fielded in Hulu Selangor, Saifuddin said: “I do not think this is the reason.

He was considered because he had contested in 1999 and 2004. It’s normal party practice and when the party decided to field Zaid, he was there and he even gave pointers on his experiences campaigning there.”He said Dr Halili’s resignation was unexpected as he had never showedany signs that he was unsatisfied with PKR. PKR vice-president Azmin Ali saidit was Dr Halili’s decision and that the party would move on.“This will not affect us. We will explain to the voters in Hulu Selangorabout the situation.”Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said members were leaving the party because Anwar practised favouritism.

Source: NST Online (April 20, 2010)

Bukti PKR bukan sebuah parti yang baik

HULU SELANGOR 19 April - Tindakan keluar parti oleh beberapa pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara berterusan membuktikan parti itu bukanlah sebuah parti yang baik.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sekiranya sesebuah parti itu baik tidak mungkin pemimpinnya yang mempunyai kedudukan tinggi dan berpendidikan akan mengambil tindakan sedemikian.

''Mereka keluar parti berdasarkan pertimbangan mereka sendiri terhadap parti itu. Secara tidak langsung ia jelas membuktikan parti itu kini berada dalam keadaan porak peranda.
''Kalau kita lihat mereka yang keluar parti itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam PKR. Mereka berpendidikan dan mempunyai pengaruh tersendiri," katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Ramah Mesra 1Malaysia bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Serigala, Sungai Selisik Hulu Bernam di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin dan ahli parti itu yang mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu disebabkan kecewa dengan pentadbiran Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, kecewa dengan tindakan Anwar memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR di Hulu Selangor yang disifatkan mempunyai rekod moral memalukan, dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengumumkan keluar parti serta-merta.
Mereka ialah Ketua AMK Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar.
Selain Nor'isham dan Muhammad Ali, kira-kira 200 ahli parti berkenaan di Pulau Pinang bertindak keluar daripada parti tersebut secara beramai-ramai semalam kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti.

Hari ini, Bendahari PKR Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.
Dalam perkembangan lain, Shafie berkata, tindakan calon bebas VS. Chandran menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini merupakan suatu perkembangan baik.
''Saya berharap beliau (Chandran) akan membantu BN untuk merampas kembali Parlimen Hulu Selangor daripada PKR," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online (20 April 2010)

'Kami kecewa dengan PKR'

HULU SELANGOR 19 April - Masyarakat Orang Asli di Kampung Serigala di sini menyatakan kekecewaan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak pernah membela apatah lagi membawa perubahan di tempat tinggal mereka.

Tok Batin masyarakat Orang Asli Kampung Serigala, Hussein Awa, 49, berkata, kekecewaan itu dinyatakan sendiri oleh penduduk-penduduk kampung setiap kali berjumpa dengannya.
"Kami memang kecewa dengan PKR. Sejak mengambil alih Hulu Selangor, kebajikan kami tidak terbela, tidak pernah wakil rakyat di sini turun padang menemui kami," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia selepas Program Ramah Mesra 1Malaysia bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Serigala, Sungai Selisik Hulu Bernam di sini hari ini.

Program itu dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Hussien berkata, terdapat beberapa isu yang tidak diberi perhatian oleh pihak berkenaan iaitu tanah, kebajikan dan perubahan taraf hidup mereka di sana.

"Ini isu kritikal. Saya sendiri ada beberapa ekar tanah kebun belum digazet. Masalah tanah yang berlaku di sini menyebabkan masyarakat Orang Asli merasa tertekan.
"Kami duduk di sini lama, sejak masa darurat lagi. Ini tanah Orang Asli, kami pribumi," katanya.
Bagaimanapun, katanya, mereka bersyukur dengan bantuan kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang membantu membangunkan kampung itu seperti menurap jalan, membina dewan serbaguna dan mengadakan projek ekonomi tambahan.

"Jadi pada pilihan raya kecil pada 25 April ini kami berharap Barisan Nasional (BN) akan merampas kembali Hulu Selangor dan membela kebajikan dan taraf hidup kami di sini.
"Kami masyarakat Orang Asli di sini yakin hanya BN mampu berbuat demikian. Daripada zaman nenek moyang kami, undi kami tidak pernah berubah iaitu hanya untuk BN," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online (20 April 2010)

Bukti Anwar makin hilang sokongan

MELAKA 19 April - Sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin merosot apabila ramai ahli dan pemimpin parti itu bertindak meninggalkan parti tersebut sejak kebelakangan ini.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, mereka bertindak demikian selepas merasakan perjuangan Anwar dalam PKR semata-mata hanya untuk kepentingan individu.

Menurutnya, niat sebenar Anwar itu terbukti selepas memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
"Ramai ahli PKR termasuk dari kalangan anak watan Hulu Selangor mahu menjadi calon tetapi mereka ditolak mentah- mentah oleh Anwar.
"Selain kecewa dengan pemilihan Zaid itu, mereka juga tidak nampak bekas Ahli Parlimen Kota Bharu tersebut sebagai pilihan yang baik untuk mewakili pakatan pembangkang di Hulu Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pemantapan Kepimpinan anjuran kerajaan negeri dan Yayasan Pembangunan Insan di sini hari ini.
Semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar dan lima anggota AMK Selangor mengumumkan keluar daripada PKR.

Hari ini pula, Datuk Dr. Halili Rahmat yang merupakan salah seorang pemimpin dan juga bekas doktor peribadi Anwar Ibrahim mengisytiharkan keluar PKR dan menyertai UMNO.
Dr. Halili, 58, yang turut bersama-sama Anwar mengasaskan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) pada tahun 1999 mengambil keputusan itu selepas beliau mendapati PKR bukan lagi sebuah parti politik berasaskan perjuangan.

Mohd. Ali turut menafikan dakwaan Anwar kononnya senario yang melanda PKR itu disebabkan oleh tindakan provokasi daripada UMNO.
''Anwar kata banyak pemimpin dan ahli PKR keluar parti sebab UMNO jolok, tetapi kita tidak campur hal ehwal pembangkang.

''Kalau kita ada suruh pun mereka keluar parti, mungkin seorang atau dua yang terpengaruh tetapi ramai yang meninggalkan PKR bukan seorang dua, bilangan mereka terlalu ramai," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online (20 April 2010)

Dr. Halili keluar PKR sertai UMNO

PETALING JAYA 19 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu lagi tamparan apabila Datuk Dr. Halili Rahmat yang merupakan salah seorang pemimpin dan juga bekas doktor peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO.
Dr. Halili, 58, yang turut bersama-sama Anwar mengasaskan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) pada 1999, mengambil keputusan tersebut selepas mendapati PKR bukan lagi sebuah parti politik berasaskan perjuangan.

Sebaliknya, beliau berkata, PKR lebih condong menjadi parti yang mementingkan kuasa daripada membawa kesejahteraan kepada rakyat walaupun telah diberi mandat untuk mentadbir beberapa negeri.
"PKR juga telah dikuasai sekumpulan kecil pemimpin yang berfikiran sempit. Mereka memajukan ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh masyarakat Melayu khususnya dan Malaysia amnya.

"Berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, saya lihat beliau ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk membuat perubahan politik dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika membacakan kenyataan tiga muka surat pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.
Dr. Halili merupakan bekas Bendahari PKR Hulu Selangor dan pernah menjadi calon PKR pada dua pilihan raya umum iaitu pada tahun 1999 dan 2004.

Pada 1999, beliau bertanding di Parlimen Hulu Selangor tetapi tewas kepada calon BN, Datuk G. Palanivel manakala pada 2004, beliau tewas kepada calon BN, Datuk Zainal Abidin Sakom bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali.
Selain aktif sebagai ahli politik, beliau juga merupakan seorang pakar bedah otak dan saraf.
Beliau telah menjadi doktor peribadi Anwar sejak 1994 dan kini berkhidmat dengan tiga hospital swasta di ibu kota.

Dr. Halili mengakui kesungguhan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri membuatkannya mengambil keputusan untuk terus memperjuangkan nasib rakyat dengan memberi sokongan penuh kepada barisan kepimpinan negara.
Dalam pada itu, beliau sedar ada pihak yang bakal melemparkan pelbagai tuduhan antaranya kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.
"Saya tidak pernah meminta atau menawarkan diri untuk dipilih menjadi calon PKR pada pilihan raya kecil kali ini.

"Walaupun pernah bertanding sebelum ini tetapi saya berasa amat berat untuk bertanding apabila memikirkan realiti masyarakat bawahan telah berubah.
"Saya perlu membuat penjelasan ini kerana saya tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya dengan PKR masih sama," katanya.
Mengenai dakwaan beliau dibeli oleh UMNO, Dr. Halili berkata, beliau seorang pakar bedah dan tidak harus timbul tuduhan seperti itu.
Berkaitan pilihan raya kecil itu, beliau berkata, sebagai anak jati Hulu Selangor amat sukar baginya mempertahankan kredibiliti PKR memandangkan parti itu tidak melakukan apa-apa untuk kesejahteraan pengundi di kawasan tersebut sejak merampasnya daripada BN dua tahun lalu.

"Saya faham Allahyarham wakil rakyat terdahulu uzur tetapi yang menghairankan mengapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat Allahyarham dalam memberi khidmat kepada pengundi Hulu Selangor?" katanya.
Ujar beliau, PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti dijanjikan semasa tempoh berkempen.
"Perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku dan saya telah diberitahu oleh penduduk kampung sama ada di Hulu Yam, Rasa, Kuala Kubu, Sungai Buaya dan Serendah bahawa mereka akan memastikan perkara ini tidak lagi berlaku.

"Rakan-rakan dan saudara-mara saya juga faham bahawa perjuangan saya selama ini adalah untuk perubahan dan bukan untuk membela seseorang individu," ujarnya.
Ditanya sama ada beliau akan membantu BN pada pilihan raya kecil tersebut, Dr. Halili berkata, beliau akan ke Australia untuk menyaksikan anaknya menerima ijazah sarjana undang-undang.
"Jangan kata saya lari pula. Dua minggu lepas anak saya lulus ijazah sarjana undang-undang dan Khamis ini adalah hari konvokesyen di universitinya. Perancangan ini sudah lama," katanya.
Sementara itu ketika berceramah di Sungai Buaya di Hulu Selangor, Dr. Halili berkata, beliau bukanlah seorang ahli politik tetapi seorang doktor.

Sehubungan itu katanya, beliau tidak tahu untuk mengutuk atau mengata sesiapa selain hanya mahu menyebelahi pihak yang benar.
Katanya, kejayaan negara di bawah kepimpinan Najib telah banyak memberi kesedaran kepadanya di pihak manakah beliau sepatutnya berada.

Sumber: Utusan Malaysia Online (20 April 2010)

Monday, April 19, 2010

Pengendali blog sambut cabaran Azmin

KUALA LUMPUR 18 April - Para pengendali laman blog hari ini menyatakan kesediaan untuk mengemukakan bukti bahawa Datuk Zaid Ibrahim seorang kaki botol tegar.
Menurut mereka, pendedahan sebagai menyahut cabaran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali semalam akan dibuat tepat pukul 12 tengah hari esok melalui laman blog masing-masing.

Pengendali laman blog Gerakan Anti-PKR (GAP) dalam entri terbaru bertajuk Cabaran Azmin, GAP Sambut! Isnin 19 April Jam 12 Tengah Hari menulis, pendedahan itu pasti akan 'meletup'.
"Cabaran ini GAP sambut. Barisan Nasional (BN) duduk diam-diam! Pastikan anda berada di depan laptop dan pc (komputer peribadi) pada hari Isnin 19 April tepat jam 12 tengah hari!" tulis pengendali GAP dalam blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com.

Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan pada muka depan cabaran Mohamed Azmin yang menyifatkan isu kaki botol itu sengaja ditimbulkan oleh BN bagi tujuan membunuh karakter Zaid yang akan bertanding mewakili parti berkenaan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Mohamed Azmin turut mempersoalkan kenapa baru sekarang isu itu ditimbulkan sedangkan Zaid telah lama berada dalam UMNO.
Dalam pada itu, pengendali laman blog www.pisau.net dalam entri bertajuk Hulu Selangor: Buktikan Zaid Kaki Botol, Blogger Sahut Cabaran Azmin, menulis, beliau akan turut membuat pendedahan serupa seperti GAP pada waktu sama esok.

Beliau menambah, cabaran itu bukan sahaja akan disambut oleh mereka berdua malah seluruh pengendali laman blog pro-BN.
"Aku dengan GAP sahut cabaran. Seluruh blogger pro-BN akan buktikan esok tepat jam 12 tengah hari. Nantikan pendedahan kami!
"Pisau seronok tengok Azmin kenakan Zaid," tulisnya merujuk kepada hubungan 'suam-suam kuku' antara kedua-dua pemimpin PKR itu.

Sumber: Utusan Malaysia Online (19 April 2010)

Ketua Pemuda PKR keluar parti

SHAH ALAM 18 April - Kecewa dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor yang disifatkan mempunyai rekod moral memalukan, dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan keluar parti serta-merta.

Mereka ialah Ketua AMK Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar.
Turut menyertai Nor'isham dan Muhammad Ali ialah lima lagi anggota AMK termasuk dua ahli jawatankuasa cawangan masing-masing dari Shah Alam dan Padang Jawa.
Menurut Nor'isham, pemilihan Zaid sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi yang disertainya bersama rakan-rakan pada tahun 1999.

Katanya, rekod Zaid sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji malah rekod moral beliau amat memalukan setiap orang Melayu dan Islam yang berpegang pada akidah dan akhlak.

''Kami yakin pemilihan Zaid bukan atas dasar kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi untuk menjaga kepentingan Anwar yang memerlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng dan pembelanya di Parlimen.
''Justeru Zaid dipilih oleh Anwar hanya untuk menjaga kepentingan dirinya sendiri bukan kepentingan rakyat seperti yang diuar-uarkan.
''Tidak masuk akal seorang yang bukan anak tempatan boleh menjadi wakil rakyat yang berkesan di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hadir sama bekas Ketua AMK, Ezam Mohd. Noor.

