Friday, March 4, 2011

Thursday, March 3, 2011

Apa Itu PAS?????????



Oleh MM


  1. Putar Alam Semulajadi



  2. Pemimpin Ajaran Sesat



  3. Perosak Agama Sendiri



  4. Pakar Ahli Sembang



  5. Perangai Ala Syaitan



  6. Penipu Alam Sejagat



  7. Putar Asalkan Selamat



  8. Projek Anak Saya



  9. Perosak Akhlak Sahaja



  10. Puak Ana Sahaja



  11. Perosak Amalan Suci



  12. Parti Ambil Syarat



  13. Pentafsiran Ayat Salah



  14. Pakai Ambil Senang



  15. Pelawak Ala Senario



  16. Perhabis Apa Shaja



  17. Pakar Ahli Sabotaj



  18. Pakar Ampu Sentiasa



  19. Puas Aku Sekarang



  20. Pandai Ana Sahaja

Kantoi...! Kantoi....! Kantoi...!

Oleh MM

DUN Merlimau

Congratulations To Wira Merlimau For Getting Involved In Spreading Positive Messages To All Readers Interested in the by election of DUN Merlimau. For information, I know the candidate very well and he is full of commitment, if elected, to serve the people of Merlimau, in particular, and the Rakyat Of Melaka based on the One Malaysia concept.

Please vote Roslan as your Wakil Rakyat For Merlimau.

1. Mengapa anda menawarkan diri untuk menjadi jambatan antara rakyat dan Kerajaan di Merlimau?

Berbakti kepada penduduk di Merlimau. Akan cuba melaksanakan tanggungjawab dan tugas sebagai wakil rakyat seperti yang pernah dilakukan oleh Allahyarham bapa sebelum ini.

2. Sekiranya anda dipilih sebagai DUN Merlimau, apakah keutamaan anda?
Merlimau terus memerlukan lebih banyak pembangunan. Saya akan tepati keperluan-keperluan setempat. Saya berterima kasih YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai calon di DUN Merlimau.

3. Bagaimana peluang RON untuk berjaya dalam pilihan raya kecil ini?
Peluang adalah cerah dan yakin semua lapisan masyarakat di belakang BN. Masyarakat tahu hanya Kerajaan BN yang boleh memberi perkhidmatan terbaik untuk mereka. Penampilan serta bantuan jentera diketuai oleh Ketua Menteri Melaka, akan memberi peluang terbaik kepada calon.

4. Ikrar Calon Barisan Nasional
Akan merealisasikan tanggungjawab kepada rakyat di Merlimau. Akan membawa suara rakyat Merlimau ke DUN demi kesejahteraan rakyat.

5. Apa tanggapan orang terhadapRON ?
Ia adalah calon yang masih muda, Mempunyai asas-asas pengalaman, Masih bertenaga dan sihat, Bersedia bekerja, membantu rakyat

Daripada,
Panel Pemikir, MM

Tindakan Paling Bijak Bagi Penjawat Awam Yang Menyokong Pembangkang

Oleh MM


Survival Parti Dalam PRU 13

Dipetik dari Utusan Malaysia

SEMPENA ulang tahun ketiga Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 8 Mac ini, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menganjurkan forum bertajuk ‘Survival Parti Politik Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)’. Ahli panelnya terdiri daripada Nurul Izzah Anwar, Mohd Nasir Zakaria dan saya sendiri, manakala moderatornya ialah Profesor Dr. Mohd Redzuan Othman.

Pada saya, PRU-13 akan ditentukan oleh amalan ‘politik baru’, yang menjadi judul buku saya (2008). Politik baru terdiri daripada dua komponen, iaitu integriti politik dan governans baru. Ia perlu dilengkapi dengan pemikiran politik progresif dan inovasi demokrasi. Integriti politik berasaskan perjuangan. Ia berdasarkan tiga rukun iaitu idealisme, aktivisme dan intelektualisme serta amalan politik ilmu, politik hikmah dan politik bakti.

