Tuesday, October 21, 2008

BACK-BENCHERS BN MINAT TONTON SLOT RTM PARLIMEN HARI INI TIAP MALAM

Oleh : Pemikir
Media tv termasuklah TV3 dan TV9 telah ditegur oleh MP Kalabakan dalam dewan parlimen pada 20 Oktober. Beliau tidak puas hati kerana saluran ini banyak memaparkan episod-episod hantu dan magis. MP kesal saluran ini kurang memaparkan ucapan-ucapan ahli-ahli back-benchers di parlimen. Sebenarnya, Buletin Utama TV3 kerap memaparkan penghujah back-benchers BN dan juga pembangkang.
Beliau juga meminta RTM mengadakan sedutan ucapan-ucapan oleh back-benchers juga. Untuk makluman MP Kalabakan, RTM 1 dalam slot Parlimen Hari Ini 11.30 tiap malam telah memaparkan hujah-hujah back-benchers BN. Mereka juga berpeluang ditemuramah oleh RTM 1 sebelum parlimen bersidang 10 pagi tiap hari. Menteri-menteri pula mempunyai slot khas pada malam Rabu tiap minggu.
Pemerhati ucapkan terima kasih kepada MP Kalabakan kerana menjadi penonton setia RTM 1 dan juga TV swasta. Apa yang diucapkan oleh beliau di Parlimen pasti menjadi pemangkin untuk mencantikkan lagi penerbitan RTM padda masa akan datang.

2 comments:

LIMAUDONG said...

Salam JR
Syabas kepada RTM sebab menyiarkan siaran langsung persidangan Parlimen. Saya amat suka siaran langsung tetapi saya tidak puas hati sebab waktu 'live' itu amat pendek kerana memberi laluan panjang untuk YB-YB memberi komen tentang isu yang sedang dibangkit dalam Dewan yang mulia.
Bolehkah RTM beri kami LIVE 1 jam untuk ditonton sepuas-puasnya ( tiada iklan ) dan barulah YB-YB beri komen. Kita orang pun suka tengok macam mana YB-YB kita bertikam lidah dengan pembangkang.

rayliew said...

TAHNIAH dan SYABAS kepada RTM.. saya sarankan supaya masa siaran dipanjangkan dan sekiranya boleh dibuat siaran ulangan pada sebelah malam untuk tontonan rakyat.. Juga dicadangkan supaya lebih mengutamakan siaran perbahasan dan soal-jawab ahli parlimen untuk makluman orang ramai, supaya dapat menilai prestasi wakil rakyat yang dipilih oleh mereka...SAMA ADA BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT atau MEMBUAT KACAU...