Nor'isham mendakwa, beliau sebenarnya mewakili ramai anak muda dalam AMK yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan keputusan dan sikap Anwar.
Namun katanya, masih ramai yang belum berani membuat keputusan untuk keluar parti dan beliau mempunyai bukti.

''Kami menyeru kepada pemimpin dan ahli AMK lain yang majoritinya kecewa dengan pemilihan Zaid untuk menunjukkan keberanian berpegang pada prinsip dan perjuangan sebenar dengan meninggalkan Anwar dan PKR yang telah jauh menyimpang perjuangannya.
''Kami menyeru rakyat khususnya pengundi di Hulu Selangor terutamanya anak-anak muda untuk meninggalkan Anwar yang menyeret rakyat dengan masalah dan cita-cita peribadi beliau dalam setiap tindakan politiknya dan parti PKR," katanya.

Nor'isham dan Muhammad Ali kemudian menunjukkan satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yang bertulis :
''Salam kawan-kawan. Harap kita SMS DSAI (Anwar) agar kriteria 'track record' kesetiaan kepada parti dan perjuangan dan kriteria seorang 'fighter' menjadi asas pertimbangan utama dalam hal calon Hulu Selangor. Pengalaman lalu wajib jadi tauladan dan panduan.
Bukan hanya soal calon mampu menang tetapi soal kelangsungan perjuangan ini yang lebih penting. Kita ada Shamsul, Syed Shahir dan ramai lagi. Ini nombor DSAI 017-28xxx11".
Dakwa Muhammad Ali pula, dia telah menghantar SMS itu kepada Anwar tetapi tiada balasan diterima.

''Biasalah kita ini orang bawahan. Kalau tiada kepentingan dengan Anwar mana dia nak layan," katanya.
Ditanya apakah hala tuju mereka selepas ini kata Muhammad Ali, beliau dan rakan-rakannya belum memikirkannya lagi.

Bagaimanapun beliau yakin selepas ini pasti lebih ramai anggota AMK di Selangor akan meletak jawatan.

Sumber: Utusan Malaysia Online (19 April 2010)

Isu Apco: Penjelasan Muhyiddin

HULU SELANGOR 18 April - Tindakan pembangkang yang terus mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel disebabkan mereka semakin bimbang dengan kejayaan gagasan berkenaan yang mula diterima oleh rakyat negara ini.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak hairan dengan langkah pembangkang yang terus memainkan isu syarikat perundingan antarabangsa Apco Worldwide (Apco) dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang bermula semalam.

''Apco adalah sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan bagi membolehkan Malaysia lebih dikenali dunia.
''Syarikat itu bukan syarikat zionis atau Israel. Untuk melakukan tugas memperkenalkan Malaysia, ia bukanlah satu tugas yang mudah, oleh itu kita memerlukan syarikat yang profesional melakukannya.

''Kita hendak memberikan gambaran yang betul kepada dunia, apa itu Malaysia sebenarnya. Pembangkang sengaja memutar belitkan fakta jadi mereka sebarkan dakyah kononnya 1Malaysia sama dengan One Israel dengan mengaitkan Apco," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Mesra Rakyat di bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Ulu Yam Bahru, di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas tindakan pembangkang membangkitkan isu Apco bagi meraih undi dalam pilihan raya kecil itu yang bakal berlangsung pada 25 April ini.
Dalam ceramah mereka, pembangkang terus mengaitkan Apco sebagai sebuah syarikat zionis dan memburukkan gagasan 1Malaysia dengan menyatakan ia ditiru daripada konsep One Israel.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang kini berasa terancam memandangkan dalam tempoh setahun Malaysia ditadbir oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, gagasan 1Malaysia diterima baik oleh rakyat.

''Malahan ia juga disambut baik oleh generasi muda yang melihatnya dari sudut perpaduan, oleh itu pembangkang berusaha mengalihkan isu dengan membuat tuduhan bagi tujuan menimbulkan prasangka di kalangan rakyat terhadap niat baik kerajaan," katanya.
Mengenai dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memindahkan 13,488 pengundi di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Hulu Selangor bagi membantu kemenangan BN, Muhyiddin berkata, perkara itu wajar dijelaskan oleh SPR.

''Apa yang penting BN tidak mahu buruk sangka kepada sesiapa, biarlah isu ini dijelaskan oleh SPR. Saya yakin sebagai sebuah suruhanjaya bebas, SPR tidak akan menyebelahi mana-mana parti," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online (19 April 2010)

Thursday, April 15, 2010

Tiada perpecahan – TPM

KUALA LUMPUR 14 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap dakwaan pihak tertentu kononnya wujud pertelingkahan di antara UMNO dan MIC berhubung bakal calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, adalah perkara biasa.
Timbalan Perdana Menteri berkata, khabar angin seperti itu hanyalah satu perkara yang menjadi ‘berita menarik’ untuk diperkatakan pada sesuatu pilihan raya.
“Tiada ada perpecahan. Pada masa seperti ini di mana kita berhadapan dengan pilihan raya kecil, semua perkara menjadi menarik. Semua orang mahu membuat penilaian masing-masing tentang apa-apa pun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia ke-14 bertemakan ‘Pembangunan Minda Generasi Muda - Terhadap Kreativiti dan Inovatif dalam Sistem Pendidikan’ di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas dakwaan bahawa kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu kini bertelingkah berhubung siapa yang bakal menjadi calon bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, 25 Mac lalu.

Mengulas mengenai peluang BN, Muhyiddin berkata, sentimen terkini dan angin perubahan pengundi memberi kelebihan kepada BN untuk menang pada pilihan raya kecil itu.
Bagaimanapun, katanya, BN tidak boleh terlalu yakin dan mengambil mudah, sebaliknya, perlu lebih berhati-hati berhadapan tentangan besar pihak pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara yang paling penting kepada BN sekarang adalah bekerja keras untuk berhadapan dengan cabaran daripada pembangkang.

“Saya difahamkan pembangkang sudah mula menggerakkan jentera mereka. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim juga dikatakan sudah mula berkampung di sana,” katanya.
Beliau berkata, BN akan mengatur strategi yang tepat untuk memastikan kemenangan calonnya.
Tambahnya, segala persiapan jentera BN sudah berjalan lancar dan pihak yang bertanggungjawab terutama parti-parti komponen telah diberikan tugas masing-masing.
Ditanya mengenai calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, Muhyiddin berkata, keputusan itu adalah hak dan strategi parti berkenaan.

Katanya, apa yang lebih penting bagi BN adalah meletakkan calon yang dikehendaki pengundi serta lebih memahami keperluan rakyat di kawasan tersebut.
“Saya difahamkan beliau (Zaid) dipilih kerana dia banyak duit. Itu maklumat saya dapat. Bukan sebab dia boleh berkhidmat atau sebagainya. Siapa yang tidak kenal Zaid,” katanya.
Beliau berkata, calon PKR itu juga mempunyai rekod keluar masuk pelbagai parti politik dan perkara itu boleh dijadikan pengukur oleh pengundi bagi memilih calon terbaik di situ.


Sumber: Utusan Malaysia Online (15 April 2010)

Agong serah surat pelantikan 13 Hakim

KUALA LUMPUR 14 April - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menyerahkan suratcara pelantikan kepada empat Hakim Mahkamah Rayuan dan sembilan Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara di sini hari ini.

