oleh: Aspirasi Bangsa
Dalam kesibukan Minggu Pilihanraya kampus, isu mengenai pelajar UPM di buang kolej umpama menjadi isu utama tajuk beberapa akhbar khasnya akhbar on-line. Isu yang sepatutnya menjadi isu biasa tetapi kini digambarkan sebagai isu yang besar gara-gara musim Pilihanraya Kampus.
Secara tersuratnya ialah dilihat aspek tindakan UPM terhadap pelajarnya adalah isu dalaman kampus iaitu tindakan kedua-dua pelajar masih dianggap bersalah kerana melanggar peraturan kolej kediaman.
Secara lojiknya, pelajar ini sepatutnya boleh membuat aduan di Kementerian Pengajian Tinggi dan tidak perlu untuk merujuk kepada wakil rakyat PKR.Namun secara tersiratnya ianya adalah mainan politik pihak tertentu untuk menjadikannya sebagai isu supaya timbul perasaan tidak puas hati dikalangan mahasiswa terhadap kepimpinanan dan pengurusan pihak universiti.
Memang jelas peranan parti politik PKR dalam isu ini. Dalam masa itu pihak pro pembangkang akan menuduh pihak tertentu khasnya pihak aspirasi kerajaan dalam mendalangi isu ini.Namun apa yang lebih penting 'timing' atau masa isu mahasiswa ini ditimbulkan mestilah diambil kira supaya dapat menimbulkan sentimen anti kerajaandi kalangan pelajar seterusnya dapat menjaminkan kejayaan pro pembangkang untuk memegang tampuk kepimpinan pelajar dalam kampus.
Ini adalah taktik yang semakin ketara di kalangan pro pembangkang untuk melontarkan isu khasnya pada masa tertentu untuk menarik sokongan dan simpati mahasiswa terhadap mereka khasnya semasa pilihanraya kampus. Tujuannya mudah iaitu untuki menarik perhatian pelajar IPT yang lain.Dalam isu ini, rakyat boleh membayangkan bagaimana parti politik pembangkang secara langsung menggangu urustadbir kampus itupun dalam keadaan AUKU masih ada. Jika AUKU ditiadakan nescaya akan banyak lagi campurtangan pihak pembangkang dalam urusan kampus dan hel ehwal pelajar.
Thursday, October 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam,
Saya amat bersetuju dengan pandangan tersebut. Pihak pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan apa jua misi mereka.
MAT SIRAT - BAGI MEREKA, MATLAMAT SENTIASA MENGHALALKAN CARA...
MAT SIRAT
ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA
http://www.siratansuratan.blogspot.com/
Isu pilihan raya kampus seringkali di mana-mana negara juga, dan ianya sudah dianggap biasa. Namun adakah kita mahu melihat ianya dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga generasi muda kita tersasar dari arus pembangunan..imbaslah peristiwa yang berlaku di negera JIRAN INDONESIA di mana pelajar-pelajar dibawa membuat demonstrasi besar-besaran sehinggakan kerajaan Indonesia tumbang pada beberapa tahun yang lalu dan berlakunya huru-hara serta pembangunan dan ekonomi negara tersebut terancam dan rakyatnya menderita.
Isu pilhan raya kampus adalah isu dalaman kampus dan tidak boleh dibawa keluar dari kampus kerana pemilihan berlaku di dalam kampus dan bukan di luar kampus. Oleh itu orang luar kampus tidak dapat mempertikaikan isu tersebut kerana itu bukan hak mereka. Proses pemilihan hendaklah diadakan secara demokrasi dan orang luar tidak sepatutnya masuk campur untuk mempengaruhi keputusan pemilihan.
Post a Comment