Governans baru merujuk kerangka pengurusan negara yang lebih segar. Kini, ia terlalu berorientasikan kerajaan/politik. Kerangka governans baru melibatkan ketiga-tiga sektor pembangunan (kerajaan/politik, perniagaan dan masyarakat sivil) sebagai rakan yang saksama.
Dalam konteks ini, BN serius melakukan perubahan. Satu daripadanya ialah pemikiran progresif yang sesuai dengan keperluan universal dan kontemporari. Contohnya ialah Gagasan 1Malaysia serta transformasi kerajaan dan ekonomi yang diilhamkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebahagian rakyat menolak BN atas faktor-faktor lazim, seperti politik wang, rasuah, sistem penyampaian lemah dan sebagainya. Tetapi, di samping itu, terdapat sebahagian intelektual, profesional, kelas menengah dan belia (termasuk mahasiswa), yang menolak BN kerana ketinggalan dalam pemikiran politik. Sebab itu, BN mula mencetuskan pemikiran politik progresif tentang demokrasi, penghakupayaan, partisipasi, kerajaan, kesaksamaan gender, pembangunan lestari dan sebagainya.

Gagasan 1Malaysia ialah komitmen BN dalam membina masyarakat baik yang berteraskan budaya ilmu, pembinaan tamadun, keadilan sosial, partisipasi demokratik, pengagihan ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Kita sedar terdapat rakyat, terutamanya belia yang skeptikal dan sinis terhadap politik. Mujurnya mereka masih percaya terhadap demokrasi.

Namun, kepercayaan itu disekalikan dengan gesaan pembaharuan demokrasi yang melampaui sistem dan institusi yang diamalkan kini. Inilah antara iktibar daripada gerakan prodemokrasi di Timur Tengah sekarang.

Justeru, kita perlu melakukan inovasi demokrasi. Matlamatnya ialah meningkatkan partisipasi rakyat dalam struktur dan proses membuat keputusan.

Antara kuasa utama PRU-13 ialah belia, iaitu 49.7 peratus daripada pemilih. Ini lebih besar daripada 40 peratus pada PRU-12. Prasyarat kefahaman terhadap partisipasi belia dalam politik ialah dengan mengiktiraf tiga permintaan utamanya iaitu belia mahu suaranya didengar, peranannya diiktiraf, dan isu-isunya ditangani dengan berorientasikan belia.

Kita perlu menyelami ciri-ciri partisipasi politik belia iaitu hubungan belia dan politik yang bersifat multi-dimensi; bentuk, makna dan alasan belia untuk berpartisipasi; mengenal pasti bagaimana belia belajar tentang partisipasi politik; dan kesaksamaan gender, iaitu partisipasi belia wanita.

Cara, corak dan citra politiknya mungkin berbeza dengan kita. Kita perlu menyelami minda mereka untuk menghakupayakannya agar dapat mengoptimumkan potensi politiknya. Sebahagian daripada belia ialah mahasiswa. Apabila saya mencadangkan mahasiswa dibenarkan menganggotai parti politik, ia mempunyai dua matlamat, iaitu memenuhi haknya sebagai warganegara dan mematangka demokrasi kita.

Kini, BN memberi lebih tumpuan kepada belia. Satu daripada gelanggang yang diterjuninya lebih bersungguh-sungguh ialah dunia maya. Namun, ia masih perlu banyak penambahbaikan, terutamanya dari segi kandungan dan pendekatannya.

Mutakhir ini, pelbagai langkah telah dilakukan untuk lebih memahami belia. Antaranya ialah perjumpaan tidak rasmi, perbincangan, konvensyen, kajian dan makmal yang melibatkan perwakilan belia. Melalui langkah-langkah ini, banyak idea telah diluahkan oleh mereka.

Sebahagian daripada idea itu telah dilaksanakan dalam bentuk program dan aktiviti yang konkrit. Bagaimanapun, masih banyak belum diambil tindakan. Kini, belia menunggu, melihat dan menilai. Adakah kita benar-benar serius dalam merealisasikan idea mereka itu? Atau, kita sekadar mendengar kosong iaitu untuk menunjukkan yang kononnya kita meraikan mereka, tetapi tidak lebih daripada itu? Umpama melepaskan batuk di tangga sahaja?