Empat Hakim Mahkamah Rayuan itu ialah Datuk Abdul Wahab Patail, 61, Datuk Clement Allan Skinner, 63, Datuk Mohamed Apandi Ali, 60, dan Datuk Zaharah Ibrahim, 58.
Hakim Mahkamah Tinggi pula ialah Datuk Mariana Yahya, 51, Dr Badariah Sahamid, 56, Azman Abdullah, 49, Mohd Yazid Mustafa, 54, Zainal Azman Ab. Aziz, 53, Yew Jen Kie, 57, Datuk Ahmadi Asnawi, 56, Datuk Zamani A.Rahim, 60 dan Vernon Ong Lam Kiat, 54.

Turut hadir menyaksikan upacara pelantikan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Turut hadir Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hasnah Mohammed Hashim. - BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia Online (15 April 2010)

Tuesday, April 13, 2010

BN tidak gentar siapa calon pembangkang

DUNGUN 12 April - Barisan Nasional (BN) bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sahaja calon dari parti pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tidak kira sama ada parti pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mencalonkan Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya itu nanti atau sesiapa pun, BN tidak gentar dan pasti akan lawan.
"Kita tak mahu masuk campur dalam urusan calon pembangkang, itu urusan mereka dan terserahlah kepada mereka nak letak siapa.

"Yang kita pasti, siapa dia akan letak kita akan lawan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan ulang tahun ke-37 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Kompleks Sukan Bandar Al-Muktafi Billah Shah dekat sini hari ini.
Mohd. Shafie ditanya mengenai desas-desus kemungkinan PKR akan meletakkan Zaid yang merupakan penyelaras pakatan pembangkang sebagai calon dari PKR bagi merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil itu.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan sumber PKR yang dipetik Bernama bahawa parti itu akan mencalonkan Zaid pada pilihan raya kecil berkenaan walaupun pucuk pimpinan parti tersebut dikatakan sudah mempunyai calonnya sebelum ini.

Pada perkembangan sama, Mohd. Shafie mahu rakyat khususnya di kawasan Parlimen Hulu Selangor supaya menyedari sumbangan serta jasa kerajaan selama ini yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam membangunkan kawasan itu.
Jelasnya, rakyat perlu bijak menilai peranan besar yang disumbangkan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai infrastruktur dan prasarana untuk dinikmati segenap lapisan masyarakat kawasan berkenaan.

"Dengan pelbagai usaha pembangunan terutama kemudahan asas yang disediakan di kawasan itu, kita yakin perkhidmatan yang kita beri selama ini akan menambat hati para pengundi," katanya.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian calon dari PKR, Dr. Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat sakit barah.

Sumber: Utusan Malaysia Online (13 April 2010)

Calon BN anak tempatan

RAWANG 12 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ialah anak tempatan dari kawasan itu.

Katanya, kriteria calon berkenaan menepati apa yang dikehendaki rakyat termasuk bebas daripada sebarang skandal peribadi dan berkelulusan tinggi.
"Kita sedang mendengar dan mengumpul pandangan daripada semua pihak. Sudah ada input tentang apa yang dikehendaki pengundi di sini dan kita akan ambil kira apa yang rakyat mahukan.

"Macam kita ambil kira pandangan di Pilihan Raya Kecil Dewan UNdangan Negeri Bagan Pinang dulu. Semua pihak sudah menyatakan pandangan mereka dengan lantang dan kita ambil yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan geran permulaan prasekolah swasta di Tadika Wawasan Gemilang di Bandar Sungai Buaya di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, calon yang akan dipilih nanti adalah seorang yang diyakini akan dapat bekerjasama dengan pemimpin bawahan dan bersifat amanah untuk berkhidmat kepada rakyat.
Katanya, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar telah mendapatkan segala maklum balas berhubung kehendak pengundi di Parlimen Hulu Selangor.
"Pada akhirnya keputusan siapa calon BN di sini akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Sementara itu Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu ketika ditemui pada majlis tersebut enggan mengulas mengenai calon BN daripada parti itu yang akan bertanding nanti.
Katanya, beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk memutuskan soal pemilihan calon yang bertanding di kawasan itu nanti.

Sumber: Utusan Malaysia Online (13 April 2010)

Mugilan paling layak wakili Barisan Nasional di Hulu Selangor

DUA hari lagi, Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan siapakah calonnya yang bakal diberi tanggungjawab untuk menegakkan kembali panji-panji parti itu dalam Pilihan Raya Kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Pilihan raya yang bakal berlangsung pada 25 April ini dianggap cukup penting bagi BN, justeru parti tersebut tidak boleh tersalah langkah melakukan percaturan terutamanya dari segi calon.
Sejarah dalam pilihan raya kecil sebelum ini sudah menjadi bukti bahawa kesilapan memilih calon telah membawa padah kepada BN.

Oleh itu, menjelang pengumuman yang bakal dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis ini, spekulasi mengenai siapa calon BN semakin hangat diperkatakan.

Ia semakin rancak apabila Muhyiddin semalam menyatakan nama calon sudah disenarai pendek dan paling ketara apabila beliau menyatakan, calon berkenaan anak tempatan dan berkelulusan tinggi serta 'yang rakyat mahukan'.

Sama ada hendak diakui atau tidak, kenyataan itu sekali gus meletakkan Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, V. Mugilan, 34, sebagai calon paling sesuai.
Ini memandang semua kriteria yang Muhyiddin nyatakan itu ada pada Mugilan. Ketua Pemuda Hulu Selangor tersebut merupakan anak tempatan yang dilahirkan di Ladang Kerling, Kuala Kubu Baharu, berkelulusan dalam jurusan Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya.
Selain itu menurut sumber, Mugilan sememangnya dikenali oleh penduduk Hulu Selangor. Selain bersikap rendah diri, Mugilan adalah pemimpin muda yang bersemangat tinggi untuk membantu rakyat.

Penglibatan aktif beliau dalam politik seawal usia 19 tahun dan terus bertungkus-lumus mendalami masalah di kawasan Parlimen tersebut memberi kelebihan kepada Mugilan untuk menjadi calon pilihan bagi BN.

Utusan Malaysia juga difahamkan, di kalangan penduduk Hulu Selangor selain kaum India, orang Melayu dan kaum Cina juga menyenangi Mugilan dan berpendapat BN wajar mempertimbangkan beliau sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil berkenaan.
Walaupun terdapat beberapa nama lagi seperti Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel, Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, namun populariti Mugilan tidak dapat dinafikan.

Apa pun keputusan muktamad terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberikan tanggungjawab kepada Muhyiddin untuk mengumumkan calon BN tersebut.

Tetapi apa yang diharapkan semua pihak terutamanya di dalam MIC sendiri harus menerima dengan terbuka keputusan pucuk pimpinan parti termasuklah seandainya Mugilan terpilih.
Ia kerana perjuangan Mugilan di Hulu Selangor bukanlah atas nama MIC tetapi BN. Oleh itu, mereka perlu memberi sokongan padu kepada Mugilan, bukannya atas nama peribadi beliau tetapi atas nama Barisan Nasional.

Sumber: Utusan Malaysia Online (13 April 2010)

Thursday, April 8, 2010

DAP Sudah Ketandusan Isu.

