Thursday, October 30, 2008

257,411 surat beranak tanpa nama bapa

utusan online

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dari 2000 hingga Julai lalu direkodkan tanpa nama bapa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, pihak pendaftar berbuat demikian berdasarkan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299.

Katanya, anak yang tidak sah taraf iaitu anak luar nikah tidak boleh mencatatkan nama bapanya pada sijil kelahiran mereka.

‘‘Pendaftar hanya boleh meletakkan nama bapa sekiranya terdapat permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan R. Sivarasa (PKR-Subang) mengenai isu anak luar nikah yang tidak didaftarkan dengan nama bapa pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Syed Hamid, berdasarkan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

2 comments:

rayliew said...

Perkara ini perlu diambil perhatian serius...

babybee said...

Mengapa masyarakat sekarang boleh menjadi begitu? apa hal lelaki langsung tidak bertanggungjawab atas perkara yang mereka sudah buat? Adakan ini bermaksud Cinta sejati mereka? Oleh itu, Berharap Kaum Wanita haruslah bersedar, jangan terlalu percaya dengan teman lelaki.