Justeru, menjelang PRU-13, jika ada perkara pokok yang mesti dilakukan untuk belia, maka, ia adalah untuk benar-benar memenuhi permintaan mereka. PRU-12 telah memberikan keputusan signifikan kepada pihak pembangkang. Mereka berjaya menafikan BN kedudukan dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Pihak pembangkang kini menguasai empat buah negeri.

Ada yang menjangka bahawa kehidupan yang diwarnai oleh BN selama lebih 50 tahun telah berakhir. Ia telah memberikan harapan kepada penyokongnya bahawa reformasi akan berlaku.

Tetapi, kini perasaan optimis itu semakin pudar. Ini disebabkan beberapa faktor. Harapan penyokongnya bahawa pihak pembangkang akan menjadi kuasa yang benar-benar kuat ternyata meleset. Ramai pemimpin besar PKR keluar parti. Walaupun parti-parti komponen BN tidak terlepas daripada masalah sama, tetapi jumlah dan jawatan besar meninggalkan PKR dalam tempoh masa yang singkat menghampakan penyokongnya.

Janji membentuk kerajaan pada 16 September 2008 gagal. Sebaliknya, sejumlah wakil rakyat pembangkang meninggalkannya.

Penyokongnya menyaksikan pergaduhan dalaman di kalangan wakil-wakil rakyat pihak pembangkang. Terdengar tuduhan rasuah berlaku di kalangan kepemimpinannya. Mereka dipersoalkan sama ada berada dalam politik untuk berbakti kepada rakyat atau lebih memenuhi kepentingan peribadi. Pemilihan kepemimpinan PKR dilanda banyak masalah. Perkembangan-perkembangan negatif ini mula menghakis keyakinan penyokongnya. Ramai mula bertanya, mampukah mereka membetulkan diri sendiri? Mampukah mereka membentuk kerajaan yang berwibawa?

Pada masa yang sama, BN memulakan transformasi politik. Dari satu segi, pindaan Perlembagaan BN tentang keahlian terus adalah manifestasi pemikiran politik progresif. Ia akan menghasilkan dua kesan. Pertama, ia memperkasa BN dan kedua, ia langkah ke hadapan ke arah pembinaan iklim politik yang lebih terbuka, inklusif dan segar, yang akan meningkatkan partisipasi rakyat, terutamanya belia dalam politik.

Ketika pihak pembangkang masih tercari-cari formula pembentukan parti gabungan, BN telah melangkah ke hadapan dengan melakukan satu transformasi politik yang berasaskan pengharapan dan cabaran semasa dan sejagat.

Kesimpulannya, dalam PRU-13, parti yang dilihat rakyat mengamalkan politik baru akan mendapat sokongannya

Wednesday, March 2, 2011

Calon PAS Tidak Boleh Mengundi......Malang Sungguh!!!


Oleh MM


Pihak pembangkang telah memilih calonnya bernama Yuhaizad bin Abdullah 38, ahli perniaga untuk PRK DUN Merlimau. Pemilihan ini dibuat selepas meneliti beberapa nama calon-calon lain yang turut mempunyai ciri-ciri menepati keperluan PAS dan perjuangan pembangkang amnya. Sebagai anak kelahiran Chinchin dan dibesarkan di luar kawasan Merlimau, mempunyai banyak sanak saudara tempat kelahiran beliau.


Walaupun bertanding di DUN Merlimau, tetapi beliau dijangkakan tidak akan membuang undi di mana-mana jua Peti Undi Merlimau. Ini satu fenomena menunjukkan bahawa amalan demokrasi di Malaysia adalah sangat telus dan luarbiasa sekali. Walaupun beliau tidak menjadi pengundi di kawasan ini, namun rakyat tidak dinafikan daripada membuat pilihan terhadap mana-mana calon yang disukai.