Persidangan hari ini banyak menperlihatkan bahawa seawal pagi hingga petang, isu utama yang dimainkan oleh pihak DAP adalah isu yang sama dan sering berulang-ulang.Pernyataan yang dibangkitkan sedikit sebanyak menunjukkan bahawa pihak DAP sudah ketandusan isu yang lebih rasional dan lebih banyak menyerang tentang isu yang sinonim dengan sifat 'kenegaraan' mereka. Isu tentang modul yang terdapat dalam program anjuran BTN,yang mana di lihat sebagai agen 'pencuci minda' kepada individu yang menyertai program anjuran BTN tidak dipersetujui dan memohon agar modul tersebut diubah agar lebih bersifat kepada penerimaan secara '1 Malaysia' yang mana pengkhususannya adalalah lebih menyeluruh dan tidak berat sebelah.DAP juga mempertikaikan tentang peruntukan yang 'besar' daripada pihak kerajaan kepada BTN dan juga JASA.
Isu yang dimainkan tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka adalah begitu mengambil berat tentang perbelanjaan wang negara oleh pihak kerajaan dan dalam masa yang sama juga pihak DAP cuba untuk membuatkan rakyat hilang rasa percaya kepada pihak kerajaan.Namun malang sekali,semua kecaman tersebut ternyata tidak berhasil sama sekali.Hasil daripada kecaman yang kurang 'cerdik' telah membawa kepada hukuman gantung kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor selama 10 hari yang membuatkan persidangan pada hari ini agak 'kurang menyengat' dan kurang panas dengan variasi perkataan 'pemanis halwa telinga' hidangan Ahli Parlimen dan juga pemerhati yang menghadiri Parlimen pada hari ini sehingga kepada tarikh akhir penggantungannya.
Namun begitu,wakil daripada DAP samada daripada Ipoh Timur,Puchong mahupun Bruas adalah begitu bersifat emosional dalam mempertahankan isu yang melibatkan kaum masing-masing.Pelbagai telahan dan provokasi di lakukan bagi membangkitkan perasaan marah,namun semua yang dikatakan adalah begitu bersifat kebudak-budakan dan kurang kematangan dalam memberi satu persepsi tentang apa yang dibawa oleh pihak kepimpinan pembangkang yang kononnya amat kongruen dalam pertahankan hak dan perpaduan rakyat di Malaysia.

Friday, April 2, 2010

MAJORITI SOKONG KETUA PEMBANGKANG DIRUJUK KE JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN PARLIMEN

Oleh : Pemikir MM

Ketua Pembangkang terus mendapat tekanan dalam dewan kerana terperangkap akibat ujahnya sendiri. Beliau menyentuh perkara-perkara ikut sesuka hati tanpa beringat bahawa tidak semestinya apa yang disebut itu adalah benar. Beliau seharusnya berjaga-jaga semasa bercakap sambil mencaci. Untuk makluman, kerja yang paling senang adalah menjadi tukang caci.

Kenapalah beliau ini dengan tiada berfikir membuat kenyataan-kenyataan yang tidak ada asas? Kenapa beliau memperkecil-kecilkan 1 Malaysia? Sebagai ketua pembangkang, beliau sepatutnya matang dan dapat memberi pandangan-pandangan yang betul-betul berguna kepada rakyat. Kalau berhujah 3 jam dalam parlimen tanpa syor-syor positif, ini dinamakan membuang masa ahli dewan.

1 Malaysia telah pun diterima rakyat. Rata-rata rakyat suka dengan konsep ini dan ini dikukuhkan lagi dengan pendekatan terbaharu YB Perdana Menteri iaitu pelancaran (MEB) atau Model Ekonomi Baru. Semua pembangkang senyap-senyap menerima konsep ini. Mereka khuatir bahawa 1 Malaysia dan (MEB) akan menjadikan pembangkang tidak popular dan terus tewas besar dalam PRU Ke-13. Jadi mereka ini termasuk ketua pembangkang membuat bising dalam dewan cuba menyemai perasaan benci dalam hati dan minda rakyat terhadap 1 Malaysia. Mereka-mereka ini termasuklah Lim Kit Siang mengutarakan Middle Malaysia yang menyerupai Malaysian-Malaysia yang tidak berasaskan perlembagaan dan rukun negara. Perkara ini telah ditolak rakyat.

Ketua Pembangkang jelas sudah tiada isu lagi tetapi cuba cari ruang umpama syaitan, untuk menggoda rakyat membenci 1 Malaysia. Kini beliau kaitkan isu ini dengan Israel. Beliau mengatakan 1 Malaysia ini seperti 1 Israel. Rakyat tidak dapat menerimanya kerana pertama, dari segi geografi Malaysia adalah jauh dari Israel. Negeri Zionist tidak minat langsung dengan Malaysia kerana ia tahu Malaysia adalah negeri Islam yang sangat kebal. Hanya Malaysia sahajalah yang tidak melayan Israel yang sentiasa cemburu kepada kehebatan Malaysia sebagai negara berkecuali dan Islamik. Malaysia berani menolak niat Israel untuk masuk ke negara ini. Malahan, Israel berjaya mewujudkan kedutaan-kedutaannya di Bangkok, Singapura, Sri Lanka, India, Manila, Myammar dan di negeri-negeri lain, tetapi gagal berbuat demikian di Malaysia.

Ketua pembangkang perlu tahu bahawa Malaysia adalah konsisten dalam pelaksanaan dasar luarnya. Jelas bahawa Malaysia tidak mudah berbaik-baik dengan Israel selagi isu Baitulmuqadis dan Juruselam tidak dapat diselesaikan.

Pemerhati berpendapat bahawa kena pada masanya ketua pembangkang ini diambil tindakan tegas oleh parlimen. Perkara ini sepatutnya sudah dibuat lama lagi tetapi peluang yang diberi oleh parlimen kepada ketua pembangkang telah disalahgunakan. Ini juga dilakukan oleh ahli-ahli pembangkang dalam dewan yang sangka mereka kebal dan tidak boleh diapa-apakan. Ini berlaku dalam dewan DUN Perak baru-baru ini. Perkara ini elok dihentikan dan ketua pembangkang harus sedar bahawa segala tindakan terhadapnya dalam parlimen adalah kerana perbuatan beliau sendiri yang tidak akur kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh dewan.

Pemerhati menyokong penuh segala tindakan yang akan diambil oleh parlimen terhadap ketua pembangkang nanti.



MP LEMBAH PANTAI (YB NURIZZAH) GAGAL DI DEWAN. MP MUDA PERLU BELAJAR LAGI


Oleh : Pemikir MM

MP Lembah Pantai dalam ucapannya di Parlimen menimbulkan beberapa perkara termasuklah berkaitan dengan kehakiman. Beliau juga merujuk kepada laporan bertajuk Justice In Jeopardy 2000. Semua orang sudah baca buku ini termasuk ahli-ahli parlimen. Kandungannya bukanlah baru malahan ia adalah outdated.

