Thursday, October 30, 2008

POLIS AMBIL ALIH KESELAMATAN LAPANGAN TERBANG: KES MENURUN

oleh: Mustikacitra-indah

Sejak 3 bulan kebelakangan ini, rompakan di lapangan terbang sering sahaja berlaku, antaranya KLIA dan juga Lapangan Terbang Bayan Lepas di Pulau Pinang. Apa yang menjadi persoalan ialah sejauh mana tahap sistem keselamatan di lapangan terbang. Adakah lapangan terbang sudah tidak selamat lagi atau sudah tidak mampu lagi menangani kehendak dan keperluan pelanggan dari seluruh Malaysia?

Mendengar Timbalan Menteri Pengangkutan menjawab soalan MP Ipoh Barat yang bertanyakan apakah tindakan yang telah diambil setakat ini supaya kecurian, rompakan dan kehilangan barang-barang berharga penumpang dapat diatasi, Mustika menarik nafas lega. Timbalan Menteri menyatakan bahawa kes-kes rompakan di lapangan terbang boleh dikategorikan sebagai kes terpencil setakat ini, tetapi kerajaan telah mengambil langkah bijak yang mana soal keselamatan telah diserahkan kepada pihak polis dan selepas polis mengawal keselamatan di KLIA, kes rompakan nampaknya sudah tidak berlaku lagi. Bagi kehilangan bagasi pula, bagi Mustika ini adalah kes kecil yang tidaklah begitu serius kerana pihak pentadbiran lapangan terbang dapat mengatasinya dengan bijak.

1 comment:

rayliew said...

Tahniah kepada pasukan polis... Namun keutamaan hendaklah diberi keatas penyeludupan barangan yang merbahaya. Saya sarankan supaya pegawai polis yang bertugas lebih mendampingi masyarakat dan janganlah sampai semuanya membawa senjata M16 meronda, seakan berperang...