Oleh: Pemikir
MP Bagan (DAP) dalam hujah Bajet di Parlimen telah mengungkit beberapa perkara termasuklah tentang perlunya penumpuan dibuat untuk membasmi kemiskinan. Beliau menyentuh juga perkara-perkara berkaitan dengan ISA dan meminta ISA dimansuhkan.
Beberapa MP BN telah mencelah termasuklah MP Rembau, Pasir Salak, Batu Pahat, Pasir Mas (Bebas) dan Kuala Selangor (PAS). Selain daripada MP Kuala Selangor, MP-MP BN tidak berpuas hati dengan kenyataan-kenyataan dibuat oleh MP Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
MP Bagan membuat respon kepada MP Rembau dengan meminta beliau sama-sama memperjuangkan isu kemiskinan. MP Bagan seharusnya ketepikan retorik dan memberi tumpuan kepada aspek-aspek Bajet. Apa yang beliau lakukan adalah serupa dibuat oleh ahli-ahli pembangkang yang lain dalam Dewan. Sebagai Ketua Menteri, beliau sepatutnya menggunakan masa Dewan untuk hujah-hujah bernas supaya semua ahli Dewan dapat memanfaatinya. Pembangkang perlu sedar bahawa rakyat lebih suka mendengar dan membaca isu-isu yang berunsur keprihatinan dan ada nilai tambah yang dapat dinikmati oleh pengundi-pengundi dalam kawasan Bagan khususnya. Apa yang berlaku, MP Bagan lebih suka membuat tuduhan bukan-bukan dalam Dewan dan ini sangatlah mengecewakan ahli Dewan dan pelawat-pelawat di galeri.

3 comments:
Memang sudah biasa bagi MP Bagan berbuat demikian dalam Dewan, beliau masih suka menimbulkan perkara yang tidak berasas dan memburuk-burukkan orang lain, apakah MP sedemikian yang kita mahu?? Penyelesaian masalah rakyat tidak diutamakan. Beliau juga membuang masa persidangan dengan hujah beliau yang tidak bernas...
MP Bagan perlu lebih bersikap lebih profesional dan terbuka dalam membuat sesuatu kenyataan.
Biasalah sikap pembangkang yang suka berbuat demikian supaya menunjuk kepada masyarakat umum mereka adalah "hero" dan bangkitkan isu-isu ISA serta hal berkaitan dengan kebajikan rakyat di dalam dewan.
Post a Comment