MP Nurizzah Anwar sepatutnya membaca serta meneliti perkembangan terbaharu dalam kehakiman termasuklah mengenai pembahagian kuasa (separation of powers) yang Malaysia telah mengamalkannya sejak merdeka lagi. Disyorkan MP melihat buku-buku berkaitan dengan kerajaan di United Kingdom di mana jelas terdapat maklumat mengenai pembahagian kuasa. Elemen ini juga menjadi asas kepada kerajaan Malaysia. Jika dibandingkan dengan negara-negara Komenwealth, Pelaksanaan pembahagian kuasa ini adalah yang terbaik di Malaysia.

Apa yang dicerita oleh MP dalam dewan hanya bertujuan untuk mengelirukan ahli-ahli dewan dan juga pemerhati-pemerhati yang berlegar di lobi parlimen. Ini merupakan satu publicity stunt yang juga dilakukan oleh ketua pembangkang parlimen. Taktiknya serupa hanya isunya berlainan.

MP sepatutnya ikhlas apabila berbincang dengan speech writer yang membuat ucapan beliau untuk parlimen. Ia tidak meyakinkan kerana ini adalah penulisan orang lain yang tidak akan mengambarkan niat sebenar mana-mana pembaca termasuk MP sendiri. Beliau akan hanya menulis apa yang patut YB. bentangkan dalam parlimen. Jadi apa yang berlaku dalam parlimen hanya cacian yang dikedepankan oleh MP bukan maklumat-maklumat yang membina supaya rakyat dapat menepatinya.

Pemerhati berpendapat bahawa potensi YB telah dicemarkan oleh beberapa orang yang berkepentingan. Ini sekali gus keyakinan orang terhadap MP turut terhakis.

Adalah elok bahawa YB diam sahaja dalam parlimen daripada bercakap bukan-bukan di mana orang-orang muda tidak menerima maklumat yang dilontarkan dalam dewan.

It has to be a face reflecting change

For Barisan Nasional, it is all about fielding a winnable candidate for the Hulu Selangor by-election, writes ZUBAIDAH ABU BAKAR

ANOTHER by-election is under way and this time, the battle to win over the hearts of the people is taking shape in Selangor.The death of Hulu Selangor member of parliament Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, of Parti Keadilan Rakyat, precipitated the 10th by-election to be held following the March 2008 general election.

It will also be the first in Pakatan Rakyat-run Selangor.The electoral battle, which will be held soon after Datuk Seri Najib Razak completes his first year as prime minister, is expected to be as intense as the Permatang Pauh by-election that saw opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim make a comeback to Parliament after a decade of absence.Here in Selangor, Barisan Nasional, as an opposition coalition, is set to be the underdog fighting in a hostile environment.

Hulu Selangor is where the Federal Government will be able to gauge support for its policies introduced since 2008."The ethnic make-up of voters in the parliamentary constituency is a reflection of the national profile, so it will give some indication as to where BN stands in the eyes of the people," said Ibrahim Suffian, director of the independent pollster Merdeka Centre.

The by-election will also test whether the people of Hulu Selangor are happy with the changes brought about by the PKR-led Selangor government.BN is ready to fight and wrest control of the seat it narrowly lost -- by 198 votes -- in 2008. A win would boost BN morale in Selangor, encouraging its components to work hard to win back the state in the next general election, as declared by Najib.

Pakatan, too, wants to retain the seat to further emphasise its strength in the crown jewel, after suffering bouts of internal conflict over state administrative policies that have repeatedly cast doubts on its ability to rule.It is also a good indicator of Malay support for the unregistered coalition since Malays made up the majority of more than 63,000 voters in the constituency.In short, according to Universiti Utara Malaysia political analyst Prof Mohammad Mus-tafa Ishak, Hulu Selangor is where people will scrutinise what Najib has done in one year and Anwar's performance over the past two years."People will make comparative studies," he said.

The BN had never lost in Hulu Selangor. But in 2008, about 47 per cent of Malays, 60 per cent of Indians and 50 per cent of Chinese gave their votes to the PKR candidate, resulting in the seat slipping from the hands of MIC deputy president Datuk D. Palanivel.
There are three state seats within the parliamentary constituency, and BN won them all -- two convincingly (Hulu Bernam, 3,549-vote majority; Ba-tang Kali, 2,179-vote majority), and one narrowly (Kuala Kubu Baru, 448-vote majority).

Umno won big in Hulu Ber-nam and Batang Kali, MCA recorded a smaller win in Kuala Kubu Baru and MIC lost Hulu Selangor. The choice of candidate will be a key factor for BN to win the seat. Pakatan has confirmed that it will again field a candidate from PKR, promising to be careful so as not to select a candidate that could hold the party to ransom -- a lesson from a series of crossovers by its elected representatives.On the BN side, the toss is be-tween MIC and Umno, and the jostling has already started.The prime minister, who has the prerogative to decide on BN's candidacy, has been non-committal beyond saying that he needed time to decide on the right candidate."I have to look into all developments but what's more important is that Barisan must achieve victory," he told reporters at the Parliament lobby.UUM's Mustafa thinks the seat allocation among BN components should be looked at again to keep with the change in political circumstances.

This argument possibly holds true for Hulu Selangor, although other issues also contributed to the opposition candidate's success in securing 10 per cent more Malay votes and a substantial number of votes from non-Malays, who accounted for about 45 per cent of the constituents, compared with 2004.Besides, the parliamentary constituency recorded a high number of spoilt votes -- 1,466 -- in the 2008 elections.Selangor opposition leader Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, although prefers BN to stick to tradition and field a candidate from MIC, feels that MIC should field a fresh face in the race to attract the 19 per cent of Indian voters in the constituency.Selangor Pas information chief Roslan Mohd Shahir, who is confident of a Pakatan win, said BN would suffer a backlash from non-Malay voters if an Umno candidate is allowed to contest.Pakatan, however, has Malay candidates in its rumoured shortlist.

Should BN ignore tradition and field an Umno candidate, it would have to pick a man acceptable to the majority of division members there.Otherwise, it is bound to suffer a similar fate as in past by-elections where disunity contributed to its poor performance.Ibrahim said it was understandable for MIC to want to contest the seat, as the party needed to show that it had regained ground following the 2008 electoral losses."If it is sidelined, there is little hope for MIC to be recognised as a party representing Indian Malaysians."Whether an MIC or Umno candidate, the key criterion is to field a BN candidate with the best chance of winning.BN has to bear in mind that it faces new challenges in dealing with more informed voters.

Recycled candidates may well succeed, as was shown in the case of Tan Sri Isa Samad in the Bagan Pinang by-election in Negri Sembilan. But the coalition must also acknowledge the desire of a large part of the electorate for change.

Source: NST (April 2, 2010)

RTM merentas zaman

Hari ini, RTM menyambut ulang tahun ke-64. Ia diambil kira daripada tarikh penubuhan stesen radio yang dikenali Radio Malaya pada 1 April 1946 oleh pentadbir Inggeris yang mahu menyebarkan berita dan maklumat kepada penduduk negara ini.

Daripada elemen suara dan bunyi pada awalnya, dimanfaatkan pula perkembangan teknologi elemen visual seterusnya, maka lahirlah siaran televisyen pada 28 Disember 1963 yang dikenali sebagai Televisyen Malaysia.

Seterusnya, pengendalian stesen radio dan televisyen yang mulanya berasingan, digabungkan dalam sebuah organisasi penyiaran yang dikenali sebagai Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1969 membawa kepada bidang penyiaran ini terus berkembang sebagai media rasmi untuk menyebarluaskan dasar kerajaan kepada rakyat.

