Thursday, October 9, 2008

Kem Kamunting kekal di Perak

Oleh: Pemikir

Menteri Besar Perak mendesak Kerajaan Pusat memindahkan Kem Tahanan Kamunting (Taiping) ke negeri-negeri di bawah kuasa BN. Beliau telah menyebut perkara ini berkali-kali kepada media bahawa negeri Perak tidak sesuai untuk kem ini yang telah lama wujud. Kononnya Perak tidak boleh menerima tahanan-tahanan ISA di buminya.

MB ini dari komponen PAS kelihatan tidak menerima taklimat penuh mengenai aset Kerajaan Pusat seperti kem Kamunting yang kebetulannya di Taiping. Beliau perlu lebih teliti dalam membuat kenyataan yang tidak munasabah. Kenapa beliau tidak syorkan bahawa Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan dipindahkan ke Kelantan atau Selangor atau Kedah? Kem Kamunting tidak sepatutnya menjadi isu kerana apa yang Kerajaan Pusat lakukan di kem tahanan adalah untuk kebaikan semua rakyat termasuk Perak.

Pemerhati politik berpendapat MB ini benar-benar tiada kerja. Beliau patut tumpu kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan penduduk Perak yang masih banyak memerlukan pembangunan dan kemudahan infrastruktur.

3 comments:

LIMAUDONG said...

Salam JR

Boleh kita panggil dia Ketua Menteri Boneka PR sebab membuat kenyataan yang tidak munasabah.
Kalau PAS merasa tidak selesa duduk di Perak kerana Kem Tahanan Kamunting, mohonlah dari Menteri Luar menjadi PR negara asing. Kita alu-alukan kamu pergi.
Sayonara

LIMAUDONG said...

Salam JR

Boleh kita panggil dia Ketua Menteri Boneka PR sebab membuat kenyataan yang tidak munasabah.
Kalau PAS merasa tidak selesa duduk di Perak kerana Kem Tahanan Kamunting, mohonlah dari Menteri Luar menjadi PR negara asing. Kita alu-alukan kamu pergi.
Sayonara

PineappleTown said...

Salam Tuan,
Saya berpendapat bahawa kerajaan PR memang mencari masalah dan ingin membuat kecoh. Kem Keminting tidak perlu dijadikan isu lagi.. Kem ini kalau ditempatkan mana-mana tempat, ini adalah kuasa kerajaan pusat. Sedangkan Negeri Perak sekarang juga memerlukan sokongan kewangan dari Kerajaan puast...