Tetapi alangkah baiknya Yuhaizad ini merupakan calon dan pengundi di dalam DUN ini kerana ia akan memaparkan bahawa beliau adalah komited kepada rakyat Merlimau. Rata-rata pengundi-pengundi Merlimau jadi minat untuk memilih calon yang boleh mengundi di DUN Merlimau ini kerana calon itu akan bersedia untuk korban bagi pengundi-pengundi dalam DUN nya sendiri.


Pengundi-pengundi perlu waras dan bertindak betul semasa mengundi di samping memastikan calon yang dipilih itu sebenar-benarnya mewakili aspirasi dan kepimpinan mereka sepanjang perkhidmatan dalam DUN itu. Dalam hubungan ini BN telah membuat sesuatu yang bertepatan dengan perasaan dan sentimen masyarakat setempat. Dan ini perlu disambut dengan positif.

Roslan Boleh Melonjakkan Ekonomi Merlimau


Oleh MM

Mana-mana calon dari mana-mana parti yang ingin bertanding dalam pilihanraya kecil atau umum mesti perlu menilai diri sendiri terlebih dahulu sebelum dinilai oleh rakyat dan pengundi setempat. Calon perlu juga sihat, berwibawa, komited serta mempunyai visi apabila dicalonkan untuk kawasan masing-masing.

Bagi DUN Merlimau, BN telah memilih seorang pemuda bernama Roslan bin Datuk Ahmad yang telah dipilih secara tepat oleh kepimpinan untuk mewakili BN dalam PRK N27 Merlimau pada 6 Mac 2011. Dari semua segi baik politik dan psikologi, calon ini didapati memperolehi ciri-ciri positif di samping berintegriti untuk mewakili pengundi-pengundi DUN Merlimau. Beliau seorang yang tenang, peramah, mesra rakyat dan yang paling penting tiada ego bersesuaian dengan rasa hati akar umbi. Tuan-tuan dan puan-puan perlu mempunyai sikap positif serta sangka baik terhadap calon yang akan memimpin DUN ini selama beberapa penggal akan datang dan berkemungkinan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dalam sub kepimpinan Negeri Melaka Negeri Warisan Dunia.

Dengan kata-kata itu, adalah wajar tuan-tuan dan puan-puan semua memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi pada Roslan bin Datuk Ahmad yang telah sekian lamanya kami kenali.

Tuesday, March 1, 2011

Inikah Pemimpin Pilihan Kita??? Yang Khianat Pada Semua Bangsa


Oleh MM

Calon BN DUN Merlimau Berintegriti


Oleh MM

Hari mengundi makin hampir iaitu pada 6 Mac 2011 dan pengundi-pengundi perlu bersedia untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam memilih calon mereka pada hari itu. Rata-rata calon BN, Roslan Datuk Ahmad kini sudah mendahului calon PAS yang menghadapi kekangan-kekangan peribadi. WAlaupun calon PAS ini bertanding di DUN Merlimau, tetapi beliau tidak boleh mengundi kerana mempunyai alamat di kawasan lain. Ini bermakna PAS sudah kehilangan 1 undi dan mungkin banyak lag.

Calon BN pula adalah anak tempatan dan beliau mempunyai stamina dan iltizam tinggi untuk memimpin rakyat dalam DUN Merlimau. Beliau dikenali ramai sehingga ke peringkat akar umbi dan ini merupakan satu aset kepada keperibadian beliau.

Pengundi perlu menbezakan di antara mutu dan manikam. Wira percaya bahawa rakyat Merlimau mempunyai pendedahan luas dan pasti akan memilih calon yang boleh dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan taraf hidup kehidupan dan kebajikan mereka. Berteraskan Gagasan 1 Malaysia, "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Roslan bin Datuk Ahmad menepati ciri-ciri ini dan janganlah disangsikan kebolehan beliau untuk mewakili rakyat DUN Merlimau di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka yang akan memulakan persidangan pertama pertengahan Mac 2011.

Adalah dinasihatkan tuan-tuan dan puan-puan keluar beramai-ramai untuk mengundi Barisan Nasional yang mempunyai rekod kepimpinan cemerlang di damping berjaya meningkatkan kehidupan rakyat sejak merdeka lagi.