Selain itu, RTM yang menjadi jenama terunggul negara dulu dan sekarang, turut berusaha memupuk kesedaran dan membuka meminda masyarakat di samping menerapkan nilai-nilai murni ke arah hidup yang lebih sempurna. Ia mendidik rakyat agar sentiasa berjaya dan sempurna dalam kehidupan.

RTM juga mempunyai peranan besar dalam memupuk bakat sehingga berjaya melahirkan ramai artis serta karyawan muzik dan seni yang masyhur. Mereka inilah seterusnya memberi sumbangan kepada pembangunan industri seni muzik tanah air. Antara artis kelahiran RTM ialah Datuk Sudirman Arshad, Jamal Abdillah dan Datuk Siti Nurhaliza.
RTM juga bertanggungjawab melaporkan dan merakamkan peristiwa penting yang menjadi sejarah bangsa. Dalam merakamkan sejarah negara, sebenarnya perjalanan RTM sendiri yang bermula dari era awal dan meniti era pelbagai zaman hingga kini turut menjadi asas kepada perkembangan industri penyiaran negara.

Kini dalam era Gagasan 1Malaysia, RTM memikul tanggungjawab berat untuk memastikan rakyat sedar, memahami dan menghayati 1Malaysia. Ia bukan tugas mudah tetapi memerlukan perancangan teliti agar rakyat memahami tujuan gagasan itu yang berteraskan Perlembagaan Negara.
Penerangan dan penjelasan gagasan ini akan membolehkan rakyat terus mengamalkan pendekatan yang menekankan kepada gabungan perpaduan dan pengagihan kekayaan sama rata mengikut ketetapan Perlembagaan.

Untuk itu, RTM perlu menjadi terbaik. Sejak Mac lalu, usaha diadakan mengadakan tiga transformasi penting membabitkan budaya kerja, transformasi teknologi terkini dan mengubah persepsi rakyat untuk lebih menyukai RTM sepanjang masa. Promosi dan publisiti produk dan program RTM perlu dijadikan amalan sepanjang masa. Ini penting untuk membolehkan rakyat mengetahui program dan produk RTM.
Bagi penulis, tiada jalan pintas untuk menjadi yang terbaik. Ia memerlukan disiplin, kesungguhan kreativiti dan jati diri yang hebat bagi menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Apa yang lebih penting adalah untuk memastikan penghasilan yang terbaik itu perlu berterusan dan tidak bermusim. Ini yang perlu ada pada kalangan pejuang RTM agar memastikan RTM terus relevan dan terbaik sepanjang masa.

Sejak menerajui RTM pada Mac 2009, penulis mendapati ramai pejuang RTM mempunyai keupayaan untuk menjadi terbaik. Mengapa dipanggil pejuang? Mereka sanggup bekerja keras bagi menghasilkan produk dan program terbaik untuk penonton. Dalam kesejukan konti, mereka memberikan perkhidmatan kepada penonton dan pendengar.
Bagaimana untuk menjadi terbaik? Apa yang perlu ialah menggunakan ciri-ciri istimewa ini secara berkesan untuk membuahkan sesuatu yang terbaik. Mereka perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi bagi memastikan segala tugasan yang diberi dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
Disiplin juga penting untuk memastikan pejuang RTM sentiasa konsisten dalam menghasilkan sesuatu produk agar penonton dan pendengar merasa puas sepanjang masa.
Pejuang RTM juga perlu ada kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang dapat memenuhi cita rasa dan keperluan masyarakat umpamanya, pejuang bilik berita perlu menghasilkan berita menarik dan semasa agar penonton mendapat maklumat terkini. Kesungguhan untuk memberi persembahan berita yang menarik terutama membabitkan penggunaan ayat mudah dan grafik membolehkan penonton memahami apa yang ingin disampaikan. Tidak kabur dan mengelirukan.

Pejuang RTM juga perlu mempunyai jati diri agar mereka sentiasa memberikan produk yang membina negara bangsa. Ini penting sejajar peranan RTM sebagai jurucakap kerajaan. Segala dasar kerajaan perlu disebarluaskan agar rakyat menyedari, menghayati dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Umpamanya gagasan 1Malaysia yang menjadi KPI utama RTM bagi memastikan rakyat memahami gagasan itu. Kejayaan RTM memperkenal dan menggunakan salam 1Malaysia adalah usaha permulaan yang berjaya ke arah menyedarkan rakyat terhadap gagasan itu.
Lagu 1Malaysia yang sering diputarkan oleh RTM membantu menyedarkan rakyat betapa perpaduan adalah satu aset berharga yang dimiliki oleh negara ini. Ia perlu dipupuk dan dibajai sepanjang masa agar ia subur dan terus berkembang.

Pejuang RTM juga perlu sentiasa bekerja sebagai satu pasukan yang mantap. Semangat berpasukan penting bagi menghasilkan produk terbaik. Umpamanya dalam menghasilkan berita; lebih 15 unit terbabit termasuklah wartawan/pengarang, jurusolek, penyampai dan lain-lain. Tanpa semangat perpaduan ini sudah tentulah berita yang dipersembahkan bukan yang terbaik.

Setiap individu perlu memastikan mereka memberikan hasil terbaik dan bukan bersikap sambil lewa sehingga mencacatkan persembahan berita. Ini bermakna pada tahap terakhir penghantaran siaran perlulah terbaik agar gambar yang diperolehi di kaca televisyen jelas dan terang.

Siaran yang kabur atau tanpa audio mencacatkan persembahan berita dan sudah tentulah RTM terus dipandang sepi atau tidak relevan lagi. Pejuang RTM perlu memberikan program yang dapat meningkatkan kepercayaan penonton dan pendengar agar terus setia menjadi teman RTM.

Bagi merakamkan perjalanan setahun penulis di RTM yang disifatkan sebagai kota angkasa diperturunkan bait-bait puisi yang dilafazkan hari ini dalam satu majlis istimewa di Angkasapuri.

KOTA ANGKASA

Kota Angkasa ini
Menyaksi dan mendengar sejarah bangsa
Sejarah duka
Khabar gembira,
Linangan air mata,
Kejayaan berharga
Sejarah kota
Kota Angkasa ini
Himpunan critera bangsa
Penuh nostalgia
Pentasan drama
Kota Angkasa ini
Merakam waktu,
Berita dan peristiwa
Dewasa
Bersama negara
Aku melangkah ke sini
Bukan dijemput
Tapi disambut
Rasa mahu menegakkan kota ini semula
Yang sudah pudar dan hambar
Tapi masih
Punya nyawa dan jiwa.
Wahai Pejuang...
Kita bangunkan semula kota angkasa ini
Sebaris persada dunia
Menegakkan martabat bangsa
Kita bukan orang sebarangan
Sebenarnya kita pahlawan medan
mampu buat kejutan
Segunung intan

Bagi penulis, RTM mampu menjadi terbaik dan memainkan terus peranan sebagai penyebar maklumat, ilmu pengetahuan dan hiburan, jika setiap petugas memberi komitmen sepenuhnya. RTM yang sudah sekian lama berjasa kepada negara dan perjuangan ini perlu diteruskan demi kepentingan negara bangsa. Saingan syarikat penyiaran swasta perlulah dijadikan rangsangan kepada petugas RTM untuk berkerja keras dan memperbaiki diri agar menjadi pejuang terbaik.

