Tuesday, October 14, 2008

TAHNIAH DATUK SHAH RUKH KHAN, BINTANG FILEM TERKEMUKA BOLLYWOOD

oleh: Pemikir

Anak-anak Melaka sibuk mempertikaikan kebijaksanaan Kerajaan Negeri Melaka memberi gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan, bintang filem Bollywood yang masyhur di India dan juga di Amerika dan United Kingdom. Beliau merupakan seorang bintang filem yang terserlah dan berketerampilan sehingga menjadikan peminat-peminat setia taksub dan sekaligus menyokong industri perfileman Bollywood di India. Untuk makluman, industri perfileman India menghasilkan lebih kurang 700 filem untuk tayangan seluruh India. Industri ini sangat pesat dan kompetitif sehingga seorang pengarah filem telah dimasuki dalam Buku Guinness Rekod Dunia kerana dapat menghasilkan filem yang lengkap dalam masa 36 jam.

Jadi, tidak hairanlah bahawa masyarakat di Asia Tenggara tidak ketinggalan apabila juga didedahkan dengan filem-filem Bollywood yang sangat diminati oleh warga Melayu di bandar dan juga di luar bandar termasuk felda. Filem ini merupakan saluran hiburan mempunyai tema percintaan, menghormati orang tua, patriotik dan lain-lain lagi. Dalam hubungan ini, Datuk Shah Rukh Khan telah dapat memaparkan imej seorang insan positif yang mengasyikkan penonton. Di Indonesia, dialog atau skrip filem-filem Bollywood diterjemahkan dalam bahasa Indonesia dan ditontoni oleh majoriti penduduk Indonesia yang bertaburan di pulau-pulau.

Pemerhati berpendapat bahawa penganugerahan gelaran Datuk kepada bintang filem ini banyak manfaatnya. Pembaca-pembaca akhbar berpendapat bahawa Datuk Shah Rukh Khan sudah pasti akan membantu Melaka untuk lebih terkenal di dunia terutamnya dengan ledakan ICT. Wiramalaysia mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Melaka kerana tidak berfikir di dalam 'kotak' sahaja tetapi mengambil sikap berani untuk berfikir secara global.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Shah Rukh Khan diberi pengiktirafan oleh melaka yang pada masa kurun 14, 15 dan 16 merupakan kota masyhur di dunia Timur

2 comments:

LIMAUDONG said...

Salam JR

Syabas Kerajaan negeri Melaka kerana memberi penganugerahan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan.
Bolehlah kita minta Datuk Shah Rukh Khan menjadi pendamai antara Kerajaan dan Hindraf & bukan setakat penghibur & bintang filem bollywood.

Anonymous said...

haduih....