KUALA LUMPUR 15 Okt. - Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad hari ini mengemukakan teori mengapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR- Permatang Pauh) ingin mengambil alih kerajaan dengan segera iaitu kerana mahu menutup kes-kes salahguna kuasa kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah pembangkang.
Nur Jazlan memberitahu, sekarang baru beliau faham mengapa Anwar menetapkan 16 September untuk mengambil alih kerajaan kerana Ketua Umum PKR itu tahu bahawa orang-orang dialah yang rakus, tamak dan mengamalkan salahguna kuasa.
''Permatang Pauh sudah tahu perangai orang-orang dia, jadi sebelum lebih banyak lagi kes keluar di negeri-negeri bawah pemerintahan pembangkang, lebih baik cepat ambil kerajaan Pusat untuk tutup kes-kes ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2009 di sini hari ini.
Nur Jazlan memberitahu, sebahagian besar ucapan Anwar mengenai rasuah adalah menuduh ia dilakukan oleh kerajaan BN.
Katanya, perkara itu diulang beberapa kali dengan menyatakan bahawa pemimpin BN menyalahgunakan kuasa, terlalu lama memerintah sebab itu sudah sedap dengan kuasa dan mengamalkan korupsi.
''Tetapi saya hairan, kalau pemimpin BN mengamalkan korupsi yang berleluasa sebelum ini di negeri negeri yang sekarang ini diperintah oleh pembangkang, kenapa setelah enam bulan mereka memerintah, belum ada pendedahan yang dibuat oleh pakatan pembangkang mengenai korupsi yang berleluasa yang dibuat oleh pemimpin BN sebelum ini?," katanya.
3 comments:
Mengapa semua tuduhan diajukan kepada BN, sudah tentu ada motifnya, bagi mengalih tumpuan rakyat dari isu yang berkaitan dengan beliau termasuk isu LIWAT, kejadian rasuah yang melibatkan wakil rakyat Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, juga bagi menutup kelemahan-kelemahan kerajaan negeri Pakatan....Oleh itu dibuatnya cerita-cerita sainsfiksyen "16 SEPTEMBER"....tarikhnya ditukar-tukar lagi...wayang ini mana "LAKU" no testlah...
People elected the oppositions and yet they let down the people cos they voiced out their topics. Next election, don't vote for them, WHY, they don't know how to speak at the right time, at the right place and the right topics.
boring dah aku ni... sekejap 16 sept pas2 8 disember plak..apa la xda keja lain la...asyik main tukar tarikh. kalau camne sampai kiamat la kita kena main peh !!!!!!!!!!!!
Post a Comment