Thursday, October 16, 2008

Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%

utusan online


Shahruzzaman Abdul Halim menunjukkan bil cukai pintu Majlis Bandaraya Ipoh yang naik sebanyak hampir enam kali ganda semasa berkunjung ke pejabat Utusan Malaysia di Ipoh semalam. – Gambar HANAFI KHAMIS


IPOH 15 Okt. – Penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini terkejut apabila menerima notis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu 500 peratus bermula November ini.

Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Seorang penduduk, Shahruzzaman Abd. Halim, berkata, beliau yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa di Perak.

Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadak pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya membayar cukai taksiran sebanyak RM691.20 setahun.

“Pada 15 September lalu, MBI telah menghantar notis kepada saya memaklumkan bahawa mereka akan meminda nilai tahunan harta atau cukai pintu ke atas rumah saya yang beralamat di Lot PT 186990, 13 Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor.

6 comments:

temuai said...

Tindakan kerajaan Perak adalah keterlaluan! Jangan bebankan hidup rakyat..

LIMAUDONG said...

Salam JR

Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Parti Pakatan Rakyat segan meminta wang dari kerajaan pusat dan terpaksa menghisap darah penyokong-penyokongnya untuk hidup memerintah negeri.

H.C.Lai said...

Apa yang berlaku pada kerajaan Pakatan Rakyat? Kenapa keadaan menjadi semakin teruk...... Biar la pentadbiran pulang ke Barisan Nasional.....

rayliew said...

Begitulah yang akan berlaku kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat(PR). Mereka tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir negeri, juga tiada persefahaman sebenar antara 3 parti PR. Yang menderita adalah rakyat,,, oleh itu berfikir-fikirlah sebelum membuat sesuatu..yang padah kita sendiri...
Lain kali pilihlah wakil rakyat dan parti yang pandai mengurus..

Rebak Anyut said...

temuai2....kalau aku la orang perak, nyesal la sokong PR dulu. ada ka patut, cakap la dulu kalau nak naik. ne tak naik sampai <500%. kesian pakcik 2.

Anonymous said...

Apalah bodohnya orang UMNO ni. Tu,, Lah lain kali dapat berita dari orang munafik selidik dulu. Kalau anda buat rumah di atas tanah lot dengan rekabentuk rumah murah maka cukai taksirnya murahlah. Tapi kalau tuan tanah membuat rumah Banglo dengan nilai 5 kali rumah kos rendah maka cukai pintunya tinggilah.

Cukai taksir berbeza pada nilai tanah dan nilai rumah. Ia serupa juga nilai cukai tanah pertanian dan cukai tanah bangunan kadarnya berbeza.

Kalau kita tukar status tanah pertanian kepada tanah bangunan kita kena bayar premium dengan pejabat tanah di samping cukai tanahnya akan menjadi tinggi. Tapi nilai tanah boleh mencecah jutaan ringgit. Sebab itu bila pemaju membeli tanah pertanian beratus ekar kemudian menukar status tanah kepada tanah bangunan dengan membayar premium berjuta ringgit pada pejabat tanah.Mereka masih boleh membuat untung. Satu lot biasa lebih kurang 4,000 kaki persegi boleh dijual rm 40,000 dan lot banglo RM 300- 1 juta.