DATUK IBRAHIM YAHAYA
Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia

Sumber: Utusan Malaysia ( 1 April 2010)

Thursday, April 1, 2010

KETUA PEMBANGKANG TIDAK FAHAM APA ITU APCO. BELIAU SILAP APABILA MENYAMAKAN ISRAEL DENGAN APCO

Oleh : Pemikir MM

Ketua Pembangkang Parlimen kelihatan tertekan kerana memberi maklumat tidak tepat berkaitan dengan APCO pada minggu pertama persidangan dewan. Beliau ketika itu teragak-agak apabila membuat kenyataan bahawa APCO ini terlibat dalam mengkonsepsikan 1 Malaysia. Pihak APCO telah menafikan bahawa ia dilantik oleh kerajaan selepas Gagasan 1 Malaysia dicetuskan. Ini sekali gus menidakkan tuduhan ketua pembangkang yang kebetulan tiada apa-apa lagi isu yang hendak diwar-warkan. Beliau sebenar sudah ketandusan isu dan hanya mencari ruang untuk menonjolkan kepentingannya sahaja baik di dalam dan luar dewan.

Jikalau di luar dewan, beliau ini sibuk mencari individu-individu antarabangsa untuk dijadikan proksi bagi mempertahankan diri beliau. Dia menggunakan ahli parlimen Australia, kawan-kawan lama di Washington, personaliti-personaliti timur tengah termasuklah ulama-ulama, putera-putera di raja Arab. Misi beliau di luar negeri adalah untuk memburukkan kepimpinan BN dan juga perjalanan kerajaan BN. Agenda kedua ialah meraih simpati bahawa tuduhan liwat terhadapnya adalah satu pembohongan. Kedua-kedua agenda ini boleh dianggap sebagai satu taktik saraf hitam yang betul-betul bertentangan dengan kepentingan dan keselamatan negara. Ada juga yang ditemui di Washington itu dari keturunan Yahudi yang tidak dapat dielakkan. Di jabatan-jabatan kerajaan di Washington dan NGO-NGO di New York banyak diterajui oleh mereka berketurunan Yahudi. Mereka mempunyai nama-nama yang agak metallic (besi) seperti Goldstein dan lain-lain lagi.

Kini beliau dengan mendabik dada membuat kenyataan yang bukan-bukan tentang APCO yang telah pun membuat penafian. Ketua pembangkang telah mengubah taktik penjelasan membuat penumpuan apa itu APCO. Ini adalah tidak relevan sama sekali. Segi perbandingan, Bank Dunia kepunyaan Amerika juga mempunyai penjawat-penjawat berketurunan Yahudi. Adakah apabila kita bekerjasama dengan Bank Dunia, kita bersekongkol dengan Israel? Kadang-kadang ketua pembangkang ini pun jahil kerana sengaja memutar-belitkan isu sehingga Lim Kit Siang, Ustaz Hadi pun terperangkap dengan perkara-perkara yang mereka yang tidak tahu.
Pemerhati politik tempatan sudah bosan dengan ketua pembangkang dan sekutu-sekutunya. Sungguh sedih bahawa sekutu-sekutu ini sanggup bekerjasama dengan ketua pembangkang yang tidak berintegriti, suka berbohong dan tidak bermoral. Adalah dinasihatkan mereka-mereka ini membuat penumpuan kepada perkara-perkara berkepentingan, termasuklah bagaimana dapat sama-sama melaksanakan Model Ekonomi Baru yang dibentang oleh PM. Janganlah terjebak dalam isu-isu yang tidak memberi apa-apa kebaikan kepada mereka. Insaflah dan berdiri teguhlah apa yang diperjuangkan oleh YB PM, pemimpin Barisan Nasional, yang kini terus meningkat popularitinya dikalangan rakyat.

MOHD NIZAR (PASIR PANJANG) GAGAL DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK, 31 MAC 2010

Oleh : Pemikir MM

Pembangkang di Perak mendapat peluang untuk menggunakan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak untuk melakukan sesuatu yang tidak menguntungkan semua pihak terutamanya rakyat Perak. Ketua mereka Mohd Nizar (DUN Pasir Panjang) merupakan ketua dalam mengepalai ahli-ahli pembangkang DUN dengan kegiatan-kegiatan samseng sehingga membinggungkan penyokong mereka sendiri di Perak.

Walaupun mereka kelihatan cuba membuat sesuatu yang boleh menganggu-gugat persidangan dewan, kali ini mereka kelihatan gagal. Sepatutnya, sebagai ahli DUN, mereka berusaha mencari kesempatan untuk berhujah tentang isu-isu kepentingan rakyat dan bukannya menyalahgunakan dewan mulia ini untuk mencetuskan kekecohan dan suasana huru-hara. Keadaan seperti ini tidak patut ujud lagi dalam dewan. Pembangkang-pembangkang ini dapat digulungkan sebagai orang-orang yang tidak sopan dan beretika terutama dalam dewan.

Apa yang mereka dapat daripada berperangai demikian? Rata-rata rakyat Malaysia amnya, Perak Khasnya, menjadi bertambah binggung terutamanya tentang hala-tuju ahli-ahli pembangkang yang mereka taruh harapan sejak pemilihan dalam pilihan raya 2008. Apa yang Perak terima selama ini adalah penghinaan akibat daripada perbuatan ketua pembangkang yang masih bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar, Perak. Tidakkah beliau sedar bahawa mahkamah telah membuat keputusan? Terima sahajalah apa yang telah diputuskan dan tunggulah apabila timbulnya pilihan raya yang akan datang. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen di mana rakyat diberi peluang untuk memilih kerajaan tiap-tiap 5 tahun sekali.

Tidak cukup menghina dewan, pembangkang juga membuat kenyataan yang melulu serta tidak bertanggungjawab terhadap PDRM. Pengerusi DAP Perak, Ngeh, dengan sewenang-wenangnya menganggap kehadiran polis di sekitar dewan sebagai pencemaran. Ini satu lagi tuduhan tolol pembangkang yang tidak menggunakan akal. Kehadiran polis di situ adalah untuk memastikan bahawa persidangan dewan berjalan dengan lancar dan aman.
Pemerhati berpendapat bahawa pendedahan oleh YB MB Datuk Seri Zambry bahawa beliau telah dipujuk untuk menjadi ahli pembangkang, merupakan lagi satu berita buruk mengenai taktik kotor pembangkang. Lakonan yang dibuat oleh pembangkang di dewan mulia negeri mestilah dikutuk. Pihak BN dalam dewan perlu memperkukuhkan peraturan perjalanan persidangan DUN pada masa yang akan datang. Jika ini tidak dilakukan, dewan Negeri Perak akan sentiasa dianggap negatif oleh pemerhati-pemerhati politik dalam dan luar Perak.

Wira mengucap tahniah kepada YB MB Perak kerana tidak mudah dipermain-mainkan oleh ketua pembangkang yang perlu mengikuti kursus adab di Ipoh.